:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Campaign. Show all posts
Showing posts with label Campaign. Show all posts

15.11.11

Campaign sharing

Dah lama tak share campaign either dari churp churp or says.com kan...
So malam ni kita race upload-sharing-campaign yer...

9.10.10

Hentikan penderaan ke atas kanak..

Kanak-kanak adalah penyambung warisan masa depan kita.
Hentikan penderaan ke atas mereka..
Sayangi mereka..

Jom ramai-ramai sokong kempen "Raise your hand, stop child abuse"
yang dibawakan oleh UNICEF dan berkolaborasi bersama NUFFNANG Malaysia..




Ni 'tandatangan' aku yang telah sertai kempen ni..
( orang ke-413 yer.. )
 

Korang dah join lom?
Kalau belum, jom lah sertai kempen anti-penderaan terhadap kanak-kanak ni..

22.4.10

Earth Day 2010



Hari ini adalah Hari Bumi @ Earth Day 2010.

Marilah kita bersama menghijaukan bumi kita untuk mengurangkan kesan pemanasan global.
Bukan saja untuk hari ini tapi juga untuk hari-hari yang mendatang.

Pepatah ada mengatakan
" Kita tidak mewarisi dunia ini daripada ibubapa kita
tetapi kita meminjamnya daripada anak-anak kita "

Jom sokong kempen 3R
 REDUCE - REUSE - RECYCLE
KURANGKAN - GUNA SEMULA - KITAR SEMULA


----------
Nak tau lebih lanjut tentang kempen ni, boleh klik kat link bawah ni
Earth Day 2010 - Official Campaign

27.3.10

jom-jimat-air

Air... Sape suker air, angkat kakiiiiii......Berendam dalam air lelama, memang sedap... Besh nyerrrrrr... nak-nak dapat mandi air laut. Seronok kannnnn... Itu kalau kat luar rumah, tp kalau kat rumah tak boleh lah guna air banyak2 nanti bil air melambung pulak. Itu dah kira membazir. Jadi kena lah berjimat cermat bila gunakan air....


Macam mana nak jimat, senang jer... Ikutlah beberapa cara di bawah...

  1. Semasa mandi, kurangkan guna pancuran. Tadah air guna baldi.
  2. Jangan biarkan air mengalir semasa memberus gigi. Guna bekas kecil untuk menadah air.
  3. Pastikan mesin basuh penuh muatannya sblm digunakan.
  4. Jangan siram pokok bunga secara berlebihan.
  5. Baiki dengan segera sekiranya ada paip-paip yang bocor.
  6. Tutup paip dengan ketat slps digunakan bagi mengelakkan air dr menitis.
  7. Guna air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj dan di taman.
  8. Sentiasa guna baldi untuk menadah air.

** Sisipan dr akhbar harian metro

16.3.10

Earth Hour 2010


Earth Hour 2010 is coming.... but does anybody knows what is the earth hour? Tau ke tak? Yang mana tau tu OK lah. Yang tak tau tu, ni nak bagitau sket. Earth Hour tu adalah kempen tutup lampu selama sejam @ 60 minit pada 1 hari setiap tahun. Untuk tahun ni, ia diadakan pd 27 Mac 2010 ( dah tak lama lagi tu... ) pd pukul 8.30 mlm. Jom sokong tutup lampu selama 1 jam. For me, ini tahun ke-2 join aktiviti ni. Menarik tau, seronok pon ada... Kat kawasan rumah ni masing2 bergelap. Ada yg keluar sambil pegang lilin, borak2 di halaman, ada yg tengok tv ( kamilah tu, tutup lampu jer, tv tak off pon... heheheh ) dan macam2 lagilah. Memang happening...

Kempen ini telah dianjurkan oleh WWF (World Wildlife Fund) dan dimulakan pada tahun 2007 di Australia. Ia adalah untuk menyokong kempen pemeliharaan & pemuliharaan hidupan liar sedunia. Sejak itu, ianya telah menjadi acara tahunan bagi setiap negara / negeri / pertubuhan / persatuan / organisasi / syarikat / kumpulan / orang perseorangan. Pada tahun 2009, sebanyak 4000 bandar dari 88 buah negara telah pun menyertai kempen tutup lampu ni. Nak tau lebih lanjut, boleh klik SINI untuk global atau SINI untuk Malaysia.

Malaysia pula menyertai kempen ini bermula pada tahun lepas, 2009. Disamping itu juga, kita semua menyumbang kepada "electricity cost saving". Walau hanya sejam, kita dah boleh berjimat. Untung tak??? Walaupun nampak sedikit, ia sebenarnya memberi impak yang besar. Kempen ni sebenarnya mengajak kita untuk mengenali erti berjimat cermat. Berjimat dalam menggunakan sumber2 penting yg ada di bumi ini, agar generasi akan datang dapat merasainya jua...


***   Jom join Earth Hour 2010   ***

:: Blogger