:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

13.4.10

Cikguku sayang

Alhamdulillah, baru-baru ni me jumpa balik cikgu skolah lama me. Cikgu ni ngajor me masa skolah rendah kat Sek. Keb. Permas Jaya (1) aka skpj1 - tahun 1991 ( me darjah 4 permata ) & tahun 1992 ( me darjah 5 permata ). Dia pon jadik guru kelas me utk 2 taon tu... Jumpa dia pon kat facebook sbb de sorang kawan lama ni pi search dia dlm tu. Bila dah jumpa, per lagi, dia canang habis 1 group kitorang sbb dah jumpa cikgu ni. Punya lah gumbira...... =). Kitorang pun gembira sakan sbb takyah nak carik2 dia lagi... ehem ehem ehem... bukannyer apa, ramai dah carik2 cikgu ni tapi tak jumpa2. So bila dah jumpa, memang seronok, Mengimbau kenangan zaman persekolahan maser dia ngajor me and kengkawan dulu...

Uishhhh maser ngajor kitorang dulu, dia garang giler... kecut perut kitorang bila time dia ngajor... Takut tau sbb kalau wat salah musti kena denda. Yelah kitorang ni dulu nakal-nakal belaka. Me pon nakal teramat lah sangat. Walaupun pengawas, kalau salah tetap kena denda. Memang masa skolah rendah dulu kitorang kalau boleh taknak wat silap. Kalau silap pasti kena denda...

Now bila jumpa dia, ingat cara dia ngajor kitorang dulu. Ketegasan dia, garangnya dia maser dalam kelas, denda yang kitorang kena sebab wat salah... sumer lah. Walaupun dia tegas dan garang tapi cikgu baik hati. Weekend je, kami reramai selalu serbu umah dia pas aktiviti ko-kurikulum ari sabtu. Dia mesti jamu kitorang dengan makanan yang sedap-sedap. Kekadang tu, takde event apa-apa pun kitorang musti singgah umah dia. Seronoknya mengimbau kenangan dolu-dolu..... Kalau lah boleh kembali ke zaman tu, seronoknyer....

Dan dengan cara dia didik kitorang tu lah semua nyer menjadi 'orang' skang ni. Semua berjaya. Tak kesah ler keje apa-apa pun, yang penting keadaan kita skang ni adalah hasil didikan mak dan abah dan juga hasil didikan cikgu ku tersayang ni. Cikgu, i miss u a lot... de rezki nanti kiter wat gathering sesame yer. Rindu nak dengar celoteh cikgu tau.. ( eh skang pun dah dengar celoteh dia dlm fb...hehehheh ).

Ha nilah cikgu tersayang tu, Pn. Rohana bt Alias ( sblh tu of coz ler husband nyer... ). Sama je dengan 19 tahun dulu... Rindu... =)

No comments:

:: Blogger