:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

10.8.10

Pakai kanta lekap, tak batal puasa

Soalan :
Apakah hukumnya memakai kanta lekap ketika menunaikan ibadah puasa? Adakah membatalkan puasa?


Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri jawab :
Memakai kanta lekap dibolehkan ketika berpuasa dan tidak membatalkan puasa. Ini kerana mata tidak termasuk dalam lubang atau rongga yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga, lubung dubur atau qubul.

Begitu juga titisan ubat melalui mata, tidak membatalkan puasa. Hal ini berdasarkan riwayat al-Baihaqi bahawa Rasulullah saw bercelak batu sewaktu baginda sedang berpuasa.

Walau rasa celak dapat juga dirasakan di halkum, puasa tidak batal kerana ia sampai bukan melalui lubang terbuka tetapi melalui saraf atau lubang halus sahaja.
( al-Zuhaili, 1999 : 741 )

No comments:

:: Blogger