:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

11.4.10

E.X.A.M

Semalam siang attend exam untuk jawatan SPA. Tempat peksanya kat Dewan ITP YPJ, Bukit Senyum JB. 1st time ni pi exam yg cenggini, cuak giler. Sebab apa, sebab takut takleh nak jawab sumer soklan2 yang diberikan. Memang risau.... Nasib baik de member yg kenal sesama gi exam ni, fuhhh lega.... Hilang sket rasa gementar dalam dada. Preparation biasa2 jer sbb soklan nyer takleh nak dijangka. Ada sejarah malaysia, ada ilmu hisab ( matematik lor.. ), ada sukan, de yang berkaitan dengan logik akal dan macam2 lagilah... Ada bahagian yng nak kn jawab, bahagian 1 dan bahagian 2. Bahagian 1 - soklan objektif dgn esei. Bahagian 2 plak, soklan objektif memanjang. Ha amik ko, 400 lebih soklan objektif yg nak kn jawab dalam maser 1 jam jer.... Apalagi, sampai naik lenguh jari2 tangan nanda kertas jawapan OMR. Semuanya sebab nak kejar maser. Tak sempat pon nak berangan ker, pi toilet sat ker, minum air ker... memang tak sempat sangat. Punggung pon dah naik sengal sebab dok lelama kat kerusi tu.... Bahagian 2 nyer soklan memang menguji ketahanan jari tangan dan lengan..... =(. Bahagian 1 tang susah nak jawab esei tu. Me memang tak pandai wat karangan. Bila kena tulis esei, menggigil otak nak perah idea. Bukan 1 tapi 2 esei nak kena wat, esei bahasa melayu dengan esei bahasa inggeri. Heiiii tak tau ler nanti cane biler result kuar kannn..... Bila exam ni dah abis ( dlm kol 4.20 ptg ) barulah lega semua nya. Tangan - kaki - otak - minda - jari-jemari semuanya lega. Syukur alhamdulillah, dapat jawab semua soklan walau penat perah idea nak wat esei dan lenguh jari nak tanda borang OMR. Yang penting me dah cuba jawab peksa ni dengan bersungguh-sungguh. So skang tinggal tawakkal dan berdoa semoga berjaya. Semoga dengan iringan doa dr semua, hadirlah kejayaan itu. Kalau tak berjaya, itu semua telah ditakdirkan. Berusaha lagi....


Semoga berjaya kepada semua calon-calon yang telah pun menduduki
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41
1/2010


pada hari Sabtu, 10 April 2010 yang lepas...


[ keputusan peksa SPA tu akan keluar pd 17 mei 2010 ]

No comments:

:: Blogger