:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.4.10

Week 9a - Road trip with my broadband

Does internet is important today?

YEEEESSSSSSSSSSSS... for me it's really important. I can't online without internet connection, i can't update my facebook, i can't blogging, i can't blog-walking, i cannot do nothing. Everyday i must surf the internet ( minimum is once a day, maximum is so many times.... ) to know latest news thru newspaper, to know latest update from my blogger friends... update my facebook status, update my blog, join online contest, play online games, chit-chat with my friends, check my email and so on.... See that why internet is so needed. If u want to know, i'm an internet maniac..... My life will be so bored if no internet beside me. Really really really stick-to-internet. My hubby also know my interest. He always support me in blogging ( luv u dear... ).

If i'm going out somewhere, i really need a wireless internet. A cute-sporty USB modem is need to accompany me in my trip. So i can update my blog especially frequently and i'll not loss my sweet memories. At certain places, we can use wireless internet @WiFi as the places provided to connect thru the internet. If not, we still be able connected thru broadband modem. It's so small, tiny and cute-looking, so we can carry it anywhere and everywhere. So Ok right???....Now P1 currently offered W1GGY as wireless broadband. Look at the picture, it cute isn't? So what are you waiting for, grab it for more fastest internet connection ( for this meanwhile, P1 W1MAX give the best internet connection you know... )

Tiny USB modem - easy to carry - fastest internet connection.




 Let check out the new episode of project alpha s2.

[ episode 8 ]

[ episode 9 ]


[ episode 10 ]


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS


p/s : korang, caner dgn aku nyer karangan BI ni, Ok tak? Any komen? Tetiba jer nk menaip dlm BI kan...

29.4.10

ROCKY kerrr POCKY ????

Mana satu paling best, ROCKY ker POCKY ???

Al-kisah nyer, de member sorang ni, tengah giler nak mengunyah. One day tu dia beli ler makanan ni. Dalam satu pasaraya tu, dia dah nampak ler dari jauh - ada ROCKY. So dengan sepantas kilatnyer, sambar ler beberapa kotak ROCKY. Pegi kaunter - bayo bil. Dah seronok sangat time nih... Masa nak makan, sedang asyik dok belek-belek kotak tu, baruler dia perasaan yang dia dah salah beli. Dia terbeli - POCKY. Apalagi hangin ler satu badan... ish ish ish......

[ ni ler POCKY tu - yang perasa strawberry ]

Then pepagi tadi, dia datang siap tunjuk-tunjuk yang dia dah pon beli makanan yang betol - ROCKY. Siap beli dua lagi - strawberry dengan coklat. heheheheheeee.... Memanjang ler sengih nyer... =)

[ ha ni ler yang ori - ROCKY ]

28.4.10

i'm lovin' it!



 http://www.mcdonalds.com.my/

Apa perasaan korang nengok gambo ni??????
Terliur tak.... Kecur tak....
( hepppp, tutup mulut tu kang air liuh meleleh....hehehehhe )

Jeng.. jeng... jeng...
McDonalds dah kuar dengan promo baru, McDONALD'S DOUBLE.

Yahhooooooooooo.............
Wah ni dah dekat ujung bulan, ada can ler nak pau ajak hubby makan mcD ujung minggu ni. Dah gaji kan, kenalah belanja wife dia yang giler terlalu suka mcD ni. Hahahahahaaahhaa.... Dahler promo ni tak lama, mungkin sebulan jer. Seminggu dah lepas, tinggal 3 minggu jer lagi. Kena cepat ni. Kang tak dapat, melepassssss. According tu my frenz's fiancee, promo hebat takleh lelama...... Seingat me, dah lama mcD tak kuar promo burger double ni. Dolu2 tu dalam 4, 5 taon lepas sempatlah jugak makan Big Mac yang de 4 lapisan daging tu. Tapi dah lama tuuuu........ Ni memang de harapan nak makan lagi. Tapi me berkenan tiga jenis je ( mcChicken, chicken mcDeluxe dan bigMac ). Yang fillet-o-fish tu kureng sket ( tak baper lalu... ). So apa tunggu lagi, jom lah kita serbu mcD beramai2 ujung minggu ni..... =)

Selamat Pagi Sayang

Selamat pagi sayang
Baru sekejap kita bertemu
Engkau datang membawa
Sekuntum mawar merah
Pagi menjadi indah

Selamat pagi sayang
Semalam pun kita berjumpa
Engkau datang bersama
Sejambak mawar biru
Resah berubah rindu

Beribu batu
Rasa kau dekat di sisi
Kita berlari
Menyapa bayu pagi
Burung yang terbang
Turut berkicau
Berkicau keriangan

Sayang selamat pagi
Apa khabar engkau di sana
Kan ku tunggu kau datang
Walau di dalam mimpi
Hatiku kan bernyanyi



--------------
Lagu ni dinyanyikan oleh Noor Kumalasari

27.4.10

Diriku


Oh tidakkk.....
Hari ni keadaan jadi tak menentu. Walaupun Monday blues telah berlalu semalam tetapi seakan baru terjadi hari ni. Nak tau kenapa??????? Sebabnya arini baru masuk opis. Semalam kan MC. So keadaan biasa pada hari isnin dibawa ke hari selasa. Bosan, boring, tak tau nak watpe, meeting banyak, keje berlambak-lambak, report banyak nak kena submit....... Macam-macam benda lagilah. Ni kepala berdenyut-denyut. Rasa cam nak balik je umah - then tido sampai puassssssss......

26.4.10

T.O.D.A.Y

Hari ni gi check-up telinga kat HSI. Pepagi lagi dah pegi sbb menjangkakan yang arini pasti ramai orang kat saner... Hubby sempat anto pegi je, balik kenalah naik taxi. Sesampai jer kat sana, trus gi kaunter pendaftaran. Ooooo makkkk aiiii.. ramai nye orang. Ramalanku benar belaka. Belom kol 8pg, orang dah sesak kat sana. Nasib baek me nyer no. tak sampai seratus ( org yg ke-76 aka 0076 ). Baru je duduk kejap, no dah mencanak naik ke dua ratus. Ni tadi kalau sampai lambat mau nyer sampai ke ptg kat HSI. Dalam setengah jam no naik, trus ler gi daftar dan wat pembayaran. Kalau nak tau, pendaftaran kat klinik pakar HSI ni bayarannyer rm5 shj. Pas daftar pegi plak sarap. Perut dah bunyi2 mintak diisi sbb dari pagi lom sarapan. Sebelom tu singgah HSI shoppe beli paper KOSMO ( nak tau hal semasa lah kununnyer.... ).

Dah siap sarap & baca paer, trus ke kaunter klinik pakar TNT ( telinga-hidung-tekak ) dalam kol 9pg. Kat sini pon orang dah ramai. Dah daftar, me dok elok2 kat tepi sambil sambung baca paper & tengok TV citer kartunnnn... Dekat2 kol 10pg barulah nurse panggil masuk untuk check telinga. Dah sudah check, tunggu plak kat bilik prosedur sebab doktor nak cuci plak dalam telinga ni. Dia kater de fungus sket lagi dalam ni. Dah standby, apelagi mulalah kisah pencuciannn.... Sakitnyer, mak aiiiii tak boleh tahan. Me sabor je lah. Kalau tak tahan maunyer tangan kaki bergawangan menahan sakit. Tapi me tahan perasaan tu, kita ni kan dah besor, tak elok berperangai cam budak2 kannn... kan... kannn... Dah settle sumer, doktor cakap lagi 2 minggu datang chek up balik. Pastu trus amek MC ngan pi farmasi amik ubat. Kat sini tunggu tak lama, dalam 10minit jer. Dah dapat ubat, trus cari taxi balik umah... Call my superior bagtau yang arini MC. Sampai umah, rehat2 ngan tengok TV....

Begitulah kejadian hari ini.. Keluar umah kol 7.25 pg sampai umah semula kol 12 tgh.. 
Nanti lagi 2 minggu pon citer yang sama gak... hehehe..
da....

Online ker...???

APA YANG ME SEDANG BUAT NI....???



Apalagi, ngah onliner lerrr......
Sejak akhir-akhir ni, me memang rajin online, sekejap pon jadilah.... tapi banyak kali. Arini me mula kol 10 lebih tadi. Pas jer hubby dah sudah online, me plak sambung. La ni dia dah seronok tido...... zzzzzzz..... Me memang giler internet. Tiap hari tak sah kalau tak online. Bloggin' plak, kalau takde entry baru pon takper yang penting me login masuk tengok blog yang me follooowww... Berbaloi juga kannnnn.... Ni masih lagi berjaga sebab penangan dari tido petang. Petang tadi dah membantai tido yang lama, so malam ni takleh nak tido awal. Mata pon masih segar tapi dah mula kuyu-kuyu.. ( alamak, petanda nak kena tido dah... ).

Tadi me blogwalking jer... sambil tu tengok video2 project alpha s2 kat RUUMZ dan citer destinasi bajet dalam MASTraveller. Memang happening kedua nya. Untuk project alpha s2 ruumz ni, boleh tengok daily vidoe dan join contest yang ada. Menarik dan hadiah yang ditawarkan juga berbaloi. Based on daily contest and carry to grand prize. So boleh cuba nasib untuk dapat hadiah yang best tu.... Dalam destinasi-bajet-de-series, boleh tengok host program menjelajah dalam Malaysia dan ke luar negara dengan modal rm300. Program yang membawa kita melancong ke tempat2 yang menarik. Sebelum ini, siri tersebut disiarkan di kaca TV tapi telah ditukarsiaran ke MASTraveller. Bagi yang suka melancong, mesti tengok siri penjelajahan ni. Boleh bagi inspirasi camner nak melancong dengan bajet yang murah ( hanya rm300 ).

Eh, dah teruk dah kuyu mata ni. Sok sambung lagi lah..... Lagi plak sok de appointment dengan doktor telinga kol 9pg. Ni kali ke-3 jumpa doktor pakar telinga kat HSI.  Takut lambat bangun je. Hubby dah janji nak tolong anto g spital. Kang lambat bangun, marah plak dia...
Keylah, adios amigosss.....

25.4.10

Week 8b - My Dream Destination

Tempat percutian yang menarik seringkali menjadi idaman semua. Lebih-lagi lagi setelah penat bekerja, maka percutian yang menyeronokkan amatlah diperlukan. Kemana hendak dituju, di dalam negara atau ke luar negara? Dengan MASTraveller.com ianya pasti menjadi mudah. Tambah indah lagi percutian ini disertai oleh ahli keluarga terdekat ataupun kenalan rapat.

Tempat percutian idaman saya tentunya ke Gold Coast, Australia.
Menjadi idaman setelah melihat keindahan yang dipaparkan di kaca TV serta mendengar pengalaman yang menyeronokkan dari teman-teman rapat. Memang mengujakan.

Kenapa?
Sebab saya suka pantai. Pantainya yang memutih menggamit mata... Kedudukan lautnya yang panjang menjadi tarikan kepada peluncur air untuk datang kesini. Pastinya ia sesuatu yang menyeronokkan.

Di Gold Coast terdapat tempat perlindungan bagi hidupan liar iaitu di Currumbin Wildlife Sanctuary. Disini kita boleh mendekati binatang-binatang liar yang ada dengan lebih dekat lagi. Seperti burung, Koala, buaya, kanggaru dan banyak lagi. Pastinya ia suatu pengalaman terindah yang akan dikenang selamanya.

 Selain itu,Gold Coast mempunyai 3 taman tema yang seringkali menjadi tumpuan para pelancong iaitu Warner Bros Movie World, Sea World dan Wet n Wild Biggest n Best. Movie. Pastinya ia tidak akan dilupakan sekiranya kita berada di Gold Coast, Australia. Di Warner Bros Movie World, kita akan dapt merasai sendiri pengalaman bak berada di dalam cerita sebenar. Tentu seronok kan??? 2 lagi taman tema juga menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan. Kita akan dapt melihat hidupan laut disamping melihat aksi ikan lumba-lumba membuat persembahan yang memukau para penonton. Selain daripada itu, kita juga boleh mengenali budaya dan adat resam orang tempatan. Teringin nak berjumpa dengan Orang Asli Australia. Terlalu banyak cerita-cerita yang didengar tentang mereka ni, kalau dapt dapat jumpa secara terus pasti menarik.

Percutian yang mengindahkan pastinya dengan MASTraveller.com

Project Alpha musim ke-2 telah pun sampai ke episode ke-7. Bagi yang belum menyaksikannya, boleh tengok video-video di bawah ni. ( dari episode 4 hingga 7 )


[ Episode 4 ]


[ Episode 5 ]


[ Episode 6 ]


[ Episode 7 ]


Project Alpha widget






Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

22.4.10

Earth Day 2010



Hari ini adalah Hari Bumi @ Earth Day 2010.

Marilah kita bersama menghijaukan bumi kita untuk mengurangkan kesan pemanasan global.
Bukan saja untuk hari ini tapi juga untuk hari-hari yang mendatang.

Pepatah ada mengatakan
" Kita tidak mewarisi dunia ini daripada ibubapa kita
tetapi kita meminjamnya daripada anak-anak kita "

Jom sokong kempen 3R
 REDUCE - REUSE - RECYCLE
KURANGKAN - GUNA SEMULA - KITAR SEMULA


----------
Nak tau lebih lanjut tentang kempen ni, boleh klik kat link bawah ni
Earth Day 2010 - Official Campaign

Blog List Ben Ashaari


Ini adalah entry khas untuk tersenarai dalam blog list en.Ben.
Sebelum tersenarai, kena selesaikan task yang diberikan macam kat bawah ni yerr....

1) Header Ben Ashaari
Ok, dah buat.
Ada kat atas tu, terpampang header en.Ben yang besar.

2) Kenapa anda rasa anda patut berada dalam blog list Ben Ashaari?
Sebab saya adalah blogger baru.
Sebab saya mahu blog saya dikenali oleh blogger lain.
Sebab saya nak tingkatkan trafik ke blog saya.
Sebab saya nak tambah kenalan di alam maya.
[ itulah sebab2 yg saya ada yer en.Ben... ]

3) Sehari, berapa kali update blog?
Minimum 1 hari sekali update blog.


Entri ni dibuat selepas me terjah masuk dalam blog en.Ben.
So saper2 nak join atau tau lebih lanjut boleh klik kat SINI.

21.4.10

Seram-seram-sejuk


Masuk ni dah 3 ari cuaca seram-seram-sejuk...
Sejuk je memanjang...
Alhamdulillah rahmat dari Tuhan.
Semoga kita semua dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dari Allah swt...
Aminnn....

20.4.10

B.E.N.G.A.N.G

Issshhhh...... bengang betollahhhh.....
1 ari nyer kejer tak abis2...
Sampai nak gerak balik pon de keje lagi...


B.U.S.Y @ BUZZZZ....

Apsal ler arini me rasa cam busy semacam jerrrr...
Keje memanjang tak abih.
Dok kalut siapkan satu2 keje tau..
( tp masih boleh lagi layan blog, memang tak paham diri sendiri... )


 Kerja yang masuk memang ler lebih banyak dari yang keluarrrr......
Ni yang tengah berusaha nak siapkan sumernya...


Sambil tu mengantuk pon join sama...
Kalau ler ada hiburan walau sekejap, musti segar bugar kembali.
Sambil tu kerja2 opis-yang-tak-sudah ni pasti akan siap dengan bertambah cepat dah telussss....
 

Sakit kat telinga pon join sekali.

Sakit perut ni pon join together2...
............ Tak selesa .........

Sudahnya, me susun balik kerja2 yang bersepah kat atas meja ni.
Supaya senang nak carik kalau ilang @ misplace....


19.4.10

Jom movie

Aper movie dok ader skang yer.... Jom jengah TGV.
Me slalu bersantai kat TGV Tebrau City jer.... Apsal? Sebab dekat dengan umah. Nak tgk memalam pon OK. Movie abis lambat, memalam baru balik pun OK. Hehehehhheee....


[ Kick-Ass ]



[ Clash of the Titans ]



[ Date Night ]



[ Iron Man 2 ]

Al-Fatihah

Salam takziah kepada ahli keluarga Achik Spin yang telah kembali kerahmatullah semalam akibat terbabit dalam kemalangan ngeri lebuhraya LEKAS. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa.

Al-Fatihah


Tak selesa nya...

Hari ni sakit perut dari pagi lagi... Nak wat keje pon tak selesa. Perut ni sakit sangat. Tak tahulah sebab apa, salah makan ker, atau ader banyak angin dalam ni.... =(


17.4.10

GEMPAR - Achik Spin meninggal dunia....

MPV terbabas, terbakar : Achik Spin maut nahas ngeri

17/04/2010 8:51pm

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

16.4.10

Week 7 - No Strings Attached

Semasa mula-mula internet diperkenalkan, kebanyakan daripada pengguna menggunakan sambungan dengan wayar. Dengan adanya jaringan internet ini, dunia hanya dihujung jari anda. Slogan yang diwar-warkan untuk mempromosikan jaringan internet ini. Konsep dunia tanpa sempadan juga diperketengahkan dan banyak lah pusat-pusat komputer dibangunkan untuk mencapai matlamat tersebut.
Kini, dalam keadaan yang serba canggih, jaringan tanpa wayar amatlah diperlukan. Sambungan internet juga lebih kepada plug-and-play sahaja. Tak perlu lagi wayar-wayar yang berjela-jela ( dan menyemakkan mata ) dikawasan rumah kita. Dulu kan masa guna wayar, bila nak wat connect-to-internet kena cucuk dengan wayar telefon dulu, baru leh online. Leceh, nak kena ada wayar yang panjang baru leh wat connection. Tu pon cuma dapat connect dari umah. Kalau dah keluar dari kawasan rumah, dah tak boleh wat connection. Takkan ler nak angkut telefon dengan wayar yang berselirat tu nak bawak kemana-mana kan?? Mesti ler susah. Kan de orang ingat kita ni giler ker haper, bawak telefon dengan wayar berjela-jela keluar dr rumah. Pelikkk.....


Sekarang tak perlu lagi. Dengan teknologi serba canggih-manggih sekarang ni, sambungan ke internet boleh dilakukan dengan tanpa wayar @ wireless. Boleh guna handphone @ laptop jer diluar rumah. Mudah-cepat-senang. Cucuk masuk jer USB port, dah boleh connect dengan internet. Lebih mudah, lebih cepat, lebih pantas. Dengan adanya WIGGY dari P1 ni lagi senang. Modem USB yang boleh dibawa kemana-mana. Tak perlu kan wayar untuk wat sambungan ke internet. Just plug in the modem, then make a connection to the internet. Senang kan... Kalau taknak guna modem USB ni, boleh trus wat connection thru wireless application. Kat kedai2 mamak ker, fast food restaurant ker, starbuck ker..... atau kat mana2 lagi lah. Capaian laju boleh tahan. Online dari McDonalds pon dah kira OK. Online dengan santai. Sambil online sambil menjamu perut dan mata. hihihhih.....

 




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

15.4.10

Makan sayur dan buah untuk elakkan penyakit


[ Seleri ]
Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin dan vitamin ( A, B kompleks & C ).
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan pusingan haid, mengatasi masalah keputihan dan merawat jerawat serta ruam.


[ Jambu batu ]
Kulit dan isi yang keras mengandungi vitamin C - baik untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan menyembuhkan luka. Kurang vitamin C akan menyebabkan pernyakit skurvi, masalah gusi dan gigi dan luka tidak sembuh dengan sempurna.
Daun dan bunga jambu batu mengandungi vitamin B ( pektin - serabut boleh larut ) - membantu kurangkan  kolestrol dalam darah ( jenis LDL ).


[ Buah delima ]
Meminum jus buah delima boleh merawat demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar.
Buah ini mengandungi tanin, asid citric ( mempunyai anti-oxidant dan kesan anti-tumor ), vitamin C dan asid borik ( mempunyai kesan antiseptik ).


[ Betik ]
Kaya dengan kalium, kalsium, vitamin ( A & C ) dan karpain ( yang berupaya untuk melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil ).
Air rebusan betik muda - boleh merawat darah tinggi.


[ Durian belanda ]
Mengandungi fosforus, kalsium dan vitamin ( B& C ).
Fosforus untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat.
Kalsium penting untuk pembekuan darah dan mengawal degupan jantung dan menghalang osteoporosis bagi wanita yang telah putus haid.


[ Kubis ]
Mengandungi agen anti-kanser, mampu mencegah ulser perut dan mengandungi bahan anti-bakterisa untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Boleh dimakan mentah sebagai ulam khas untuk kesihatan diri.




-----------
@ petikan dari Harian Metro

13.4.10

Saper tu Ben Ashaari??

Sekarang ni me masih lagi di opis, menunggu untuk dijemput oleh cik abang sayang... Sebabnya, kat sini tengah hujan lebat. Kitorang ni naik motor jer ulang alik pi keje, so bila hujan lambatlah balik ke rumah. Nak kena tunggu hujan reda sket baru lah boleh bergerak pulang. Sambil-sambil tu, ber blog-walking lah me ke blog-blog yg me tak pernah tau. De satu blog ni, me baru tau semalam. So ada kesempatan ni, me terjah lah.
Jeng... jeng... jeng... ini dia blog nyer


Blog ni baguslah sebab owner dia rajin menerjah ke blog-blog owang lain dan wat post dlm blog dia. Kira cam promoter lah. Then bila de reader lain baca post dia tu, reader tu plak akan klik ke link yang dok ada tu. Seronok wooooo.... orang promote blog kita. Bukan calang-calang orang tau dia ni. Memang femes lah dikalangan blogger2 yang len.... Rugi tau sbb me baru jer dpt tau dari Catlina bila de entry dlm blog dia "Our Bundle of Joy" tentang Mr. Ben ni... Whatever it is, yang penting better late than never. Lambat tau takper, jangan tak tau langsung udah ler.... So, sesaper nak blog-hopping, boleh terjah kat blog Mr. Ben ni, then boleh tengok entry2 yang mempromosikan bloger2 dan blog2 yang lain.

Selamat menambah kenalan. =)

Launching........ Project Alpha Season 2


Project Alpha Season 2 is officially launch on lastweek
Wednesday - 7 Apr 2010.

Unfortunately, me tak dapat nak join sama sebab jauh kat selatan ni. Ish... rugi lah tak dapat join diorang sumer. Sumer featured blogger ada. Mesti menarik kannnnn...... Blogger-blogger pon ramai yang datang. Hhhmmmm..... maybe next time lah ( itu pon kalau de lagi project alpha ni... ).

So kalau nak lebih lanjut tentang perasmian project alpha musim ke-2 ni, boleh ber blog-hopping ke beberapa blog kat bawah ni yer... Sambil tengok gambo2 menarik dlm blog mereka... =)
Nice pic, nice shot, nice blogger & featured blogger...

Timothy Tiah
Redmummy
Jojo Struys
Kak Lady
Helenalatisha
Cik Lily Putih

dan juga di facebook
Project Alpha fanpage

Cikguku sayang

Alhamdulillah, baru-baru ni me jumpa balik cikgu skolah lama me. Cikgu ni ngajor me masa skolah rendah kat Sek. Keb. Permas Jaya (1) aka skpj1 - tahun 1991 ( me darjah 4 permata ) & tahun 1992 ( me darjah 5 permata ). Dia pon jadik guru kelas me utk 2 taon tu... Jumpa dia pon kat facebook sbb de sorang kawan lama ni pi search dia dlm tu. Bila dah jumpa, per lagi, dia canang habis 1 group kitorang sbb dah jumpa cikgu ni. Punya lah gumbira...... =). Kitorang pun gembira sakan sbb takyah nak carik2 dia lagi... ehem ehem ehem... bukannyer apa, ramai dah carik2 cikgu ni tapi tak jumpa2. So bila dah jumpa, memang seronok, Mengimbau kenangan zaman persekolahan maser dia ngajor me and kengkawan dulu...

Uishhhh maser ngajor kitorang dulu, dia garang giler... kecut perut kitorang bila time dia ngajor... Takut tau sbb kalau wat salah musti kena denda. Yelah kitorang ni dulu nakal-nakal belaka. Me pon nakal teramat lah sangat. Walaupun pengawas, kalau salah tetap kena denda. Memang masa skolah rendah dulu kitorang kalau boleh taknak wat silap. Kalau silap pasti kena denda...

Now bila jumpa dia, ingat cara dia ngajor kitorang dulu. Ketegasan dia, garangnya dia maser dalam kelas, denda yang kitorang kena sebab wat salah... sumer lah. Walaupun dia tegas dan garang tapi cikgu baik hati. Weekend je, kami reramai selalu serbu umah dia pas aktiviti ko-kurikulum ari sabtu. Dia mesti jamu kitorang dengan makanan yang sedap-sedap. Kekadang tu, takde event apa-apa pun kitorang musti singgah umah dia. Seronoknya mengimbau kenangan dolu-dolu..... Kalau lah boleh kembali ke zaman tu, seronoknyer....

Dan dengan cara dia didik kitorang tu lah semua nyer menjadi 'orang' skang ni. Semua berjaya. Tak kesah ler keje apa-apa pun, yang penting keadaan kita skang ni adalah hasil didikan mak dan abah dan juga hasil didikan cikgu ku tersayang ni. Cikgu, i miss u a lot... de rezki nanti kiter wat gathering sesame yer. Rindu nak dengar celoteh cikgu tau.. ( eh skang pun dah dengar celoteh dia dlm fb...hehehheh ).

Ha nilah cikgu tersayang tu, Pn. Rohana bt Alias ( sblh tu of coz ler husband nyer... ). Sama je dengan 19 tahun dulu... Rindu... =)

12.4.10

New make up produk


Korang dah cuba produk make-up baru SimpliSiti dr siti_nurhaliza tu ?

Masa jenjalan kat Watson Jusco Tebrau aritu, jumpak le dengan set make-up ni. Not bad, ramai gak yang try produk ni. macam maner tak ramai nyer, masuk je Watson tu depan pintu dah terpampang produk SimplySiti ni... Kalau tak nampak memang rabunlah.... Tapi memang lom berkesempatan nak belek lelebih produk ni. Aritu cari lipstick jer, so no bajet tuk menda lain lah... So sesapa nak tau lebih lanjut tentang produk ni, boleh klik trus ke website ni



[ rangkaian barangan kosmetik ]


Selamat mencuba... =)

11.4.10

E.X.A.M

Semalam siang attend exam untuk jawatan SPA. Tempat peksanya kat Dewan ITP YPJ, Bukit Senyum JB. 1st time ni pi exam yg cenggini, cuak giler. Sebab apa, sebab takut takleh nak jawab sumer soklan2 yang diberikan. Memang risau.... Nasib baik de member yg kenal sesama gi exam ni, fuhhh lega.... Hilang sket rasa gementar dalam dada. Preparation biasa2 jer sbb soklan nyer takleh nak dijangka. Ada sejarah malaysia, ada ilmu hisab ( matematik lor.. ), ada sukan, de yang berkaitan dengan logik akal dan macam2 lagilah... Ada bahagian yng nak kn jawab, bahagian 1 dan bahagian 2. Bahagian 1 - soklan objektif dgn esei. Bahagian 2 plak, soklan objektif memanjang. Ha amik ko, 400 lebih soklan objektif yg nak kn jawab dalam maser 1 jam jer.... Apalagi, sampai naik lenguh jari2 tangan nanda kertas jawapan OMR. Semuanya sebab nak kejar maser. Tak sempat pon nak berangan ker, pi toilet sat ker, minum air ker... memang tak sempat sangat. Punggung pon dah naik sengal sebab dok lelama kat kerusi tu.... Bahagian 2 nyer soklan memang menguji ketahanan jari tangan dan lengan..... =(. Bahagian 1 tang susah nak jawab esei tu. Me memang tak pandai wat karangan. Bila kena tulis esei, menggigil otak nak perah idea. Bukan 1 tapi 2 esei nak kena wat, esei bahasa melayu dengan esei bahasa inggeri. Heiiii tak tau ler nanti cane biler result kuar kannn..... Bila exam ni dah abis ( dlm kol 4.20 ptg ) barulah lega semua nya. Tangan - kaki - otak - minda - jari-jemari semuanya lega. Syukur alhamdulillah, dapat jawab semua soklan walau penat perah idea nak wat esei dan lenguh jari nak tanda borang OMR. Yang penting me dah cuba jawab peksa ni dengan bersungguh-sungguh. So skang tinggal tawakkal dan berdoa semoga berjaya. Semoga dengan iringan doa dr semua, hadirlah kejayaan itu. Kalau tak berjaya, itu semua telah ditakdirkan. Berusaha lagi....


Semoga berjaya kepada semua calon-calon yang telah pun menduduki
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41
1/2010


pada hari Sabtu, 10 April 2010 yang lepas...


[ keputusan peksa SPA tu akan keluar pd 17 mei 2010 ]

Congrats to Negeri Sembilan.....


hurayyyyyy..... tahniah.... tahniah... tahniah...
Tahniah kepada pemain bola sepak Negeri 9 atas kemenangan menewaskan Kedah dalam perlawanan piala FA 2010 malam semalam. Pemain Kedah, cuba lagi musim depan..

Negeri sembilan - 5 / Kedah - 4

9.4.10

Changing address



Wahai kengkawan sekalian, sila AMBIL PERHATIAN ( dgn nada serius ).
Bahawasanya blog saya ini telah bertukar alamat daripada

cintarasahawa.blogspot.com
kepada

Alamat ini ditukar kerana mengalami masalah2 teknikal yg dialami oleh saya sendiri.
( sendiri punya problem da...., jangan marah haaa...... )

Sekian, harap maklum.

8.4.10

Week 6 - My favourite sport

Sukan kegemaran sayer? Apa yer? Banyak yang saya suka. Antaranya sepak takraw, badminton, bowling, catur, carom, berbasikal dan banyak lagi lah... Tapi itu semua sukan yang lebih suka dilihat daripada diikuti @ dipraktikkan. Sekarang ni yang betul-betul suka ialah berbasikal dan bowling. Berbasikal - untuk menguji tahap kekuatan kaki. Bowling pula untuk menguji tahap kekuatan tangan dan otak dalam menyusun strategi permainan ( nak menang main bowling, kenalah ada strategi... ).


Berbasikal
dah lama tinggal kat belakang sebab basikal dah takde ( dah rosak, malas nak beli baru ). Jadi sekarang ni terus aktif dengan bowling saje. Memang rindu sangat nak berbasikal. Rasa badan fit sangat bila berbasikal ni.... ( ada harapan nak beli basikal baru nih.. hehehhe... ). Bila dah start cycling, susah nak berenti sbb seronok. Keluar peluh, badan sihat lagi segar dan otak cerdas. Bila kita berbasikal, bukan kaki je yang bergerak, seluruh badan pun ikut bergerak sama. Walaupun berbasikal tu penat, tapi puas. Badan sihat otak cerdas.

Bowling
lebih kepada sukan jenis riadah. Tak teruk dan mudah. Itupun tak selalu buat latihan. Biasanya sekali dalam masa 2 minggu akan main bowling dengan hubby ataupun opismate. Kebiasaannyer 1 - 3 game untuk setiap sessi. Kalau de masa terluang+kewangan OK, seminggu sekali akan main bowling. Seronok main bowling ni. Dapat bersantai dengan family dan kengkawan. Disamping tu, dapatlah juga keluarkan peluh. Sebenarnya, tak kira apa jenis sukan sekalipun, kena buat dengan bersungguh-sungguh. Tertib dan ikut peraturan ( prosedur kena betul, jangan main langgar jer..... ). Bila dah buat dengan cara betul, hasilnya akan terserlah dengan sendirinya....


Bila dah bersukan pastilah kita berpeluh. So kenalah bersedia dengan protection. Jeng... jeng... jeng.... inilah dia -  barangan penjagaan diri daripada adidas. Keluaran terbaru - Adidas Action 3 de series..... Guna adidas pasti segar sentiasa....



Be a Project-Alpha-Season-2 facebook fan

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

7.4.10

Adam - Hawa


:: Blogger