:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label 10hari blog. Show all posts
Showing posts with label 10hari blog. Show all posts

8.11.11

10 wishes

10 impian aku @ my wishes
  1. Tunaikan Rukun Islam ke-5 ( naik Haji ) bersama suami dan keluarga
  2. Zuriat ( pengikat kasih sayang dan penyambung generasi kami )
  3. Rumah impian dengan rekabentuk moden + klasik
  4. Lengkapan rumah yang canggih dan moden
  5. Holiday dengan hubby
  6. Kamera canggih DSLR ( nikon @ canon )
  7. Smartphone canggih ( nokia @ samsung @ htc )
  8. Laptop sendiri ( sekarang berkongsi guna dengan hubby )
  9. Ada lesen memandu
  10. ? ( ni tak tau nak letak apa.... )

1.11.11

10 items you can't live without

10 barang yang mesti ada dalam kehidupan seharian aku.
  1. Jam tangan - Penentu waktu
  2. Mykad ( I/C ) - Pemegang warganegara Malaysia
  3. Wallet / handbag - Tempat simpanan khazanah
  4. Duit - Benda wajib ada
  5. Lip balm - Bibir yang kering mesti sapu lip balm selalu
  6. Telefon - Mudah untuk call orang lain ( penting kena ada kredit )
  7. Kamera - Capture precious momment ( kenangan abadi )
  8. Gambar keluarga
  9. Selimut - Nak bagi lena tidur malam
  10. Majalah / novel / suratkhabar - Bacaan bila dilanda kebosanan / tengah tensi

27.10.11

10 things about you

Apa dia 10 perkara tentang aku.

1- Dalam keluarga, aku anak no.1 dari 5 bersaudara dan seorang isteri yang bekerjaya.

2- Merah, biru, ungu, hijau, hitam, coklat - warna pilihan aku untuk pakaian. Setiap kali pilih baju atau slack mesti pilih dari warna-warna ni.

3- Masak-masak - aku akan pastikan yang dapur aku berasap beberapa kali dalam seminggu. Nak kata pandai masak - tidaklah sangat. Masih merangkak lagi untuk jadik super chef. Yang penting hubby kenyang lepas makan, itu dah cukup bagus.

4- Favoritas drink & food - dari kecik sampai besar aku memang suka minum 'teh o'. Dah besar sikit baru suka 'teh ais', 'tembikai laici' dan 'teh o laici suam'. All time favorite makanan adalah asam pedas johor ( ikan/ayam ) dan juga mee bandung Cik Timah ( masakan mak aku ).

5- Aku suka novel - dulu-dulu masa sekolah selalu kongsi beli  novel dengan kawan-kawan. Kemudian rolling novel tu bagi tiap-tiap orang baca. Lagi ramai lagi seronok berkongsi baca novel. Sampai sekarang kalau jumpa novel yang menarik dan best mesti aku akan beli buat koleksi.

6- Aku suka majalah - tiap-tiap bulan lepas gaji mesti aku beli satu majalah. Sekarang ni yang jadi favorite adalah majalah COSMOPOLITAN Malaysia. Then bila rasa perlu baru aku beli majalah lain macam Mingguan Wanita, Rapi,.etc.

7- Aku suka rancangan 'National Geographic' - yang memaparkan flora dan fauna di muka bumi ini berserta bentuk muka-bumi ciptaan-Nya. Rancangan yang penuh dengan informasi dan motivasi.

8- Shopping - hanya dengan window shopping sahaja dah boleh mem-bakar lemak dan cuci-cuci mata. Seronokkkk... =)

9- Be positive - bila rasa bosan dengan kerja atau seseorang, aku akan set dalam kepala 'be positive' & 'think positive'. Baru boleh buat kerja dengan teratur dan berhemah dan bergaul dengan sopan dan santun.

10- Lesen - baru nak daftar untuk dapatkan lesen kereta sahaja. Lesen motor not allowed..



# Dah rasa macam buat biodata masa sekolah rendah pulak

:: Blogger