:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Eidul Fitr. Show all posts
Showing posts with label Eidul Fitr. Show all posts

21.7.15

Raya..raya



Raya ke-5.
Dah selamat beraya, hari ni kita masuk ofis buat kerja pulak yer..
Bila check email, berlambak request masuk dari salesman.
Huh jenuh nak layan satu persatu.
Partner pulak tengah cuti lagi, sensorang la kita berkoje yeh..


Mood raya tak hilang lagi nih!!

2015

22.8.12

Selamat Hari Lebaran


Selamat Hari Raya Idulfitri..

Buat semua sanak saudara, rakan dan taulan.


Hari ni dah mula bekerja walau orang lain masih lagi lagi diulit dengan cuti raya.
Kita yang tak bercuti ni kenalah bekerja kan...
Masuk opis tinggalkan suami di rumah sebab dia masih lagi bercuti. Jelesss aii...
Yang tolong-tolong apa yang patut di rumah yer.. =)
Esok-esok orang lain dah naik kerja, kita pulak bercuti..

16.8.12

Gambar raya

Aktiviti semalam adalah bergambar raya dengan kawan-kawan di opis.

Dan inilah hasilnya...


Selamat Hari Raya..

Maaf Zahir Batin..

2012

8.9.11

Download lagu raya

...aku tengah seronok mendonload lagu raya ni
...almaklumlah, sebelum puasa hari tu netbook aku ni masuk spital, habis sumer bodynyer dikerjakan dek dokter dan misi kat spital acer tu
...makanya sume backup lagu-lagu kegemaran aku, games aku, gambar-gambar aku dan yang sewaktu dengannya habis ilang
...masuk bulan puasa, aku terus takde mood nak carik balik sumer yang hilang tu
...jadinya malam ni, tengah semangat berkobar-kobar mendonload lagu raya dari youtube dan convert ke mp3 pulak. mana yang siap tu, aku dah review and rewind. manalah tau tak sedap didengar, kenalah donload yang baru
...oh ye, aku lebih suka dengar lagu raya lama-lama. yang baru-baru ni kureng-sedap-menjadi-halwa-telinga sebab lagu ntah hapa-hapa jek
...kiranya ada sentimen oldies lah pada aku nih
...baru raya lebih feel ;D

24.9.10

Makan.. makan.. makan..

Salam semua..

Hari ni dah masuk 15 Syawal - yakni dah setengah bulan kita beraya...
Kalau kat kampung, sambutan kemeriahan bermula dari malam 7 tujuh likur @ 10 malam terakhir bulan Ramadhan sehingga petang raya sehingga pagi raya dan sampailah hari ke-2 Syawal. Pastu dah kurang meriah sebab orang yang balik kat kampung dah balik semula ke bandar.... ( Nilah yang aku rasa tiap kali raya menjelma.. )

Kalau kat bandar pulak, biasanya kemeriahan Syawal ni baru terasa bila mereka-mereka dah kembali semula ke rumah masing-masing. Bila masing-masing dah mula masuk opis semula...
Sambutan raya sampai ke akhir bulan Syawal. Ada jugak yang wat rumah-terbuka ( aku wat open-door jekk.. ) walaupun raya dah abis. Masa ni lah baru nak jemput kengkawan datang beraya. Lumrah hidup di kota - sambutan raya lepas seminggu raya yer...

Apa pun, jangan lebih-lebih yer bila bersantap.
Takut-takut perut takleh nak terima sebab senak-penuh dengan makanan...
Sila jaga kesihatan masing-masing yer..
Jangan main sumbat perut tu ikut suka jek..

19.9.10

Sepasang kurung biru


Sepasang Kurung Biru
( Penyanyi : Khairil Johari Johar )

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...



Tiap-tiap kali tibanya raya, aku mesti nakd engar lagu nihh.. Kiranya lagu wajib aku untuk tiap kali Syawal menjelma.. Suka sangat. Siap wat ringtone untuk handphone tau. Pada aku lagu ni ada 'feel' dia yang tersendiri. Masa kechik-kechik dulu aku ingat naseer wahab yang nyanyi lagu ni... rupa-rupa nya bukan di, orang lain yang nyanyi - khairil johari johar. Sebab suara dema lebih kurang sama jer, tu yang aku silap orang tu..


Bila dah besar sket baru leh boleh kenal penyanyi betol lagu ni - sekarang ni jadik pensyarah muzik tu.. Melodi dan lirik yang indah untuk lagu ni. Ehh bukan lagu ni je aku suka tau, lagu-lagu raya dolu-dolu yang lain pon aku suka gak. Cam lagu raya 4u2c, feminin, aishah, ahmad jais, saloma, p.ramlee dan lain-lain lagi lah.. Lagu-lagu raya zaman dolu-dolu dengan zaman aku budak-budak ni aku rasa lebih beshhhh dari lagu raya zaman sekarang.. Walau banyak lagu raya baru TETAPI lagu raya yang dulu juga yang bagus..

8.9.10

Salam Syawal

get your free blog banner at emilayusof.com


 Salam Syawal kepada semua muslimin dan muslimat..
Ku mohon mahap terhadap salah & silap yang ku tak sengaja lakukan yer..
Manalah tau ada yang terkecikkan hati ker.. tercakap kasar ker..
Mengguris perasaan ker.. dan apa-apa lah yang korang rasa aku dah buat salah,
Aku mohon maaf... Maafkan aku tau..

Semoga Syawal yang mejelma ini..
Membawa kegembiraan pada semua..



p/s : Kak Emila, cute lar raya_banner yang akak buat..

:: Blogger