:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

16.4.12

Duit




Ya, itulah yang aku rasa sekaranggggg.....

Masa belum gaji, banyak benda aku nak beli. Itu ini semua nampak cantik dan berkenan di hati. Macam tak menyempat nak tunggu gaji nak beli barang. Selalu gitu tauuu..

Tapi bila dah gaji, tak pulak rasa nak membeli. Memang ajaib kannn....
Kerana semua itu nafsu. Nafsu membeli. Tak bagus untuk kesihatan poket kita.

Tapiiiiiiiiiiiiiii....
Bila duit memang dah ada, adakala tak menyempat nak menyimpan dah berjoli sakan. Pantang duit ada dalam tangan, ada je yang nak dibeli. Kesimpulannya, ada duit atau takde duit, sama je. Takde duit pun membeli, ada duit lagilah membeli. Masa baru dapat duit memang tak rasa nak membeli. Bila tengok duit banyak depan, tak tentu arah jadinya.

Cara aku untuk berbelanja secara berhemah :
@ Buat senarai barang sebelum keluar berbelanja - tentukan yang mana paling penting untuk dibeli
@ Pastikan perut diisi sebelum membeli-belah - bila lapar semuanya nak dibeli
@ Kurangkan makan di luar - selalu masak kat rumah
@ Kurangkan makan di premis makanan segera
@ Kurangkan tengok wayang
@ Gunakan barang keperluan sebaik mungkin
@ Kurangkan belanja online

Setiap yang kita lakukan perlulah dirancang dengan teliti. Kehidupan sekarang memerlukan kita bijak dalam mengawal keluar masuk duit/perbelanjaan kita.

Duit memang bukan segala-galanya...
TETAPI zaman sekarang, semua yang kita perlukan di dunia ini perlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

4.12.11

Sup ekor lembu

Hari ni nak masak sup ekor for first time ever... hahahaaa....

So ni tengah google resepi kat internet.

Nak cari yang mudah masak. Senang kannnnn.... =)

Akan ku tayangkan hasilnya nanti..

17.5.11

4 hari cuti

Kalau orang lain cuti cuma 2 ( sabtu, ahad ) + 1 ( wesak day ), aku punya 4 hari terus.. Haha.. kiranya aku cuti panjang lah ni ( lebih 1 hari jer punn... ), kengkawan di opis sila jangan jeles yer..

Apa aku buat dalam 4 hari ni..???

Hari Sabtu
Berjejak-kasihan dengan kakak-ipar yang datang dari Sinagpura. Dah lama tak jumpa dia, haruslah borak lama-lama.


Hari Ahad
Meronda dengan kakak-ipar. Dia ajak tengok tapak umah lama dia - layan kannnn..

Hari Isnin
  1. Bawak adik buat KPT 12 tahun
  2. Bawak abah amik ubat kat Poliklinik HSA dengan bukak akaun tabung haji
  3. Hubby buat MYKAD baru sebab MYKAD dia rosak - lencun-rosak kena hujan
  4. Aku buat surat beranak baru - yang lama missing-in-action

Hari Selasa
Cuti am sempena Hari Wesak. Aku je lah yang cuti, hubby keje. Company dia takde Cina/India so takde lah cuti. Tunggu raya puasa/korban - baru dapat cuti lama.


Walaupun cuti lama, bukanlah melepak kat umah saja.. Dok keluar manjang. Jadi hari ini, nak rehat sepuas-puasnya.. =)

19.3.11

Cuci-cuci service

Assalamualaikum.... Selamat berhujung minggu...

Aktiviti aku hari ni, wat house cleaning aka cuci-cuci service kat umah sendiri. hahahhaha...... Ntah kenapa aku rasa bersemangat sangat nak kemas rumah tau.... Oppppssss..... baru tau, ada orang nak datang umah tengahari karang, tu nak nak ngemas nih. Heppp...bukan sebab orang datang baru nak kemas rumah tau, memang tiap-tiap hari sabtu adalah rutin aku tiap-tiap minggu untuk kemas rumah.

Selalu tu memang kemas pon, cuma bila kata ada orang nak datang tu, haruslah kemas lebih-lebih sket. Takkan tetamu datang tengok rumah berselerak je kan.... Tak patuttttt.... So ari ni extra kemas rumah. Chiyokkkkk..... Jangan petang nanti aku pengsan pulak sebab terlalu tekun kemas umah ni....

Sambil kemas-kemas tu, sambil dengar radio online - ni tengah dengar Carta Sms Sinar...

Okeylah, nak sambung mengemas. Pastu nak masak pulak. Eh ni pun tengah basuh baju jugak... Daa......

13.11.10

Orang baru

Sekarang aku dah de orang baru... Semuanya gara-gara nak permudahkan keroje aku kat umah ni hah.. Bukannya apa, dengan adanya depa ni, buleh ler ringankan tugas-tugas khas aku di rumah - senang dan mudah. Tak perlu secara manual dan menyental....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ni hah, aku beli air-freshner baru dengan febreeze...

Kan mende alah ni memang untuk memudahkan kerja....

Dulu-dulu, aku dah ada housing untuk air-freshner tu tapi sebab dah terlalu lama, keadaan dia dah tak berapa elok. Jadik aku dah terjunkan ke tong sampah. Yang botol febreze tu, patut nya beli refill pack jer tapi mencari botol lama tak jumpa jadik beli jugak yang baru.

Dua-duanya berfungsi untuk menyahkan bau-yang-tak-menyenangkan. Ini lah pembantu aku yang baru. Kalau takde mende ni ----- leceeeeehhhhhh.... Nak kena sembur guna tangan picit-picit botol tu dan nak kena sental bila tak guna febreze.. Dah ada ni, kurang sikit keje aku kat umahhhhhh..... hahahahaha....

30.10.10

Lepak

Arini tak keje. Aku ngulorrrr kat umah..
Sambil-sambil tu buat keje apa yang patut..
Yelah weekday jadi working wife..
Weekend jadik housewife lah pulak...

Pagi-pagi dah kemas umah tau..
Pastu kuar sarapan dengan hubby.. ( oh yer, arini hubby cuti )
Pas dah sarap, basuh kain baju terutamanya baju keje kami..
Dah setel, ngadap tv dengan internet..

Facebooking, blogging, blogwalking, shopping online..
Carik juga kawan-kawan lama dalam facebook..
Balas-balas mesej dalam email..
Petang-petang sikit mungkin kuar jenjalan..
Malam ni nak tengok final piala malaysia dengan harry potter..
( tv ada satu je, cane nak tengok 2 siaran nih.. )
Then makan.. makan.. tido..

25.7.10

Oh Makkkk......

Pagi-pagi lagi aku dah tepon mak. Rindu ker??? Sajer je tanya khabar dia. Dia baru pas sarapan tadi, makan nasi putih dengan ayam goreng. Aku rasa tak pernah mak aku makan nasi putih putih pagi-pagi buta ni.... KECUALI masa puasa, hari raya & bila gila punya laparrrr..... Bila aku tanya kenapa, dia bagitau cuma tu jer makanan yang jadik pilihan dia. Roti canai ker, mee ker, boleh kater takde ler pagi-pagi buta ni kat hotel tempat dia menginap tu. ( perhatian : mak aku gi jenjalan kat Kelantan yer... ) Semua tu ada waktu petang bawak ke malam. Pastu dia kater nak gerak ke Terengganu plak, nak singgah pasar payang. Dah sudah jenjalan sana, akan terus balik ke JB lah. Sampai mungkin lepas kol 12 tgh malam nanti. Haa tu adik aku nyer keje, kena amik dia bila dah sampai nanti.

Aku plak ni, sambil bloggin sambil basuh seluar keje hubby. Sebelum tu, gosok tudung untuk keje. Aku gosok untuk 1 minggu nyer. Baju keje gosok petang karang lah.. Ada beberapa helai lagi yang belum kering, malas arr nak gosok sket-sket. Aku suka gosok semua sekali harung. Jimat masa jimat elektrik.. Apa plan arini? Aku rasa dok lepak lagi kat umah ni, hubby penat giler sebab semalam dia wat keje kat niosh JB. Memang giler punya penat.... Ni pon dia tengah dok bantai tido lagi. Ingat nak ajak dia sarapan roti canai kat luar. Kena tunggu dia bangun lah ni.... Oklah aku nak sambung jengah-jengah blog orang ni... Sambil tu layan citer katun kat TV.... da...

:: Blogger