:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label TV Drama. Show all posts
Showing posts with label TV Drama. Show all posts

18.4.17

Pembancuh Kopi Mr Vampire




Okey, siapa dah baca novel ni?
I is belum. Sedang tunggu novel sampai dari kakinovel.com

Siapa dah tonton certita ni?
I is sudah di youtube sampai episod 10. Episod seterusnya kena tonton di hypptv.
I is takde hypptv so tonton kat youtube sudey...

Setakat 10 episod ni memang best sangattt...
Pelakon semua pun best.
Sountrack "Bukan Aku" dari Tasha Manshahar pun best.
Banyak sountrack dalam drama ni yang I is rasa semua pun berkenan. Kena dengan jalan ceritanya.
Hero dan heroin drama ni best, nampak serasi. =)


********************

Bila dah lama tak baca novel, sekali tengok drama adaptasi novel terus rasa nak beli novel..ahakss.. Dan dan I is cari novel tu.

Buku dengan drama kena seiring walau ada bahagian yang sedikit tak sama, baru cerita melatoppp uols. Jangan nak stereotype sangat, nanti cerita tak menjadi.

2.11.16

Suri Hati Mr Pilot

Image result for surihatimrpilot

Siapa tengok drama ni, angkat tangan....
#surihatimrpilot tengah trending sekarang.
Saya tiada siaran astro di rumah, jadinya tak dapat nak tengok.

Lepas habis musim baru nak download, tengok kat laptop.


Image result for surihatimrpilot

Ini novelnya.

28.6.13

Ramadan Yang Hilang


Drama terbaru TV3 untuk slot Samarinda

RAMADAN YANG HILANG


Nak baca sinopsi, klik sini

29.3.13

Cinta Kau dan Aku



Ini drama di TV1 yang hanya ada setiap hari Khamis & Jumaat sahaja.
Pun kisah dari novel juga.



Novel terbitan Karangkraf.

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Malam ni ada cerita "Sebenarnya Saya Isteri Dia!".
Slot Zehra kat TV3 menggantikan cerita Hanya Padamu yang telah pun tamat minggu lepas.

Dan novel tentangnya pun dah ada di pasaran.
Kawan saya cakap cerita dia best.
Alamak, dah ada perasaan nak beli ni... =)


Novel terbitan Karya Seni

14.3.12

Vanila Coklat



Drama : Vanila Coklat
Masa tayangan : Selasa, 9.00 malam

Pelakon :
Izara Aishah, Aiman Hakin, Iqram Dinzly, Arash Mohd,Liza Abdullah dan......


Drama kat ni dah habis tayangan kat TV3.
Pengakhiran cerita biasa-biasa ajer ( moderate.. )

Tapiiii.....



Hebat-tak-hebat lah drama ni sampaikan ramai giler peminat nyer..

19.7.11

Drama J.U.V.A.N.A


Dah berakhir pun kisah JUVANA ini.
Drama yang ditunggu-tunggu setiap hari Isnin pukul 9.00 malam di TV3.

13.6.11

Demam Nora Elena

Salam siaran hari Isnin..

Walau hari ini hari yang sungguh sibuk tapi 'taufan Nora Elena' tetap melanda.. Sibuk semua berborak tentang drama ni. Siapa-siapa yang belum tengok, silalah tengok secara online sebab drama ni dah nak habis siaran.

Minggu terakhir siaran, mesti ramai yang terpacak depan TV kan... Tertunggu-tunggu tayangannya.. Hohoooo.... pastinya ramai yang pulang awal dari opis... =)

Go..go.. Nora Elena..



# Kepada 'pembantah' drama ni, harap maaf - permohonan anda ditolak..
# Yang suka lagi ramai daripada yang tak suka..

10.6.11

Nora Elena jugakkk..

 

Rasa-rasanya aku pun dah terjebak sama dengan cerita Nora Elena ni - tayangannya di TV3. Cuma takler dapat tengok semua, pasti ada episod yang tertinggal. Tapi tak mengapa sebab aku boleh tengok episod-episod yang terlepas di tonton.com.my lah.. Lagi senang. Tak perlu nak terkejar-kejar balik dari pejabat semata-mata nak tengok cerita ni.

Disebabkan dah terjebak dengan drama ni, makanya kenalah beli novel nyer. Oh yer, drama Nora Elena di diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ni. Aku dah pernah baca novel ni dulu masa muda remaja, pinjam dari kawan jer. Sekarang ni baru nak beli.


Kalau korang-korang perasan, dah banyak drama yang diadaptasi dari novel kannn... Salah satu cara yang bagus untuk menarik minat penonton dengan tengok drama dan beli buku.


# Aku dah mintak sepupu belikan novel ni untuk aku. Esok lusa dapatlah aku baca.. =P

11.4.11

Trilogi cinta


Satu fenomena yang telah pun berakhir..
Slot terakhir pada malam tadi, 10/4/11..
Pengakhiran yang 'tak-berapa-menarik'...


Tak seindah mimpi..
Tak semanis impian..
Tiada lagi mimpi..

29.6.10

GLEE - drama muzikal terbaru...



Telah datang rancangan baru yang menjadi kegilaan ramai.....GLEE ( tengok gambo atas yer.. ). Cerita yang berkisar tentang kehidupan sekumpulan remaja sekolah tinggi dalam 'GLEE club'. Yang mana kumpulan pelajar ni seringkali dipinggir dan disisihkan daripada pelajar-pelajar. Adanya seorang guru baru yang cuba untuk ubah keadaan ni menjadikan ahli-ahli dalam 'GLEE club' setanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Me tak reti nak bagi sinopsis panjang-panjang, takut-takut salah sinopsis pulak... 

Drama yang penuh dengan aksi yang boleh dikira sebagai bersahaja, santai dan ada juga rasa geram. Yelah, kena buli, sape tak geram kan... Komedi plus muzikal... Ala-ala cam citer Hotel Mania kat tv3 tu sebab berlakon, kejap-kejap nyanyi. Berlakon sket, nyanyi sket.. Seronok....



 Ni dia barisan pelakon-pelakon drama GLEE.


For me, citer ni memang menarik. setiap minggu memang tertunggu nak tengok. Siap tunggu depan tv, selak paper tengok waktu siaran. Memula tu pikir apalah citer ni, cam tak menarik jer. Bila dah tengok beberapa kali baru rasa seronok. Tengok plak tu kat channel 5 singapore ( biasa arr, orang jb kan dapat channel sana... ). Selidik punya selidik, rupa-rupa nya kat malaysia pon ada siaran ni - kat ntv7. Lagi awal siaran dari sana. Nak wat camner, dah terlepas siaran malaysia, tengoklah je lah yang singapore nyer... Malaysia dah tayang bulan 5, Singapore tayang bulan 6 - kira lewat 1-2 minggu lah..

So, untuk taknak terlepas lagi, me dah booked siaran tv untuk 2 ari ni - selasa dan rabu. Hubby pon dah bagi green. So apa de hal, tengok jelah... hehehhe.... my sporting hubby....


Siaran Malaysia @ ntv7 - Selasa, 8.30 malam


Siaran Singapura @ channel 5 - Rabu, 10.00 malam

:: Blogger