:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

24.4.12

Dinner @ George & Dragon

2 minggu lepas, ada dinner kat sini - George & Dragon.
Makan-makan sempena dah selesai audit HACCP.
Aku kan internal auditor, kiranya makan-makan ni sebagai menghargai jasa kami sebagai internal auditor.

Pergi pun sebab makan-percuma, kita cuma bawa badan jerr.. hheheee.. =)
Oleh sebab tempat ni jauh dari opis, aku pergi dengan opismate.
Dah sudah makan, balik hostel, tunggu hubby datang amik kat situ.

Oh yer... kalau datang secara berkumpulan dinasihatkan membuat tempahan dulu, kalau tidak takde tempat.
Kalau datang sekadar 2-4 orang, bolehlah terus datang.

George & Dragon, Taman Tasek

Fresh orange

Pergi makan kat mana-mana tempat, hanya air ni yang jadi pilihan - Fresh Orange.
Sedap dan nyaman juga dapat menghilangkan perasaan muak ketika makan.
Yang bermaksud, minum-fresh-orange-kita-boleh-makan-banyakkk..


Kita mula makan dengan appetizer...

Calamari rings

Gelangan sotong yang rangup dan sedap.


Home cooked mushroom soup

Sup yang dimakan dengan roti bawang putih.
Sedap dan pekat.


Garlic bread

Disebabkan roti tak cukup dan sup banyak lagi, order sebakul lagi roti bawang putih..
Baru puas hati makan. Tu pun aku yang makan banyak, yang lain cuma cicah-cicah jer.
Tak lalu katanya...


Mashed potato

Yang ni bukan appetizer tapi sebab aku suka, aku order kan untuk kawan-kawan makan.
Semangkuk penuh kentang dengan kuahnya, cukup untuk kami berempat makan.


Seafood pasta

Menu pilihan aku. Sedap, cuma seafood dia sikit jer.
Spaghetti dengan cheese memang banyak. Overall ok...


Traditional English fish & chips

Ni makanan kawan A.


Crunchy fish with roasted pistachio dip

Ni makanan kawan B.


Grilled Angus rib steak with special gravy

Ni makanan kawan C.
Dia pilih menu of the day.
2/5 dari makanan ni aku yang makan sebab dia kata tak mampu nak habiskan.

Special menu of the day..

Disebabkan portion untuk semua main-course ni besar-besar, makanya ia dimakan oleh 4 orang secara berjemaah.
Setiap seorang order makanan lain-lain jenis dan berkongsi diantara 4 sekawan.
Itu pun ada yang tak habis.
Apalagi, kita tapau bawa pulang...



Pizza sedap dengan extra cheese.
Meleleh-leleh cheese dia. Sampai melecur bibir aku makan pizza ni.
Based dia ala-ala tortilla, nipis dan lembut. Memang sedapp..


Chocolate cheesecake

Aku pilih yang ni untuk dessert.
Sedap dan memuaskan hati.


2 scoop ice-cream

Selain kek, ada ais-krim untuk dimakan.
Makan kek + ais-krim memang nikmat....


Deco dalam restoran ni memang menarik.. tapi sebab sibuk makan, tak sempat nak ambil gambar semua ruang.



Hiasan lampu yang minimal.

No comments:

:: Blogger