:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Book : Novel. Show all posts
Showing posts with label Book : Novel. Show all posts

18.4.17

Pembancuh Kopi Mr Vampire




Okey, siapa dah baca novel ni?
I is belum. Sedang tunggu novel sampai dari kakinovel.com

Siapa dah tonton certita ni?
I is sudah di youtube sampai episod 10. Episod seterusnya kena tonton di hypptv.
I is takde hypptv so tonton kat youtube sudey...

Setakat 10 episod ni memang best sangattt...
Pelakon semua pun best.
Sountrack "Bukan Aku" dari Tasha Manshahar pun best.
Banyak sountrack dalam drama ni yang I is rasa semua pun berkenan. Kena dengan jalan ceritanya.
Hero dan heroin drama ni best, nampak serasi. =)


********************

Bila dah lama tak baca novel, sekali tengok drama adaptasi novel terus rasa nak beli novel..ahakss.. Dan dan I is cari novel tu.

Buku dengan drama kena seiring walau ada bahagian yang sedikit tak sama, baru cerita melatoppp uols. Jangan nak stereotype sangat, nanti cerita tak menjadi.

29.3.13

Cinta Kau dan Aku



Ini drama di TV1 yang hanya ada setiap hari Khamis & Jumaat sahaja.
Pun kisah dari novel juga.



Novel terbitan Karangkraf.

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Malam ni ada cerita "Sebenarnya Saya Isteri Dia!".
Slot Zehra kat TV3 menggantikan cerita Hanya Padamu yang telah pun tamat minggu lepas.

Dan novel tentangnya pun dah ada di pasaran.
Kawan saya cakap cerita dia best.
Alamak, dah ada perasaan nak beli ni... =)


Novel terbitan Karya Seni

3.4.12

Novel terpakai

Terdetik di hati nak menjual novel-novel yang tersusun di dalam kotak.
Rasa macam dah banyak sangat dan tak tau nak letak atau simpan kat mana lagi.
Kawasan simpanan terhad.
Tempat yang ada dah penuh.
Ruang yang ada dah terisi.
Makin semak dipandangan mata.

Seeloknya aku let-go sahaja novel-novel tersebut.
Tersusun sikit tempat tu.
Elok je pada pandangan mata.
Lapang sikit dada.
Ada juga side-income.

Dah pilih-pilih mana yang sesuai untuk di jual dan mana yang sesuai untuk disimpan.
Hasil jualan boleh lah topup nak beli novel yang baru pulak.
Nantikan update terkini.
Katalog jualan boleh lihat di Aidah's Shop.

29.2.12

Tanah Andriyana



Tajuk : Tanah Andriyana
Penulis : Noor Suraya

Sinopsis

Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.
( Yana )

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.
( Ku Fitri )


*********************

Persengketaan keluarga yang diwarisi secara secara tidak rela turun-temurun ini harus ditamatkan.
Andai tidak, percantuman antara dua hati tidak dapat dilaksanakan.
Aliya dan Hadi menjadi penentunya agar sengketa ini tidak lagi diteruskan.

27.2.12

Yang ditunggu dah tiba

Yang ditunggu-tunggu telah pun selamat tiba.
Bungkusan novel hasil dari pembelian online di web CESB ( Creative Enterprise Sdn. Bhd. )
Cara yang mudah untuk dapatkan novel-novel terbitan lama.




Ini antara novel-novel yang aku cari.
Novel masih dalam keadaan baru.
Novel terbitan lama tapi dalam keadaan baru.
Beli murah kat CESB online ( Creative Enterprise S/B ).


Novel karya Noor Suraya
  • Tanah Andriyana
  • Rindunya Kian Membara




Pembayaran melalui maybank2u.
Penghantaran menggunakan pos ekspres.
Diterima setelah 3 hari bekerja.

24.2.12

Novel Pilihan

Aku senaraikan novel-novel pilihan yang di cari supaya senang nak ingat.
Esok-esok kalau lupa nak cari novel apa, aku tengok je dalam blog.
Senang dan mudah kann..
Tak payah nak ketuk-ketuk garu-garu kepala nak ingat novel apa novel apa.


Novel karya Noor Suraya
1) Keranamu Ain - 2001
2) Rindunya Kian Membara - 2001 - dapat 20/2/12

3) Tanah Andriyana - 2002 - dapat 20/2/12
4) Biru Ungu Cinta - 2003
5) Nyanyian Tanjung Sepi - 2006
6) Surat Ungu Untuk Nuha - 2007
7) Panggil Aku Dahlia - 2008
8) Jaja Din - 2009
9) Gurindam Jiwa : Hati Andriyana
10) Langsir Biji Remia



Novel karya Liana Afiera Malik
1) Dan.. Mimpi Pun Berguguran
2) Bukan Puteri Lindungan Bulan - 2002
3) Dia Dihatiku - 2005



Novel karya Nazurah Aishah
1) Lily Buat Najah - 2008 - dapat xx/12/11
2) Rahsia Hati Sofia - 2009
3) Melur Bunga Ivy - 2010
4) Bening Merah Jingga - 2011



Novel karya Norhayati Berahim
1) Sentuhan Kasih - 2005


Novel karya Abdullah Hussain
1) Interlok


Novel karya Hezzy Azra
1) Melodi Kasih - 2007
2) Kenangan Terindah - 2008
3) Cinta Tak Beralih - 2010
4) Aku Pilih Dia - 2011



Novel karya Khadijah Hashim
1) Badai Semalam - 1968
2) Jalan Ke Kubur - 1969
3) Pelangi Pagi - 1971
4) Merpati Putih Terbang Lagi - 1972
5) Belum Masanya - 1976
6) Di Tengah Kabus - 1980
7) Bila Dan Di Mana - 1981
8) Mira Edora - 1984
9) Dekat Disayang Jauh Dikenang - 1984
10) Laila Azwa Gadisku - 1986
11) Cinta Kedua - 1989
12) Alun Hidup - 1990
13) Di Ruangmu Aku Di Sini - 1992
14) Ke Mana Kasih Hendak Di Bawa - 1993
15) Melawan Arus - 1993
16) Senator Adila - 1993
17) Langkah Pertama - 1994

22.2.12

Novelis

Karya dari mereka yang aku cari-cari.

Novelis berbakat besar dengan karya yang menarik dan mengkagumkan.


Nazurah Aishah
http://seorangnazurah.blogspot.com/


Noor Suraya
http://noorsuraya.blogdrive.com/
http://noorsoraya.blogdrive.com/ 


Norhayati Berahim
http://norhayatiberahim.blogspot.com/
http://www.nbkara.com.my/web/


Liana Afiera Malik



* Update *

Khadijah Hashim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Khadijah_Hashim


Hezry Azzra
http://hezzy-azra.blogspot.com/

Novel-novel lama dan baru

Aku sedang giat mengumpul novel-novel terbitan tahun-tahun sebelum 2012..

Kiranya novel-novel terbitan lama @ novel-novel lama @ novel-novel yang tidak dicetak lagi..

Novel yang dicari adalah karya-karya dari Noor Suraya, Liana Afiera Malik, Nazurah Aishah dan Norhayati Berahim..

Kalau berkenan dan bersesuaian, tak kira lah 2nd hand ke, baru ke, aku akan beli..

Dah lama sangat tak baca novel, sekali minat ni datang balik macam-macam yang nak dicari..

7.12.11

Sok..sek..sok..sek....Ombak Rindu


Filem arahan Osman Ali
Terbitan Astro Shaw - Tarentella Pictures, LLC

Antara pelakon nya..
Maya Karin - Aaron Aziz - Lisa Surihani - Bront Palarae



Novel Ombak Rindu
Karya terhebat Fauziah Ashari

Izzah - Hariz - Mila - Dato Sufiah - Pak Dollah



p/s :
- Banyak yang dah tengok - semua komen cerita ni menarik
- Sesiapa baru nak tengok, sila sediakan tisu banyak-banyak
- Novel cetakan terbaru dengan muka pelakon di depannya
- Dikatakan hasil jualan dah mencapai RM4 juta

10.11.11

Hubungan kekeluargaan

Dalam menciptakan hubungan yang istimewa antara suami isteri, pasangan tersebut haruslah :
  • Kejujuran - Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda
  • Tertawa - Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa
  • Persahabatan - Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan
  • Hormat satu sama lain dan kompromi - Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi
  • Memaafkan - Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda
  • Bersikap realistik - Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya
  • Lupakan masa lalu - Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah
  • Doa - Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya



# Dipetik dari novel Adam & Hawa

9.11.11

Aku mencari..



Ye...mencari sebuah novel yang terhebat karya agung Liana Afiera Malik
Dan.. mimpi pun berguguran

Ada tak dalam simpanan kamu dan kamu semua.
Andai ada, saya mahu meminjam nya.
Atau kamu boleh beritahu saya di mana boleh mendapatkan novel ini.
Untuk dijadikan koleksi rak-buku saya.

Sudah puas mencari namun belum ketemui....

10.6.11

Nora Elena jugakkk..

 

Rasa-rasanya aku pun dah terjebak sama dengan cerita Nora Elena ni - tayangannya di TV3. Cuma takler dapat tengok semua, pasti ada episod yang tertinggal. Tapi tak mengapa sebab aku boleh tengok episod-episod yang terlepas di tonton.com.my lah.. Lagi senang. Tak perlu nak terkejar-kejar balik dari pejabat semata-mata nak tengok cerita ni.

Disebabkan dah terjebak dengan drama ni, makanya kenalah beli novel nyer. Oh yer, drama Nora Elena di diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ni. Aku dah pernah baca novel ni dulu masa muda remaja, pinjam dari kawan jer. Sekarang ni baru nak beli.


Kalau korang-korang perasan, dah banyak drama yang diadaptasi dari novel kannn... Salah satu cara yang bagus untuk menarik minat penonton dengan tengok drama dan beli buku.


# Aku dah mintak sepupu belikan novel ni untuk aku. Esok lusa dapatlah aku baca.. =P

11.4.11

Trilogi cinta


Satu fenomena yang telah pun berakhir..
Slot terakhir pada malam tadi, 10/4/11..
Pengakhiran yang 'tak-berapa-menarik'...


Tak seindah mimpi..
Tak semanis impian..
Tiada lagi mimpi..

17.8.10

Novel - Andai Itu Takdirnya


Tajuk novel - Andai Itu Takdirnya
Novelis - Siti Rosmizah

Sinopsis novel ni..
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
-----------------
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


Apa kaitan buku ni dengan aku???

Ha nilah buku yang aku baca untuk ari sabtu dengan ahad yang lepas. Menghilangkan rasa boring di rumah, aku baca novel yer... Sebabnya, member aku cakap novel ni citer sedeyy... Memang nangis giler-giler punya lah. Jadi ianya telah membuatkan aku teruja untuk membacanya... ( ala gediksss.. ). Lagipon weekend kan takde apa nak buat sangat, tu yang layan novel ni. 2 ari je baca dah abis satu buku. Disebabkan member aku yang suruh baca buku ni, aku pon pinjam lah dari dia jek.... Ada duit lebih nanti aku nak beli buat koleksi.

Layan jer novel, mula dengan bahagian yang menjengkelkan pembacaan. Masa ni dah rasa tipu ker apa kawan aku ni - cam tak menarik jerrr....... Takpe, baca lagi. Masuk plak bab bahagia - seonok. Terus lagi - bermulalah bab sedeh nyer...... Aku dah nangis dah masa nih. Walaupun tak tersedu, tapi air mata dah keluar mencurah-curah. Memang sedeh yang tak tertahan-tahannnn.....  =(... Hubby siap hairan, naper le aku nangis-nangis ni. Bila dia tanya, aku jawab aku tengah baca novel citer sedihhhhhhhh.........
Hua..hua..hua... =)

Masa baca citer ni tak pandang kiri kanan, mata memang tertancap kat setiap patah perkataan. Sedih - pilu - menyanyat hati... Kisah bagaimana seorang perempuan menjalani liku-liku kehidupan setelah ditangkap khalwat orang orang yang dengki dengannya.. Walau pun suami nya adalah lelaki yang disukai, namun kebahagiaan yang dicari belom juga muncul. Malah dirinya pula disisihkan oleh keluarga sendiri atas aib yang terpalit.. Susah senang, suka dan duka kehidupan hanyalah bertemankan seorang sahabat yang setia. Dan...... ( baca sendiri yer untuk tau kesudahannya... )

Sampai abis aku baca novel ni, memang 3/4 citer adalah citer sedeh dan bakinya 1/4 keadaan biasa. Novelis citer ni memang bagus sebab mengarang citer yang membuatkan pembacanya seperti berada sekali dalam citer ni. Ala-ala kita ni salah sorang watak dalam citer ni jugaklah.. Pada saper-saper yang nak carik novel untuk dibaca, aku syorkan korang baca citer ni. Pada aku, citer ni memang bagus. InsyaAllah tak rugi membaca. Kalau ada duit lebih, beli buat koleksi.

17.6.10

Lagenda Budak Setan - best kerr?

Member2 opis sokmo ler dok sibuk2 dengan citer ni... Boleh kata cite terhangat lah taon ni... Siap ada yang cakap ni citer sedih. Ye ker...Mungkinlah.... Me ? Takdok perasaan lagi sebab tak tengok pon lagi citer ni. Tak tau biler nak tengok. Takder masa, busy memanjang. Hubby pon sebok jer outstation. Banyak sangat keje dia skang ni...


Betol ker best? Betol ker sedeyy? Betol ke menarik? Sama tak dengan citer dalam buku? Banyak sangat persoklan yang bermain difikiran. Taknaklah nanti bila dah beria2 nak tengok citer tapi bila dah tengok rasa menyampah. Sebabbbb.. tak sama dengan citer buku. Ahadiat Akashah punye novel kan memang best...thriller lagi... Kalau kurengggg dari buku, dah kira tak menariklah... Tapi perasaan nak tengok tu memang ada cuma tak tau bilerrr...

 [ kulit novel dulu ]


 [ kulit novel sekarang ]



p/s : Ahadiat Akashah memang de best author lah...

:: Blogger