:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.2.12

Google & Leap year



Hari ni nyer google..

Tanah Andriyana



Tajuk : Tanah Andriyana
Penulis : Noor Suraya

Sinopsis

Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.
( Yana )

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.
( Ku Fitri )


*********************

Persengketaan keluarga yang diwarisi secara secara tidak rela turun-temurun ini harus ditamatkan.
Andai tidak, percantuman antara dua hati tidak dapat dilaksanakan.
Aliya dan Hadi menjadi penentunya agar sengketa ini tidak lagi diteruskan.

4 tahun sekali - 29.2

Setiap 4 tahun sekali baru jumpa tarikh ni - 29 Febuari... ( 29.2 ).


Sebab tahun 2012 ni tahun lompat, makanya jumpa lah tarikh ni.


Ada ke yang sambut besday setiap 4 tahun sekali?

Kempen Derma Darah



Aktiviti hari ni - menderma darah.
Aktiviti tahunan kilang.

Harap-harap aku lepas halangan untuk derma darah ni.
Seronok tau dapat bagi darah kat orang.
Menyelamatkan nyawa untuk orang-orang yang memerlukan.


28.2.12

KFC for lunch

Hari ni nyer lunch kita makan KFC yer..
Beli set yang "Lunch treats" je sebab murah dan jimat duit. =)


Rezeki

Alhamdulillah, murah rezeki ku pagi ini.

Pagi-pagi dah dapat kerja.

Walau sikit tapi memadai.

Cukuplah untuk menampung makan sehari..

27.2.12

Yang ditunggu dah tiba

Yang ditunggu-tunggu telah pun selamat tiba.
Bungkusan novel hasil dari pembelian online di web CESB ( Creative Enterprise Sdn. Bhd. )
Cara yang mudah untuk dapatkan novel-novel terbitan lama.




Ini antara novel-novel yang aku cari.
Novel masih dalam keadaan baru.
Novel terbitan lama tapi dalam keadaan baru.
Beli murah kat CESB online ( Creative Enterprise S/B ).


Novel karya Noor Suraya
  • Tanah Andriyana
  • Rindunya Kian Membara




Pembayaran melalui maybank2u.
Penghantaran menggunakan pos ekspres.
Diterima setelah 3 hari bekerja.

Malaysia's cartoon

Jom tengok 'Malaysia's cartoon' kat SINI.

Mencuit jiwa..
Menghiburkan hati..
Mengenang kisah lama..
Mengenang kisah zaman dahulu..

Dan boleh hilangkan boring.. heheh..

26.2.12

Promo from Nuffnang



Thanx Nuffnang for the advertisement... =)


Rasanya dah lama takde iklan baru dari nuffnang.
Hari ni ada pulak.... terima kasehhhhh...
Iklan Samsung Nexus Digi

25.2.12

Schumacher reincarnate?


Selamat Penganin Baru

Selamat Pengantin Baru..


Lisa Surihani & Yusry KRU






Ana Raffali & Naim



# Credit to OhBulan, Budiey.com, Murai.com

Terukir Di Bintang




Terukir di bintang - Yuna


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

24.2.12

Novel Pilihan

Aku senaraikan novel-novel pilihan yang di cari supaya senang nak ingat.
Esok-esok kalau lupa nak cari novel apa, aku tengok je dalam blog.
Senang dan mudah kann..
Tak payah nak ketuk-ketuk garu-garu kepala nak ingat novel apa novel apa.


Novel karya Noor Suraya
1) Keranamu Ain - 2001
2) Rindunya Kian Membara - 2001 - dapat 20/2/12

3) Tanah Andriyana - 2002 - dapat 20/2/12
4) Biru Ungu Cinta - 2003
5) Nyanyian Tanjung Sepi - 2006
6) Surat Ungu Untuk Nuha - 2007
7) Panggil Aku Dahlia - 2008
8) Jaja Din - 2009
9) Gurindam Jiwa : Hati Andriyana
10) Langsir Biji Remia



Novel karya Liana Afiera Malik
1) Dan.. Mimpi Pun Berguguran
2) Bukan Puteri Lindungan Bulan - 2002
3) Dia Dihatiku - 2005



Novel karya Nazurah Aishah
1) Lily Buat Najah - 2008 - dapat xx/12/11
2) Rahsia Hati Sofia - 2009
3) Melur Bunga Ivy - 2010
4) Bening Merah Jingga - 2011



Novel karya Norhayati Berahim
1) Sentuhan Kasih - 2005


Novel karya Abdullah Hussain
1) Interlok


Novel karya Hezzy Azra
1) Melodi Kasih - 2007
2) Kenangan Terindah - 2008
3) Cinta Tak Beralih - 2010
4) Aku Pilih Dia - 2011



Novel karya Khadijah Hashim
1) Badai Semalam - 1968
2) Jalan Ke Kubur - 1969
3) Pelangi Pagi - 1971
4) Merpati Putih Terbang Lagi - 1972
5) Belum Masanya - 1976
6) Di Tengah Kabus - 1980
7) Bila Dan Di Mana - 1981
8) Mira Edora - 1984
9) Dekat Disayang Jauh Dikenang - 1984
10) Laila Azwa Gadisku - 1986
11) Cinta Kedua - 1989
12) Alun Hidup - 1990
13) Di Ruangmu Aku Di Sini - 1992
14) Ke Mana Kasih Hendak Di Bawa - 1993
15) Melawan Arus - 1993
16) Senator Adila - 1993
17) Langkah Pertama - 1994

23.2.12

Adik Faris



Adik Faris (gambar) telah pun menghembuskan nafasnya pagi tadi..

Takziah kepada kaum keluarga arwah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Indah

Mengabadikan tarikh indah dalam bulan Februari 2012.

21.2.12

Yang jatuh pada hari Selasa yang lepas.

22.2.12

Novelis

Karya dari mereka yang aku cari-cari.

Novelis berbakat besar dengan karya yang menarik dan mengkagumkan.


Nazurah Aishah
http://seorangnazurah.blogspot.com/


Noor Suraya
http://noorsuraya.blogdrive.com/
http://noorsoraya.blogdrive.com/ 


Norhayati Berahim
http://norhayatiberahim.blogspot.com/
http://www.nbkara.com.my/web/


Liana Afiera Malik



* Update *

Khadijah Hashim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Khadijah_Hashim


Hezry Azzra
http://hezzy-azra.blogspot.com/

Kemalangan



Dapat berita yang semalam petang kawan sepejabat aku kemalangan jalan raya.
Motorsikal dengan kereta.
Kawan aku yang naik motor tu kena duduk wad.
Kaki dengan tangan belah kanan yang luka.
Kaki kanan paling teruk, kena bedah.
Petang ni kami ramai-ramai nak pergi tengok dia kat Hospital Pakar Kempas.

Novel-novel lama dan baru

Aku sedang giat mengumpul novel-novel terbitan tahun-tahun sebelum 2012..

Kiranya novel-novel terbitan lama @ novel-novel lama @ novel-novel yang tidak dicetak lagi..

Novel yang dicari adalah karya-karya dari Noor Suraya, Liana Afiera Malik, Nazurah Aishah dan Norhayati Berahim..

Kalau berkenan dan bersesuaian, tak kira lah 2nd hand ke, baru ke, aku akan beli..

Dah lama sangat tak baca novel, sekali minat ni datang balik macam-macam yang nak dicari..

21.2.12

Perginya seorang seniman


1950 ~ 2012


Perginya seorang seniman - Allahyarham Latiff Ibrahim

Arwah meninggal dunia pada 6.10 petang 20 Februari 2012

Di Institut Jantung Negara

Semoga rohnya dicucuri rahmat dari-Nya..

AL-Fatihah

19.2.12

2D 1N trip

2D 1N trip kita ke mana???

Hari Jumaat malam, kami bergerak dari Johor Bahru, Johor ke...

-> Gurun Kedah untuk perubatan tradisional ( hari Sabtu ). Dah selesai, kita ke

-> Padang Besar Perlis - pastinya untuk para wanita ber-shopping. Selesaiiii?? Kita ke

-> George Town Penang ( Penang Bridge ) - checkin di Hotel Oriental

Hari Ahad pagi, checkout hotel. Destinasi seterusnya
-> Pasar Karat, Jalan Ayer Hitam

Dan kita balik ke Johor Bahru semula.

Tempat persinggahan
@ Tol Kempas
@ Tol Skudai
@ Dengkil
@ Bukit Gantang
@ Gurun
@ Tapah
@ Sg Buloh
@ Pagoh

18.2.12

Holiday

Aku penat dah keje seminggu ni.
Banyak sangat inquiry yang masuk dan nak kena settle cepat.
4 hari lepas semua balik umah pas kol 7 malam.
Bersengkang mata siapkan keje.
So sekarang ni nak reward diri sendiri dengan gi holiday ke Kedah+Perlis.

16.2.12

Handphone hilang



Baru-baru ni opismate aku hilang henfon. Hilang dalam bilik pengantin - sebab dicuri orang kat majlis kahwin sedara dia. Bukan 1 henfon hilang tapi ada beberapa lagi yang hilang. Suspek dipercayai orang-orang yang datang ke majlis tu jugak.

Dah takde adab sopan jugak kan orang-orang sekarang yang menziarahi majlis kahwin orang lain. Kat majlis orang pun 'dia' buat kerja. Kira memang dia dah 'aim' nak mencuri kat bilik pengantin. Konon-konon masuk bilik pengantin nak tengok deco bilik tapi ada muslihat lain. Nampak je orang leka terus curik barang-barang berharga yang ada.

Korang-korang yang nak buat majlis kahwin, harap-harap bersedia dengan sebarang kemungkinan atau kehilangan. Kalau boleh sediakan orang untuk tunggu dan jaga barang-barang berharga dalam bilik pengantin ( contohnya duit maskahwin, duit hantaran, barang kat dulang hantaran, barang-barang mak andam etc... ), jangan biar bilik pengantin takde orang tunggu. Kalau susah-susah sangat, lepas pengantin, mak andam dengan pengapit dah keluar, terus je kunci bilik. Lagi selamat rasanya..

15.2.12

Pesta Layang-Layang 2012



Festival Layang-Layang Sedunia yang ke-17

Di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor

Dari 15 ~ 19 Februari 20112

14.2.12

Say NO to Valentine's Day





13.2.12

Target 2012

Yehaaa.... Orang lain dah lama cerita tentang azam baru tapi aku baru nak cerita cuma aku tak sebut 'AZAM' tapi tukar sikit perkataan jadi 'TARGET', baru rasa bombassstikkk... Sebab bila sebut azam, andai tak tercapai rasa bersalah sangat. Tapi bila sebut target, andai tak tercapai boleh dibawa ke tahun hadapan dengan usaha yang berlipat kali ganda.

Ada beberapa TARGET tahun 2012 ni yang aku nak capai..

1- Nak ada baby.
Yelah tengok orang lain dah ada anak, aku pun rasa nak ada anak juga. Rasanya cukuplah aku dan hubby ber-honeymoon selama 4 tahun lebih ni, jadi tahun ni nak tambah orang baru. Mudah-mudahan berjaya dan termakbul hasrat. Korang doakan aku eh..

2- Nak kumpul harta dengan bekerja keras
Sebagai jaminan hari tua, mulai tahun ni nak kerja keras dan tambah harta. Bukan tak cukup dengan apa yang ada tapi nak tambah bekalan untuk anak cucu. Bukan sahaja harta dunia tapi juga saham akhirat. Dunia kita cari, akhirat pun kita cari. Biar dua-dua seiring (tingkatkan amal ibadah kita..)

3- Nak beli rumah
Ni salah satu harta yang aku nak ada. Aku rasa dah lama sangat duduk menyewa, dah tiba masa duduk rumah sendiri. Aku dan hubby masing-masing sekarang sibuk cari penempatan yang sesuai untuk kami duduki sejajar dengan gaji kami tiap-tiap bulan.

4- Bercuti dengan keluarga
Yang ni dah rancang sejak hujung tahun lepas (2011) nak bawak ahli keluarga pergi bercuti bersama-sama. Kita kongsi duit, pergi cuti sama - yang dah setuju keluarga belah aku, belah hubby tak tahu lagi. Kalau tak dapat semua sekali, dapat sebahagian pun jadilah.

5- Nak buat bisnes
Hubby dah mula berjinak-jinak dengan bisnes printing. Aku dapat rasakan ada beberapa bisnes yang sesuai untuk diusahakan oleh kami berdua antaranya printing dengan coklat. Sekarang ni tengah study lagi 2 skop bisnes ni, dah settle semua - kita teruskan yer...
( 9/10 harta dunia datang dari berniaga, aku taknak lepaskan peluang ni. Tak kisaah lambat berniaga daripada tak cuba langsung kann.. )

6- Nak kurangkan berat badan
Badan ni dah rasa macam di pam-pam jadi baik aku cuba turunkan sikit berat badan aku. Target aku nak kurangkan 7-8 kg dalam masa setahun. Kena kawal makan, kena makan sayur banyak-banyak, kena minum air kosong banyak-banyak, kena bersenam selalu.

7- Ada lesen kereta
Yang ni dari tahun lepas hubby dah suruh cuma aku je yang takde masa. Lagi pulak banyak nak guna duit tahun lepas. Kumpul-kumpul ada je benda penting yang  nak guna duit. Jadi tahun ni kena jugak ambil lesen kereta - kemudahan untuk diri sendiri. Bila hubby outstation aku boleh drive sendiri ke opis.


Cukup ni dulu target aku. Biar sikit asal tercapai. Terlalu banyak nanti tak sempat nak capai pulak. Aku akan cuba sedaya upaya capai target-target ni semua. Hubby penyokong kuat aku.

Aku berdoa agar target aku ni tercapai.

Megah sangat

Janganlah nak bermegah sangat nak harta yang tak seberapa.
Sebab terkadang akan mengguris perasaan orang lain.


Kami tahu yang kamu orang berduit, tak perlulah nak menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang ada. Sebab bukan semua orang berharta seperti kamu. Bila kamu menunjuk-nunjuk seperti memperlihatkan kami ini berada di tahap yang rendah. Sementelah kami dan kamu juga manusia biasa. Cuma rezeki kamu berlebihan maka kamu mampu memiliki. Kami pula berjimat-cermat dengan apa yang ada.


# Peringatan untuk diri sendiri.

11.2.12

Sabtu Ahad

Sabtu dah Ahad kan tak ke opis, jadi kita lepak di rumah main pondok-pondok kat dapur sambil tengok cerita korea.
Ada berani..??

10.2.12

Hari Suami Isteri

@ Kerajaan Kelantan mencadangakan sambutan hari valentine pada 14 Feb ini ditukar dengan Sambutan Hari Suami Isteri.

@ Cadangan yang bernas.

@ Sumber : MyNewsHub

9.2.12

Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (Gemar) yang dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengedarkan tudung percuma dan mengedarkan risalah menutup aurat kepada orang ramai pada 11, 12 dan 14 Februari ini di Pulau Pinang.

Gemar melalui satu kenyataan media memberitahu, aktiviti itu antara program yang terkandung dalam 'Operasi Sayangi Remaja' yang akan diadakan oleh gerakan itu bersempena sambutan Valentine’ s Day pada 14 Februari ini.

“Gemar akan turun beraksi di lapangan pada 11 dan 12 Februari ini. Kawasan yang dipilih adalah di Pantai Jerjak, Queensbay dan Hentian Rehat Pantai Bersih, Bagan Ajam. Kemuncak acara ini adalah pada 14 Februari 2012 iaitu majlis pelancaran Gemar di Masjid At-Taqwa Bertam Pulau Pinang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, NGO yang menyatakan komitmen untuk menyertai Gemar adalah IKRAM, NISA’ Pulau Pinang, Kelab Remaja Lestari, Ikatan Persaudaraan Muslimah Pulau Pinang (Salimah), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Komuniti Suara Kehidupan dan Qaryah Masjid At-Taqwa Bertam.

Jelas kenyataan itu, Valentine’s Day tidak selari dengan syariah Islam dan dicemari dengan konsep yang mengajar orang ramai untuk memuja kekasih secara berlebihan dan Gemar diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam khususnya. – mynewshub.my


Pokok

Cantik tak pokok ni..??

Ni tengah serabut buat kerja.
Layan gambar pokok kejap.
Nak hilangkan tensi.

8.2.12

Drama Korea

Cuti 4 hari yang lepas ( Sabtu - Selasa ), aku me-layan cerita korea di rumah.
3 cerita - You're Beautiful, Heartstring, Coffee Prince


Mula-mula layan cerita pertama ni - You're Beautiful

Yang terkenan nak tengok sebab aku ter-tengok kat 8TV hari Jumaat malam Sabtu. Cerita menarik tapi aku dah lepas beberapa episod. Terus bagitahu member minta dia download cerita ni. Esoknya masuk opis, dia bagi copy. Rupa-rupanya dia dah download lama dah ( baguskan kawan aku nih.. ).

[ You're Beautiful ]


Cerita kedua - Heartstring

Dah habis tengok cerita pertama baru layan yang ke-2 ni. Suka sangat sebab hero dengan horein nyer pelakon yang sama dalam cerita pertama. Baru tengok separuh cerita.

[ Heartstring ]


Cerita ketiga - Coffee Prince

Tak sempat nak habiskan cerita kedua, layan pula cerita no.3 ni. Kelakar, seronok, sedih pun ada. Kisah macamana seorang gadis menjadi ketua keluarga dengan perwatakan tomboy. Semua perkara dalam keluarga, dia yang kena ambil tahu. Dia juga pencari rezeki utama dalam keluarga. Cerita yang sarat dengan kasih sayangggg....

[ Coffee Prince ]

Semua drama-drama Korea ni dapat dari sumber yang sama aka kawan-opis-yang-baik-hati tu.

Dalam 3 cerita yang ada ni, cerita pertama yang aku suka ulang-ulang tengok. =)

7.2.12

Cuti 4 hari

4 hari ber-hibernasi kat rumah..

Sabtu - Pergi umah family, ada kenduri doa selamat.

Ahad - Kemas rumah mana yang patut. Pergi plaza angsana tengok pameran pengantin. Layan cerita korea.

Isnin - Siang lepak kat rumah sambil main-main dengan anak kucing dan mak kucing. Malam pergi pasar karat. Layan cerita korea.

Selasa - Lepak lagi kat rumah... Layan cerita korea..  hehehe..


Cuti kali ni, memanjang aku tengok cerita korea kat laptop ni hah...

You're Beautiful - Banyak kali dah ulang tengok cerita ni. Seronok..
Coffee Prince - Seronok.. =)
Heartstring - Hero & Heroin best..

6.2.12

Salam Maulidur Rasul 1433H

3.2.12

Tabung Haji | Bonus 6%

Alhamdulillah...

Lembaga Tabung Haji dah umumkan yang bonus tahun 2011 adalah sebanyak 6%.
Para pendeposit boleh semak akaun masing-masing mulai hari Rabu minggu hadapan.


# Sumber : mStar

Overload | Workload

Aku heran betulll...

Bila sampai hari Jumaat je aku overload dengan kerja-kerja opis ni. Dah rasa macam buat kerja tak habis-habis pulak. Bila hari Jumaat pastinya kerja bertambah-tambah, dah jadi macam hari Isnin. Lagi lah kalau ada cuti panjang, mesti masuk macam-macam inquiry dalam mailbox.


Ni minggu depan Isnin dengan Selasa cuti, memang banyak lah kerja-kerja yang terabai. Prinsip aku, kerja opis buat kat opis sahaja. Jangan dibawa balik ke rumah. Karang tak tenteram hidup kat rumah sebab kena siapkan kerja-kerja opis nih.

Aku rasa baik tak payah cuti panjang kalau inquiry yang masuk tak berhenti-henti macam air hujan...

Eeeeiiiii menggeramkan hati jer..

Hampir kepada Maulidur Rasul

Salam Jumaat yang mulia.

Lagi 2 hari kita akan menyambut hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw iaitu pada hari Ahad 5 Feb 2012 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1433H.

1.2.12

Safee Sambung Kontrak Bernilai RM2 Juta Bersama Pelita Jaya FC



PETALING JAYA: Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu.

Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, keistimewaan tersebut disediakan oleh Kelab Pelita Jaya FC sebagai tanda penghormatan kepada Safee selaku ketua pasukan kelab tersebut.

“Beliau juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej. Kelab tersebut akan mendapatkan sokongan komersial bagi pelbagai produk di Indonesia untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Zakaria berkata, bekas penyerang Selangor itu bukan saja dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia malah akan dipertimbangkan untuk menerima saham pemilikan Akademi Sepak Bola milik kelab tersebut untuk masa depannya.

“Akademi itu sudahpun memiliki 600 pelajar di Jakarta dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia,” katanya.

Zakaria turut menyambut baik keputusan Safee untuk kekal menyarung jersi Pelita Jaya FC dan yakin penyerang tersebut sudah meneliti perkara itu sedalam-dalamnya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Jelas Zakaria, komitmen dan pengorbanan Safee dilakukan demi membantu menaikkan imej bola sepak negara dan meniup semangat pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya.

Sementara itu, Zakaria berkata, kehadiran bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk terus menyarung jersi bersama kelab tersebut.

“Safee juga akan bergandingan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo, bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah dan kapten bawah 23 tahun Indonesia, Egi Mergiansyah.

Ekoran prestasi yang memberangsangkan bersama Pelita Jaya FC, Safee turut mendapat tawaran dari Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand.

Malahan, difahamkan empat pasukan tanah air iaitu Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FA dan Selangor FA turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Safee bagaimanapun jelas Zakaria hanya akan kembali berentap dalam saingan liga tempatan selepas beraksi sekurang-kurangnya lima tahun lagi di luar negara.

“Dia lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan tahap permainannya selepas mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab,” katanya.

Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut.

Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).


************************************
LATAR BELAKANG

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali

Tarikh lahir: 29 Januari 1984

Tempat lahir: Selangor

Tinggi: 1.70 meter

Posisi permainan: Penyerang

Kelab terkini: Pelita Jaya FC

Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)

2005-2006 (Sarawak FA)

2006-2011 (Selangor FA)

2011 (Pelita Jaya FC)

2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)

2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010

- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )






Gambar cantik

Mana yang betul...

Gambar cantik mesti kena guna kamera mahal

Atau

Gambar cantik guna kamera sederhana dengan teknik me-nangkap gambar yang betul.

Ais-krim



Sedapnya kalau dapat makan ais-krim sekarang ni....
Tak sabar nak tunggu waktu kerja habis..

Februari 2012 | Tahun lompat

Yay...dah selamat masuk bulan Februari.
Bulan ni ada 29 hari bermakna tahun 2012 adalah tahun lompat.

Cara tentukan tahun lompat :
2012 ( tahun ) / 4 = 503 ( no bulat, tiada baki   --> Dikira tahun lompat )
2014 ( tahun ) / 4 = 503.5 ( ada baki   --> Tak dikira tahun lompat )


@ Tahun lompat setiap 4 tahun sekali.
@ Bulan Februari ada 29 hari.
@ Jumlah hari dalam setahun ada 366 hari.

:: Blogger