Minggu ni punya iftar banyak tertumpu kat rumah family aku..
Iftar hari Ahad
Bersama-sama dengan family aku dan familay pakcik aku yang datang ke rumah family aku. Nak berbuka puasa sama-sama katanya. Dia datang tengahari. Aku plak sampai pas Asar.
Menu iftar - bubur candil ( ni orang jawa nyer bubur yer.. bentuk dia ala-ala bubur chacha la.. ), murtabak ( adik aku nyer makanan ), mee bandung, nasi putih, ayam goreng, paru masak sambal, sayur lemak labu, beberapa jenis kuih dan air ( teh tarik, teh O panas, ribena cincau, air masak, ais-krim soda, oren ).
Memang meriah...
Iftar hari Isnin
Hari ni aku amik cuti sebab bawak mak aku pi bukak akaun kat tabung haji. Dah alang-alang pegi sana, aku pon bukak akaun sama.
Menu iftar - nasi putih, lemak cili padi ikan keraci, char kuey goreng, sayur cendawan sawi dengan bebola daging, air teh O dengan air oren.
Iftar hari Selasa / Hari Kemerdekaan
Dalam kol 10 pagi kitorang gerak gi giant beli barang persiapan raya terutamanya kasut raya, brooch tudung dengan barang-barang nak buat kuih raya. Masa buka puasa, aku buka kat 2 tempat. Memula hubby ajak pegi senibong, buka puasa kat sana dengan kengkawan silat dia. Tapi disebabkan dia lambat sampai, aku buka dulu kat umah family aku.
Menu iftar - bakso mee hoon dengan teh O panas dan air masak. Lagi satu tempat - nasi putih, ikan siakap 3 rasa, ikan kerapu masam manis, sayur kailan ikan masin, udang mentega, lala sambal, sotong goreng tepung, telur dadar dan air ( laici ais dengan jus oren ).
Iftar hari Rabu
Hari pertama kerja dalam minggu ni.
Menu iftar - nasi putih, ikan patin masak lemak cili padi, ikan bawal masak sambal dan air teh O panas dengan air masak.
Iftar hari Khamis
Balik keje petang semalam, tayar motor bocor. Menapak la aku dari jalan besar sampai kat umah. Ada dalam 30 minit aku menapak. Berpeluh-peluh tu badan. Lagi dengan cuaca panas, aku jalan kaki sikit punya jauh. Nak buat camner, tiba-tiba nak jadi kan.... Dahlah kasut aku buat hal, tepi nye koyak sebab selalu kena hujan. Nasib baik sempat sampai umah. Dah sampai umah, terus aku buang kasut tu.
Menu iftar - nasi putih, ayam panggang, kuih dan air ( jagung, katira ). Malam-malam aku ajak hubby kuar pekena roti canai mamak pulak...
No comments:
Post a Comment