Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts
16.7.12
26.8.11
Jumaat ke-4 di bulan Ramadan
Alhamdulillah...
Pagi yang indah di Jumaat ke-4 pada bulan Ramadan kali ini.
Dilimpahi penuh kenikmatan dengan hujan yang mencurah bumi, membasahi isi alam.
Membawa seribu satu kerahmatan kepada penghuninya.
Pagi yang indah di Jumaat ke-4 pada bulan Ramadan kali ini.
Dilimpahi penuh kenikmatan dengan hujan yang mencurah bumi, membasahi isi alam.
Membawa seribu satu kerahmatan kepada penghuninya.
Labels:
Ramadan
15.8.11
Ramadan ke-15
Syukur ke hadat Illahi..
Sampai juga kita di pertengahan Ramadan yakni hari ke-15 kita berpuasa.
Ada lagi setengah bulan untuk Ramadan berlalu pergi.
Labels:
Ramadan
14.8.11
Sudah 2 minggu
Alhamdulillah..
Sudah 2 minggu kita berpuasa..
Masih berbaki 2 minggu lagi untuk sebelum tibanya Syawal..
Kejar lah pahala di bulan mulia ini sebelum ia meninggalkan kita..
Kemuliaan, kerahmatan dan fadhilat Ramadan yang mulia..
Labels:
Ramadan
7.8.11
Ramadan ke-7
Alhamdulillah...
Salam Ahad semua..
Sudah masuk Ramadan ke 7. Terasa pantasnya masa berlalu. Bagai tak terasa sudah 7 hari kita berpuasa.
Labels:
Ramadan
5.8.11
Makanan P.E.R.C.U.M.A
Ni kupon untuk amik makanan free.
Setiap hari Jumaat dalam bulan puasa ni, kelab kebajikan sediakan makanan FREE untuk setiap staff ( jimat poket aku.. )
Hari ni nyer menu - Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah.
3.8.11
Ramadan ke-3
Huhh... ramadan ke-3 dah ari ni..
Lamabt lagi nak sampaikan ke petang.
Tapi mata nih tersangat lah kuyu, dah tak tertahan ngantuknyer..
Manalah tak mengantuk - tak cukup tidur kannnn....
Tidur awal terjaga pun awal.
Lebih kurang pukul 1 pagi dah tersedar.
Adehh... tak boleh nak sambung tidur pastu.
Melayan internet sampai pukul 4 pagi.
Berhenti kejap sebab sediakan juadah untuk sahur dan masak air.
Menu sahur simple je - air teh O panas, nasi puteh, rendang daging, murtabak.
Solat Subuh dan bersiap ke tempat kerja.
Dalam perjalanan menutupkan mata sekejap sebelum sampai ke opis.
Sampai opis...
Itu ini pung pang pung pang tet tet tet tet...
Memang tak sempat nak lelap barang sekejap.
Ni nak tunggu waktu rehat tengahari - nak lelapkan mata..
Huhuhuhuuuuu....
Ngantuk nyerrrrr....
2.8.11
Bazaar Ramadan sekitar JB
Bazaar Ramadan sekitar JB.
- Bandar Baru Uda - Jalan Padi Mahsuri 12
- Bandar Baru Uda - Jln Padi Ria 43
- Bukit Kempas - Jln Arung
- Jalan Kolam Air - Tempat letak kereta masjid
- Kg Bakar Batu - Jln Persiaran Bayu Puteri
- Kg Melayu Majidee - Jln Sekolah
- Kg Pasir - Jln Mata Kucing
- Larkin - Jalan Langkasuka - Dataran sebelah masjid Tun Hussein Onn
- Larkin - Stadium Larkin
- Permas Jaya - Jln Permas 10 ( Tepi sekolah )
- Permas Jaya - Permas 1 ( Tapak pasar malam )
- Persada Johor
- Plaza Kotaraya
- Plaza Angsana
- Pasar Borong Pandan
- SMART Pandan
- Taman Anggerik - Jln Anggerik 2/4
- Taman Bukit Mewah - Jln Mewah Ria 2/1
- Taman Cempaka - Jln Persiaran Teratai
- Taman Dahlia - Jln Persiaran Dahlia
- Taman Daya - Jln Nibong 17
- Taman Daya - Jln Pinang 1/8
- Taman Desa Harmoni - Jln Molek
- Taman Johor Jaya - Jln Ros Merah 1/11
- Taman Johor Jaya - Jln Ros Merah 5/1
- Taman JP Perdana
- Taman Kota Puteri - Jln Bayan 26
- Taman Kota Masai
- Taman Mount Austin ( Sunway College )
- Taman Pandan Batu 7
- Taman Rinting - Jln Balau
- Taman Sri Bahagia - Tapak pasar malam
- Taman Sri Tebrau - Depan Dewan MBJB
- Taman Sri Setanggi - Tempat letak kereta Tmn Sri Setanggi
- Taman Sri Stulang
- Taman Suria - Berhadapan GIANT extra
Labels:
Ramadan
Bersahur
Bersahur.. suatu amalan yang kadangkala ditinggalkan hanya kerna tidak terjaga pada waktunya..
Seperti kebiasaan, akan ada salah seorang ahli keluargaku yang akan menelefon pagi-pagi buta untuk mengejutkan aku dan hubby untuk bersahur. Sudah menjadi rutin bilamana ibubapa pasti mengingati anak-anaknya tatkala tiba masa untuk bangun sahur dan juga ketika berbuka puasa.
Bukan sahaja pada aku yang sudah berkahwin ini malah adikku yang bujang menetap di Putrajaya juga akan dikejutkan untuk bersahur. Ada juga masanya kami yang menelefon ke rumah untuk mengejutkan ahli keluarga yang lain untuk bangun sahur. Itulah amalan yang selalu dilakukan.
Dulu-dulu masa aku, adik ke-2 dan adik ke-3 tiada di rumah untuk kerana menyambung pelajaran, pasti mak atau abah atau juga adik-adik yang kecil akan menelefon kami bertiga untuk bangun sahur. Bukannya apa, mereka takut jika terlepas untuk menikmati pahala bersahur.Ya lah, masih belajar kan, adakalanya tak terbangun sahur tu. Makan sahur pada tengah malam, jika terjaga pun hanya minum air kosong sahaja.
Pernah aku bertanyakan kenapa tiba-tiba mak call waktu sahur? Mak akan jawab " abah dan mak nak pastikan yang kamu tu bersahur supaya siang nanti tak terlalu letih.. " - sungguh prihatin mak dan abahku...
Kalau dah rasa bosan kejut kami semua, mak akan telefon pula orang lain. Contohnya pakcik ka, makcik ka, waima atok aku sekalipun... Memang seronok dan rasa dihargai. Jadinya sekarang ini, amalan ini pastinya akan aku teruskan. Sungguh bermakna bila ada orang yang caring dengan kita.
Salam Ramadan pada semua muslimin dan muslimat.
Sentiasa grab waktu sahur yer..
1.8.11
Ramadan
Wishing u 1 month of Ramadhan,
4 weeks of 'keberkatan',
30 days of forgiveness,
720 hours of guidance,
43200 minutes of purification and
2592000 secs of Nuur..!!
*..May this Ramadan bring in u the most brightest and choicest of happiness and love you have ever Wished for..* :)
# Taken from my frenz fb
Labels:
Ramadan
Duit.....dan puasa..
Banyak kan duit ni.. tapiiiiiiiiiiii bukanlah duit aku wehh...
Bila masuk bulan Ramadan ni, mulalah kita berkira-kira tentang duit untuk perbelanjaan seharian. Almaklumlah asyik benor berpikir kat mana nak buka puasa nanti?? Nak makan apa yer? Kat mana tepat best nak bersahur? Apa juadahnya? Duit banyak mana ader nih?
Semua ni menyemakkan otak lah. Tu belum kira lagi ada sale sana sini. Rasanya semua tempat nak pergi. Eh ni bukan cerita kaum hawa je tau, sekaranga ni kaun adam pun sama - dah pandai bershopping.... ada tu ngalahkan orang pompuan bila berbelanja.
Kita ni kena berbelanja ikut keperluan bukan kehendak semata-mata. Takde maknanya bila shopping sakan tu terikut hasutan syaitannnnnnnnn... Tu semua tuntutan nafsu semata-mata sebab bulan Ramadan kan syaitan dirantai. Kalau tak pandai kawal nafsu, alamat pokai lah hujung bulan nanti.
Nak berbelanja ada caranya. Sentiasa rancang apa yang perlu untuk dibeli dan berapa peruntukkannya. Buat senarai sebelum pergi berbelanja. Jadinya taklah ter'over' belanja. Ingat sikit yang duit tu bukan untuk shopping sahaja. Ada lagi keperluan lain yang perlukan duit. Simpan sedikit duit gaji itu penting untuk keperluan masa hadapan..
# Bersahur yang ringkas sahaja nanti.. nasi putih dengan telur dan sardin..
Salam Ramadan al-Mubarak
Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak
kepada semua umat Islam..
Semoga Ramadan kali ini membawa 1001 nikmat dan rahmat kepada kita semua. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini..
Labels:
Ramadan
26.7.11
3.9.10
Iftar Ramadhan..
Minggu ni punya iftar banyak tertumpu kat rumah family aku..
Iftar hari Ahad
Bersama-sama dengan family aku dan familay pakcik aku yang datang ke rumah family aku. Nak berbuka puasa sama-sama katanya. Dia datang tengahari. Aku plak sampai pas Asar.
Menu iftar - bubur candil ( ni orang jawa nyer bubur yer.. bentuk dia ala-ala bubur chacha la.. ), murtabak ( adik aku nyer makanan ), mee bandung, nasi putih, ayam goreng, paru masak sambal, sayur lemak labu, beberapa jenis kuih dan air ( teh tarik, teh O panas, ribena cincau, air masak, ais-krim soda, oren ).
Memang meriah...
Iftar hari Isnin
Hari ni aku amik cuti sebab bawak mak aku pi bukak akaun kat tabung haji. Dah alang-alang pegi sana, aku pon bukak akaun sama.
Menu iftar - nasi putih, lemak cili padi ikan keraci, char kuey goreng, sayur cendawan sawi dengan bebola daging, air teh O dengan air oren.
Iftar hari Selasa / Hari Kemerdekaan
Dalam kol 10 pagi kitorang gerak gi giant beli barang persiapan raya terutamanya kasut raya, brooch tudung dengan barang-barang nak buat kuih raya. Masa buka puasa, aku buka kat 2 tempat. Memula hubby ajak pegi senibong, buka puasa kat sana dengan kengkawan silat dia. Tapi disebabkan dia lambat sampai, aku buka dulu kat umah family aku.
Menu iftar - bakso mee hoon dengan teh O panas dan air masak. Lagi satu tempat - nasi putih, ikan siakap 3 rasa, ikan kerapu masam manis, sayur kailan ikan masin, udang mentega, lala sambal, sotong goreng tepung, telur dadar dan air ( laici ais dengan jus oren ).
Iftar hari Rabu
Hari pertama kerja dalam minggu ni.
Menu iftar - nasi putih, ikan patin masak lemak cili padi, ikan bawal masak sambal dan air teh O panas dengan air masak.
Iftar hari Khamis
Balik keje petang semalam, tayar motor bocor. Menapak la aku dari jalan besar sampai kat umah. Ada dalam 30 minit aku menapak. Berpeluh-peluh tu badan. Lagi dengan cuaca panas, aku jalan kaki sikit punya jauh. Nak buat camner, tiba-tiba nak jadi kan.... Dahlah kasut aku buat hal, tepi nye koyak sebab selalu kena hujan. Nasib baik sempat sampai umah. Dah sampai umah, terus aku buang kasut tu.
Menu iftar - nasi putih, ayam panggang, kuih dan air ( jagung, katira ). Malam-malam aku ajak hubby kuar pekena roti canai mamak pulak...
28.8.10
Alhamdulillah, selamat berbuka puasa untuk hari ni..
Ari ni aku dan hubby selamat berbuka puasa kat mcD giant plentong. Memula ingat gi giant nak beli lauk mentah nak bawak balik masak. Tapi sebab pegi sana pon dah petang, so hubby ajak buka puasa kat sana terus. Pas buka puasa dengan solat baru masuk giant beli lauk mentah.
So iftar hari ni kitorang buka puasa dengan makan mcD. Aku makan bubur ayam, ayam goreng dengan air kopi. Hubby makan quarter pounder, ayam goreng dengan coke.
Ada satu lagi, aku beli kek chocolate indulgence kat secret recipe. Dah lama mengidam nak makan ni, baru hari ni dapat. Lagi pulak aku dah janji dengan diri sendir, nak makan kek ni sekali je dalam masa sebulan, takleh lebih-lebih....
25.8.10
Fadilat Ramadan
Abu Sa'id Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :
" Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah swt membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima. "
→ Sisipan akhbar harian metro
" Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah swt membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima. "
→ Sisipan akhbar harian metro
Labels:
Ramadan
18.8.10
Selamat pagi.. Ramadhan ke-8 ari ni..
Assalamualaikum... Selamat pagi..
Hari ni dah masuk puasa ke-8. Tadi bangun untuk sahur terus aku tak tidur. Selalu pon memang camni, bangun untuk sahur terus jaga sampai nak pegi keje. Bukannya apa, takut-takut kalau aku terus tidur pas sahur kang terlajak tido, bangun lambat plak nak pegi keje. Tu yang tak tido... Kecuali hujung minggu, pas sahur dan solat, aku bantai tido..
Bila dah tak tido, aku ngemas dapur lah. Basuh pinggan mangkuk yang digunakan masa sahur tadi. Sambil-sambil tu, arini aku stay sambil-basuh-baju-layan-internet. Hahahhaaaa.... tu lah keje aku kalau tak tido. Layan internet memanjang - blogging dengan facebooking yang paling aku gemor ler...
Key ler, nak basuh baju jap yer..
Labels:
Blogger / Bloggin,
Family,
Ramadan
16.8.10
Sahur.. Sahur..
Alhamdulillah, sepanjang 6 hari kita berpuasa - selama 5 hari aku dengan hubby dapat bersahur ( sunat tu.. dapat pahala.. ). Cuma sekali ni baru terlajak tido dan tak bersahur.. Nasib baik ari cuti, taklah terasa sangat laparnyer... Memang aku dah niat tahun ni, nak pastikan yang tiap-tiap hari kitorang mesti bersahur - walau bangun untuk minum air masak segelas.. Walaupun jugak time aku 'cuti puasa', aku akan cuba untuk bangun sahur agar hubby dapat sahur. Sian dia, yang takleh puasa kan aku, dia boleh puasa so kenalah bersahur. Kalau tidak, tak larat nak wat kerja nanti..
Labels:
Ramadan
Subscribe to:
Posts (Atom)




