:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

29.9.16

Gold Coast Melaka

Update : Trip ni kansellll...... Sedih.


Image result for gold coast melaka



Hujung tahun punya "company trip + annual dinner (with family)".

GOLD COAST MALACCA INTERNATIONAL

14.2.15

Percutian

Senarai tempat percutian yang telah dirancang :

1) Bandaraya Melaka
2) Pulau Langkawi, Kedah
3) Pulau Tioman, Pahang
4) Bandung, Indonesia
5) Universal Studio Singapura
6) Sabah
7) Limastiga Umbai, Melaka
8) Desa Balqis, Linggi, Melaka


## Kemain kan tempat bercutinya. Tak tau lagi sempat pergi ke tidak.
Banyak sangat group kengkawan yang ajak pergi bercuti ni...

## Duit pon banyak la nak kena simpan. Jom kumpul duit..
posted from Bloggeroid

4.3.13

Cuti

Teringin nak bercuti lagi.
Tapi kena tunggu anak besar sikit lah, baru senang nak jaga.

Nak bawak keluarga pergi Langkawi dengan Pulau tioman.
Seronoknya..





p/s: Sebelum tu, kita pergi short trip ke Melaka dengan KL dulu...

19.9.12

LEGOLAND MALAYSIA

Pembukaan rasmi pada 15 September hari tu.






pic crdt to eyriqazz.blogspot.com



Bilalah aku nak sampai tempat ni kan...
Taklah jauh sangat dari umah Johor Jaya.
Tapi kan pregnant, so tak mungkin lah pergi LEGOland ni dalam waktu yang terdekat.

Masa yang paling best nak pergi adalah tahun depan.
Dan untuk menjelajahi kesemua tempat yang ada LEGOland ni, ada baikknya kita beli Annual Pass.
Boleh pergi banyak kali dan menjimatkan duit.
Tak mungkin kan 1 hari boleh menjelajah ke semua tempat, jadi dengan adanya Annual Pass adalah cara terbaik untuk menjelajah ke semua tempat.

19.3.12

MATTA FAIR 2012

Mari kita melancong..


Ini jadual Matta Fair 2012 seMalaysia

Nak tau lagi boleh klik sini --> Matta Fair

Ayuh kita rancang percutian kita.
Bersama kita memenuhkan duit tabung masing-masing untuk pergi bercuti.

19.2.12

2D 1N trip

2D 1N trip kita ke mana???

Hari Jumaat malam, kami bergerak dari Johor Bahru, Johor ke...

-> Gurun Kedah untuk perubatan tradisional ( hari Sabtu ). Dah selesai, kita ke

-> Padang Besar Perlis - pastinya untuk para wanita ber-shopping. Selesaiiii?? Kita ke

-> George Town Penang ( Penang Bridge ) - checkin di Hotel Oriental

Hari Ahad pagi, checkout hotel. Destinasi seterusnya
-> Pasar Karat, Jalan Ayer Hitam

Dan kita balik ke Johor Bahru semula.

Tempat persinggahan
@ Tol Kempas
@ Tol Skudai
@ Dengkil
@ Bukit Gantang
@ Gurun
@ Tapah
@ Sg Buloh
@ Pagoh

18.2.12

Holiday

Aku penat dah keje seminggu ni.
Banyak sangat inquiry yang masuk dan nak kena settle cepat.
4 hari lepas semua balik umah pas kol 7 malam.
Bersengkang mata siapkan keje.
So sekarang ni nak reward diri sendiri dengan gi holiday ke Kedah+Perlis.

17.12.11

Sabtu hingga Ahad

Hujung minggu jalan-jalan

Sabtu : Johor Jaya  -->  Permas Jaya  -->  Pasir Gudang  -->  Larkin  -->  Pontian

Ahad : Pontian  -->  Muar  --> Pontian  -->  Permas Jaya  --> Johor Jaya



Notes :
Permas Jaya - Majlis kahwin / Kenduri berkhatan
Pasir Gudang ( Taman Air Biru ) - Majlis kahwin
Larkin ( SMT Azizah, Jalan Datin Halimah ) - Perjumpaan pra-majlis perkahwinan
Pontian - Tempat rehat ( Rumah atok )
Muar ( Pagoh ) - Majlis kahwin

29.11.11

Mak ajak cuti

Kelmarin mak ajak cuti ke Melaka sempena cuti sekolah ni. Nak bawak adik-adik jalan-jalan Melaka. Lagi pulak, pakcik kat kampung pun nak join sekali so boleh lah bermalam kat sana. Sewa sebuah homestay @ rumah tumpangan yang harga murah-murah, dapat tidur 1 malam pun dah kira OK kan.....

Jumlah yang banyak bila dikongsi beramai-ramai untuk bayar pasti setiap seorang keluarkan perbelanjaan pada kadar yang minimum. Buat masa ni plan untuk 2D 1N sahaja dan kena standby RM 200 untuk duit minyak dan tol. Duit makan sendiri-sendiri.

Biasanya makanan masing-masing sediakan sebelum pergi, jadi duit makan pun kuranglah. Boleh spend untuk beli souvenir...

Ohhh....bulan 12 ni ada cuti Krismas, mungkin boleh kot nak pergi sana.. hehehheeee...


Dah lama tak jalan-jalan kat Melaka, mesti seronok kan.. Kali terakhir pergi Melaka 2 atau 3 tahun lepas. Tu pun meronda dalam A Famosa je. Kali ni nak jalan-jalan kat bandar Melaka - nak tangkap gambar banyak-banyak.



Dan selepas ke Melaka, ada lagi cadangan nak jalan-jalan ke Kuching, Sarawak. Yang ni rancangnya nak bawak mak dengan abah je dulu ke sana. Ada bajet lebih baru bawak adik-adik. Paling awal aku rancang nak pergi antara bulan 3 hingga bulan 6. Dan paling lewat pulak hujung bulan 12 lepas adik no.4 habiskan periksa SPM dia.

Rancang je dulu, jadi tak jadi belakang kira. Duit adalah perkara utama. Bila duit dah cukup baru boleh betul-betul cakap nak pergi. Kalau pun pun orang lain tak dapat pergi, aku dengan hubby je lah yang pergi sebab kami memang dah rancang nak bercuti ke Kuching, Sarawak atau ke Kota Kinabalu, Sabah tahun depan. Rancangan bercuti kami untuk tahun 2012.


Member-member yang dah pergi kata seronok lah jalan-jalan ke Kuching @ Kota Kinabalu ni..


Dan untuk orang yang 1st time pergi sana macam aku ni, ke-terujaan tu dah dirasakan. Memang tak sabar nak naik 'belon' tau..



# Pergi jalan-jalan mesti tangkap gambar banyak-banyak..
# Dan gambar kena print untuk jadikan kenang-kenangan..

25.3.11

Jom bercuti..

Dalam hati ada terdetik nak pergi jalan-jalan @ bercuti dengan hubby. Nak tenangkan fikiran sambil mengeratkan hubungan kami yang memang erat ni. Aku kan memang suka melawat ke tempat-tempat orang.

Bila orang tanya "nak bercuti ke mana", aku jawab "pergi dekat-dekat sini je..".
"Kenapa tak pergi jauh-jauh sikit?", aku jawab "yang dekat pun belum habis ditelek dibelek, inikan pulak nak pergi yang jauh-jauh"
"Taknak pergi ke luar negara?", "oh yang itu belum mampu lagi, bajet tinggi.."

Ha kan.. betul tak?? Sebelum kita melangkah keluar dari Malaysia, eloklah kita menjelajah dulu ke serata pelosok negara kita yang indah permai lagi tenang ini. Dalam Malaysia pun banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Pilih saja nak ke mana, hutan batu, gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara, taman rekreasi, pulau, taman tema.... Memang banyak yang tak terkira.

Rancangan aku untuk bercuti ni samada paling awal dilaksanakan selepas bulan 6 atau paling lewat pada awal tahun depan ( 2012 ). Destinasi pilihan aku : Kuching @ Kota Kinabalu @ Langkawi @ Port Dickson @ Melaka. Banyak kan.. Andai masa dan duit tiada masalah, memang semua tempat tu aku nak pergi. Namun semuanya bergantung kepada jadual kerja hubby - perlunya pilihan waktu yang bersesuaian. Aku tiada masalah, cuti saja..



  Kuching, Sarawak 






  Kota Kinabalu, Sabah 



 

  Pulau Langkawi, Kedah 





 
  Port Dickson, Negeri Sembilan 





  Melaka 




Perancangan awal aku telah pun bermula. Menjadi atau tidak, itu belakang kira. Yang penting aku dah niat nak bercuti dengan hubby. Andai kecukupan sumber kewangan, akan ku angkut satu keluarga pergi bercuti. Wah kalau nak ajak ramai-ramai orang, kena lah tunggu hujung tahun, lepas dapat bonus... Hehhehhehe... =)


** Pic credit to google

:: Blogger