:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

3.12.12

AFF vs Masterchef


Piala Suzuki AFF

Malaysia kalahkan Indonesia
2 - 0

Dan melayakkan Malaysia untuk meneruskan ke pusingan separuh akhir.




Pemenang Masterchef musim ke-2

Izyan Hani
Pegawai Geologi

4.9.12

Adam & Hawa


ADAM DAN HAWA

Novel yang indah untuk ditatap.
Sekali baca memang tak puas.
Ada dalam simpanan untuk dijadikan koleksi bacaan masa lapang.


Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Novel ini telah di-drama-kan kat Saluran Astro Mustika HD.


Para pelakon
Aaron Aziz - Sebagai ADAM
Nadiya Nisaa - Sebagai HAWA

Mulai 27 Ogos 2012
Saluran Mustika HD

Isnin - Khamis
Masa : 10 malam

22.4.12

Malam ini..

Juara mingguan untuk Mentor 6 kumpulan B - Adam & KJ


Juara Pilih Kasih musim ke-3 - Reen Rahim

14.4.12

ABPBH 2011 - pemenang

Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular - Shila Amzah/Ning Baizura/Jacklyn Victor

Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz

Penyanyi Wanita Popular - Yuna

Artis Baru Lelaki Popular - Johan As'ari

Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shila

Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz (Ombak Rindu)

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki Popular - Johan Raja Lawak

Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan Raja Lawak

Pengacara TV Wanita Popular - Farah Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail (Hot.fm)

Penyampai Radio Wanita Popular - Farah Fauzana (Hot.fm)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Sheila Majid

Anugerah Seri Perak - Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011 - Aaron Aziz

8.4.12

Anugerah Bintang Popular 25

Anugerah Bintang Popular Berita Harian / TV3
Kali ke-25

Siaran langsung di TV3
Hari Ahad
Jam 9.00 malam


Para penaja

6.3.12

Mentor 6 di TV3



Program realiti terkini dari TV3  --> Mentor musim ke-6 telah kembali.



Artis yang menjadi mentor :

Ramlah Ram
Fauziah Ahmad Daud
Ella
Ferhad
Faizal Tahir
Adam AF




Antara yang bertanding --> Najwa Nasir
( anak Nasir P.Ramlee, cucu Tan Sri P.Ramlee )

Terpilih masa ujibakat mentor Ferhad.

Suara dia memang sedaplah.
Tak sia-sia bakat menyanyi yang dia ada.
Harap-harap dia berjaya sampai ke penghujung program.

18.1.11

Tengok wayang di rumah saja..


Selalunya nak tengok wayang kena pergi pawagam kan..... sekarang rasa cam tak perlu lagi sebab dah boleh tengok wayang kat rumah saja. Sekarang ni AstroFirst saluran 480 ada menawarkan cerita-cerita yang menarik untuk ditonton seisi keluarga. Dengan bayaran RM15 untuk satu cerita - korang boleh lah tengok citer tu sampai muntah.

Setiap cerita - RM15 - selama 48 jam

Weekend lepas nyer citer
Damping Malam - Ngangkung - Aku Masih Dara

Memang tengok sampai muntah OK. Ulang ulang cerita sampai dah naik hafal jalan cerita nya. Memula tengok memang rasa teruja, yer lah boleh tengok wayang sambil makan-makan, baring-baring, lepak-lepakkkkkzzz.... Kiranya menonton dengan santai lahhh..

Dua kali tengok masih ok lagi, masuk kali ketiga memang aku dah rasa nak termuntah ( walau aku tengok 3 siaran yang akhir.. ). Dalam 3 cerita tu, cuma 2 je yang aku tengok lagi 1 cerita takde selera - say no to Aku Masih Dara. Geli sehhh nak tengok. Ngangkung dengan Damping Malam memang best.

Ngangkung yang orang kata lawak tu, pada aku tak lah lawak sangat - biasa jer. Tapi jalan cerita nyer penuh pengajaran. Kisah macamana orang malas kerja tapi nak kaya cepat. Sanggup buat pemujaan - beli nombor ekor - kepercayaan karut marut - ada khadam. Sudahnya, diri tak tenteram dan keluarga terganggu akibat dari kejahilan diri sendiri.

Damping Malam pulak kisah perempuan sunyi yang perlukan pendamping. Pendamping dalam erti kata sebagai penjaga - untuk jaga keluarga dan harta benda. Kurang kepercayaan kepada Allah swt. Sentiasa ada rasa sangsi dan ragu-ragu terhadap kesetiaan sang suami. Akibat kurang kesabaran dan kepercayaan, dan termakan hasutan kawan, maka diambilnya pendamping. Kesudahannya, anak sendiri menjadi mangsa akibat daripada melanggar pantang larang tok dukun.

Tengok cerita-cerita macam ni, bukan takat tengok-tengok saja, gelak-gelak saja tapi tengok-teliti-telek, apa akibat dari menyekutukan Allah swt. Apa yang terjadi? Apa kesudahannya?

Sentiasa ingat Allah swt itu Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

15.1.11

HAIRSPRAY

 

Citer best.. HAIRSPRAY..
Baru lepas tengok kat Channel 5 S'pore. Citer terbitan New Line Cinema pada tahun 2007. Part paling menarik bila John Travolta berlakon jadi jadik pompuan sebagai Edna. Filem ni lebih kepada komedi-muzikal - memang menarik untuk ditonton. Bila-bila ada lagi, korang-korang jangan lepaskan peluang tengok yerr..


21.9.10

Buaya ganasss..

Malam tadi aku tengok citer ni → PRIMEVAL..


Walaupun dah tengok banyak kali ( kat tv ), still seram jugak nak tengok lagi. Malam tadi tengok kat channel suria. Siap sediakan bantal wat tutup-tutup muka kau.. Takut gilerrr....

Seingat aku, citer ni berdasarkan dari kisah benar kat africa.
Buaya besar ni diberi nama "Gustave" - seekor buaya jantan "Nile" yang besar - hidup di Burundi, Africa ( Sungai Ruzizi ) - yang mana santapannya adalah "daging manusia".
Buaya ni dianggarkan - berusia 60 tahun - panjangnya 20 kaki - seberat 1 tan.
( Nak tau lagi - baca kat wikipedia.. )


Dah kalau buaya besorrrr cenggini, mau nye tak makan orang. Dah jemu makan makanan yang ada dalam sungai tu, makan lah daging manusia pulak kannn....


Tengok lah aksi buaya ni makan orang - tak agak-agak tu. Keseraman melanda sampai aku terbayang kalau ler ada lagi buaya besorr cenggini zaman sekarang ni, mau aku bina umah besi wat pelindung diri. Besi yang sangat tebal supaya buaya ni tak boleh runtuhkan umah aku tuhh...

5.7.10

Juara mentor 4

Mentor musim ke-4 dah pon tamat. Juara musim ni - MOHD. Kiranya dah 3 musim sumer pemenangnya lelaki, cuma sorang je pompuan. Tu pon masa Pija menang. Tahniah pada Ziana dan Mohd. Segala usaha dan kerja keras anda sangat lah berbaloi. Dapat duit rm100,000 tiap sorang - memang berbaloi lah...

Semoga MOHD sukses dalam bidang yang penuh mencabar ni..

19.6.10

TV3 dah 26 tahun..


Ye, sudah tahun yang ke-26 penubuhan TV3, stesen televisyen swasta yang ternama di Malaysia. Hui member membesar sama-sama nih..muda 2 taon je dariku... Yelah, me memang peminat tv3, ari2 tengok siarannyer.. Dari dulu sampai sekarang... Banyak rancangan2 menarik yang pernah dipaparkan. Teringat dolu2 setiap ari ahad ada rancangan Sekapur Sireh, Seulas Pinang, Majalah Tiga, citer kartun yang best2... dan banyak lagilah.. Banyak dah siaran yg takde lagi sekarang ni... Yang masih meneruskan tradisi ni cam Majalah 3 dengan Muzik-Muzik...

Anyway, tv3 memang best. Semua siaran menjanjikan kepuasan kepada para peminat yang menjadi penonton setia sejak siaran yang pertama dulu. Semoga tv3 terus maju dengan rancangan2 yang menarik dan berilmu serta bermanfaat kepada semua....

TV3 is da besttt...


p/s : Tengah tengok Konsert Aspirasi TV3, Dataran Merdeka kat tv.
Ni Man Bai Gersang tengah nyanyi... Suara still sedap cam dolu2 jugakkk....
Faizal Tahir nyanyi pon best jugak... cayalah...

:: Blogger