:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Idulfitri. Show all posts
Showing posts with label Idulfitri. Show all posts

20.9.10

Office.. Kerjeeee...

Haha.. setelah lama bercuti raya akhirnya kengkawan ku sekalian dah pon masuk keje semula. Dah meriah dah opis ni, takdelah sunyi sepi cam minggu lepas... Memang riuh rendah opis ni dibuat oleh mereka sampaikan aku rasa baiklah depa ni cuti lelama... Pening otak aku arini... ( tu yang update blog petang sesangat nih.. )

Terlalu lama cuti - opis jadik sunyi..
Bila semua dah masuk kerje - huru-hara opis nih..

Dan aku pilih yang huru-hara tu. Lebih baik huru-hara daripada sunyi sepi cam takdak penghuni..


Ramai yang cuti raya sampai seminggu lebih. Almaklumlah, mereka tu orang luar johor so kena lah amik cuti lama sket sambut raya - dah lama tak balik kampung kann..... Aku ni anak jati johor, cuti raya pon takat balik pontian @ batu pahat je. Kalau tidak beraya jer kat bandar jb ni.. kat permas ker @ kat kota masai ker @ kat johor jaya tu... Tu yang orang lain sibuk cuti, aku pulak dah masuk keje awal. Takper, kesian kat kengkawan aku. Biarlah depa cuti lama sket...




Hari ni, kitorang kat opis wat sambutan raya sesama kita. Banyak betol kuih nyerr.... Tiap-tiap orang bawak kuih yang berlainan jenis untuk dimakan bersama-sama. Seronok tau. Sambil makan sambil citer tentang cuti raya masing-masing. Meriah tuuuu....... Aku arini bawak kuih raya dengan kuih spesel sket......iaitu kuih lepat pisang. Memang yang paling sedap aku pernah makan, air tangan sape lagi kalau bukan  mak aku. Dia nyer lepat pisang memang mengancam. Saper-saper nak test rasa, leh datang umah aku.. hihihi..




Tahun ni kira tahun bertuah aku sebab dapat makan ketupat daun palas. Aku dah lama ngidam nak makan ketupat ni. Susah nak dapat kalau kat johor ni. Nak kena ada orang belah-belah utara ker, pantai timur ker yang buat, baru dapat makan. Kalau tak, memanggggggggg takde can nak merasa. Kebetulan ada sedara-mara belah atok aku wat ketupat ni dan bagi pada keluarga kitorang. Depa sumer tak baper gemor makan, aku dengan mak aku jer yang layan makan ni - makan sambil cecah dengan rendang....

Dia nyer pulut memang betol-betol masak, lemak memang sedap lah... Kalau dapat ketupat-palas-pulut-hitam-goreng lagi lah sedap koooo...... Haish bila lah nak dapat makan yang tu kannn...

19.9.10

Sepasang kurung biru


Sepasang Kurung Biru
( Penyanyi : Khairil Johari Johar )

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...



Tiap-tiap kali tibanya raya, aku mesti nakd engar lagu nihh.. Kiranya lagu wajib aku untuk tiap kali Syawal menjelma.. Suka sangat. Siap wat ringtone untuk handphone tau. Pada aku lagu ni ada 'feel' dia yang tersendiri. Masa kechik-kechik dulu aku ingat naseer wahab yang nyanyi lagu ni... rupa-rupa nya bukan di, orang lain yang nyanyi - khairil johari johar. Sebab suara dema lebih kurang sama jer, tu yang aku silap orang tu..


Bila dah besar sket baru leh boleh kenal penyanyi betol lagu ni - sekarang ni jadik pensyarah muzik tu.. Melodi dan lirik yang indah untuk lagu ni. Ehh bukan lagu ni je aku suka tau, lagu-lagu raya dolu-dolu yang lain pon aku suka gak. Cam lagu raya 4u2c, feminin, aishah, ahmad jais, saloma, p.ramlee dan lain-lain lagi lah.. Lagu-lagu raya zaman dolu-dolu dengan zaman aku budak-budak ni aku rasa lebih beshhhh dari lagu raya zaman sekarang.. Walau banyak lagu raya baru TETAPI lagu raya yang dulu juga yang bagus..

13.9.10

Mood raya @ opisku..



Salam Lebaran semua..

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan pada semua yang mengenali diri ini...
Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan rahmat kepada semua..

Hari ni raya ke-4. Aku dah masuk pejabat untuk bekerja. Suasana sungguh mendamaikan, senyap dan mengasyikkan kerna hanya segelintir kawan-kawan sahaja yang sudah memulakan tugas seperti aku. Biasalah, kalau tempat kerja kita dengan pejabat, mesti kita yang diminta untuk mula bertugas seawal mungkin. Begitu juga dengan hubby, hari ni pon dia dah mula kerja. Hubby lagi kesian, dia sorang je masuk keje arini....

Aku tak kisah pon kerja awal dari orang lain sebab family semua dah balik dari kampung ke JB. Kiranya dah puas beraya lah kat kampung. Lagipulak adik yang kerja kat putrajaya tu nak beraya kat umah mak abah... Ni pon dah de rancangan yang family kat kampung nak datang beraya ke rumah kitorang kat JB nih.. Seronok, tak sabar nak tunggu diorang sumer datang ke JB..

23.10.09

Raya raya raya...

Raya raya raya... musim raya Idulfitri 1430H telah berlalu pergi meninggalkan kita buat tahun ini [moga2 dapat bersua kembali di tahun depan bersama Ramadan al-Mubarak... amin...]. Inilah raya kedua adda bersama suami [ raya pertama sbg suami isteri pd 2008 ] dan raya tahun ini cukup meriah sbb dapat beraya kat banyakkkkkkkkk kampung....

~~ Raya pertama & kedua pagi di kampung suami, Pt Kaspan, Parit Raja, Batu Pahat
[ kg belah mak mertua adda ]~~ Raya kedua petang dah de kat bandar Pontian tp raya dulu umah family belah bapak mertua adda
~~ Raya kedua mlm & ketiga, kami sampai kat umah atok adda [ mak kpd mak adda lah ni... ] di Pt. Sulaiman [ ni kat pontian jugak ler... ] & malam nyer singgah sekejap di rumah sedara-mara belah abah adda di Kg Jawa Pulai Sebatang

Unfortunately, tiada gambar2 yg diambil kerana ketiadaan kamera [ yg sendirian berhad mmg takde, tp org lain punyer berlambak.. ]. Sesudah kembali ke rumah sendiri, sempatlah jugak adda dan suami singgah beraya di beberapa rumah kengkawan yg lain.

:: Blogger