Kepala hotak aku dah serabut sangat ni... ( eh macam aku pulak nak kawen kannn.. ). Mana nak uruskan goodies bag, baju yang aku nak pakai esok ( naseb baik sempat siap ), dengan nak wat kenduri malam ni lagi.. nak cari itu, nak cari ini.... Pening lah...
Goodies bag tu aku cuma sediakan coklat je. Isi nyer yang lain-lain, orang lain yang sediakan. Malam kelmarin bersengkang mata aku nak siapkan coklat. Siap packing malam semalam. Malam ni bawak ke umah family sebab nak bagi untuk orang kenduri.
Aku sediakan coklat tu 3 set besar. Set pertama untuk kenduri orang lelaki malam ni. Set kedua untuk kenduri orang perempuan minggu depan. Set ketiga untuk diberi kepada keluarga pihak perempuan, sedara-mara terdekat, budak-budak kompang dan petugas-petugas di belakang tabir. So set pertama ( 50 set ) dah siap. Tinggal nak siapkan set kedua dan ketiga yang dianggarkan 100++ set. Gila banyakkkkkkkk.... Dan untuk mudahkan kerja aku, perlulah dengan pertolongan en.hubbby. Dia dah ready nak tolong tau... ( sayang abang ).
Baju nak pakai esok, dah dapat minggu lepas. Alhamdulilah siap awal dan dalam keadaan yang seeloknya. Baju aku dengan en.hubby tempah kat tempat yang sama, so sama-sama siaplah.
Esok pagi-pagi kena keluar awal macam nak pergi kerja sebab majlis nikah dijangkakan bermula awal pagi. Lagi esok kan hari jumaat so berkejar nak solat jumaat pulak. Jadi majlis kena awal, tak boleh lambat.
Apa-apa pun, aku harap semuanya akan berjalan lancar. Amin.
No comments:
Post a Comment