:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

16.4.12

Duit




Ya, itulah yang aku rasa sekaranggggg.....

Masa belum gaji, banyak benda aku nak beli. Itu ini semua nampak cantik dan berkenan di hati. Macam tak menyempat nak tunggu gaji nak beli barang. Selalu gitu tauuu..

Tapi bila dah gaji, tak pulak rasa nak membeli. Memang ajaib kannn....
Kerana semua itu nafsu. Nafsu membeli. Tak bagus untuk kesihatan poket kita.

Tapiiiiiiiiiiiiiii....
Bila duit memang dah ada, adakala tak menyempat nak menyimpan dah berjoli sakan. Pantang duit ada dalam tangan, ada je yang nak dibeli. Kesimpulannya, ada duit atau takde duit, sama je. Takde duit pun membeli, ada duit lagilah membeli. Masa baru dapat duit memang tak rasa nak membeli. Bila tengok duit banyak depan, tak tentu arah jadinya.

Cara aku untuk berbelanja secara berhemah :
@ Buat senarai barang sebelum keluar berbelanja - tentukan yang mana paling penting untuk dibeli
@ Pastikan perut diisi sebelum membeli-belah - bila lapar semuanya nak dibeli
@ Kurangkan makan di luar - selalu masak kat rumah
@ Kurangkan makan di premis makanan segera
@ Kurangkan tengok wayang
@ Gunakan barang keperluan sebaik mungkin
@ Kurangkan belanja online

Setiap yang kita lakukan perlulah dirancang dengan teliti. Kehidupan sekarang memerlukan kita bijak dalam mengawal keluar masuk duit/perbelanjaan kita.

Duit memang bukan segala-galanya...
TETAPI zaman sekarang, semua yang kita perlukan di dunia ini perlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

No comments:

:: Blogger