:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Foodies. Show all posts
Showing posts with label Foodies. Show all posts

9.10.15

Makan @ Kenny Rogers Roaster, Tesco Tebrau

Lambar giler nak update makan-makan ni.
Promo beli 1 set, percuma 1 set lagi (tanpa air). Air kena tambah sendiri.

Promo menu baru kat Kenny Rogers - Honey Glaze Chicken.


Add on 2 air - Ice lemon tea.
Muffin tinggal vanilla jer... coklat dengan pisang dah abes.



Masa sampai ni ayam tengah panggang.
Jadinya kena tunggu dalam 10 minit baru ayam siap.
Ada member datang lambat sikit kena tunggu 30 minit untuk ayam siap.
Nasib baik sampai awal, takyah nak tunggu lama-lama.

Tarraaa.....beli 1 set, percuma 1 set.

Side dish hasben - fruit, mashed potato, macaroni cheese. 
Side dish saya = hasben cuma tukar mashed potato dengan nasi untuk anak-anak makan.




Rasa dia ala-ala ayam bakar madu..
Sedap okeh.
2 set boleh makan untuk 4 orang.
Total dalam Rm30++.


Harga makanan kat Kenny Rogers ni pon dah mahal sekarang.
So korang semua, bila next time ada promo, cepat-cepat grab.
Untung..


posted from Bloggeroid

12.3.13

Karipap


Gambar dari google

Ini gambar kuih karipap.
Tapi saya panggil epok-epok.
Tiba-tiba hari ni, ada sorang kakak tu panggil 'tepung bawang'...
Dah lama takde orang panggil kuih karipap / epok-epok dengan nama tepung bawang.
Klasik sangat sebab saya pernah ingat yang panggilan tu digunakan semasa zaman kanak-kanak dulu.

31.10.12

Durian crepe

Sana sini orang dok cerita pasal durian crepe ni.
Macam-macam versi ada.
Kiranya sekarang ni DURIAN CREPE tengah IN sangat...
Tahan air liur je tengok kan,.





Semua gambar dari google/image


Tengok ni gambar-gambar yang aku google.
Sangat menarik kan durian crepe ni.
Kat opis ni ada jugak orang jual cuma lom sempat nak beli lagi.
Tempahan pon masuk melambak-lambar dengarnya.
Semoga bisnes dia terus maju.

27.8.12

Kepingin



Serius memang kepingin @ craving untuk burger GCB ni...
Tapi bukan aku yang teringin yer.. my hubby yang teringin burger ni.
Hubby cakap burger ni limited edition, jadi mesti kena cuba.
Kalau tak cuba sekarang esok-esok takut dah habis tak dapat makan.
Ok, mungkin petang ni kita layankan dia makan GCB kat mcd giant plentong.
Sian hubby. Kalau tak dapat makan mesti dia teringat-ingat lepas ni..

25.4.12

WW 4/2012 - Mee + Nasi

Mee bandung

Kedai : Mee Bandung Muar


Nasi beriyani kambing

Kedai : Md Shah Beriyani Batu Pahat

24.4.12

Dinner @ George & Dragon

2 minggu lepas, ada dinner kat sini - George & Dragon.
Makan-makan sempena dah selesai audit HACCP.
Aku kan internal auditor, kiranya makan-makan ni sebagai menghargai jasa kami sebagai internal auditor.

Pergi pun sebab makan-percuma, kita cuma bawa badan jerr.. hheheee.. =)
Oleh sebab tempat ni jauh dari opis, aku pergi dengan opismate.
Dah sudah makan, balik hostel, tunggu hubby datang amik kat situ.

Oh yer... kalau datang secara berkumpulan dinasihatkan membuat tempahan dulu, kalau tidak takde tempat.
Kalau datang sekadar 2-4 orang, bolehlah terus datang.

George & Dragon, Taman Tasek

Fresh orange

Pergi makan kat mana-mana tempat, hanya air ni yang jadi pilihan - Fresh Orange.
Sedap dan nyaman juga dapat menghilangkan perasaan muak ketika makan.
Yang bermaksud, minum-fresh-orange-kita-boleh-makan-banyakkk..


Kita mula makan dengan appetizer...

Calamari rings

Gelangan sotong yang rangup dan sedap.


Home cooked mushroom soup

Sup yang dimakan dengan roti bawang putih.
Sedap dan pekat.


Garlic bread

Disebabkan roti tak cukup dan sup banyak lagi, order sebakul lagi roti bawang putih..
Baru puas hati makan. Tu pun aku yang makan banyak, yang lain cuma cicah-cicah jer.
Tak lalu katanya...


Mashed potato

Yang ni bukan appetizer tapi sebab aku suka, aku order kan untuk kawan-kawan makan.
Semangkuk penuh kentang dengan kuahnya, cukup untuk kami berempat makan.


Seafood pasta

Menu pilihan aku. Sedap, cuma seafood dia sikit jer.
Spaghetti dengan cheese memang banyak. Overall ok...


Traditional English fish & chips

Ni makanan kawan A.


Crunchy fish with roasted pistachio dip

Ni makanan kawan B.


Grilled Angus rib steak with special gravy

Ni makanan kawan C.
Dia pilih menu of the day.
2/5 dari makanan ni aku yang makan sebab dia kata tak mampu nak habiskan.

Special menu of the day..

Disebabkan portion untuk semua main-course ni besar-besar, makanya ia dimakan oleh 4 orang secara berjemaah.
Setiap seorang order makanan lain-lain jenis dan berkongsi diantara 4 sekawan.
Itu pun ada yang tak habis.
Apalagi, kita tapau bawa pulang...



Pizza sedap dengan extra cheese.
Meleleh-leleh cheese dia. Sampai melecur bibir aku makan pizza ni.
Based dia ala-ala tortilla, nipis dan lembut. Memang sedapp..


Chocolate cheesecake

Aku pilih yang ni untuk dessert.
Sedap dan memuaskan hati.


2 scoop ice-cream

Selain kek, ada ais-krim untuk dimakan.
Makan kek + ais-krim memang nikmat....


Deco dalam restoran ni memang menarik.. tapi sebab sibuk makan, tak sempat nak ambil gambar semua ruang.



Hiasan lampu yang minimal.

28.2.12

KFC for lunch

Hari ni nyer lunch kita makan KFC yer..
Beli set yang "Lunch treats" je sebab murah dan jimat duit. =)


:: Blogger