:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

10.1.17

PUSKAS Award 2016



Tahniah Mohd Faiz Subri.
Pemenang anugerah FIFA PUSKAS Award 2016.

Menjadi kebanggaan Malaysia.

Semoga terus maju dalam bidang sukan.

#faizsubri #puskas2016


p/s: Korang yang lain tu, takyah nak gaduh-gaduh sangat tentang baju apa dia pakai masa amik award tu. Itu hak dia.

22.10.12

ATM vs. RED WARRIOR



Haha.. saya baru nak update tentang game ni.
RED WARRIOR ( 3 ) vs. ATM ( 2 )


Masa sabtu  malam tu takdan nak update tentang kemenangan RED WARRIOR ni sebab terlalu syokkkk sangaaaat tengok game ni kat astro.
Terpekik-pekik satu rumah tengok bola.
Memula ingat ATM yang akan menang tapi sebaliknya pulak.
Takpelah, cubalah lagi yer ATM.
Terpaksa tunggu lagi setahun menjadikan penantian selama 47 tahun untuk tahun depan.
Tahniah pada RED WARRIOR sebab kemenangan berganda yang team mereka.
Apa pun syabas buat kedua-dua pasukan sebab menunjukkan persembahan yang memberansangkan dalam permainan.

12.10.12

Separuh Akhir Piala Malaysia-1



Malam tadi tengok bola kat tv1.
Separuh akhir pertama perlawanan antara LIONS XII melawan ATM.

Keputusan perlawanan
LIONS XII (1)  vs.  ATM (1)

Tapi ATM menang dengan agregate 5 - 4.



p/s : Malam ni sambung tengok Selangor lawan Kelantan pulak

25.9.12

Jom tengok bola




Perlawanan suku akhir antara

JOHOR FC  vs  SELANGOR

8.8.12

Wira Negara Olimpik 2012

Tahniah Dato Lee Chong Wei..
Membawa balik pingat perak untuk Malaysia di Sukan Olimpik 2012.



Azizulhasni Awang mendapat tempat ke-6 dalam acara keirin.
Walau tak menang tapi dia antara 6 penunggang terbaik Olimpik..

8.6.12

EURO 2012




EURO 2012 dah mula.
Sure gempak..
Mesti kedai-kedai mamak penuh giler.

Selamat tengok bola yer korang.
Aku so-so je.
Lebih rela layan tilam-bantal dari layan bola.

15.2.12

Pesta Layang-Layang 2012



Festival Layang-Layang Sedunia yang ke-17

Di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor

Dari 15 ~ 19 Februari 20112

1.2.12

Safee Sambung Kontrak Bernilai RM2 Juta Bersama Pelita Jaya FC



PETALING JAYA: Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu.

Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, keistimewaan tersebut disediakan oleh Kelab Pelita Jaya FC sebagai tanda penghormatan kepada Safee selaku ketua pasukan kelab tersebut.

“Beliau juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej. Kelab tersebut akan mendapatkan sokongan komersial bagi pelbagai produk di Indonesia untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya.

“Akademi itu sudahpun memiliki 600 pelajar di Jakarta dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia,” katanya.

Zakaria turut menyambut baik keputusan Safee untuk kekal menyarung jersi Pelita Jaya FC dan yakin penyerang tersebut sudah meneliti perkara itu sedalam-dalamnya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Jelas Zakaria, komitmen dan pengorbanan Safee dilakukan demi membantu menaikkan imej bola sepak negara dan meniup semangat pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya.

Sementara itu, Zakaria berkata, kehadiran bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk terus menyarung jersi bersama kelab tersebut.

“Safee juga akan bergandingan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo, bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah dan kapten bawah 23 tahun Indonesia, Egi Mergiansyah.

Ekoran prestasi yang memberangsangkan bersama Pelita Jaya FC, Safee turut mendapat tawaran dari Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand.

Malahan, difahamkan empat pasukan tanah air iaitu Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FA dan Selangor FA turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Safee bagaimanapun jelas Zakaria hanya akan kembali berentap dalam saingan liga tempatan selepas beraksi sekurang-kurangnya lima tahun lagi di luar negara.

“Dia lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan tahap permainannya selepas mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab,” katanya.

Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut.

Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).


************************************
LATAR BELAKANG

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali

Tarikh lahir: 29 Januari 1984

Tempat lahir: Selangor

Tinggi: 1.70 meter

Posisi permainan: Penyerang

Kelab terkini: Pelita Jaya FC

Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)

2005-2006 (Sarawak FA)

2006-2011 (Selangor FA)

2011 (Pelita Jaya FC)

2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)

2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010

- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )






16.1.12

Chong Wei menang lagi | Juara Terbuka Malaysia Kali K-8

PETALING JAYA: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada perlawanan final kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.

Chong Wei hanya mengambil masa selama 36 minit untuk menundukkan Tago yang menempah laluan ke final selepas pemain China, Chen Jin menarik diri pada pusingan separuh akhir, Sabtu.

Ia merupakan kemenangan kelapan pemain No.1 dunia itu di gelanggang sendiri.

Beliau yang menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan akhir Terbuka Malaysia paling mudah buatnya, berharap dapat mengekalkan semangat dan prestasinya kali ini sehingga Sukan Olimpik London pada Julai ini.

Katanya, beliau juga gembira dapat menumpaskan dua musuh utama dari China iaitu Lin Dan (pada akhir Terbuka Korea minggu lalu) dan Chen Long (ketika peringkat separuh akhir kejohanan) pada awal tahun ini.

"Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan China akan bersedia dengan strategi yang lebih kuat pada Olimpik nanti.

"Buat masa ini saya gembira dapat kalahkan mereka, namun saya juga akan buat persediaan yang lebih bagus," katanya kepada media selepas upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Chong Wei menerima piala dan wang tunai bernilai US$30,000 (RM93,990).

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selepas ini, Chong Wei berkata beliau akan menumpukan pada dua kejohanan iaitu pusingan kelayakan Piala Thomas dan All-England sebelum menghadapi temasya Sukan Olimpik.

"Saya akan kurangkan kejohanan tahun ini supaya boleh memberi tumpuan pada persediaan Olimpik," katanya.

Sementara itu, Wang Yihan dari China menjuarai perseorangan wanita setelah mengalahkan rakan senegara Wang Xin 21-19, 21-11. Pemain China turut mendominasi kategori beregu campuran apabila Zhang Nan/Zhao Yunlei dari republik itu muncul johan setelah menumpaskan rakan sepasukan Xu Chen/Ma Jin 21-12, 21-9.

Dalam perlawanan sengit beregu lelaki pula, kemenangan akhirnya berpihak kepada beregu Taiwan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu, yang mengatasi Cho Gun Woo/Shin Baek Choel dari Korea Selatan 16-21, 21-16, 21-16.

Selain itu, beregu wanita Denmark Christina Pedersen/Kamilla Rytter Juhl melakukan kejutan apabila menundukkan pilihan kedua Ha Jung Eun/Kim Min Jung dari Korea Selatan 21-19, 21-18 untuk menjuarai kategori itu.




# Sumber : mStar

9.1.12

Bola

Malam tadi punya lah penuh mamak sampai takde tempat aku nak online ( padahal boleh jer online dari rumah kan.. ).
Ni semua gara-gara nak ngeteh punya pasal lah.
Aku dengan hubby pergi lah mamak sambil-sambil nak online.
Sekali full book.
Ingatkan kenapa, rupanya ada bola dan mereka-mereka itu tengah tengok game MU lawan MC.
Kitorang minum jugak tapi tak online sebab tempat tak strategik untuk online.

Dan keputusan nya adalah :
Manchester United ( 3 ) vs. Manchester City ( 2 )

Ni kiranya MU kalahkan juara bertahan lah yer...

Satu lagi game Chelsea kalahkan Portsmouth 4 - 0.


23.11.11

Yuhuuuu...

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Selamat kembali ke dunia blog...

Huhu...beberapa hari ditinggalkan dahrasa rindu dengan blog. Akibat ke-sibukkan menguruskan majlis persandingan adik, terus blog-terpinggir-sementara. Sayu nyer...

Ok, meneruskan perjuangan dengan ucapan TAHNIAH kepada skuad Harimau Malaya kita ( ucapan yang terlambat ) kerana kalahkan Indonesia di perlawanan akhir bola sepak kelmarin. Walau hujung-hujung nyer ditentukan dengan sepakan penalti, usaha gigih mereka terserlah.

Aku tercongok depan tv kemain lama sebab nak tau team mana yang menang, dalam 2 jam jugaklah menunggu. Mula-mula tengok kat kedai makan, bila gol yang pertama tu bergegar kedai dengan sorakan pengunjung. Dah sudah makan, sambung tengok kat rumah pulak. Sambil baring sambil tengok tv. Puas hati..

Sudahnya Malaysia menang jua. Berbangga lah sebab 'hati-sukan-SEA' ( bola sepak ) menyebabkan lagu kebangsaan kita NEGARAKU dimainkan di Stadium Bung Karno. Semoga maruah bola sepak kita sentiasa berada di tahap yang membanggakan.


TAHNIAH MALAYSIA
TAHNIAH HARIMAU MALAYA

24.10.11

Senyap dari bola

Assalamualaikum... Selamat tengahari...

Hari yang aman sedunia hari ini. Sebab semalam
Manchester United kalah 0-6 dengan Manchester City
Hahaha... Takde pulak ramai yang kepoh-kepoh. Cuba kalau MU yang menang, kecoh satu opis. Aman dan damai. Satu 'perkataan' tentang bola pun tak terucap.. Memang down habis lah para peminat MU kan.. Manjang lah sedihnya.. ;P

13.7.11

Malaysia tidak gentar berdepan dengan Arsenal

Malaysia tidak gentar


BERDEPAN bintang-bintang Arsenal bertaraf dunia bukan bermakna para pemain skuad bola sepak kebangsaan tidak berupaya untuk menandingi kehebatan mereka di atas padang.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim melaungkan keyakinan untuk memastikan tentangan hebat diberi kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

“Walaupun mereka (pemain Arsenal) semuanya berstatus bintang dunia tetapi itu tidak bermakna kita tak mampu menandingi mereka.

“Apa yang diharapkan esok (hari ini) ialah supaya kami dapat mencipta satu kejutan.

“Peluang ini bukan senang nak dapat. Tak semua pemain dapat peluang seperti ini dan harap rakan-rakan sepasukan memanfaatkannya,” kata Safiq ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.

Safiq, 24, yang bakal mengemudi jentera tengah sku- ad kebangsaan sama ada bersama Amar Rohidan atau Shakir Shaari, kini berada pada prestasi terbaik.

Pada dua aksi terakhir bersama skuad kebangsaan iaitu bertemu Taiwan pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, Safiq telah menjaringkan satu gol pada aksi pertama di Bukit Jalil dan aksi kedua di Taipei.

“Saya berharap dapat bela- jar sesuatu apabila berdepan lawan kuat seperti Arsenal ini. Kami akan cuba yang terbaik dan kalau ada rezeki saya mahu menjaringkan gol,” jelas pemain tengah Selangor itu.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terpaksa menyimpan suaranya untuk memberi arahan sepanjang 90 minit perlawanan malam ini setelah mengalami masalah sakit tekak semalam.

“Tak kisahlah (jika Arsenal memandang rendah). Yang penting saya mahu pemain beraksi dengan baik dan dari situ nanti barulah kita akan mendapat pengiktirafan dari- pada Arsene Wenger (pengurus Arsenal).

“Buat para penyokong yang akan ke stadium, harap semua rakyat Malaysia memberikan sokongan padu sambil hadir dengan memakai jersi Malaysia sama ada kuning atau biru,” kata Rajagobal.


Sumber : Kosmo

29.12.10

Malaysia menang..

Yahooooooooooooooooo...............Malaysia menang malam ni..

Agregat 4-2, mengalahkan Indonesia buat kali yang pertama..

SYABAS..

27.12.10

Suzuki Cup 2010


Malaysia ( 3 ) vs. Indonesia ( 0 )

Pusingan pertama perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010, Malaysia balun Indonesia 3-0. Satu keputusan yang kiranya tak disangka-sangka. Perlawanan ke-2 akan diadakan di Indonesia pada hari Rabu ini. Harapnya pemain-pemain Malaysia dapat teruskan kecemerlangan. Balun Indonesia. Pastikan kemenangan dalam genggaman kita..



p/s : Dah lama aku tak tengok bola ni. Semalam tengok kat tv kat rumah dengan adik-adik, rasa cam lain lah..

24.11.10

Hoki

Skuad hoki Malaysia mara ke final setelah mengalahkan pasukan India 4-3 pada pertandingan separuh akhir hoki semalam di Sukan Asia 2010.

Pertandingan akhir perlawanan hoki ini akan menyaksikan Malaysia bertemu dengan Pakistan.


Go.. Go.. Go.. Malaysia..
Dapatkan EMAS..



p/s : Sumber KOSMO

30.10.10

Final Piala Malaysia 2010


 Malam ni kita pakat ramai-ramai melekat depan tv tengok final piala malaysia 2010..
Negeri Sembilan VS Kelantan

Pada pemain-pemain semua, berjuang bersungguh-sungguh..
Semoga kemenangan milik korang yerrr...
Jangan mudah putus asa..

Pada penyokong setiap pasukan, jangan macam-macam pulak..
Korang pegi tengok orang main bola kat padang bola, jangan bawak segala macam masuk dalam stadium.. Jangan buat huru-hara..
Pemain takde apa-apa, penyokong pulak yang lebih-lebih..
Silalah menjadi penyokong pasukan yang berhemah..
Tunjukkan kewarasan sebagai seorang manusia yang berakal..

13.7.10

Spain menang...


Semalam tak sempat nak update blog...
Arini baru nak update yer..
Walau orang kater citer dah basi, aku pedulik haper..
Ada aku kesah...

Tahniah pada pemain Sepanyol yang telah pon mengalahkan Belanda
dengan mata 1 - 0. Kira Belanda dapat tempat no-2 lah yer...
Tempat ketiga pulak Jerman.
So kali ni nyer siri FIFA 2010 dah pon abis.
Jumpa lagi 4 taon akan datang pada 2014 di Brazil..
So pasni takder dah MC, cuti atau segala yang berkaitan dengan
akan tak datang kerja. Bola dah abis. Buat kerja
cam biasa lah...



p/s : Kat opis aku pon dah kurang citer pasal bola ni...

3.7.10

Ohh... Brasil dah kalah..



Hhhmmm... Brasil kalah 1-2 dengan Netherlands..

Pasni cam malas ah nak tengok world cup. Tengok masa final jer nanti. Ni Brasil dah takleh nak masuk final.... wwwaaa.... apsal ko kalahhhhh.... Kan dah kena stop sokong-menyokong nihh....



p/s : hhmmm tak best, pasukan pilihan dah tersingkir

30.6.10

Bola lagi...

Jom update result FIFA 2010

Sumber : Yahoo sports


Hui Brasil menang lagi lawan dengan Chile... Ramalanku benar belaka. Nasib baek menang, kalau idak tak sokong dah. Wakil Asia, Jepun pulak kalah ditangan Paraguay. Walaupun pada mulanya seri 0-0, tapi dengan sepakan penalti mereka kalah. Dah takde ler wakil Asia untuk pusingan seterusnya.... Apapun itu sumer rezki masing-masing. Kita sebagai peminat ni jangan ler pulak ada yang berkelahi kalau pasukan yang kita sokong kalah. Yang mana sokong pasukan menang, jangan ler riak. Takde untung nyer riak dan berkelahi sesama kawan ni. Jangan sebab demam bola FIFA 2010, maruah persahabatan tercalar yer...



p/s : Nak tunggu quarter final, Brasil lawan Netherlands

:: Blogger