:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

5.4.19

Bumblebee 2018




Sebab tak dapat tengok Bumblebee kat wayang, malam tadi layan movie ni kat rumah dengan anak-anak.

Not bad dan comel je kereta kecil warna kuning tu.

Tengah-tengah tengok tetiba teringat kisah kuning di highway utara tu. Terus rasa sereemmmm..

29.8.17

Abang Long Fadil 2



Sape dah tengok cerita ni? Angkat tangan.
Best tak?

Iols suka lagu "Senorita" je...
Tak boleh move on, dah 2 hari asyik dengar lagu ni.

2.2.16

Tengok wayang

Lama sangat tak tengok wayang dah..

Sejak mengandung anak pertama sampai sekarang, belom lagi masuk panggung tengok wayang. Nak masuk 3 tahun rasanya.. (jimatttt duit...bhahahahha).
Kalau ada pon dapat tengok kat henpon jelah. Itu pon sebab kawan donload-kan. Takpun tengok cerita-cerita lama yang ada dalam laptop jer...

Ni antara movie yang ada kat panggung sekarang..
Sila korang tengok. I is belom boleh masuk panggung lagi...




OLA BOLA




STAR WARS : THE FORCE AWAKEN

Mengimbau kenangan lama - Tengok siri I - VI kat laptop jer.




DILWALE

Bukan sambungan cerita Dilwale Dulhania tu tapi cerita baru tau..




THE WAVE




IP MAN 3

Kesinambungan dari IP MAN dan IP MAN 2.




THE BOY

Al-kisah cerita yang seram. Iols tak tengok cerita seram-seram ni. Baca review blogger pon dah remang bulu roma. Cemana..

13.4.15

Fast & Furious 7



Belum sempat lagi nak tengok cerita ni...

30.3.12

Komedi seram

Sebab mengantuk punya pasal, aku meng-goggle dalam internet mencari poster-poster filem komedi seram yang pernah ada kat pawagam.

Ni lah hasilnya..


2007 Zombi Kampung Pisang


2008 Antoo Fighter


2009 Jangan Pandang Belakang Congkak


2010 Jangan Pandang Belakang Congkak 2

2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah

2010 Ngangkung


2011 Satu Malam Kubur Berasap


2011 Tolong Awek Aku Pontianak


2011 Hantu Bonceng


2012 Hantu Dalam Botol Kicap

2012 Jangan Pandang-Pandang


8.2.12

Drama Korea

Cuti 4 hari yang lepas ( Sabtu - Selasa ), aku me-layan cerita korea di rumah.
3 cerita - You're Beautiful, Heartstring, Coffee Prince


Mula-mula layan cerita pertama ni - You're Beautiful

Yang terkenan nak tengok sebab aku ter-tengok kat 8TV hari Jumaat malam Sabtu. Cerita menarik tapi aku dah lepas beberapa episod. Terus bagitahu member minta dia download cerita ni. Esoknya masuk opis, dia bagi copy. Rupa-rupanya dia dah download lama dah ( baguskan kawan aku nih.. ).

[ You're Beautiful ]


Cerita kedua - Heartstring

Dah habis tengok cerita pertama baru layan yang ke-2 ni. Suka sangat sebab hero dengan horein nyer pelakon yang sama dalam cerita pertama. Baru tengok separuh cerita.

[ Heartstring ]


Cerita ketiga - Coffee Prince

Tak sempat nak habiskan cerita kedua, layan pula cerita no.3 ni. Kelakar, seronok, sedih pun ada. Kisah macamana seorang gadis menjadi ketua keluarga dengan perwatakan tomboy. Semua perkara dalam keluarga, dia yang kena ambil tahu. Dia juga pencari rezeki utama dalam keluarga. Cerita yang sarat dengan kasih sayangggg....

[ Coffee Prince ]

Semua drama-drama Korea ni dapat dari sumber yang sama aka kawan-opis-yang-baik-hati tu.

Dalam 3 cerita yang ada ni, cerita pertama yang aku suka ulang-ulang tengok. =)

19.1.12

10 filem tempatan terbaik 2011

10 filem terbaik sepanjang 2011

 
1) KL GANGSTER
Pada saat ini, filem arahan Syamsul Yusof merupakan filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi. "KL Gangster" yang diterajui oleh Aaron Aziz, Adyputra dan juga Syamsul sendiri ini berkisarkan permusuhan dunia samseng di ibu kota. Filem ini telah berjaya mendapat kutipan RM11.74 juta dan kejayaan "KL Gangster" tidak berhenti di situ sahaja apabila Syamsul diangkat sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa penggemar filem dahagakan filem aksi selepas industri filem dikuasai oleh genre seram satu ketika dulu.

2) OMBAK RINDU
Berjaya mendapat kutipan sebanyak RM10.9 juta secara keseluruhan, filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini berjaya mencipta satu fenomena apabila ia ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. Menggandingkan pelakon hebat dan popular seperti Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae, "Ombak Rindu" menyaksikan perjalanan kisah hidup Izaah yang penuh dengan onak dan duri.

3) HANTU BONCENG
Filem yang menggandingkan aktor kelakar Zizan Raja Lawak dan aktres Juliana Evans ini dikatakan berjaya mencipta 'hubungan cinta' antara dua peneraju utamanya apabila dilihat mesra bersama. Filem arahan Ahmad Idham ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.53 juta, mempertaruhkan genre yang menjadi kegilaan penonton tempatan iaitu komedi seram. "Hantu Bonceng" mengisahkan seorang mat rempit yang diganggu oleh hantu wanita yang mati dalam satu kemalangan ketika bersamanya.

4) KONGSI
Filem arahan Farid Kamil ini merupakan saingan hebat buat filem "KL Gangster" arahan Syamsul Yusof ketika Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Malah apabila Syamsul dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, muncul khabar angin kononnya Farid tidak berpuas hati. Walaubagaimanapun "Kongsi" telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.09 juta. Tidak dinafikan jalan cerita yang menarik, elemen komedi yang diselitkan dan semestinya peneraju utama Shaheizy Sam adalah tarikan filem "Kongsi" mendapat perhatian ramai. Ia mengisahkan seorang pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia.

5) KHURAFAT
Ini merupakan filem kedua arahan Syamsul Yusof yang berjaya mencatat kutipan tinggi untuk tahun 2011. Ditayangkan pada awal Januari, ia berjaya mencatat kutipan lebih RM8 juta. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama aktres muda Liyana Jasmay, memang tidak dinafikan keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi tarikan utama penggemar filem ke panggung, walaupun pasti ada yang mempertikaikan kesesuaian dan keserasian antara pasangan ini.

6) HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
"Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) pernah dikatakan 'tidak layak' diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Walaupun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6.5 juta di Malaysia dan kurang daripada apa yang disasarkan, filem ini dilaporkan tidak begitu mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada KRU Studios kerana mengambil langkah berani untuk menghasilkan filem yang sarat dengan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) ini dan ia merupakan sesuatu baru kepada industri filem tempatan.

7) NUR KASIH THE MOVIE
Kisah percintaan Adam dan Nur Amina ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.93 juta. Diadaptasi daripada drama bersiri "Nur Kasih", filem arahan Khabir Bhatia ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengikut "Nur Kasih" yang ingin mengetahui kesudahan kisah Adam dan Nur. Begitu hebat penangan kisah ini sehinggakan peneraju utama, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah kini menjadi pasangan kekasih di sebalik tabir.

8) BINI-BINIKU GANGSTER
Sebelum ini mereka pernah digandingkan bersama dalam filem "Adnan Sempit". Kini Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana digandingkan sekali lagi filem arahan Ismail Bob Hashim berjudul "Bini-Biniku Gangster". Hasilnya, filem ini berjaya mendapat kutipan RM4.71 juta. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang beristeri dua tidak mengetahui bahawa kedua-dua isterinya adalah ketua gangster untuk dua kumpulan yang bermusuh. Skrip filem "Bini-Biniku Gangster" adalah hasil garapan Yana Samsudin sendiri.

9) KARAK
Filem bergenre seram terbitan KRU Studios ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.28 juta. Filem arahan Yusry Abdul Halim ini menyaksikan kemunculan pertama juara "Akademi Fantasia" musim kelapan, Shahir. "Karak" mengisahkan sekumpulan pelajar yang mengikut Lebuhraya Karak untuk memintas kesesakan lalu lintas kerana perlu menghadiri kelas keesokannya.

10) SUATU MALAM KUBUR BERASAP
Filem bercorak komedi seram arahan Ernie Chen ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.99 juta walaupun ia bukanlah jumlah kutipan akhir kerana filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam. Walaupun dikritik hebat kerana dikatakan tiada kelainan jika dibandingkan dengan filem komedi seram lain, "Suatu Malam Kubur Berasap" yang menampilkan Angah Raja Lawak dan Along Cham ini masih mendapat tumpuan di pawagam.



7.12.11

Sok..sek..sok..sek....Ombak Rindu


Filem arahan Osman Ali
Terbitan Astro Shaw - Tarentella Pictures, LLC

Antara pelakon nya..
Maya Karin - Aaron Aziz - Lisa Surihani - Bront Palarae



Novel Ombak Rindu
Karya terhebat Fauziah Ashari

Izzah - Hariz - Mila - Dato Sufiah - Pak Dollah



p/s :
- Banyak yang dah tengok - semua komen cerita ni menarik
- Sesiapa baru nak tengok, sila sediakan tisu banyak-banyak
- Novel cetakan terbaru dengan muka pelakon di depannya
- Dikatakan hasil jualan dah mencapai RM4 juta

1.7.11

Tengok wayang

 

Jom tengok wayang cerita T.R.A.N.S.F.O.R.M.E.R.S


Boleh pilih nak tengok yang 3D atau yang biasa.


Yang bawah ni pulak promo kat KFC.
Beli mini bucket boleh dapatkan sarung laptop percuma.



Atau boleh beli autobots cerita Transformers ni.
Sebiji mainan ni harga dia RM4.00


26.5.11

Movie marathon

Huhu.. Banyak dah senarai tayangan yang dok ada dalam senarai aku. Mungkin aku akan buat movie-marathon untuk 2-3 tayangan. Itu pun ikut kesempatan tapi biasanya 1 cerita jer dah tak larat tengok. Hahaa... Apa-apa pun, kesesuaian masa jadi taruhan. Yang mana sesuai dengan keadaan, yang itu jadi pilihan.

[ Pirates of Caribbean : On Stranger Tides ]
 
[ Nur Kasih The Movie ]
 
[ Fast & Furious 5 ]
 
[ Kungfu Panda 2 ]

[ X-Men First Class ]


Silalah pilih yang mana berkenan di hati..

5.5.11

THOR de movie


THOR - Courage is Immortal


Balik kerja semalam, sempat singgah TGV Tebrau City sebab nak tengok cerita ni. Mula-mula tengok cam bosan tapi bertukar menjadi menarik dan hebat. Memang dah rasa mengantuk tau mula-mula tu. Nasib baik kejap je part bosan, masuk part aksi terus mata tak lepas pandang skrin.

Aksi-aksi dalam cerita ni memang hebat. Menarik sangat... Tak sedar pun dah 2 jam duk dalam panggung. Memang cerita yang hebat.

Pada yang belum tengok cerita ni, aku cadangkan korang pegi tengok. Memang berbaloi.

Aku bagi

10.3.11

Filem epik - Hikayat Merong Mahawangsa


Filem epik terhebat tahun ini
  HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA 

Karya air tangan penerbit terhebat - Yusry KRU
Diterbitkan oleh KRU Studio.
Dipertontonkan kepada umum pada hari ini.

18.1.11

Tengok wayang di rumah saja..


Selalunya nak tengok wayang kena pergi pawagam kan..... sekarang rasa cam tak perlu lagi sebab dah boleh tengok wayang kat rumah saja. Sekarang ni AstroFirst saluran 480 ada menawarkan cerita-cerita yang menarik untuk ditonton seisi keluarga. Dengan bayaran RM15 untuk satu cerita - korang boleh lah tengok citer tu sampai muntah.

Setiap cerita - RM15 - selama 48 jam

Weekend lepas nyer citer
Damping Malam - Ngangkung - Aku Masih Dara

Memang tengok sampai muntah OK. Ulang ulang cerita sampai dah naik hafal jalan cerita nya. Memula tengok memang rasa teruja, yer lah boleh tengok wayang sambil makan-makan, baring-baring, lepak-lepakkkkkzzz.... Kiranya menonton dengan santai lahhh..

Dua kali tengok masih ok lagi, masuk kali ketiga memang aku dah rasa nak termuntah ( walau aku tengok 3 siaran yang akhir.. ). Dalam 3 cerita tu, cuma 2 je yang aku tengok lagi 1 cerita takde selera - say no to Aku Masih Dara. Geli sehhh nak tengok. Ngangkung dengan Damping Malam memang best.

Ngangkung yang orang kata lawak tu, pada aku tak lah lawak sangat - biasa jer. Tapi jalan cerita nyer penuh pengajaran. Kisah macamana orang malas kerja tapi nak kaya cepat. Sanggup buat pemujaan - beli nombor ekor - kepercayaan karut marut - ada khadam. Sudahnya, diri tak tenteram dan keluarga terganggu akibat dari kejahilan diri sendiri.

Damping Malam pulak kisah perempuan sunyi yang perlukan pendamping. Pendamping dalam erti kata sebagai penjaga - untuk jaga keluarga dan harta benda. Kurang kepercayaan kepada Allah swt. Sentiasa ada rasa sangsi dan ragu-ragu terhadap kesetiaan sang suami. Akibat kurang kesabaran dan kepercayaan, dan termakan hasutan kawan, maka diambilnya pendamping. Kesudahannya, anak sendiri menjadi mangsa akibat daripada melanggar pantang larang tok dukun.

Tengok cerita-cerita macam ni, bukan takat tengok-tengok saja, gelak-gelak saja tapi tengok-teliti-telek, apa akibat dari menyekutukan Allah swt. Apa yang terjadi? Apa kesudahannya?

Sentiasa ingat Allah swt itu Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

15.1.11

HAIRSPRAY

 

Citer best.. HAIRSPRAY..
Baru lepas tengok kat Channel 5 S'pore. Citer terbitan New Line Cinema pada tahun 2007. Part paling menarik bila John Travolta berlakon jadi jadik pompuan sebagai Edna. Filem ni lebih kepada komedi-muzikal - memang menarik untuk ditonton. Bila-bila ada lagi, korang-korang jangan lepaskan peluang tengok yerr..


16.11.10

Movie - MEGAMINDS


Kitorang tengok citer ni minggu lepas kat TGV tebrau city. Kat sini de yang 3D je, yang biasa tu takde. Giler kooooo tiket 3D dah mahal skang - RM21 sorang, memang mahal nak mamm***. Tapi disebabkan nak tengok sangat citer ni, kitorang tetap juga beli tiketnyerrr.... Masuk panggung kul 9.45 malam, kuar dari panggung lebih kurang kul 12 tengah malam.

Sinopsis
Filem animasi yang mengisahkan tentang seorang penjenayah bernama Megamind yang terkenal tetapi sering kegagalan. Bertahun-tahun dia cuba menawan kota Metro City dengan menggunakan ilusi imaginasinya. Apabila musuhnya Metro Man terbunuh, dia merasakan gelaran dan kejahatannya tidak bermakna lagi. ( Dari majalah InTrend.. )


sessi ngurat masa pompuan ni kena tangkap..


Untuk filem ni, kitorang bagi
Sebabnya tak berapa nak seronok sangat macam Despicable Me tau...

21.9.10

Buaya ganasss..

Malam tadi aku tengok citer ni → PRIMEVAL..


Walaupun dah tengok banyak kali ( kat tv ), still seram jugak nak tengok lagi. Malam tadi tengok kat channel suria. Siap sediakan bantal wat tutup-tutup muka kau.. Takut gilerrr....

Seingat aku, citer ni berdasarkan dari kisah benar kat africa.
Buaya besar ni diberi nama "Gustave" - seekor buaya jantan "Nile" yang besar - hidup di Burundi, Africa ( Sungai Ruzizi ) - yang mana santapannya adalah "daging manusia".
Buaya ni dianggarkan - berusia 60 tahun - panjangnya 20 kaki - seberat 1 tan.
( Nak tau lagi - baca kat wikipedia.. )


Dah kalau buaya besorrrr cenggini, mau nye tak makan orang. Dah jemu makan makanan yang ada dalam sungai tu, makan lah daging manusia pulak kannn....


Tengok lah aksi buaya ni makan orang - tak agak-agak tu. Keseraman melanda sampai aku terbayang kalau ler ada lagi buaya besorr cenggini zaman sekarang ni, mau aku bina umah besi wat pelindung diri. Besi yang sangat tebal supaya buaya ni tak boleh runtuhkan umah aku tuhh...

31.7.10

Karate Kid Movie



Citer wayang yang best.. Semua golongan masyukkkk tak kira kanak-kanak atau dewasa. Citer ni penuh dengan unsur pengajaran, peringatan dan pengetahuan. Ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Saper tak paham, sendirik mau ingat lah....

Watak utama dalam citer ni : Jackie Chan & Jaden Smith


Jangan sekali-kali merendah-rendahkan bangsa lain kerana kita tak tau apa kemampuan mereka. Jangan fikir diri kita besar, ada kuasa dan pengaruh - semuanya dalam genggaman kita. Semua tu salah sebab tak semestinya dengan segalanya yang kita ada akan kekal selamanya dengan kita. Suatu masa, sumer tu takkan berguna lagi pada kita.


Ni lah aksi-aksi yang ada dalam movie tu...

Aksi dalam pertandingan akhir wushu..

Main air kat dataran..



p/s : Pic from mr.Google

:: Blogger