:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

30.11.16

BUSY




Seriesly busy giler...

Makin dekat nak hujung tahun, makin banyak kerja.

Tapi seronok juga.

Busy means work!!

24.8.16

A to Z

Image result for random alphabet


Nampak tak abjad yang banyak ni?? From A to Z...

Macam ni lah tengok kertas hari ni.

Banyak sangat "documentation request" masuk, tak berhenti-henti. Ada je nak tu lah, nak inilah... Request ulangan lagi.. Yang follow up lagi...

Tangan ada 2 je wei... tak larat nak handle semua. Nak ber-sosial kat internet pun tak sempat.

Sempat makan, minum, solat dengan pergi bilik air jek...

Tangan 2, yang berkerja dalam kumpulan pun 2 orang je (actually 3 tapi sorang tu halimunan, ada dengan takde sama je...)

Bos, nak tambah orang boleh tak?????

30.12.15

30 Disember 2015




Hari ni last day kerja untuk tahun 2015 ni.
Esok cuti ganti sempena JDT menang AFC cup aritu (lambat giler nak dapat cuti replacement).
Lusa pulak cuti tahun baru.
Seronok cuti lama-lama....

Minggu depan dah masuk tahun baru, hari baru, bulan baru untuk 2016.

Apa yer yang nak dihajatkan??

Semoga semuanya baik-baik belaka dan berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

2015 - tahun yang penuh dengan kenangan
2016 - tahun yang pastinya mencabar

Well, hidup mesti diteruskan.
Apa jua rintangan dan cabaran yang melanda mesti diharungi.
Berlapang dada dalam menempuh segala kesulitan.

Yang penting POSITIF.
Insyaallah, akan mudah semuanya.

12.11.12

Isnin di opis

Assalamualaikum..
Selamat pagi Isnin.

Hari ni jalan lengang sangat kan... sebab sekolah dah mula bercuti dan orang-orang yang bekerja pun ada yang ambil cuti panjang sempena Deepavali dan Awal Muharam.

Aku...?  Haha..tak ambil cuti pon. Masih setia datang ke opis. Lagi pulak tak lama lagi kan aku nak cuti panjang (cuti bersalin 2 bulan) so kena kerja untuk habiskan kerja-kerja  yang ada.
Taknak nanti aku cuti, ada lagi kerja-kerja yang tak habis.

Tadi dah rehat pagi.. pasni nak kemas meja buat 5S pulak.
Joblist pon tak update lagi.
Tiap-tiap hari Isnin mesti sibuk.
Okeylah... nak sambung balik kerja yang tertangguh tadi.

14.9.12

Ugut

Tak baik ugut-ugut aku.
Karang aku langsung tak buat kerja yang kau bagi, baru padan muka.
Baru aku lambat sikit nak bagi dokumen untuk kau semak dah ugut-ugut gertak-gertak aku.
Ingat aku takut ker??
Aku tak heran lah,....

Aku tau lah kerja aku.
Semua aku dah aturkan.
Lambat atau cepat semua tu terpulang pada keadaan.
Yang pasti siap + maklumat betul + ada attachment.
Tak payah nak pening-ening sibuk tanya kerja aku dah siap ker belum.
Kerja kau tu dah siap ker?

16.8.12

Gambar raya

Aktiviti semalam adalah bergambar raya dengan kawan-kawan di opis.

Dan inilah hasilnya...


Selamat Hari Raya..

Maaf Zahir Batin..

2012

24.4.12

Dinner @ George & Dragon

2 minggu lepas, ada dinner kat sini - George & Dragon.
Makan-makan sempena dah selesai audit HACCP.
Aku kan internal auditor, kiranya makan-makan ni sebagai menghargai jasa kami sebagai internal auditor.

Pergi pun sebab makan-percuma, kita cuma bawa badan jerr.. hheheee.. =)
Oleh sebab tempat ni jauh dari opis, aku pergi dengan opismate.
Dah sudah makan, balik hostel, tunggu hubby datang amik kat situ.

Oh yer... kalau datang secara berkumpulan dinasihatkan membuat tempahan dulu, kalau tidak takde tempat.
Kalau datang sekadar 2-4 orang, bolehlah terus datang.

George & Dragon, Taman Tasek

Fresh orange

Pergi makan kat mana-mana tempat, hanya air ni yang jadi pilihan - Fresh Orange.
Sedap dan nyaman juga dapat menghilangkan perasaan muak ketika makan.
Yang bermaksud, minum-fresh-orange-kita-boleh-makan-banyakkk..


Kita mula makan dengan appetizer...

Calamari rings

Gelangan sotong yang rangup dan sedap.


Home cooked mushroom soup

Sup yang dimakan dengan roti bawang putih.
Sedap dan pekat.


Garlic bread

Disebabkan roti tak cukup dan sup banyak lagi, order sebakul lagi roti bawang putih..
Baru puas hati makan. Tu pun aku yang makan banyak, yang lain cuma cicah-cicah jer.
Tak lalu katanya...


Mashed potato

Yang ni bukan appetizer tapi sebab aku suka, aku order kan untuk kawan-kawan makan.
Semangkuk penuh kentang dengan kuahnya, cukup untuk kami berempat makan.


Seafood pasta

Menu pilihan aku. Sedap, cuma seafood dia sikit jer.
Spaghetti dengan cheese memang banyak. Overall ok...


Traditional English fish & chips

Ni makanan kawan A.


Crunchy fish with roasted pistachio dip

Ni makanan kawan B.


Grilled Angus rib steak with special gravy

Ni makanan kawan C.
Dia pilih menu of the day.
2/5 dari makanan ni aku yang makan sebab dia kata tak mampu nak habiskan.

Special menu of the day..

Disebabkan portion untuk semua main-course ni besar-besar, makanya ia dimakan oleh 4 orang secara berjemaah.
Setiap seorang order makanan lain-lain jenis dan berkongsi diantara 4 sekawan.
Itu pun ada yang tak habis.
Apalagi, kita tapau bawa pulang...



Pizza sedap dengan extra cheese.
Meleleh-leleh cheese dia. Sampai melecur bibir aku makan pizza ni.
Based dia ala-ala tortilla, nipis dan lembut. Memang sedapp..


Chocolate cheesecake

Aku pilih yang ni untuk dessert.
Sedap dan memuaskan hati.


2 scoop ice-cream

Selain kek, ada ais-krim untuk dimakan.
Makan kek + ais-krim memang nikmat....


Deco dalam restoran ni memang menarik.. tapi sebab sibuk makan, tak sempat nak ambil gambar semua ruang.



Hiasan lampu yang minimal.

16.4.12

TOLONG

Kenapa ye aku rasa sekarang ni yang perasaan tolong-menolong itu susah untuk dizahirkan atau ditunjukkan??

Contohnya, kawan kita mintak pertolongan kita untuk tolong dia siapkan separuh daripada tugas-tugas yang dia kena buat sebab tak cukup kakitangan. Kita ni punya lah beria tolong kawan kita tu. Dah sudah semua, kita pun sambung balik kerja kita. Takde pun dia ucap terima kasih sebab kita tolong dia. Takpe, kita tak kesah.

Kemudiannya, kita pulak yang perlukan bantuan dia untuk tolong kita sebab bos panggil buat kerja penting yang lain. Beria kita mintak tolong dia tapi dia taknak tolong pun. Sikit pun dia taknak tolong kita. Punya lah kita merayu mintak pertolongan dia sambil-sambil mintak pertolongan kawan yang lain. Semua taknak layan kita. Dah nasib, semua taknak tolong. Sudahnya kita buat kerja sorang-sorang. Balik kerja pun lambat sebab kerja-kerja tu semua nak kena siapkan masa tu juga.

Inilah yang dikatakan "bila mintak tolong mulut manis, bila orang lain perlukan pertolongan susah nak berikan pertolongan".

Dunia oh dunia.
Pada aku, bila kita mintak pertolongan, bukan suka-suka. Memang kita betul-betul perlukan pertolongan. Kalau kita boleh buat sesuatu kerja tu sendiri, memang tak perlulah kita mintak tolong orang lain untuk buatkan kerja kita.

Agaknya ada yang berfikir kita nakkan balasan bilamana kita pernah tolong diorang, maka kita pun nak diorang tolong kita balik. Tak pernah terdetik pun dalam hati aku macam tu. Aku sedaya boleh akan cuba siapkan kerja sendiri tanpa bantuan orang lain. Yang kena marah aku, yang dapat pujian aku, yang kena sindir aku. Semuanya aku tanpa melibatkan orang lain.

Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa susah sangat nak hulurkan pertolongan kepada yang memerlukan. Aku bukan nak riak TAPI bila orang perlukan pertolongan akan ku cuba sedaya upaya menolong mana yang termampu. Tak dapat semua, sikit pun jadilah.

Janganlah kita kedekut dengan tenaga yang ada kerana semuanya datang dari Yang Maha Esa. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Tak rugi kita tolong-menolong sesama insan...

4.4.12

SENYUM hilangkan tensi dan marah

crdt tu takkesah.tumblr



Quotes yang aku suka..

Untuk hari yang tensi macam hari ni, eloklah kita sentiasa senyum.

Tadi pun macam nak marah opismate tapi senyum je dalam hati untuk hilangkan marah.
Mana boleh suka-suka nak marah-marah anak orang kannnn...... nanti dia merajuk kita yang hilang kawan lagi susah.

Lagi pulak, pendingin hawa kat opis ni rosak, masih belum dibetulkan oleh orang maintenance, bertambah level marah aku.
Serasa macam ada yang tak kena.

Jadi jangan nak marah-marah  --> Nanti cepat TUA.
Senyum-senyum selalu  --> Hati pun senang, dada lapang, otak tenteram.

3.4.12

Kerja..kerja..kerja..

Petang-petang ni dah mula boring dengan kerja.
Rasa macam tak berkurang tapi makin bertambah kerjanya.

Apa nak buat untuk hilangkan boring..???
  1. Surf internet
  2. Telefon hubby borak-borak
  3. Main game sekejap
  4. Pergi surau solat
  5. Tidur dalam 5 minit
  6. Makan + minum
Tu je yang terlintas dalam kepala.
Lama sangat mengadap komputer, sakit mata.
Nak rehat sekejap.
Malam nanti ada majlis makan-makan kat luar.
Tak bawa pakaian lebih jadi pergi dengan baju kerja sahaja...

27.3.12

MC



Dalam sampul surat ni ada duit RM50 sebab takde ambil MC masa bulan 2 yang lepas.
 
Sekarang kilang memberikan penghargaan kepada para pekerjanya JIKA dalam sebulan tidak mengambil cuti sakit @ MC atau menerima rawatan perubatan di bawah nilai RM80 - akan diberikan RM50 pada minggu ke-3 bulan berikutnya.

Bagus kann...
Cara-cara me-mancing minat pekerja di kilang aku ni.
Untuk memotivasikan para pekerja agar sentiasa datang bekerja.

Yang tak bagusnya...
Bila sakit tak ambil MC tapi ambil cuti tahun.
Gara-gara nak duit sanggup ketepikan sakit, sanggup habiskan cuti tahun.

Kalau aku, lebih rela amik MC dari habiskan cuti tahun.
=P

22.3.12

Amaran...!!!



Ye, pagi-pagi dah kena amaran dari bos-kecik.
( Sebabnya aku dengan partner ter-TOLONG kerja kawan-kawan dari seksyen lain. Itu pun secara tidak sengaja... )

JANGAN nak sibuk-sibuk dengan kerja orang lain kalau kerja sendiri tak siap.
JANGAN ketawa kuat-kuat kat dalam pejabat ( semasa waktu pejabat - kelakuan tak elok ).
JANGAN rehat lama-lama ( ikut masa yang telah ditetapkan ).
JANGAN asyik nak makan je ( kerja tak siap-siap jugak ).
JANGAN itu, JANGAN ini..
JANGAN begitu, JANGAN begini..

Tengok, dah rosakkan mood aku nak kerja hari ni.
Baik-baik ok terus mood berubah kepada tak ok.
Malas nak fikir, ikut je lah arahan kan.
Kita ni orang kecil tahap rendah kena ikut arahan orang atasan.
Kalau dilawan, makin teruk jadinya.
Maka, layan kan sahaja.
Biar puas hati.

14.3.12

Pening

Kertas-kertas yang melambak kat meja membuatkan aku pening kepala.
Mana lagi nak terima arahan dari orang atasan.
Semua itu memakan memori yang banyak dalam otak untuk diproses dan disimpan.

Tadi aku terima arahan suruh buat kerja A.
Tengah-tengah buat kerja, dapat arahan kena buat kerja B pulak.
Jadi kerja A tak siap dah sambung dengan kerja B.
Nak habiskan kerja B perlukan aku memanjat bangunan 2 tingkat ni turun-naik mencari maklumat.
Dapat maklumat yang diperlukan, kena email kepada pelanggan C.
Tapi aku telah di-aniaya kerana kerja B aku telah pun siap dan di-email kepada pelanggan.




Aku dengan tak banyak bunyik terus sambung dengan kerja A.
Dalam hati menyumpah sebab aku dah susah payah buat kerja B tapi kerja B orang lain yang uruskan.
Takde makna lah aku panjat bangunan 2 tingkat ni...????
Buat penat je ke hulu ke hilir mencari maklumat sudahnya kerja dah siap.
Sekarang tengah siapkan kerja A dan malas nak terima arahan lain D ke E ke F atau lain-lain.

Hari dah petang nak tunggu hubby ambil aku balik rumah.
Malas nak fikir.
Buat semak otak je...

5.3.12

Isnin yang indah

Ye..selamat kembali bekerja semua..
Pagi-pagi Isnin ni selalu orang cakap nanti kena "Monday blues" kan..

Apa cara nak elakkannya??

Cara aku,
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Buat kerja cepat-cepat.
  • Sentiasa gembirakan hati sendiri.
  • Layan blog dengan baca suratkhabar online.
Hehe...

Macam dah takde cara lain kan..
Tapi itu je yang berkesan untuk aku.
Tu sambilan je..
Kerja-kerja opis menambun lagi yang nak kena siapkan.

29.2.12

Kempen Derma Darah



Aktiviti hari ni - menderma darah.
Aktiviti tahunan kilang.

Harap-harap aku lepas halangan untuk derma darah ni.
Seronok tau dapat bagi darah kat orang.
Menyelamatkan nyawa untuk orang-orang yang memerlukan.


22.2.12

Kemalangan



Dapat berita yang semalam petang kawan sepejabat aku kemalangan jalan raya.
Motorsikal dengan kereta.
Kawan aku yang naik motor tu kena duduk wad.
Kaki dengan tangan belah kanan yang luka.
Kaki kanan paling teruk, kena bedah.
Petang ni kami ramai-ramai nak pergi tengok dia kat Hospital Pakar Kempas.

9.2.12

Pokok

Cantik tak pokok ni..??

Ni tengah serabut buat kerja.
Layan gambar pokok kejap.
Nak hilangkan tensi.

3.2.12

Overload | Workload

Aku heran betulll...

Bila sampai hari Jumaat je aku overload dengan kerja-kerja opis ni. Dah rasa macam buat kerja tak habis-habis pulak. Bila hari Jumaat pastinya kerja bertambah-tambah, dah jadi macam hari Isnin. Lagi lah kalau ada cuti panjang, mesti masuk macam-macam inquiry dalam mailbox.


Ni minggu depan Isnin dengan Selasa cuti, memang banyak lah kerja-kerja yang terabai. Prinsip aku, kerja opis buat kat opis sahaja. Jangan dibawa balik ke rumah. Karang tak tenteram hidup kat rumah sebab kena siapkan kerja-kerja opis nih.

Aku rasa baik tak payah cuti panjang kalau inquiry yang masuk tak berhenti-henti macam air hujan...

Eeeeiiiii menggeramkan hati jer..

25.1.12

Gelap



Baru terang dari gelap.
Dalam 4 jam jugak bergelap kat opis ni.
Dah nasib badan, walau takde elektrik still kena stay kat opis.

Lama cuti

Dah 4 hari cuti dari sabtu sampai selasa sebab CNY.
Highway pasir gudang lengang giler.
Naik motor pun santai je sampai tempat kerja.
Ramai lagi yang masih bercuti kan.
Sekolah pun masih cuti.
Tak banyak kenderaan atas jalan.

:: Blogger