Kertas-kertas yang melambak kat meja membuatkan aku pening kepala.
Mana lagi nak terima arahan dari orang atasan.
Semua itu memakan memori yang banyak dalam otak untuk diproses dan disimpan.
Tadi aku terima arahan suruh buat kerja A.
Tengah-tengah buat kerja, dapat arahan kena buat kerja B pulak.
Jadi kerja A tak siap dah sambung dengan kerja B.
Nak habiskan kerja B perlukan aku memanjat bangunan 2 tingkat ni turun-naik mencari maklumat.
Dapat maklumat yang diperlukan, kena email kepada pelanggan C.
Tapi aku telah di-aniaya kerana kerja B aku telah pun siap dan di-email kepada pelanggan.
Aku dengan tak banyak bunyik terus sambung dengan kerja A.
Dalam hati menyumpah sebab aku dah susah payah buat kerja B tapi kerja B orang lain yang uruskan.
Takde makna lah aku panjat bangunan 2 tingkat ni...????
Buat penat je ke hulu ke hilir mencari maklumat sudahnya kerja dah siap.
Sekarang tengah siapkan kerja A dan malas nak terima arahan lain D ke E ke F atau lain-lain.
Hari dah petang nak tunggu hubby ambil aku balik rumah.
Malas nak fikir.
Buat semak otak je...
No comments:
Post a Comment