:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

28.12.11

Johor Premium Outlet

Jom shopping... =)

7.12.11

JCard members' day @ Jusco Tebrau City



JCard day
Rabu dan Khamis

Jom kita shoppingggg.... =)

5.7.11

Shopping di Tesco dapat Naza Quest

Tuah tiga pelanggan Tesco
Oleh BASIR ABU BAKAR


TUAH ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu. Begitulah rezeki tiga orang pelanggan bertuah Tesco Malaysia yang berjaya merangkul hadiah utama sekali gus membawa pulang sebuah kereta Chevrolet Cruze 1.8l sumbangan Naza Quest yang bernilai kira-kira RM100,000 setiap satu. Kemenangan tiga pelanggan bertuah Tesco Malaysia itu ekoran kesetiaan dan kesungguhan mereka menyertai satu peraduan yang dianjurkan Tesco melalui pertandingan Belanja dan Menang Tesco.

Antara pemenang tersebut ialah Mohd. Zulyadain Idris, Mohd. Zaki Ahmad dan Foong Kei Yeen. Peraduan tahunan yang berlangsung selama tiga bulan sejak bulan Disember tahun lalu itu telah menarik sebanyak 105,000 penyertaan. Peraduan itu juga menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti tiket penerbangan ke Shanghai, China, komputer riba, televisyen dan produk elektronik kepada 180 orang pemenang bertuah.

Pertandingan yang bermula akhir tahun lalu sehingga Februari 2011 hanya mensyaratkan setiap pelanggan berbelanja serendah RM50 di 36 rangkaian Tesco di seluruh negara. Mohd. Zulyadain, 46, berkata, dia sangat bersyukur atas kemenangan yang diperoleh dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan Tesco. Kata guru dari Johor itu, setiap bulan dia membeli-belah di Tesco Bandar Seri Alam, Johor untuk mendapatkan barang keperluan harian dan dari situ dia mengambil kesempatan menyertai pertandingan yang dianjurkan Tesco.

"Saya suka menyertai pertandingan kuiz seperti yang dianjurkan Tesco. Jadi saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan Tesco. "Saya berpeluang mengisi enam borang penyertaan melalui enam resit pembelian. Pertandingan ini dipercayai telah dianjurkan sejak tiga tahun lalu. Tapi saya menyertai pada tahun ini dan menang hadiah utama," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah di pasar raya Tesco Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia menjawab soalan kuiz di dalam sebuah bilik bacaan khas lewat tengah malam selepas anak-anaknya tidur.

Tuah keluarga
Bagi Mohd. Zaki, 45, pula yang berasal dari Kota Tinggi Johor berkata, dengan mengisi satu borang penyertaan dan satu resit belian pada bulan dua lalu dia bersyukur terpilih menjadi pemenang utama. "Saya sememangnya pelanggan setia Tesco dan kemenangan ini memang tidak disangka-sangka kerana saya hanya mengisi satu borang penyertaan. "Sememangnya kemenangan ini merupakan tuah saya sekeluarga. Saya hanya perlu jawab dua soalan dan mencipta logo Tesco dalam pertandingan kali ini," katanya.

Menurut Mohd. Zaki, untuk melukis logo dalam pertandingan itu saya terpaksa mengambil masa yang lama dan terpaksa melakukannya sebanyak 10 kali. "Saya pernah masuk banyak pertandingan, tetapi kali ini saya bertuah dan memenangi hadiah utama. "Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan," kata ahli perniagaan dari Johor yang meminati kerja kreatif itu. Pengarah Tesco Stores (M) Sdn. Bhd., Vivian Yap berkata, peraduan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menghantar seberapa banyak borang penyertaan.

"Pertandingan itu cuma memerlukan pelanggan menjawab dua soalan mudah mengenai pasar raya Tesco. "Pertandingan ini juga tidak terhad kepada pembelian di Tesco sahaja malah ia turut melibatkan pembelian di premis yang sebumbung dengan Tesco," katanya. Lebih istimewa kata Vivian, pihaknya memberi peluang kepada setiap pemenang kereta Chevrolet Cruze memilih warna kegemaran mereka.


# Sumber : Kosmo

17.2.11

Shopping maniac..!!

Ha..ha..ha.. Aku adalah seorang manusia yang boleh dikatakan giler shopping TAPIIIIIIIIIIIIII…. tidak boros ok!!! Aku suka untuk window shopping – walaupun tak membeli, dapat tengok pun jadilah. So half-half kepada ‘shopping maniac’.

Aktiviti window shopping ni berkesan kat aku sebagai satu kaedah untuk bersenam. Tak percaya ker?? Percayalah…. sebab aku dah buat. Kalau aku ada banyak masa terbuang, memang aku akan masuk dari-satu-kedai-ke-kedai-yang-lain. Hanya untuk tengok-tengok dan menjamu mata. Andai ada yang menarik minat mata-hati-jiwa, maka terbanglah duit poket aku. Kebiasaannya aku banyak telek-menelek dari beli-membeli. Tengok je pun dah puas, tak perlu sangat untuk membeli. Kita ni selalunyer membeli lebih pada kehendak, bukan pada keperluan. Kena jimat OK!!

Tapi sekarang aku dah kurang window shopping sebab kekangan masa dan keadaan. So untuk puaskan hati dan menjamu mata, aku window shopping online jer, mudah dan senang. Dan tak berpeluh-peluhhhhh….. hehehheheheee….

27.10.10

Cara nak HABISKAN DUIT... hehehhee...

Aku suka shopping online.. sebabnyer..
1) Jimat masa.... -takyah nak kuar bersesak-sesak kat shopping complex, dari rumah, kat depan tv, atas katil pon leh shopping.. segalanya dihujung jari anda
2) Banyak pilihan dok ada   -tengok dari komputer semua jenis yang rasa nak beli
3) Boleh shopping banyak-banyak   -boleh ajak kawan-kawan shopping bersama-sama secara online, kurangkan kos penghantaran
4) Tak perlukan duit tunai   -duit cuma dalam akaun bank jerrr
5) Shopping 24/7 non-stop   -bila-bila pon leh shopping sebab kedai-kedai kat luar tu terhad waktu perniagaannya.. online -> no limit
6) Takyah nak angkut-angkut barang   -penghantaran di depan pintu rumah yerr
7) Boleh singgah kat banyak-banyak kedai online   -kalau kedai betul, cuma boleh masuk beberapa kedai jer sebab kaki dah lenguh nak jalan ke banyak-banyak kedai..



TAPI ada jugak yang tak bestnyer dengan shopping online nih..
1) Adakala pakaian yang kita nak tu dah takder stok
2) Penghantaran lambat
3) Beli lain dapat yang lain
4) Tak dapat shopping online sebab komputer rosak atau broadband bengong..


Yang penting, fahami tatacara ber'shopping' online sebelum membuat pembayaran..
Fahami juga polisi perniagaan secara online bagi sesebuah kedai online..



SELAMAT MENGHABISKAN DUIT YERRR.....



p/s : ni cuma pendapat aku jekk... pendapat korang aku tak tau yer..

4.8.10

Aku boring ker????


Aku boring ker???
Yer memang lah sangat boring.. Keje aku melambak-lambak kat opis. Dah tak larat nak layan. Disebabkan boring-keje-opis, aku layan blog dengan jenjalan baca entry kat blog orang lain. Semalam pon aku boring gak, tapi tak sempat nak bagitau satu-dunia yang aku tengah bosan tahap gaban...

Aku rasakan macam jarum jam ni gerak lambat sangat...
Tak sabar nak tunggu abis waktu keje..
@ adakah ianya ada kaitan dengan badan aku yang lemah ini, maka keadaan di opis menjadi tak happening?????
Adakah???
Mungkin yer dan mungkin tidak..
Bila badan dah letih, otak pon tak betul..
Kalau badan sehat, sumer akan jadik ok..
Sekarang ni aku banyak keje yang ada-kait-mengait dengan kertas..
Banyak sangat nak kena peksa dokumen...
Sampai naik juling bijik mata aku tengok huruf-huruf kat atas kertas tu..
Sampai terbawak-bawak dalam mimpi - huruf-huruf ni joget-joget kat mata aku tau..
Tak tahan aku. Bila citer dengan kawan-kawan opis, depa sumer pakat gelakkan aku.
Teruk betul, takde perasaan langsung.. Sian aku.... =(

Kan best kalau takyah pikir pasal keje..
Dok kat umah lepak jer... Berangan banyak-banyak..
Chatting selalu.. Main internet sentiasa....
Boleh kerrr?????
Dah tentu............tidak.......aku ulang TTTTIIIIIIDDDDAAAAKKKKK..
Aku tak sanggup tak kerja.
Sebab bila tak keje, aku takde duit sendiri..
Takleh nak shopping, takleh nak sedekah, takleh nak bagu duit kat family dan adik-adik, takleh nak bayar bil, takleh nak bayo hutang PTPTipu..
OOOOhhhhhhhhhh tidaaaaaaaaakkkkk.......
Aku tak sanggup.
Biarlah aku boring dengan keje yang ada, daripada takde keje langsung...
Melainkan kalau aku de bisnes sendiri, barulah aku akan pikir balik samada nak benti keje atau tak...



p/s : sumer gambar dr google yek..

17.7.10

Shopping day

Hari ni seharian aku kat umah family sendiri. Opppsss... dari pagi sampai tengahari aku dengan mak de kat giant plentong, shopping barang dapur dengan teman kak beli kain langsir kat nagoya textiles. Wah banyak kain langsir yang cantik-cantik kat situ. Berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Kain pasang nak buat baju pon banyak, range harga dari rm5 ~ rmXXXX..... Kiranya de yang mahal dengan yang murah lah. Aku de jugak beli kain pasang untuk wat baju kurung. Ala nak ganti baju yang lama dengan baju yang baru jer.. Sebab baju yang aku ada tu boleh mix-n-match antara kain dengan bajunya... Tapi memang terpaku beb pegi nagoya arini... Serius rasa cam nak beli banyak kain-kain kat situ tapi almaklumlah disebabkan bajet terhad menyebabkan sumer tu terpendam dalam hati-jiwa. Nak beli lom cukup duit, kene kumpul dulu. Dah cukup kang baru beliiii......


Mak beli langsir kaler hijau. Aku teman jer.. Tak beli pon. Pakai langsir yang ada jer raya nanti... Pastu masuk dalam giant beli barang dapur sket. Mak lagi yang belanja. Dia beli barang-barang untuk wat jualan kuih. Alang-alang dah sampai sana, tu yang beli skali... Dah settle sumer, aku pon melepak kat sini (uamh family) sampai ke malam. Tunggu hubby datang jemput bila dia dah sudah keje. Ni dia dah datang. Japgi kitorang balik ah umah sendiri.


p/s : lom puasa tapi dah shopping tuk raya....

19.6.10

Hari cuti buat apa di rumah..


Arini cuti kan.. Esok pon cuti lagi.. Buat apa kat rumah? Kemas umah, lepakzzz, online.... dan lain dan lain-lain lagilah.... Kalau nak diikutkan, banyak agenda2 menarik yang menanti ni... tapi kena settlekan hubby nyer keje2 dulu lah. Dia arini kena standby keje, incase kena call masuk keje, agenda arini batal lah.. Bercinta ler me kat umah ni. Cuti2 pon kene keje gak... hhhmmmmm....

Dalam hati rasa nak berangkat ke rumah orang kawen, nak window shopping, nak tengok wayang, nakgi pasar malam (eh tu mlm karang nyer citer....), nak jenjalan sajer2.. banyak lagi lah. Sekarang ni kena hold dulu, bila hubby dah siap keje baru lah pikir balik....

:: Blogger