:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.9.10

Nyampah nyerrr....

Tengok tajuk aku tuh.... Korang nak tau kenapa???

Sebab aku rasa nyampah dengan segelintir orang yang tak  tau nak jaga adap-soooooopan masa datang umah orang lain. Contohnya cam sekarang  ni, musim raya kan.. Kan ramai orang wat "open house" - jemput ler kengkawan, sedara mara, jirang tetangga datang bertandang ke rumah...

Bila orang jemput datang tuh, sematkan lah dalam diri, set kat otak tu ADAB-ADAB BERZIARAH... Biasa bila sampai umah orang, tuan rumah akan jemput masuk dan kata "masuklah, jangan segan-segan.. buat macam rumah sendiri"... Bila kata "buat cam rumah sendiri" --- cuba terbalikkan "masuklah, buat cam rumah orang" boleh tak... Jaga sket adab sopan dan tatasusila tu, jangan ler ketawa kuat-kuat, berbual tak kira tempat, komplen sana-sini.. BEHAVE okey...

Ni tidak, aku tengok tu ada yang masuk umah orang - bagi salam pun idak... apatah lagi nak salam tuan rumah. Punyalah ler tuan rumah tu tercongok depan mata, tak dinampaknya. Yang nampak depan mata cuma makanan dan rasa nak makan dengan melantak.... Tak senonoh betollll..... Aku cukup nyampah dengan orang macam ni.... ( peringatan tuk diri sendiri jugak... )

Cuba bila sampai umah orang tu beradab dan bertatasusila

  • Sampai umah orang - bagi salam
  • Sopan ler kalau nak berbual pon.. ( toksah ler berbual cam dunia ni korang yang punya.. )
  • Makan dengan beradab ( jangan lah sampai cam orang takde bibir waktu makan... bersepah ok... geli aku tengokkk.... )
  • Bagi yang dah kawen-ada-anak, jaga sket anak tu. Jangan dibiarkan berkeliaran dalam umah orang tak tentu hala.. Ada karang nak kena kuar duit sebab nak ganti barang-barang yang pecah ( kalau barang pecah@rosak, tuan rumah kata "takperlah, sket jer tu". Ko dengan muka poyo-sengih-sengih segala cuma mintak mahap yer..... Dalam hati - "mahal barang tu, pecah pulak..."  ---> Nampak sangat korang tak reti jaga anak kannn.... )
  • Agak-agak dah lama sangat tu, beransur lah balik ( tuan rumah pon nak berehat dan kemas umah.. )
  • Dan yang sewaktu dengannya.. ( agak-agak tak cukup lagi... korang tambah ler sendiri yer.. takkan tu pon nak kena ajar.. korang kan dah besor... )

Aku rasa semua orang tau dah adab-adab menziarahi rumah orang... Masa aku kechik-kechik dolu, bila nak pegi umah orang jer - mak dengan bapak aku dah sound tau, " Nanti pegi rumah orang buat perangai elok-elok. Jangan buat perangai tak senonoh. Kalau tidak balik rumah rotan kaki tangan tu.. " Tengok, kechik-kechik dah diajar secara mulut. Tu belom lagi masuk sekolah tadika - sekolah rendah - sekolah agama - sekolah menengah - belajar kat kolej - kerja....  Mak bapak kita dah ajar kita masa kechik-kechik dulu, cuma bila dah besar tu ajaran tu dah hilang ditelan dek zaman.

Makanya, dalam zaman yang serba canggih-lagi-moden ni, silalah ajar diri sendiri untuk BERADAB SOPAN DAN BERTATASUSILA yerrr bila menziarahi rumah orang. Bukan pada waktu perayaan jer, masa-masa lain pon kenalah beradab jugak..


p/s : Peringatan penting tuk diri sendiri gak. Kenkadang tu ter'OVER' jugakkk...

28.9.10

Chong Wei menang lagi


Wah Datuk Lee Chong Wei menang di Terbuka Jepun mengalahkan Lin Dan..

Pertandingan : Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo
Kemenangan : 22-20, 19-21, 21-17

Setakat ni Chong Wei dah menang 14 kejohanan daripada 21 pertandingan.



p/s : Sisipan Kosmo

Selamat berkonvo



Selamat berkonvo kepada adik-adikku...
Bukan adik-adik betul tapi adik-adik yang sama tempat kerja ni.
Diorang ni student-student UTM yang keje kat kilang aku...

SELAMAT BERSUKA RIA

ALL De BEST !!!

Hangin aku

Pagi-pagi tadi dah buat aku angin tau..

Pe dia ???? Baju hujan hubby ilang pulak. Sebelum ni helmet kena rembat dengan orang, kali ni baju hujan pulak yang hilang. Dah ler musim-musim hujan ni, memang ler sangat perlu akan baju hujan tu.... Sian hubby, kecewa dia baju hujan tu hilang - ke-sendu-an terpancar dimuka nya. Baju hujan feveret tu yang hilang... Punyalah hubby kumpul duit nak beli baju hujan tu, tetiba hilang pulak. Belum puas pakai lagi sebab baru-baru beli jugak dalam 5 bulan gitu..

Baju tu sidai kat ampai luar tu jer... Selalu memang sidai kat situ jek, takde apa-apa pun.. Kali ni boleh pulak hilang. Yelah baju hujan basah, takkan nak sidai dalam umah pulak... For sure le sidai kat ampai kannnn...

Aku tak HALAL kan saper-saper yang amik baju hujan tu. Pada saper yang curik tu, sila kembalikan dengan kadar segera. Kalau tidak, bior ko jatuh motor sebab pakai baju hujan hubby aku tuhhhh...

***  GERAMMM  ****

27.9.10

Mencintaiku...

Don't Do This Don't Do That


Suami ku.. sesungguhnya aku sangat mencintai dirimu..

I.S.N.I.N

Assalamualaikum...

Salam pagi Isnin..
Masih lagi dalam mood raya..

Hari ni aku bangun awal tau..
Tu yang cepat jer login blog ni..
Sempat sediakan sarapan pagi untuk hari juga..

Puas dapat tido lena malam tadi..
Semalam kan kenyang makan-makan raya kat umah kengkawan, so bila tido tu rasa selesa sebab perut kenyang masa tido. Sebelum tu terasa sangat penuh dalam perut. Bila dah reda baru lah tido..

Okeylah, nak bersiap gi keje..
Jumpa nanti..

26.9.10

Kehidupan ini..

Live Laugh Love


Dalam kehidupan - ada keceriaan dan ada kesedihan..
Dalam keceriaan - ada suka..
Dalam kesedihan - ada duka..
Dalam suka-dan-duka - ada CINTA yang menanti..

Cinta kepada Allah swt..
Cinta kepada Rasulullah saw..
Cinta kepada Ibubapa..
Cinta kepada Diri sendiri..
Cinta kepada Suami / Isteri..
Cinta kepada Keluarga..
Cinta kepada Teman / Sahabat / Rakan..

25.9.10

H.A.W.A --> Pendampingnya A.D.A.M

Let Love Last


Ni semua yang pompuan-pompuan suka kan..
Camtu gak aku..
Suka dimanja.. Suka dibelai..
Orang pompuan ni suka kalau orang laki-laki bagi perhatian..
Bukan mintak kesian tapi dihargai..
Bagi isteri, suami adalah tempat bergantung-berlindung..
Bagi anak-anak, bapa dan saudara laki-laki tempat mereka berteduh..
Bagi kawan-kawan pulak, kawan laki-laki adalah 'pengawal' kepada kawan pompuan..

Walau pompuan ni kategorikan sebagai kaum yang leceh - lembik - susah nak dijaga - banyak kerenah - cerewet dan yang sewaktu dengannya..
Itu semua bukan kehendak mereka kerana itu adalah lumrah yang berikan Allah swt sebagai fitrah kehidupan kaum hawa..
Dan kaum adam hendaklah melindungi kaum hawa ini dengan sebaik-baiknya agar terhindar dari segala musibah yang tidak diingini..

24.9.10

L.I.V.E - L.A.U.G.H - L.O.V.E

Live


Dekat denganku..
Sayangi daku..
Jangan kau lukai aku..

Makan.. makan.. makan..

Salam semua..

Hari ni dah masuk 15 Syawal - yakni dah setengah bulan kita beraya...
Kalau kat kampung, sambutan kemeriahan bermula dari malam 7 tujuh likur @ 10 malam terakhir bulan Ramadhan sehingga petang raya sehingga pagi raya dan sampailah hari ke-2 Syawal. Pastu dah kurang meriah sebab orang yang balik kat kampung dah balik semula ke bandar.... ( Nilah yang aku rasa tiap kali raya menjelma.. )

Kalau kat bandar pulak, biasanya kemeriahan Syawal ni baru terasa bila mereka-mereka dah kembali semula ke rumah masing-masing. Bila masing-masing dah mula masuk opis semula...
Sambutan raya sampai ke akhir bulan Syawal. Ada jugak yang wat rumah-terbuka ( aku wat open-door jekk.. ) walaupun raya dah abis. Masa ni lah baru nak jemput kengkawan datang beraya. Lumrah hidup di kota - sambutan raya lepas seminggu raya yer...

Apa pun, jangan lebih-lebih yer bila bersantap.
Takut-takut perut takleh nak terima sebab senak-penuh dengan makanan...
Sila jaga kesihatan masing-masing yer..
Jangan main sumbat perut tu ikut suka jek..

23.9.10

Tiga ????...... Huiii banyak tu..

Nak tau apa yang tiga tu.. Ala yang tu lah.. Yang 3 tingkat tuhhh....
Aku memang takleh tahan.
Dengan seberapa-segera-pantas-dan-tuntas aku ajak hubby gi beli mendalah ni..
Nak tau pe dia..... ni lah dia 'mende' tu...
:
:
:
:
:
:
:
V

Triple cheeseburger dari McDonalds


Ni lah yang aku dengan hubby dok pulun minggu lepas.
Yang pasti nya terhangat-dan-hebat di pasaran.

Tengok tu dia punyer keju meleleh-leleh tak hengat ko..
Daging tiga ketul, keju tiga lapis..
Perghhhhh meleleh-leleh lahh...
Memang sedap yang amat..

Ni set yang aku beli - 2 set burger-daging-3-lapis tambah dengan bubur nasi kechik..
Saper-saper yang belom rasa tu, baiklah gi rasa cepat.
Kalau lambat tak dapat ko...

22.9.10

Naik haji..


Ni aku nyer buku simpanan akaun tabung haji..
Baru jer bukak masa bulan puasa yang lepas..
Bukak akaun bersama-sama dengan mak aku yer..

Aku baru nak ada akaun walau kengkawan yang lain dah lama ada..
Mudah-mudahan cita-cita aku nak sempurnakan rukan Islam ke-5 akan tercapai..
Dan nak pergi Mekah bersama-sama suami dan ahli keluarga aku..
Amin..

Buah upacara agama - HARAM dimakan oleh umat Islam

Soalan :
Saya ada kemuskilan berkenaan buah-buahan yang digunakan untuk upaca sembahyang oleh kaum cina di dalam premis syarikat saya bekerja. Adakah orang Islam boleh memakan buah itu dan apa hukumnya di dalam Islam?

Kami mempunyai pertalian yang sangat rapat di antara pekerja dan mereka selalunya akan mengagihkan buah-buahan itu selepas selesai upacara sembahyang pada setiap hari.

Di syarikat ini, hanya saya dan rakan sahaja pekerja yang beragama Islam tetapi saya tidak pernah makan buah-buahan itu kerana setibanya saya dirumah, saya akan membuang buah tersebut.


Dr. Masyitah jawab:
Bagi orang Islam, soal akidah adalah perkara yang menjadi titik tolak atau pemisah antara Islam dan bukan Islam. Buah-buahan yang digunakan sebagai persembahan kepada tuhan selain Allah swt atau upacara keagamaan adalah tidak wajar dimakan oleh orang Islam kerana ia menjadi sebahagian daripada upacara keagamaan orang bukan Islam.

Sebaik-baiknya dimaklumkan kepada sahabat saudara berhubung pendirian saudara agar ia tidak menjadi penghalang dalam persahabatan saudara. Ia membabitkan soal agama dan akidah, elok dijelaskan bahawa saudara tidak akan mencampurkan soal agama dan persahabatan.



p/s : Sisipan akhbar harian metro.

21.9.10

Buaya ganasss..

Malam tadi aku tengok citer ni → PRIMEVAL..


Walaupun dah tengok banyak kali ( kat tv ), still seram jugak nak tengok lagi. Malam tadi tengok kat channel suria. Siap sediakan bantal wat tutup-tutup muka kau.. Takut gilerrr....

Seingat aku, citer ni berdasarkan dari kisah benar kat africa.
Buaya besar ni diberi nama "Gustave" - seekor buaya jantan "Nile" yang besar - hidup di Burundi, Africa ( Sungai Ruzizi ) - yang mana santapannya adalah "daging manusia".
Buaya ni dianggarkan - berusia 60 tahun - panjangnya 20 kaki - seberat 1 tan.
( Nak tau lagi - baca kat wikipedia.. )


Dah kalau buaya besorrrr cenggini, mau nye tak makan orang. Dah jemu makan makanan yang ada dalam sungai tu, makan lah daging manusia pulak kannn....


Tengok lah aksi buaya ni makan orang - tak agak-agak tu. Keseraman melanda sampai aku terbayang kalau ler ada lagi buaya besorr cenggini zaman sekarang ni, mau aku bina umah besi wat pelindung diri. Besi yang sangat tebal supaya buaya ni tak boleh runtuhkan umah aku tuhh...

WANITA dan BULU KAKI

Soalan :
Saya mempunyai bulu kaki yang banyak dan seakan-akan bulu kaki lelaki. Adakah saya boleh mencukurnya?
Adakah boleh saya mematikan terus bulu kaki itu dengan menggunakan kaedah sedia ada sekarang?


Dr. Masyitah menjawab :
Seorang wanita normal biasanya tidak mempunyai bulu kaki yang terlalu lebat dan panjang. Jika menyerupai lelaki, sewajarnya dibuang supaya dapat dibezakan antara lelaki dan wanita.Pelbagai kaedah yang ada boleh digunakan asalkan tidak memudaratkan diri sendiri.



→ Kalau lah korang rasa bulu kaki korang tu panjang sangat ( terutama kaum pompuan lerr.. ) baiklah dicukur. Jangan biarkannya, nanti kan tak tau mana satu bulu kaki mana satu hutan belantara... hehehehhe... jangan marah yer..


p/s : Petikan dari harian metro

20.9.10

Office.. Kerjeeee...

Haha.. setelah lama bercuti raya akhirnya kengkawan ku sekalian dah pon masuk keje semula. Dah meriah dah opis ni, takdelah sunyi sepi cam minggu lepas... Memang riuh rendah opis ni dibuat oleh mereka sampaikan aku rasa baiklah depa ni cuti lelama... Pening otak aku arini... ( tu yang update blog petang sesangat nih.. )

Terlalu lama cuti - opis jadik sunyi..
Bila semua dah masuk kerje - huru-hara opis nih..

Dan aku pilih yang huru-hara tu. Lebih baik huru-hara daripada sunyi sepi cam takdak penghuni..


Ramai yang cuti raya sampai seminggu lebih. Almaklumlah, mereka tu orang luar johor so kena lah amik cuti lama sket sambut raya - dah lama tak balik kampung kann..... Aku ni anak jati johor, cuti raya pon takat balik pontian @ batu pahat je. Kalau tidak beraya jer kat bandar jb ni.. kat permas ker @ kat kota masai ker @ kat johor jaya tu... Tu yang orang lain sibuk cuti, aku pulak dah masuk keje awal. Takper, kesian kat kengkawan aku. Biarlah depa cuti lama sket...




Hari ni, kitorang kat opis wat sambutan raya sesama kita. Banyak betol kuih nyerr.... Tiap-tiap orang bawak kuih yang berlainan jenis untuk dimakan bersama-sama. Seronok tau. Sambil makan sambil citer tentang cuti raya masing-masing. Meriah tuuuu....... Aku arini bawak kuih raya dengan kuih spesel sket......iaitu kuih lepat pisang. Memang yang paling sedap aku pernah makan, air tangan sape lagi kalau bukan  mak aku. Dia nyer lepat pisang memang mengancam. Saper-saper nak test rasa, leh datang umah aku.. hihihi..




Tahun ni kira tahun bertuah aku sebab dapat makan ketupat daun palas. Aku dah lama ngidam nak makan ketupat ni. Susah nak dapat kalau kat johor ni. Nak kena ada orang belah-belah utara ker, pantai timur ker yang buat, baru dapat makan. Kalau tak, memanggggggggg takde can nak merasa. Kebetulan ada sedara-mara belah atok aku wat ketupat ni dan bagi pada keluarga kitorang. Depa sumer tak baper gemor makan, aku dengan mak aku jer yang layan makan ni - makan sambil cecah dengan rendang....

Dia nyer pulut memang betol-betol masak, lemak memang sedap lah... Kalau dapat ketupat-palas-pulut-hitam-goreng lagi lah sedap koooo...... Haish bila lah nak dapat makan yang tu kannn...

19.9.10

Sepasang kurung biru


Sepasang Kurung Biru
( Penyanyi : Khairil Johari Johar )

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...



Tiap-tiap kali tibanya raya, aku mesti nakd engar lagu nihh.. Kiranya lagu wajib aku untuk tiap kali Syawal menjelma.. Suka sangat. Siap wat ringtone untuk handphone tau. Pada aku lagu ni ada 'feel' dia yang tersendiri. Masa kechik-kechik dulu aku ingat naseer wahab yang nyanyi lagu ni... rupa-rupa nya bukan di, orang lain yang nyanyi - khairil johari johar. Sebab suara dema lebih kurang sama jer, tu yang aku silap orang tu..


Bila dah besar sket baru leh boleh kenal penyanyi betol lagu ni - sekarang ni jadik pensyarah muzik tu.. Melodi dan lirik yang indah untuk lagu ni. Ehh bukan lagu ni je aku suka tau, lagu-lagu raya dolu-dolu yang lain pon aku suka gak. Cam lagu raya 4u2c, feminin, aishah, ahmad jais, saloma, p.ramlee dan lain-lain lagi lah.. Lagu-lagu raya zaman dolu-dolu dengan zaman aku budak-budak ni aku rasa lebih beshhhh dari lagu raya zaman sekarang.. Walau banyak lagu raya baru TETAPI lagu raya yang dulu juga yang bagus..

18.9.10

M. Rajoli kembali kerahmatullah....


Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga allahyarham M. Rajoli kerana beliau telah pon menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam tadi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa..

Al-Fatihah..

17.9.10

Selamat Hari Malaysia 2010


Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia...
Semoga kesejateraan yang ada ni, berkekalan selamanya..
Marilah kita bersama-sama perangi jenayah yang ada agar negara kita sentiasa aman dan makmur..

Jangan lupa kenang segala jasa-jasa pejuang kemerdekaan kita..
Dengan usaha dan penat lelah serta semangat juang mereka yang tinggilah kita dapat mencapai kemerdekaan pada masa sekarang..
Bertitik tolak dari kemerdekaan itu, maka terbentuk negara kita Malaysia yang tercinta ini..

Bermula dengan nama TANAH MELAYU - kemudiannyer berkembang menjadi MALAYA - dan seterusnya kepada MALAYSIA..


p/s : Merdeka - 31 Ogos
Hari Malaysia - 16 September

15.9.10

Isteri solehah



Aku ku berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang solehah, beriman dan bertaqwa kepada Allah swt dan patuh pada suruhan-Nya...
Menjadi seorang anak dan isteri yang taat dan patuh kepada suami dan juga ibubapa tercinta..
Amin...

14.9.10

I.M.P.I.A.N



Kalau nak mendapatkan sesuatu hendaklah dengan berusaha..
Tiada benda mudah dalam dunia ini..
Dan jangan guna jalan pintas..

13.9.10

Warna-warna keceriaan



Aku mula suka dengan warna hijau sekarang ni.
Dulu-dulu aku suka dengan warna biru dan merah.

Aku akan pakai baju merah bilamana aku rasa susah nak lelapkan mata.
Aku pakai baju warna jingga/orange untuk menceriakan diri bilamana mood aku tak stabil.
Pakai baju warna biru atau merah jambu bila hidup rasa tenang dan aman.
Warna-warna yang lain pon aku suka juga cuma kurang nak "lekat" kat badan..

Mood raya @ opisku..



Salam Lebaran semua..

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan pada semua yang mengenali diri ini...
Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan rahmat kepada semua..

Hari ni raya ke-4. Aku dah masuk pejabat untuk bekerja. Suasana sungguh mendamaikan, senyap dan mengasyikkan kerna hanya segelintir kawan-kawan sahaja yang sudah memulakan tugas seperti aku. Biasalah, kalau tempat kerja kita dengan pejabat, mesti kita yang diminta untuk mula bertugas seawal mungkin. Begitu juga dengan hubby, hari ni pon dia dah mula kerja. Hubby lagi kesian, dia sorang je masuk keje arini....

Aku tak kisah pon kerja awal dari orang lain sebab family semua dah balik dari kampung ke JB. Kiranya dah puas beraya lah kat kampung. Lagipulak adik yang kerja kat putrajaya tu nak beraya kat umah mak abah... Ni pon dah de rancangan yang family kat kampung nak datang beraya ke rumah kitorang kat JB nih.. Seronok, tak sabar nak tunggu diorang sumer datang ke JB..

8.9.10

Salam Syawal

get your free blog banner at emilayusof.com


 Salam Syawal kepada semua muslimin dan muslimat..
Ku mohon mahap terhadap salah & silap yang ku tak sengaja lakukan yer..
Manalah tau ada yang terkecikkan hati ker.. tercakap kasar ker..
Mengguris perasaan ker.. dan apa-apa lah yang korang rasa aku dah buat salah,
Aku mohon maaf... Maafkan aku tau..

Semoga Syawal yang mejelma ini..
Membawa kegembiraan pada semua..



p/s : Kak Emila, cute lar raya_banner yang akak buat..

3.9.10

Jiwaku

get your free blog banner at emilayusof.com

Aku suka ni..

Iftar Ramadhan..

Minggu ni punya iftar banyak tertumpu kat rumah family aku..

Iftar hari Ahad
Bersama-sama dengan family aku dan familay pakcik aku yang datang ke rumah family aku. Nak berbuka puasa sama-sama katanya. Dia datang tengahari. Aku plak sampai pas Asar.
Menu iftar - bubur candil ( ni orang jawa nyer bubur yer.. bentuk dia ala-ala bubur chacha la.. ), murtabak ( adik aku nyer makanan ), mee bandung, nasi putih, ayam goreng, paru masak sambal, sayur lemak labu, beberapa jenis kuih dan air ( teh tarik, teh O panas, ribena cincau, air masak, ais-krim soda, oren ).
Memang meriah...


Iftar hari Isnin
Hari ni aku amik cuti sebab bawak mak aku pi bukak akaun kat tabung haji. Dah alang-alang pegi sana, aku pon bukak akaun sama.
Menu iftar - nasi putih, lemak cili padi ikan keraci, char kuey goreng, sayur cendawan sawi dengan bebola daging, air teh O dengan air oren.


Iftar hari Selasa / Hari Kemerdekaan
Dalam kol 10 pagi kitorang gerak gi giant beli barang persiapan raya terutamanya kasut raya, brooch tudung dengan barang-barang nak buat kuih raya. Masa buka puasa, aku buka kat 2 tempat. Memula hubby ajak pegi senibong, buka puasa kat sana dengan kengkawan silat dia. Tapi disebabkan dia lambat sampai, aku buka dulu kat umah family aku.
Menu iftar - bakso mee hoon dengan teh O panas dan air masak. Lagi satu tempat - nasi putih, ikan siakap 3 rasa, ikan kerapu masam manis, sayur kailan ikan masin, udang mentega, lala sambal, sotong goreng tepung, telur dadar dan air ( laici ais dengan jus oren ).


Iftar hari Rabu
Hari pertama kerja dalam minggu ni.
Menu iftar - nasi putih, ikan patin masak lemak cili padi, ikan bawal masak sambal dan air teh O panas dengan air masak.


Iftar hari Khamis
Balik keje petang semalam, tayar motor bocor. Menapak la aku dari jalan besar sampai kat umah. Ada dalam 30 minit aku menapak. Berpeluh-peluh tu badan. Lagi dengan cuaca panas, aku jalan kaki sikit punya jauh. Nak buat camner, tiba-tiba nak jadi kan.... Dahlah kasut aku buat hal, tepi nye koyak sebab selalu kena hujan. Nasib baik sempat sampai umah. Dah sampai umah, terus aku buang kasut tu.
Menu iftar - nasi putih, ayam panggang, kuih dan air ( jagung, katira ). Malam-malam aku ajak hubby kuar pekena roti canai mamak pulak...

Jangan buat BENGONG boleh takkkk???

Apa kena dengan blog ni, kejap boleh post entry, kejap takleh pulak... Siang tadi nyer entry yang aku dah schedule kan tak kuar. Boleh jadik draft pulak... Ni tadi baru aku publish secara manual. Patut nyer kuar siang-siang tadi, ni malam baru publish... Hei geram betol.... Agaknyer blogspot ni der masalah ker.... Hhiiii jangan kasi aku geram yer.... Aku akan jadik bertambah-tambah marah kalau apa yang aku buat tak menjadik....


2.9.10

Tidurlah wahai permaisuri

get your free blog banner at emilayusof.com


Hanya tidur ubat kepada mengantuk..
Hanya lah itu penawarnya..

1.9.10

I - LOVE - QUOTE

get your free blog banner at emilayusof.com

'Quote' perangsang minda dari web sis Emila..

Sehari selepas hari Merdeka yang ke-53

get your free blog banner at emilayusof.com


MALAYSIA telah merdeka daripada penjajah selama 53 tahun..
Aku bangga jadik anak Malaysia..
Semaikan semangat cintakan negara - semangat patriotik dalam diri dan juga jiwa masing-masing.
Jangan ingat tentang merdeka hanya bila menjelangnya 31 Ogos sahaja..
Sesungguhnya, erti kemerdekaan itu sendiri perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia..
Kita kena kenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan pada zaman dolu-dolu tu..
Susah payah penat jerih mereka tu perlu kita ingat sampai bila-bila..

:: Blogger