Kenapa ye aku rasa sekarang ni yang perasaan tolong-menolong itu susah untuk dizahirkan atau ditunjukkan??
Contohnya, kawan kita mintak pertolongan kita untuk tolong dia siapkan separuh daripada tugas-tugas yang dia kena buat sebab tak cukup kakitangan. Kita ni punya lah beria tolong kawan kita tu. Dah sudah semua, kita pun sambung balik kerja kita. Takde pun dia ucap terima kasih sebab kita tolong dia. Takpe, kita tak kesah.
Kemudiannya, kita pulak yang perlukan bantuan dia untuk tolong kita sebab bos panggil buat kerja penting yang lain. Beria kita mintak tolong dia tapi dia taknak tolong pun. Sikit pun dia taknak tolong kita. Punya lah kita merayu mintak pertolongan dia sambil-sambil mintak pertolongan kawan yang lain. Semua taknak layan kita. Dah nasib, semua taknak tolong. Sudahnya kita buat kerja sorang-sorang. Balik kerja pun lambat sebab kerja-kerja tu semua nak kena siapkan masa tu juga.
Inilah yang dikatakan "bila mintak tolong mulut manis, bila orang lain perlukan pertolongan susah nak berikan pertolongan".
Dunia oh dunia.
Pada aku, bila kita mintak pertolongan, bukan suka-suka. Memang kita betul-betul perlukan pertolongan. Kalau kita boleh buat sesuatu kerja tu sendiri, memang tak perlulah kita mintak tolong orang lain untuk buatkan kerja kita.
Agaknya ada yang berfikir kita nakkan balasan bilamana kita pernah tolong diorang, maka kita pun nak diorang tolong kita balik. Tak pernah terdetik pun dalam hati aku macam tu. Aku sedaya boleh akan cuba siapkan kerja sendiri tanpa bantuan orang lain. Yang kena marah aku, yang dapat pujian aku, yang kena sindir aku. Semuanya aku tanpa melibatkan orang lain.
Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa susah sangat nak hulurkan pertolongan kepada yang memerlukan. Aku bukan nak riak TAPI bila orang perlukan pertolongan akan ku cuba sedaya upaya menolong mana yang termampu. Tak dapat semua, sikit pun jadilah.
Janganlah kita kedekut dengan tenaga yang ada kerana semuanya datang dari Yang Maha Esa. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Tak rugi kita tolong-menolong sesama insan...
No comments:
Post a Comment