Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts
1.10.12
Lagu pengantin
Sejak akhir-akhir ni, aku rasa DJ kat majlis-majlis kahwin dah kurang mainkan lagu Selamat Pengantin Baru.
Kot yer pun nak ajak orang karaoke, pasanglah lah jugak lagu-lagu pengantin baru.
Ni memanjang lagu moden lah, rock kapaklah..
Kalau taknak pasang lagu pengantin, pasanglah lagu-lagu Melayu tradisional kita, era-era pop yeh yeh ker...
Sampai aku dah rasa tak macam pergi majlis kahwin tapi rasa macam pergi 'party' pulak..
Kan Majlis Raja Sehari, pasanglah lagu Selamat Pengantin Baru.
Lagu ni dah banyak versi, kalau taknak yang oldies, pasang yang moden.
Baru terasa majlis nyer..
Labels:
Wedding
11.3.12
Ahad -> Majlis kahwin
Ahad penuh ke-selera-an..
Sebabnya nak kena pergi 3 majlis kahwin.
- Rumah jiran
- Rumah sedara kat kampung
- Rumah sepupu kat larkin
Jadi perut ini akan full-house dengan makanan yang enak-enak belaka.
Meronda dari Johor Jaya -> Permas Jaya --> Pontian --> Larkin --> Permas Jaya / Johor Jaya
Ok, nak gerak dah.. heheheh... =D
26.1.12
16.11.11
Dah abis training
Ho..ho.. baru keluar dari bilik training.
Ini menandakan yang training dah pun tamat untuk hari ini.
Ni nak siapkan kerja cepat-cepat dan nak balik nak carik uncang organza nak buat isi telur.
Tak pakai bunga telur jadinya masukkan telur dalam uncang je.
Senang kan kerja aku..
Labels:
Wedding
10.11.11
Serabut..serabut..serabut..
Kepala hotak aku dah serabut sangat ni... ( eh macam aku pulak nak kawen kannn.. ). Mana nak uruskan goodies bag, baju yang aku nak pakai esok ( naseb baik sempat siap ), dengan nak wat kenduri malam ni lagi.. nak cari itu, nak cari ini.... Pening lah...
Goodies bag tu aku cuma sediakan coklat je. Isi nyer yang lain-lain, orang lain yang sediakan. Malam kelmarin bersengkang mata aku nak siapkan coklat. Siap packing malam semalam. Malam ni bawak ke umah family sebab nak bagi untuk orang kenduri.
Aku sediakan coklat tu 3 set besar. Set pertama untuk kenduri orang lelaki malam ni. Set kedua untuk kenduri orang perempuan minggu depan. Set ketiga untuk diberi kepada keluarga pihak perempuan, sedara-mara terdekat, budak-budak kompang dan petugas-petugas di belakang tabir. So set pertama ( 50 set ) dah siap. Tinggal nak siapkan set kedua dan ketiga yang dianggarkan 100++ set. Gila banyakkkkkkkk.... Dan untuk mudahkan kerja aku, perlulah dengan pertolongan en.hubbby. Dia dah ready nak tolong tau... ( sayang abang ).
Baju nak pakai esok, dah dapat minggu lepas. Alhamdulilah siap awal dan dalam keadaan yang seeloknya. Baju aku dengan en.hubby tempah kat tempat yang sama, so sama-sama siaplah.
Esok pagi-pagi kena keluar awal macam nak pergi kerja sebab majlis nikah dijangkakan bermula awal pagi. Lagi esok kan hari jumaat so berkejar nak solat jumaat pulak. Jadi majlis kena awal, tak boleh lambat.
Apa-apa pun, aku harap semuanya akan berjalan lancar. Amin.
2.10.11
Dah mula sibuk..
....yelah, dah mula sibuk untuk persiapan majlis perkahwinan adik no.2 ni. Semalam ingat nak window shopping kat giant plentong je. Tup..tup.. aku ajak mak dengan adik-adik singgah masuk nagoya ( kedai kain tu.. ). Rambang mata tengok kain cantik-cantik dalam tu. Memula tak rasa nak beli kain lagi tapi mak kata " alang-alang dah sampai sini, beli lah sekali kain warna pink ni, senang esok-esok takyah carik lagi.. "
Beli kain ni tujuannya nak pakai masa majlis nikah adik, katanya tema pink so kami semua sibuk ler mencari kain warna pink yang sesuai corak dan warnanya. Yang pompuan corak abstrak, yang lelaki plain. Untuk malam berinai warna merah @ maroon. Yang tu dah ada sebab tu tema baju raya tahun ni ( settle.. ). Untuk majlis bersanding pihak perempuan " in blue ". Yang ni pun aku dah ada, sebab peminat warna biru lah katakan jadinya baju-baju kaler biru memang dah ada ( banyak pilihan ). So jimat lah duit nak beli baju baru. Cuma ( kalau ada duit lebih lah.. ) kalau dapat duit terpijak, mungkin nak beli sepasang baju baru ( ready made ). Hujung bulan nanti nak belikan t-shirt kaler biru dan hijau untuk adik dengan hubby.
Majlis rumah perempuan
- Nikah - Warna pink
- Berinai - Warna merah @ maroon
- Bersanding - Biru
Majlis rumah lelaki
- Bersanding - Hijau
Oh dah sudah ke giant, balik ke rumah dan siap-siap ke tesco plentong pulak. Mak nak cari mug untuk jadikan door gift. Tapi sayangnya stok dah habis. Kena tunggu lain hari bila stok datang lagi. Persiapan lain, kad kahwin diorang dah siap. Aku pulak nak sediakan coklat untuk door gift. 2 minggu lagi pergi umah pakcik nak amik skatting ( ejaan?.. ) untuk meja. Nak beli tudung pulak nanti...
Wah..wah banyak sungguh persiapan nak kena sediakan. Masa aku kawen dulu tak rasa sangat sebab orang lain yang sediakan. Sekarang kena sediakan untuk pulak untuk orang lain. Dah terbayang kepenatannya dan masa yang sentiasa padat.
# Dah settle semua, nak pergi bercuti.. yayyy..
31.5.11
5.12.10
Kerja Kahwin
Siang tadi aku dengan hubby gi umah orang kawen, kawan sekolah hubby nyer majlis. Seingat aku, bila tiba jer musim cuti sekolah hujung tahun ni, tiap-tiap minggu mesti nak kena pi umah orang kawen. Minggu depan pun ader lagi...
Ari ni nyer majlis aku rasa memang best - makan sedap, souvenir pun menarik.. Tak pernah lagi aku pergi majlis kawen orang bagi sabun mandi dalam beg tau. Kalau dulu-dulu tu orang bagi bunga sabun jer, ari ni aku dapat sebuku sabun Protex. Mula-mula tengok memang tak perasan, bila aku keluarkan isi-perutnya, baru aku perasan. Dalam beg tu ada bunga telur, wajik @ pulut manis, cawan comel & sabun protex. Kiranya sekarang souvenir pengantin zaman sekarang dah pelbagai kan. Zaman makpak kita dulu, dapat telur sebiji pun dah puas, lagi lah sekarang ni, macam-macam aderrrrrr...........
Labels:
Wedding
28.11.10
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru..
Kepada Wani dan Ikhwan
Moga Kekal Bahgia Selamanya..
Selamat juga menempuhi alam rumahtangga yang penuh cabaran ini..
( Maaf yer, tak dapat nak hadir majlis korang. Ada urusan yang tak boleh nak dielakkan )
Labels:
Wedding
24.11.10
Selamat Pengantin Baru
Sebelum terlupa, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada opismate aku yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya
Ain dan Mamat
Aku sekeluarga mendoakan agar jodoh mereka kekal hingga ke akhirnya..
Labels:
Wedding
5.6.10
Buat apa -----> blogwalkingggg.....
Yoo watper tuh??? I'm blogwalking now.... Ye jenjalan ke blog2 orang lain, baca diorang nyer entry. Blogwalking pon dari Kelab_Blogger. Senang, takyah nak tercarik2 alamat blog. Klik jer link yang de, trus sampai kat blog diorang. Senang kan nak blogwalking. I'm already registered member yer... Jom reramai join "KELAB BLOGGER", mudah nak kumpul kawan.... =)
Oh, tadi sampai dari Pontian dah petang, dekat kol 7 jugak. Balik dari umah orang kawen, hubby nyer pakcik wat keje kawen anak dia. Sampai2 umah, makan berkat (bungkusan dr umah orang kawen) sebab laporrr... Itu pon lepas rehat dlm setengah jam lahhh... Hubby penat katanya, sebab td dia join orang basuh pinggan mangkuk kat umah pengantin. (ni dah terbaring + tidoq sebab kepenatan). Esok pon ada lagi jemputan ke rumah pengantin, kat lorong depan umah jer.
Eh, nak sambung blogwalking lagi nehhh.. da...
Labels:
Blogger / Bloggin,
Family,
Wedding
Dah mula dah musim pengantin
Assalamualaikum.... Selamat pagi...
Pagi yang indah lagi menceriakan. Cuti sekolah dah pon bermula. Majlis kawen2 pun rancak diadakan. Bulan ni, tiap2 minggu me&hubby akan pergi majlis orang kawen. Bulan lepas lagi, kad jemputan kawen dah mula sampai kat umah ni. Banyak.. sampai tak tau nak fikir camner. Minggu lepas 1 jemputan, kawan dad buat kerja kawen anak dia. Hari ni nak gerak ke Pontian, cousin hubby nyer wedd. Minggu depan lagi banyak, ada 4 jemputan kawen. Jiran kat kawasan umah ni wat majlis anak dia. Kawan opis kawen kat taman dahlia. Kawan skolah kawen kat kota masai dengan taman sri pulai. Minggu depan lagi satu, my cousin plak kawen. Ayoyoyoooooooo..... rabak lah poket kami. Bajet duit bulan memang sangat ketat. Kalau idak, teruklah..... Tak sampai ke hujung bulan, duit dah abis.... Kena plan betol2 ni. Oklah, nan bersiap. Nak gerak dah....
Kepada mereka2 yang melangsungkan perkahwinan tu,
Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga.
Moga perkahwinan yang dibina kekal bahgia selamanya...
4.6.10
Isu gula lagiiii
Lagi-lagi tentang gula... Gula gula gula... Baca paper tentang gula, tengok berita kat tv tentang gula, siaran radiio pon tentang gula jugak.... wehhh bilalah isu ni nak tamat.. Citer arini, kementerian mintak pasangan yang nak melangsungkan perkahwinan tu, datang 2,3 awal kat pejabat kementerian untuk amik bekalan gula. Bukan datang dengan tangan kosong tau, tapi datang kena bawak sekali kad jemputan perkahwinan. Hish haru betollll....
ihsan dr pakcik google
Nasib baik de sumber untuk dapatkan bekalan gula ni. Kalau tidak, tak pasal2 kang majlis kenduri kawen minum air tawar. Makanan pon takde rasa manis, masin jer..... silap2 kena pulak darah tinggi sebab terlebih makan garammmmm.... ahhhahhahahha.... =)
Tapi jangan pulak ada yang datang bawak kad kawen palsu. Nak gula punya pasal, buat komplot baekkk dengan member2. Konon nak kawen, padahal nak buat stok sendiri. Pastu jual harga mahal pada customer. Tak baik tau, tak berkat perniagaan. Sebab bisnes tarak untung, sebab main tipu pelanggan jer. Jangan.. berdosa. Berniaga kena ikhlas, nak untung banyak kerja lebih. Niaga ikut jalan yang betol, cara yang betol yerr... Barulah pelanggan tak lari, untung pon banyakkkkkk.....
Sape2 nak tau lagi, gi beli paper sendiri. Tak pon, baca online yer.
Labels:
Wedding
Subscribe to:
Posts (Atom)






