:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

24.9.10

Makan.. makan.. makan..

Salam semua..

Hari ni dah masuk 15 Syawal - yakni dah setengah bulan kita beraya...
Kalau kat kampung, sambutan kemeriahan bermula dari malam 7 tujuh likur @ 10 malam terakhir bulan Ramadhan sehingga petang raya sehingga pagi raya dan sampailah hari ke-2 Syawal. Pastu dah kurang meriah sebab orang yang balik kat kampung dah balik semula ke bandar.... ( Nilah yang aku rasa tiap kali raya menjelma.. )

Kalau kat bandar pulak, biasanya kemeriahan Syawal ni baru terasa bila mereka-mereka dah kembali semula ke rumah masing-masing. Bila masing-masing dah mula masuk opis semula...
Sambutan raya sampai ke akhir bulan Syawal. Ada jugak yang wat rumah-terbuka ( aku wat open-door jekk.. ) walaupun raya dah abis. Masa ni lah baru nak jemput kengkawan datang beraya. Lumrah hidup di kota - sambutan raya lepas seminggu raya yer...

Apa pun, jangan lebih-lebih yer bila bersantap.
Takut-takut perut takleh nak terima sebab senak-penuh dengan makanan...
Sila jaga kesihatan masing-masing yer..
Jangan main sumbat perut tu ikut suka jek..

No comments:

:: Blogger