:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.11.11

Mak ajak cuti

Kelmarin mak ajak cuti ke Melaka sempena cuti sekolah ni. Nak bawak adik-adik jalan-jalan Melaka. Lagi pulak, pakcik kat kampung pun nak join sekali so boleh lah bermalam kat sana. Sewa sebuah homestay @ rumah tumpangan yang harga murah-murah, dapat tidur 1 malam pun dah kira OK kan.....

Jumlah yang banyak bila dikongsi beramai-ramai untuk bayar pasti setiap seorang keluarkan perbelanjaan pada kadar yang minimum. Buat masa ni plan untuk 2D 1N sahaja dan kena standby RM 200 untuk duit minyak dan tol. Duit makan sendiri-sendiri.

Biasanya makanan masing-masing sediakan sebelum pergi, jadi duit makan pun kuranglah. Boleh spend untuk beli souvenir...

Ohhh....bulan 12 ni ada cuti Krismas, mungkin boleh kot nak pergi sana.. hehehheeee...


Dah lama tak jalan-jalan kat Melaka, mesti seronok kan.. Kali terakhir pergi Melaka 2 atau 3 tahun lepas. Tu pun meronda dalam A Famosa je. Kali ni nak jalan-jalan kat bandar Melaka - nak tangkap gambar banyak-banyak.



Dan selepas ke Melaka, ada lagi cadangan nak jalan-jalan ke Kuching, Sarawak. Yang ni rancangnya nak bawak mak dengan abah je dulu ke sana. Ada bajet lebih baru bawak adik-adik. Paling awal aku rancang nak pergi antara bulan 3 hingga bulan 6. Dan paling lewat pulak hujung bulan 12 lepas adik no.4 habiskan periksa SPM dia.

Rancang je dulu, jadi tak jadi belakang kira. Duit adalah perkara utama. Bila duit dah cukup baru boleh betul-betul cakap nak pergi. Kalau pun pun orang lain tak dapat pergi, aku dengan hubby je lah yang pergi sebab kami memang dah rancang nak bercuti ke Kuching, Sarawak atau ke Kota Kinabalu, Sabah tahun depan. Rancangan bercuti kami untuk tahun 2012.


Member-member yang dah pergi kata seronok lah jalan-jalan ke Kuching @ Kota Kinabalu ni..


Dan untuk orang yang 1st time pergi sana macam aku ni, ke-terujaan tu dah dirasakan. Memang tak sabar nak naik 'belon' tau..



# Pergi jalan-jalan mesti tangkap gambar banyak-banyak..
# Dan gambar kena print untuk jadikan kenang-kenangan..

Weekend + blues

Halooooo..
Assalamualaikum..
Selamat petang..

Hari indah ini dah jadi tunggang terbalik sebab aku rasa aku kena tuesday-monday-blues.
Hujung minggu yang lepas dapat cuti 3 hari - sabtu, ahad ( maal hijrah ), isnin ( cuti ganti ).
Seronok + penat.

@ Sabtu - siang lepak-lepak sambil uruskan rumah-tangga. Petang gerak balik Pontian sebab atok buat kenduri akikah dengan sambut awal Muharam.
@ Ahad - bergerak ke Air Tawar 2, Kota Tinggi - majlis kahwin sepupu ( dapat pasangan orang negeri 9 ). On de way balik ke rumah, singgah nursery-pokok-bunga sebab mak nak beli pokok bunga cantik. Tapi hampa sebab pokok bunga tu dah takde.
@ Isnin - pergi rumah family, mak masak bubur lambuk daging. Tengahari bawak cousin-kecil jalan-jalan ke Jusco Permas.


Dan sebab semalam kan cuti ganti sempena Maal Hijrah 1433H, jadinya monday-blues aku


bertukar ke hari ni iaitu hari selasa menjadi tuesday-blues. Sungguh lah tak menarik....


Tapi rasanya tiap-tiap permulaan minggu memang ada sikit blues untuk aku. Dah sedap cuti kan, bila nya nak mulakan kerja di minggu yang baru memang ber-chennnnttttaaaaaaaa sangatttttttt....

Pagi tadi muka-aku-kelat semacam sebab tak lalu nak buat kerja. Tak happening bila kena 'penyakit' nih.

Ni tengah boring lagi. Tak sabar nak habiskan sisa-sisa kerja untuk hari ini. Hhhmm....

27.11.11

A trip to UEFA EURO 2012




Chance to win a trip to UEFA EURO 2012 & other great prizes! Download the Hunt for the Strongest phone app now!: Castrol EDGE: Hunt for the Strongest is on until the 4th December 2011! Embark on your mission to be the strongest in the first Augmented Reality Mobile Multiplayer Hunt in Malaysia to stand a chance to win a trip to UEFA EURO 2012™! Experience the strongest oil yet with the new Castrol EDGE engineered with Titanium Fluid Strength Technology™.

BlackBerry for free



Why buy a BlackBerry when you can get it for free?: U-Mobile is giving out BlackBerry Torch and Bold smartphones every week from now till 31 December 2011! Just subscribe to an Unlimited Prepaid BIS plan of your choice for as low as RM 0.88/day, RM 5.50/week or RM 19/month and find out which BlackBerry phone might be yours to win. If you’re unlucky this week, try again next week! Subscription is made easy via UMB or SMS.

Kristina Rei vs. Jessica Rabbit

Ada siapa-siapa yang sanggup besarkan bibir macam ni tak??

Dengan perbelanjaan yang telah melebihi £4,000 ( RM200,000 ), untuk 100 suntikan silikon, Kristina Rei berpendapat bahawa memiliki bibir tebal menjadikan hidupnya gembira dan rasa hebat.

Dan dia percaya yang bibir nipis sebelum ini membuatkan dia nampak hodoh.

Aku dah beberapa kali baca dalam akhbar tentang kisah dia ni, Kristina Rei yang menyuntik silikon ke bibirnya agar menjadi tebal dengan meniru watak kartun disney Jesicca Rabbit.

[ Kristina Rei ]

Pada aku, dengan bibir tebal dia nampak lagi huduh lah bukannya makin cantik. Bibir asal dia lagi cantik dan cun. Kenapa lah dia ni terlalu obses dengan bibir tebal. Watak kartun tu memang lah nampak cantik tapi kalau manusia betul, memang tak sesuaaaaiiiii..

Eeeeiiiii geli tengokkk...

[ Jessica Rabbit ( watak kartun disney ) ]

Watak kartun yang jadi ikutan Kristina Rei...
Cute and hot..

Salam Maal Hijrah 1433H

Salam Maal Hijrah 1433H
Hayatilah makna perhijrahan itu.
Tanamkan azam dan tekad yang baru.
Berubahlah kita ke arah yang lebih baik.
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan-Nya serta dikasihi oleh-Nya.

25.11.11

Over confident

Kejadian yang berlaku pagi tadi di pejabat aku..

..Bila telefon berbunyi dan disambut..

A : Hello Pejabat ABC, selamat pagi.
B : Hello, selamat pagi. Saya nak bercakap dengan C.
A : C, ada orang nak bercakap. B rasanya..
C : Hello, selamat pagi.
B : Hello, saya D bukan B.
C : Oppss... sori... bla..bla..blaa
D : Bla..bla..bla..
Letak telefon..
C : A, dia dengar tau tadi yang awak kata dia B. Sebenarnya dia D bukan B.
A : La yer ker C, saya ingat sama tadi. Nada suara B dengan D sama jer...
C : Ha'ah memang lebih kurang sama..


Hehe... itulah yang terjadi bila kita ter-over confident masa jawab telefon. =)
Sepatutnya awal-awal tanya siapa yang bercakap di sana sebelum pindahkan telefon kepada orang di sini..
Pengajaran..pengajaran..
Lain kali kena lebih berhati-hati dan berwaspada..

23.11.11

Sekolah Menengah Vokasional Dinaik Taraf Kolej 2013

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu, bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.

"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

Pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua, katanya.

Mohd Puad berkata antara 15 sekolah perintis yang terlibat adalah, Sekolah Menegah Kebangsan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.

Pada tahun 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang melibatkan 9,450 orang pelajar, katanya. - BERNAMA



# Sumber : mStar

WW#13 - Jom nontonn..

Happy Feet 2



Immortal



Misteri Jalan Lama



Puss in the Boots



Tower Heist



Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1

Yuhuuuu...

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Selamat kembali ke dunia blog...

Huhu...beberapa hari ditinggalkan dahrasa rindu dengan blog. Akibat ke-sibukkan menguruskan majlis persandingan adik, terus blog-terpinggir-sementara. Sayu nyer...

Ok, meneruskan perjuangan dengan ucapan TAHNIAH kepada skuad Harimau Malaya kita ( ucapan yang terlambat ) kerana kalahkan Indonesia di perlawanan akhir bola sepak kelmarin. Walau hujung-hujung nyer ditentukan dengan sepakan penalti, usaha gigih mereka terserlah.

Aku tercongok depan tv kemain lama sebab nak tau team mana yang menang, dalam 2 jam jugaklah menunggu. Mula-mula tengok kat kedai makan, bila gol yang pertama tu bergegar kedai dengan sorakan pengunjung. Dah sudah makan, sambung tengok kat rumah pulak. Sambil baring sambil tengok tv. Puas hati..

Sudahnya Malaysia menang jua. Berbangga lah sebab 'hati-sukan-SEA' ( bola sepak ) menyebabkan lagu kebangsaan kita NEGARAKU dimainkan di Stadium Bung Karno. Semoga maruah bola sepak kita sentiasa berada di tahap yang membanggakan.


TAHNIAH MALAYSIA
TAHNIAH HARIMAU MALAYA

21.11.11

Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditegur

...Pernah dengar orang-orang cakap macam ni tak?
( bodoh tak boleh ditegur, pandai tak boleh diajar )

Yang bodoh berlagak pandai...tak nak terima nasihat orang lain
Yang pandai pulak tak boleh ditegur...memanjang je betulnya. Perasan yang diri sendir sahaja yang pandai dalam dunia ni.

Aku rasa rimas dikeliling orang-orang yang berlagak pandai dengan orang-orang yang over konfident ni.

Kau dah salah arah, balik ke pangkal jalan. Ikut arahan penunjuk jalan, jangan engkar baru kau betul haluannya. Ini tidak, ko dah salah masih nak tegakkan kesalahan kau tu. Bawak-bawaklah dengar nasihat orang lain. Bila kau salah, ada orang yang betul haluannya.

Bila kau tu dah pandai sangat, mesti kalau kau buat salah taknak mengaku kan.. Jangan anggap diri kau sorang je yang pandai dalam dunia ini. Ada lagi orang lain yang lebih pandai dari kau. Apa yang kau nak ber-lagak-kan????

Tepuk dada, tanya iman..

17.11.11

UPSR

Hari ini result UPSR keluar...

A.K.U

Pagi-pagi dah ngantuk tahap gaban..
Tak larat nak bukak mata..
Camner nak bat kerja nihhhh...

Nak kata tidur lambat tak jugak, tidur awal lagi..
Mungkin sebab badan letih, tu yang otak tak ber-operasi dengan sempurna..
Nak buat senaman-ringan kat kilang ni pun malas-malas..
Kalau tak larat sangat, aku nak beradu sekejap lah..

zzz...zzz...zzz...

16.11.11

Heart..Hati ker?? Bukan jantung.. hehehehee....



Jangan mudah putus asa.
Kerna setiap kejadian pasti ada sebabnya.

Jangan mudah mengalah.
Tanpa mencuba dengan sedaya upaya.

Jangan terlalu banyak menangis.
Kerna ia tidak akan melegakan perasaan.

Ingatlah bahawa Allah swt sentiasa berada di sisi kita dalam setiap keadaan, setiap masa dan ketika.
Sentiasa ingat pada-Nya.
Berzikir, berwirid, bertahmid.
Tawakkal dan redha dengan setiap ketentuan dari-Nya.

Dah abis training

Ho..ho.. baru keluar dari bilik training.
Ini menandakan yang training dah pun tamat untuk hari ini.




Ni nak siapkan kerja cepat-cepat dan nak balik nak carik uncang organza nak buat isi telur.
Tak pakai bunga telur jadinya masukkan telur dalam uncang je.
Senang kan kerja aku..

Training in da' house



Sampai opis pagi-pagi aku dah penasaran, mengantuk yan teramat sangat.
Mana tidaknya, malam tadi tidur lambat sebab buat coklat untuk goodies bag adik.

Lepas tu member ajak borak.
M : Ko ingat tak hari ni ada apa?
A : Tak ingat, ada pe dowhhh... ( nyangappp... )
M : Oit makcik, arini ni ada training untuk internal auditor. 1 hari full training.
A : Ala, aku lupa lah. Mesti aku tak tahan ngantuk nih. Kejap-kejap mesti aku keluar nak segarkan mata.
M : Tu lah ko, tidur lambat lagi...
A : Aku siapkan coklat untuk door gift lah....


Itulah aku hari ini.
Training tu dah di-inform dari minggu lepas lagi.
Tapi dek kerna terlupa, tersasar aku hari ini.
Dah, nak masuk bilik training balik.
Tadi ni tengah rehat kejap.

15.11.11

Click on & get free movie tickects!!

 
 
Click on: Let's watch a movie together! To win a pair of movie tickets, all you need to do is answer a simple question, tell us which movie you'd like to watch and we'll screen the top-voted movie at a selected cinema on 20th December 2011. Seats are limited, so start voting now!

Win a holiday for 4 worth RM16,000 now!



Win a holiday for 4 worth RM16,000 now!: Aching for a holiday with your buddies? Then Buddy Up now to win fantastic holidays for 4 worth more than RM55,000. The more buddies you have, the greater your chances of being rewarded. So don’t wait, you’ve only got till 4 December 2011. Buddy Up now!

See how nice and special these designer tin cases are!



See how nice and special these designer tin cases are!: This December, style your personality with a variety of special designer tin cases from Libresse that come with free paper cut dolls! With every purchase of Libresse promo bags (2 x 12s Maxi Night Wings / 2 x 20s Maxi Non Wings / 2 x 16s Maxi Wings). Collect them all!

Reebonz: sign up & receive RM50 rebate



Now at Reebonz: sign up to receive your RM50 rebate and a chance to win RM 500 off Balenciaga, YSL, Prada and more luxury bags!: Sign up at Reebonz now to instantly receive RM 50 (20 Reebonz credits) and be in the running to win RM500 (200 Reebonz credits)! Open to Malaysians above 21 and newly registered members.

Sorry Rudolph, Santa’s got a brand new ride…

Sorry Rudolph, Santa’s got a brand new ride…: This holiday, Proton is giving you up to RM 5000 rebates when you book the Persona Elegance, Saga, Exora or Inspira. Don't let this incredible deal go! Promotion ends 31st December 2011.

Ke arah Malaysia yang lebih selamat dan aman. Bagaimana?

Ke arah Malaysia yang lebih selamat dan aman. Bagaimana?: Video infomercial tentang usaha mengurangkan jenayah daripada GTP Program Transformasi Kerajaan.

How Do We Fight Corruption Together?



How Do We Fight Corruption Together?: Infomercial video on fighting corruption by GTP Government Transformation Programme.

Campaign sharing

Dah lama tak share campaign either dari churp churp or says.com kan...
So malam ni kita race upload-sharing-campaign yer...

SPM 2011

Aku lupa plak nak wish selamat tauuu...


Untuk semua calon-calon
SPM 2011
Selamat menduduki peperiksaan.
Semoga dapat jawab semua soalan.
Kena tenang, tabah dan berhati-hati semasa menjawab soalan.
Jangan gopoh yer...

Berjuang berhabis-habisan,
Semoga kejayaan menjadi milik kalian semua.

Good Luck and all the best to you..

14.11.11

Update contest

Baru lepas update blog-contest.
Sekadar meng-update general contest, bukan blog contest.
Takpelah, yang penting ter-update juga aku tu.
Taklah bersawang memanjang.

CONTEST Zone

Morning uollsss...

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..

Mulakan hari dengan sarapan yuk.

Air sejuk-sedap untuk sarapan  --> MILO AIS

Pasangannya mestilah  --> NASI LEMAK AYAM SEKETUL 

Air terhebat masa sarapan  --> TEH TARIK 

Pekena dengan  --> ROTI CANAI 


Ni lah sarapan pagi kami hari sabtu dan ahad yang lepas.


# Pinjam gambar dari google

10.11.11

Hubungan kekeluargaan

Dalam menciptakan hubungan yang istimewa antara suami isteri, pasangan tersebut haruslah :
  • Kejujuran - Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda
  • Tertawa - Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa
  • Persahabatan - Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan
  • Hormat satu sama lain dan kompromi - Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi
  • Memaafkan - Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda
  • Bersikap realistik - Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya
  • Lupakan masa lalu - Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah
  • Doa - Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya



# Dipetik dari novel Adam & Hawa

Serabut..serabut..serabut..

Kepala hotak aku dah serabut sangat ni... ( eh macam aku pulak nak kawen kannn.. ). Mana nak uruskan goodies bag, baju yang aku nak pakai esok ( naseb baik sempat siap ), dengan nak wat kenduri malam ni lagi.. nak cari itu, nak cari ini.... Pening lah...

Goodies bag tu aku cuma sediakan coklat je. Isi nyer yang lain-lain, orang lain yang sediakan. Malam kelmarin bersengkang mata aku nak siapkan coklat. Siap packing malam semalam. Malam ni bawak ke umah family sebab nak bagi untuk orang kenduri.

Aku sediakan coklat tu 3 set besar. Set pertama untuk kenduri orang lelaki malam ni. Set kedua untuk kenduri orang perempuan minggu depan. Set ketiga untuk diberi kepada keluarga pihak perempuan, sedara-mara terdekat, budak-budak kompang dan petugas-petugas di belakang tabir. So set pertama ( 50 set ) dah siap. Tinggal nak siapkan set kedua dan ketiga yang dianggarkan 100++ set. Gila banyakkkkkkkk.... Dan untuk mudahkan kerja aku, perlulah dengan pertolongan en.hubbby. Dia dah ready nak tolong tau... ( sayang abang ).

Baju nak pakai esok, dah dapat minggu lepas. Alhamdulilah siap awal dan dalam keadaan yang seeloknya. Baju aku dengan en.hubby tempah kat tempat yang sama, so sama-sama siaplah.

Esok pagi-pagi kena keluar awal macam nak pergi kerja sebab majlis nikah dijangkakan bermula awal pagi. Lagi esok kan hari jumaat so berkejar nak solat jumaat pulak. Jadi majlis kena awal, tak boleh lambat.

Apa-apa pun, aku harap semuanya akan berjalan lancar. Amin.

9.11.11

Aku mencari..



Ye...mencari sebuah novel yang terhebat karya agung Liana Afiera Malik
Dan.. mimpi pun berguguran

Ada tak dalam simpanan kamu dan kamu semua.
Andai ada, saya mahu meminjam nya.
Atau kamu boleh beritahu saya di mana boleh mendapatkan novel ini.
Untuk dijadikan koleksi rak-buku saya.

Sudah puas mencari namun belum ketemui....

8.11.11

10 wishes

10 impian aku @ my wishes
  1. Tunaikan Rukun Islam ke-5 ( naik Haji ) bersama suami dan keluarga
  2. Zuriat ( pengikat kasih sayang dan penyambung generasi kami )
  3. Rumah impian dengan rekabentuk moden + klasik
  4. Lengkapan rumah yang canggih dan moden
  5. Holiday dengan hubby
  6. Kamera canggih DSLR ( nikon @ canon )
  7. Smartphone canggih ( nokia @ samsung @ htc )
  8. Laptop sendiri ( sekarang berkongsi guna dengan hubby )
  9. Ada lesen memandu
  10. ? ( ni tak tau nak letak apa.... )

Jiwa rasa kosong

Bila jiwa rasa kosong :
  • Cepat-cepat buat solat sunat
  • Dan, mengaji

Pasti selepas itu hati rasa tenang dan aman.

Hari-hari yang diharamkan berpuasa

1) Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban)
Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."

2) Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
3) Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

4) Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

5) Hari Haid dan Nifas

6) Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad. ( Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili )

6) Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut


# Dikongsi dari laman - Soal Jawab Agama Jais

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011


Kategori Filem
Filem Terbaik: Magika
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak ( Cun )
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja ( Janin )
Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali ( Cun )
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa ( Cun )
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin ( Karak )
Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin ( Aku Tak Bodoh )

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Sanggul Beracun
Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan ( Janji Syurga )
Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina )
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof ( Jangan Hantar Aku ke Neraka )
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy ( Kum Kum )
Pengarah Terbaik: Sabri Yunus ( Sanggul Beracun )
Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun )
Videografi Terbaik: Sanggul Beracun
Drama Rantaian Terbaik: Juvana
Drama Komedi Terbaik: Geng Surau

Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika
Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah
Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show
Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat
Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof

Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali ( Yang Terpuji )



# Sumber : mStar

:: Blogger