Dalam menciptakan hubungan yang istimewa antara suami isteri, pasangan tersebut haruslah :
- Kejujuran - Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda
- Tertawa - Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa
- Persahabatan - Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan
- Hormat satu sama lain dan kompromi - Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi
- Memaafkan - Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda
- Bersikap realistik - Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya
- Lupakan masa lalu - Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah
- Doa - Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya
# Dipetik dari novel Adam & Hawa
No comments:
Post a Comment