Dalam hati ada terdetik nak pergi jalan-jalan @ bercuti dengan hubby. Nak tenangkan fikiran sambil mengeratkan hubungan kami yang memang erat ni. Aku kan memang suka melawat ke tempat-tempat orang.
Bila orang tanya "nak bercuti ke mana", aku jawab "pergi dekat-dekat sini je..".
"Kenapa tak pergi jauh-jauh sikit?", aku jawab "yang dekat pun belum habis ditelek dibelek, inikan pulak nak pergi yang jauh-jauh"
"Taknak pergi ke luar negara?", "oh yang itu belum mampu lagi, bajet tinggi.."
Ha kan.. betul tak?? Sebelum kita melangkah keluar dari Malaysia, eloklah kita menjelajah dulu ke serata pelosok negara kita yang indah permai lagi tenang ini. Dalam Malaysia pun banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Pilih saja nak ke mana, hutan batu, gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara, taman rekreasi, pulau, taman tema.... Memang banyak yang tak terkira.
Rancangan aku untuk bercuti ni samada paling awal dilaksanakan selepas bulan 6 atau paling lewat pada awal tahun depan ( 2012 ). Destinasi pilihan aku : Kuching @ Kota Kinabalu @ Langkawi @ Port Dickson @ Melaka. Banyak kan.. Andai masa dan duit tiada masalah, memang semua tempat tu aku nak pergi. Namun semuanya bergantung kepada jadual kerja hubby - perlunya pilihan waktu yang bersesuaian. Aku tiada masalah, cuti saja..
Kuching, Sarawak
Kota Kinabalu, Sabah
Pulau Langkawi, Kedah
Port Dickson, Negeri Sembilan
Melaka
Perancangan awal aku telah pun bermula. Menjadi atau tidak, itu belakang kira. Yang penting aku dah niat nak bercuti dengan hubby. Andai kecukupan sumber kewangan, akan ku angkut satu keluarga pergi bercuti. Wah kalau nak ajak ramai-ramai orang, kena lah tunggu hujung tahun, lepas dapat bonus... Hehhehhehe... =)
** Pic credit to google
No comments:
Post a Comment