:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.6.10

Bola lagi...

Jom update result FIFA 2010

Sumber : Yahoo sports


Hui Brasil menang lagi lawan dengan Chile... Ramalanku benar belaka. Nasib baek menang, kalau idak tak sokong dah. Wakil Asia, Jepun pulak kalah ditangan Paraguay. Walaupun pada mulanya seri 0-0, tapi dengan sepakan penalti mereka kalah. Dah takde ler wakil Asia untuk pusingan seterusnya.... Apapun itu sumer rezki masing-masing. Kita sebagai peminat ni jangan ler pulak ada yang berkelahi kalau pasukan yang kita sokong kalah. Yang mana sokong pasukan menang, jangan ler riak. Takde untung nyer riak dan berkelahi sesama kawan ni. Jangan sebab demam bola FIFA 2010, maruah persahabatan tercalar yer...



p/s : Nak tunggu quarter final, Brasil lawan Netherlands

29.6.10

GLEE - drama muzikal terbaru...



Telah datang rancangan baru yang menjadi kegilaan ramai.....GLEE ( tengok gambo atas yer.. ). Cerita yang berkisar tentang kehidupan sekumpulan remaja sekolah tinggi dalam 'GLEE club'. Yang mana kumpulan pelajar ni seringkali dipinggir dan disisihkan daripada pelajar-pelajar. Adanya seorang guru baru yang cuba untuk ubah keadaan ni menjadikan ahli-ahli dalam 'GLEE club' setanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Me tak reti nak bagi sinopsis panjang-panjang, takut-takut salah sinopsis pulak... 

Drama yang penuh dengan aksi yang boleh dikira sebagai bersahaja, santai dan ada juga rasa geram. Yelah, kena buli, sape tak geram kan... Komedi plus muzikal... Ala-ala cam citer Hotel Mania kat tv3 tu sebab berlakon, kejap-kejap nyanyi. Berlakon sket, nyanyi sket.. Seronok....



 Ni dia barisan pelakon-pelakon drama GLEE.


For me, citer ni memang menarik. setiap minggu memang tertunggu nak tengok. Siap tunggu depan tv, selak paper tengok waktu siaran. Memula tu pikir apalah citer ni, cam tak menarik jer. Bila dah tengok beberapa kali baru rasa seronok. Tengok plak tu kat channel 5 singapore ( biasa arr, orang jb kan dapat channel sana... ). Selidik punya selidik, rupa-rupa nya kat malaysia pon ada siaran ni - kat ntv7. Lagi awal siaran dari sana. Nak wat camner, dah terlepas siaran malaysia, tengoklah je lah yang singapore nyer... Malaysia dah tayang bulan 5, Singapore tayang bulan 6 - kira lewat 1-2 minggu lah..

So, untuk taknak terlepas lagi, me dah booked siaran tv untuk 2 ari ni - selasa dan rabu. Hubby pon dah bagi green. So apa de hal, tengok jelah... hehehhe.... my sporting hubby....


Siaran Malaysia @ ntv7 - Selasa, 8.30 malam


Siaran Singapura @ channel 5 - Rabu, 10.00 malam

28.6.10

Badminton pulak..


Sedang kita dok hangat dengan FIFA 2010, ada segelintir insan yang sedang/telah berhempas pulas mengagungkan nama Malaysia. Apa dia??? Pertandingan badminton terbuka Indonesia 2010. Kejohanan yang menarik minat peminat sukan selain daripada bola sepak. Untuk kejohanan kali ini, Chong Wei telah berjaya mengalahkan Taufik Hidayat. Yeyy... mengalahkan Indonesia memang perkara utama. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh pemain kita telah berjaya. Syabasss....

Selamat Ulangtahun





Entry khas untuk encik suami, sempena menyambut hari keputeraan beliau pada hari sabtu yang lepas. Fisrt year for de 3-series.. Me ucapkan selamat panjang umor, murah rezki dan sayang me selalu... Semoga rumahtangga kita aman makmur sentiasa. Jangan cepat marah, nanti makin tua.... hahahha...
Luv u dear....

27.6.10

Ppsssttt.... Jom gosip...


Hui tajuk tak ingatttt... Hari ini dalam sejarah me nak bergosip. Bukannyer apa, sajer jer nak meriahkan jugak dunia hiburan yang tengah dok kalut nihhh.....

Saper tengok melodi tadi, ada 2 orang artis berebutkan sorang jejaka yang kunun2nyer jejaka idaman melaya tuhh... Pasal sorang lelaki pon nak berebut. Ala orang dah tak herankah dengan dia tu. Sape artis itu, toksah citer dalam ni, buat semak jerrrr.... Kalau taknak orang lain usik2 pakwe awak tu, simpan dalam peti besi, jangan tayang sana tayang sini.... Citer dah bosan, sampai itu pon nak heboh kat paper.. Apa daa...

Next, kisah artis bercerai talak tiga. Tak tau kenapa dengan rumahtangga depa, sudahnya becerai jua... Walaupun sebelah pihak dah cuba selamatkan keadaan yang sebelah lain pulak tak tau lah camner.... Dolu2 katanya dah bercerai 2 kali then rujuk balik. Ni dah kali ketiga, memang takde nak rujuk balik. Uiiii mana boleh guna istilah 'cina buta', dosa tauuu.... Andai kata depa nak rujuk gak, ada caranya. Peguam syarie' pasti boleh nolong. Semoga artis pompuan tu tabah. Tengah ngandung pulak tu....

Metro ahad ari ni pon terpampang kisah artis pompuan dalam siri 'peterporn'.... Sibuk lah siasat kes yang dok hangat tu sampai nak carik coli yang sama cam dalam video. Buleh jumpa ker??? Macam ler coli kaler hitam tu de satu jer dalam dunia. Cariklah sampai jumpa. Ntah2 coli tu dah kena bakar. Sebab kalau jumpa mesti jadik barang bukti pak polisi kannnn...

Apsal me wat entry gosip2 arini???? Ni kepala tengah kusut sebab media cetak dan media elektronik asyik dok sogok rakyat Malaysia dengan citer2 tentang artis. Bosan ader.. Meluat ada.. Nyampah pon ada..



p/s : Sampai satu masa, taknak baca paper sebab banyak sangat citer tentang artis...

26.6.10

My weekend activity..

Oh dah ari sabtu ker.... Sedeh lah sebab dah 2 ari takde entry baru dlm blog ni.. sebab dah berazam nak post 1 per day... 2-3 arini sibuk memanjang, tak berapa sempat nak update blog. Kalau ada pon, cuma masuk, tengok segala apa yang ada, klik sana klik sini, then logout. Tu je lah yang sempat... So, arini rasanya nak post entry dengan banyak mengikut kemampuan jari ini menaip. Kalau arini dah penat + tak larat, akan disambung esok pulak....

Arini nyer schedule...
Memula nak kemas umah dulu.
segala bagai yg berkaitan kemas, susun, basuh, lap dan seanteronyer....
Then update blog seperti yg dibgtau kat atas tu...
Hari ni hubby genap umor 30 first year of 3 series, jadi me rancang nak sambut birthday hubby..
Update blog
Facebooking...
Update blog
Blogwalking...
Update blog
Join contest..
Update blog lagi dan lagi dan lagi....

Ni yang dah de dalam kotak pikiran me....
Lenlain aktiviti akan me update kendian yer...
So nak mula dah ni.
Eh eh, sebelom tu nak sarap dulu.
Perot dah berkeroncong mintak diisi..

23.6.10

Kenapa dengan hari ni...??

Apalah hai nasib badan ku ini... Lemah longlai rasanyer... Memang takder mood nak keje arini. Ni sumer gara-gara semalam minum kopi O banyak sangatlah, sampai 2 mug penuh gitu... Ni memang sajer carik pasal, tak pasal-pasal memalam takleh tidor. Dok ler terjaga sampai 1-2 pagi.... Sadis tolll.... Ni pagi-pagi lagi dah minum air masak banyak-banyak, siap standby lagi 1 botol kat atas meja nak buat minum. Abis jer, tambah... Memang keje nyer minum air putih jer...

Keje-keje kat opis ni melambak-lambak, sampai penuh meja dengan kertas-kertas berterabur... hehehe... Dah petang-petang ni baru leh nak check blog. Ni pon update tentang diri sendiri jek... Keylah, nak sambung keje balik...



p/s : Kat JB tengah ujan lebat, mesti balik umah lambat nih.. huhuhu....

22.6.10

PESANAN Imam Ghazali

Apakah yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang PALING JAUH dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : Apa yang PALING BESAR didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang PALING BERAT didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang PALING RINGAN di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang PALING TAJAM sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



---------------------------------------------------------
Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki..
Baca dan sampaikan pesanan kepada sahabat2 yang lain.
Assalamu 'alaikum,
Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha IllalLah".
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):
"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita....
Ucapkanlah serentak dengan denyutan nadi,
biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupanjantung kita.

Follower bertambah... Alhamdulillah... =)

Alhamdulillah, blog ni dah de follower...
Trima kaseh yer pada anda2 yang follow blog ni. Terkesima sebentar sebab ini hanyalah blog yang biasa-biasa ajer. Tak sangka pulak ada yang sudi follow. Memula tu sorang jer, then bertambah lagi menjadi 6 orang kesemuanya. Walaupon bagi sesetengah blogger 6 tu adalah angka yang kecil, tapi angka 6 tu dah besar bagi me. Terima kaseh skali lagi... =)

Rasanya semakin bersemangat untuk ber'blog' bila ada follower. Dolu2 masa takder follower rasa cam rileksss jer, ni bila dah de follower rasa happy sangat. Maka dengan itu, semangat bloggin' haruslah dipertingkatkan... yayyyy....

21.6.10

Selamat Hari Bapa




Tak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa2 semua....
Wahai bapaku, segala jasa2mu kan ku kenang hingga ke akhir hayat..
Semoga dirimu sentiasa sejahtera dan di dalam lindungan Yang Maha Kuasa...
Especially my dad dan my dad-in-law..



p/s : Selamat Hari Suami buat suami terchenta...luv u

19.6.10

TV3 dah 26 tahun..


Ye, sudah tahun yang ke-26 penubuhan TV3, stesen televisyen swasta yang ternama di Malaysia. Hui member membesar sama-sama nih..muda 2 taon je dariku... Yelah, me memang peminat tv3, ari2 tengok siarannyer.. Dari dulu sampai sekarang... Banyak rancangan2 menarik yang pernah dipaparkan. Teringat dolu2 setiap ari ahad ada rancangan Sekapur Sireh, Seulas Pinang, Majalah Tiga, citer kartun yang best2... dan banyak lagilah.. Banyak dah siaran yg takde lagi sekarang ni... Yang masih meneruskan tradisi ni cam Majalah 3 dengan Muzik-Muzik...

Anyway, tv3 memang best. Semua siaran menjanjikan kepuasan kepada para peminat yang menjadi penonton setia sejak siaran yang pertama dulu. Semoga tv3 terus maju dengan rancangan2 yang menarik dan berilmu serta bermanfaat kepada semua....

TV3 is da besttt...


p/s : Tengah tengok Konsert Aspirasi TV3, Dataran Merdeka kat tv.
Ni Man Bai Gersang tengah nyanyi... Suara still sedap cam dolu2 jugakkk....
Faizal Tahir nyanyi pon best jugak... cayalah...

Hari cuti buat apa di rumah..


Arini cuti kan.. Esok pon cuti lagi.. Buat apa kat rumah? Kemas umah, lepakzzz, online.... dan lain dan lain-lain lagilah.... Kalau nak diikutkan, banyak agenda2 menarik yang menanti ni... tapi kena settlekan hubby nyer keje2 dulu lah. Dia arini kena standby keje, incase kena call masuk keje, agenda arini batal lah.. Bercinta ler me kat umah ni. Cuti2 pon kene keje gak... hhhmmmmm....

Dalam hati rasa nak berangkat ke rumah orang kawen, nak window shopping, nak tengok wayang, nakgi pasar malam (eh tu mlm karang nyer citer....), nak jenjalan sajer2.. banyak lagi lah. Sekarang ni kena hold dulu, bila hubby dah siap keje baru lah pikir balik....

18.6.10

Rindu padamu..

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan



p/s : Credit tu lirik lagu

17.6.10

Lagenda Budak Setan - best kerr?

Member2 opis sokmo ler dok sibuk2 dengan citer ni... Boleh kata cite terhangat lah taon ni... Siap ada yang cakap ni citer sedih. Ye ker...Mungkinlah.... Me ? Takdok perasaan lagi sebab tak tengok pon lagi citer ni. Tak tau biler nak tengok. Takder masa, busy memanjang. Hubby pon sebok jer outstation. Banyak sangat keje dia skang ni...


Betol ker best? Betol ker sedeyy? Betol ke menarik? Sama tak dengan citer dalam buku? Banyak sangat persoklan yang bermain difikiran. Taknaklah nanti bila dah beria2 nak tengok citer tapi bila dah tengok rasa menyampah. Sebabbbb.. tak sama dengan citer buku. Ahadiat Akashah punye novel kan memang best...thriller lagi... Kalau kurengggg dari buku, dah kira tak menariklah... Tapi perasaan nak tengok tu memang ada cuma tak tau bilerrr...

 [ kulit novel dulu ]


 [ kulit novel sekarang ]



p/s : Ahadiat Akashah memang de best author lah...

Azrinaz Mazhar Hakim diceraikan??



Arinaz Mazhar Hakim bercerai dengan Sultan Brunei?

Sungguh tak disangka.. Setelah 5 tahun berkahwin dan dikuniakan 2 orang cahayamata, dia telah diceraikan talak 1 oleh baginda sultan. Pengumuman khas berkenaan penceraian itu telah disiarkan melalui slot berita Radio Televisyen Brunei semalam. Segala pingat kebesaran dan darjah penghormatan yang dikuniakan juga ditarik balik.

Apa akan jadi selepas ini? Pulang ke Malaysia ke? Berhijrah ke luar negara ke?
Sama-sama kita nantikan cerita seterusnya..



p/s : Sumber KOSMOUtusan Malaysia

16.6.10

Update bola



Yer Brazil menang lagik.....
Menang 2-1 dengan North Korea.
Go Brazil.. go Brazil.. go Brazil go..


 

p/s : tak berapa nak tengok bola kat tv @ kedai mamak.
selalu update dr paper dgn google jek..

Geram nyer..

Eeiii... pagi-pagi dah spoil kan mood orang...
Boleh tak kalau kat jalanraya tu cuba-cuba bersopannnn....
Orang lain pon guna jalan tu jugak, bukan ko sorang yang guna.
Ko buat jalan tu macam ko sorang yang punya.Macamlah bagus sangat.
Kalau dah tak reti nak bersopan kat jalan raya, pegi dok dalam hutan tu
takyah susah-susahkan orang lain bila ko kat atas jalan raya....
Memang biadap lah orang-orang macam ni...



p/s : aku memang tak paham, jalan tu kemain besornyer tapi dok menghimpit kete orang lain

15.6.10

Puasa Sunat Rejab

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.



p/s : Sumber Pusat Islam UUM

Cepatnye masa berlalu....

Sedar tak sedar, taon ni dah sampai ke pertengahannya..
Dah masuk bulan 6, dan hari ni adalah 2 Rejab 1431H.
Ha tengok tu, dah masuk bulan Rejab dah, lagi 2 bulan masuk bulan puasa...
Eeiii tak sabor nak tunggu Ramadhan...
Tak sabor nak berpuasa (bersahur dan berbuka) bersama keluarga...
Tak sabor nak bersolat Tarawikh bersama keluarga...
Setiap tahun pasti ternanti-nantikan kedatangan bulan yang mulia ini.

Ya Allah, moga2 hambamu ini sempat menemukan bulan Ramadan yang mulia itu
agar dapat beribadat kepada-Mu dan menikmati keindahannya...

Aminnn...


p/s : Jom kita puasa sama2..

13.6.10

SMS for GAZA


Taip "GAZA"
Hantar ke "32928"


Jom sokong Palestine...
Marilah kita bersama-sama membantu umat Islam GAZA.
Membantu saudara seagama dengan kita.
Tak banyak pon, cuma 50 sen jer... Takkan tak boleh kottt....
Setakat 50 sen tu apalah sangat kannnn... AFundi boleh, takkan GAZA tak boleh...
Walaupon sumbangan ni kecil, tapi bila dah dikumpulkan akan menjadi besar.
Segala sumbangan yang didermakan akan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Thank tu enBen sebab war2kan tentang hal ni.
Nak tau lebih kanjut, klik GAZA

Sukan Malaysia ke-13 ( Melaka 2010 )


SUKMA dah dirasmikan..
Untuk kali yang ke-13 di Melaka..
33 acara dipertandingkan..
Marilah kita pakat sokong ramai2..



Yang ni plak maskot kejohanan kali ni..
Si Kancil haiwan lagenda..
Nak tau segala macam, klik SUKMA yer..
Semua maklumat kejohanan ada dalam tu...

12.6.10

Blog in black

Jom tengok blog yang background nyer kaler itam @ black pulak ...


Konsert Sepenuh Jiwa








Halooooo....

Selamat pagiiiii my blog....

Huh hari yang tenang dan nyaman..
Melepak di rumah memberi ketenangan..
Sungguh lah terasa indahnya berada di rumah..
Sambil bersantai di depan tv dan laptop..
Sambil blogwalking and facebooking..
Sambil mengemas rumah..
Sambil membasuh dan menyidai baju..
Sambil sambil sambil...
Sambil sambil sambil...
Sambil sambil sambil...

Aaarrrggghhhh....
Dah tak tau nak sambung "syair merapu" nih.....
Walau apa pun, memang terasa indahnya berada di rumah..  =)



p/s : arini nakgi jemputan kawen - opismate dan jiran

South Africa vs Mexico

Perlawanan pembukaan FIFA World Cup 2010 - di antara South Africa (sebagai tuan rumah) menentang Mexico. Kedua-duanya berada di dalam kumpulan A. Perlawanan pembukaan yang hebatttttttt............ Syabas kepada South Africa ...

Keputusan
South Africa ( 1 ) vs Mexico ( 1 )



p/s : Tengah tengok majlis pembukaan rasmi FIFA World Cup 2010.
Next perlawanan antara Uruguay dengan Perancis pukul 2.30 pg ni (waktu Malaysia)

11.6.10

FIFA World Cup - South Africa 2010

FIFA World Cup ( South Africa 2010 ) - Pasukan mana jadi pilihan ???

Me sokong BRAZIL... BRAZIL... BRAZIL...

Kenapa, sebab ia antara pasukan terhebat yang main bola. Sokong team yang dah pernah menang jerrr.... Ala tu pon lom tentu lagi tengok tv bila Brazil main... Member opis sumer dha sibuk citer tentang world cup ni. Almaklumlahhhh, game ni ada setiap 4 tahun sekali. Tu yang meriah dan menarik...

[ trofi kegilaannnn... ]

Ni dia trofi yang menjadi rebutan setiap pasukan. Tiap2 pasukan cuma boleh dapat trofi ni kalau menang final game yerrr... Harap-harap Brazil menang lagi tahun ni.... =)

GO BRAZIL.. GO BRAZIL... GO BRAZIL...

10.6.10

testing...testing

ni nak test layout pas set baru...
layout sama sebab masih suka layout ni...
jadik tak????



p/s : jadi lah... alhamdulillah syukur...
kedudukan gadget masih berterabur...
nanti lah susun-atur semula =)

9.6.10

bengong... bengang...

Apa kena dengan blog ni????? Layout wat problem plak... Nak kena set balik. Tukar jer lah yang baru... abis citer.. Kepala dah naik pening pikir kenapa layout tak proper displayyyyyyyyyyyy........... Sakit nyer hatttttttttiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......................

Aku marahhhhhhhhhhhhhh niiiiiiiiiiiii.....................

Sweet pink blog


Ni saja2 gatal nak wat koleksi blog ikut warna kegemaranku yer....
Kita mulakan dengan warna merah jambu @ pink...
:
:
:
:
\/









7.6.10

Renung-renungkanlah

Ni me dapat dari email, kawan yang kirimkan.
Sekadar renungan kita bersama....


--------------------------------------------------------------------------------- 
Salam,

Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan.
Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things
yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan diGaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ... Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari elgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere.

They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka,
kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...

Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

:: Blogger