:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

13.2.12

Target 2012

Yehaaa.... Orang lain dah lama cerita tentang azam baru tapi aku baru nak cerita cuma aku tak sebut 'AZAM' tapi tukar sikit perkataan jadi 'TARGET', baru rasa bombassstikkk... Sebab bila sebut azam, andai tak tercapai rasa bersalah sangat. Tapi bila sebut target, andai tak tercapai boleh dibawa ke tahun hadapan dengan usaha yang berlipat kali ganda.

Ada beberapa TARGET tahun 2012 ni yang aku nak capai..

1- Nak ada baby.
Yelah tengok orang lain dah ada anak, aku pun rasa nak ada anak juga. Rasanya cukuplah aku dan hubby ber-honeymoon selama 4 tahun lebih ni, jadi tahun ni nak tambah orang baru. Mudah-mudahan berjaya dan termakbul hasrat. Korang doakan aku eh..

2- Nak kumpul harta dengan bekerja keras
Sebagai jaminan hari tua, mulai tahun ni nak kerja keras dan tambah harta. Bukan tak cukup dengan apa yang ada tapi nak tambah bekalan untuk anak cucu. Bukan sahaja harta dunia tapi juga saham akhirat. Dunia kita cari, akhirat pun kita cari. Biar dua-dua seiring (tingkatkan amal ibadah kita..)

3- Nak beli rumah
Ni salah satu harta yang aku nak ada. Aku rasa dah lama sangat duduk menyewa, dah tiba masa duduk rumah sendiri. Aku dan hubby masing-masing sekarang sibuk cari penempatan yang sesuai untuk kami duduki sejajar dengan gaji kami tiap-tiap bulan.

4- Bercuti dengan keluarga
Yang ni dah rancang sejak hujung tahun lepas (2011) nak bawak ahli keluarga pergi bercuti bersama-sama. Kita kongsi duit, pergi cuti sama - yang dah setuju keluarga belah aku, belah hubby tak tahu lagi. Kalau tak dapat semua sekali, dapat sebahagian pun jadilah.

5- Nak buat bisnes
Hubby dah mula berjinak-jinak dengan bisnes printing. Aku dapat rasakan ada beberapa bisnes yang sesuai untuk diusahakan oleh kami berdua antaranya printing dengan coklat. Sekarang ni tengah study lagi 2 skop bisnes ni, dah settle semua - kita teruskan yer...
( 9/10 harta dunia datang dari berniaga, aku taknak lepaskan peluang ni. Tak kisaah lambat berniaga daripada tak cuba langsung kann.. )

6- Nak kurangkan berat badan
Badan ni dah rasa macam di pam-pam jadi baik aku cuba turunkan sikit berat badan aku. Target aku nak kurangkan 7-8 kg dalam masa setahun. Kena kawal makan, kena makan sayur banyak-banyak, kena minum air kosong banyak-banyak, kena bersenam selalu.

7- Ada lesen kereta
Yang ni dari tahun lepas hubby dah suruh cuma aku je yang takde masa. Lagi pulak banyak nak guna duit tahun lepas. Kumpul-kumpul ada je benda penting yang  nak guna duit. Jadi tahun ni kena jugak ambil lesen kereta - kemudahan untuk diri sendiri. Bila hubby outstation aku boleh drive sendiri ke opis.


Cukup ni dulu target aku. Biar sikit asal tercapai. Terlalu banyak nanti tak sempat nak capai pulak. Aku akan cuba sedaya upaya capai target-target ni semua. Hubby penyokong kuat aku.

Aku berdoa agar target aku ni tercapai.

No comments:

:: Blogger