:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

21.9.12

Burger Mcd



Tengok ni promo terbaru
SAMURAI BURGER + SAKURA McFIZZ + KATSU CURRY McSHAKER

Asyik makan jer kerja nya..
Kang nanti masa check-up mengandung berat aku naik lagi.
Dahlah ni limited edition, takleh tunggu-tunggu.
Memang menggugat nafsu makan..

7.8.12

LARANGAN

Sepanjang mengandung ni, aku dilarang makan atau minum segala yang pernah menjadi kegemaran aku..

Antaranya...

Air tebu



Air kelapa



Buah nenas



Pulut



Ikan sardin



Tapai ubi / tapai pulut



Tapi kalau teringin sangat, aku akan jamah sikit untuk kurangkan rasa mengidam... hehehe....


# Semua gambar dari google.com

27.6.12

Sarapan McD



Jom sarapan mcd.
Sausage McMuffin with egg

3.4.12

KFC Voucher



KFC Voucher untuk dikongsi bersama.

Wahai peminat-peminat ayam goreng KFC sekalian, sila print voucher dan makan KFC dengan sepuas-puasnya.

5.3.12

Dinner vs. Lunch

Lihat lah dunia, mcd dah tawarkan set dinner pulak..
Harga sama macam set lunch.
So lepas ni, kalau tak sempat nak beli masa lunch, bolehlah beli masa dinner je.
No rushing, balik kerja dah boleh makan mcd dengan harga murah..
Heheheheee.....


Set dinner



Set lunch




Update : Dah petang-petang baru dapat 'sms notification' tau..

1.2.12

Ais-krim



Sedapnya kalau dapat makan ais-krim sekarang ni....
Tak sabar nak tunggu waktu kerja habis..

18.1.12

Kerja dan makan | Memang tak boleh dipisahkan















Disebabkan hari ini aku masuk kerja tengahari, maka nya makan tengahari di mcd sahaja.
( Kenapa masuk lambat?? Huiiiiii rahsiaaaa......... )
Kerana mendapat permintaan dari mr.hubby nak makan prosperity ayam mcd.
Bersiap-siap dan terus pergi mcd tebrau, order prosperity 2 set.
Sambil makan sambil amik order dari kawan-kawan.
Makan penuh nikmat. Puas dan kenyang sampai petang harapnya..

12.1.12

Durian oh durian



Durian oh durian...

Apa masakan yang sedap dibuat dengan isi durian??

Kesukaan aku bubur kacang durian.
Boleh juga buat ais-krim durian.
Ahli keluarga yang lain suka serawa durian.
Ada yang buat bingka / talam durian.

Kalau malas, makan gitu je pun sedap.

27.12.11

Tikus - Santapan



Bila tikus jadi santapan
Segala nya indah
Bagai dunia 'kita yang punya'
Hahahahhahah.....

Nesvita for brunch

Asslamualaikum..

Dah selamat bercuti selama 3 hari, hari ini kita mulakan minggu yang baru.
Siapa yang tak sempat sarapan tu boleh lah makan+minum nesvita ni.
Aku suka oat.


Sesuai juga untuk minum petang dan malam..

7.12.11

Kupon Burger King



Promo Burger King.

RM5 sahaja untuk sebiji burger.

Boleh pilih samada nak black pepper atau spicy jalapeno.

Promo tamat 8/12/11.

Cepat-cepat print kupon ni sebelum anda menggigit jari..

Nyum..nyum..nyum..

4.12.11

Sup ekor lembu

Hari ni nak masak sup ekor for first time ever... hahahaaa....

So ni tengah google resepi kat internet.

Nak cari yang mudah masak. Senang kannnnn.... =)

Akan ku tayangkan hasilnya nanti..

14.11.11

Morning uollsss...

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..

Mulakan hari dengan sarapan yuk.

Air sejuk-sedap untuk sarapan  --> MILO AIS

Pasangannya mestilah  --> NASI LEMAK AYAM SEKETUL 

Air terhebat masa sarapan  --> TEH TARIK 

Pekena dengan  --> ROTI CANAI 


Ni lah sarapan pagi kami hari sabtu dan ahad yang lepas.


# Pinjam gambar dari google

14.10.11

Melunaskan janji

ABC Kg Melayu...terbaeeeeekkkkk


.....kepada kengkawan kat opis nih. Hari rabu lepas dah ter-tunai hajat nak belanja diorang sumer makan-makan. Plan awal nak belanja yang-special tapi tak berkesempatan jadinya belanja lah ABC kg melayu. Ada yang request suruh belanja ABC dan aku dengan sukanyerrrr belanja diorang,....

Ni antara ABC yang paling sedap pernah aku makan. Tokey dia kalau letak kacang sama coklat memang tak kedekut. Banyak giler isinya. Lagi pulak ada eskrem atas dia. Mantappppp....

ABC + 1 scoop eskrem = $3

10.10.11

Beli Cadbury zip dan boleh tebus hadiah menarik


 
Hasil ber-BW ke sini, aku dapat info yang beli Cadbury Zip 114g boleh tebus hadiah. Paling mudah, beli 5 pek dah boleh tebus hadiah. Percubaan pertama, aku beli dan nak tebus kupon KFC/pizza hut RM40.

Kebetulan sabtu lepas pergi jenjalan ka UO angsana, aku terus arr rembat 5 pek coklat cadbury ni. Gigih pilih mana 1 perasa yang nak dan carik yang promo beli 1 pek percuma seketul lagi ( jumlah 1 pek = 7 ketul ). Harga sepeket RM3.99 x 5, lebih kurang RM20 jugaklah aku berhabis semata-mata beli coklat nih... Sudahnya aku beli 2 coklat, 1 vanilla, 1 epal dan 1 strawberi..

Target nak dapatkan oven Zanussi tu tapi sebelum dapat yang besar, kena target yang kechik dulu. Aku nak cuba tebus kupon KFC/pizza hut tu dulu. Kalau berjaya, aku beli banyak-banyak dan nak tebus oven tu. Takyah dah beli oven lain...

Nak tau lagi boleh klik SINI dan SINI yer...


30.9.11

Standby ok..

Hari ni standby nak beli barang-barang masak untuk makan-makan hari isnin nanti. Ada majlis selepas-raya. Aku kena sediakan kuah kacang dengan sambal kicap.

So barang-barang yang diperlukan adalah:
  • KACANG TANAH ( 1 kg ),
  • CILI PADI ( 2 genggam ), dan
  • Sedikit kuih-muih.

Quarter pounder single + double


Memang pandai... Tang gaji je promo nih keluar. Hati dah ber-debar-debar nak ngap..ngap..ngap.. burger ni. Pulak tu memang kegemaran hubby. Biasa tu single beef, kali ni double beef you... Wah ni nak kena laju-laju gi mcd... limited edition beb..

9.9.11

C.O.K.L.A.T


....COKLAT....

Makanan kegemaran aku. Tiap-tiap minggu mesti nak makan sesuatu yang berunsurkan coklat. Tak kesah yang mana satu - bar coklat, kek coklat, ais-krim coklat, kek coklat, muffin coklat... Yang penting ada unsur-unsur coklat.

Sekarang ni aku tengah usha-usha kedai jual baranag mentah untuk buat coklat ni. Aku ada impian nak jual coklat online. Ada sesiapa berminat tak? Boleh contact aku yer...


 # Sekarang aku tengah buat survey tentang harga barang mentah, pembungkusan, corak untuk coklat, cara simpanan untuk elakkan berkulat, kaedah penghantaran yang sesuai dan harga berpatutan yang akan dikenakan kepada pembeli.

5.9.11

Juadah kegemaran di hari raya

Setiap kali tibanya lebaran, makanan kegemaran aku mesti nak kena ada tau. Kalau takde, rasa tak cukup feel hariraya... Ala juadah kegemaran aku ni biasanya masakan mak dengan abah aku tiap kali raya.Walau aku beraya dengan FIL, juadah ni mesti mak aku sediakan masa hujung-hujung puasa...

Ketupat ( tak kesah yang anyam sendiri atau ketupat segera )



Rendang ayam / daging



Sambal goreng jawa


Adanya tiga makanan ni, insyaAllah aku tak carik dah yang laennnn...
Cuma kenkadang nampak lemang dengan sambal kacang, terus rasa membuak-buak nak makan jugak... heheheee....



# semua gambar dari google

21.8.11

Buat kuih/biskut raya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih/biskut raya


1-Butter / mentega --> pilihan aku adalah jenama buttercup


2-Marjerin --> pilihan aku yang cap pelangi nih..


3-Telur ayam sepapan

4-Esen vanilla --> untuk hilangkan hanyir telur


5-Tepung gandum


6-Coklat masakan --> jenama tulip

:: Blogger