:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Health Info. Show all posts
Showing posts with label Health Info. Show all posts

13.3.12

Syarat-syarat untuk menderma darah



Sebelum kita boleh boleh menderma darah, kena pastikan yang syarat-syarat seperti di bawah ni dipatuhi. Kalau tak, mesti kecewa.. =(....
Sebabnya dah excited nak derma darah sekali tu tak boleh pulak sebab ada halangannn....
Hampa terus.. Kecewa lagi..

Jadi pastikan ikut syarat-syarat ni untuk berjaya menderma darah..

1) Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2) Berumur di antara 18-60 tahun.
  • Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
  • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3) Berat badan melebihi 45 kg.
4) Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5) Tiada masalah kesihatan.
6) Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
  • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
  • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7) Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8) Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9) Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10) Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung
  • Tidak datang haid
  • Tidak menyusukan anak.
11) Jangan menderma darah jika anda:
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Senangkan syarat-syaratnya...
Panduan asas yang digunapakai sebelum pendermaan darah dapat dilakukan.

8.6.11

Penyakit zaman sekarang

Penularan penyakit zaman sekarang
  1. Wabak E. Coli di Eropah - dikatakan ada dalam timun
  2. Plasticizer dalam minuman di Taiwan
Kepada semua rakan-rakan, sila tekankan lebih perhatian kepada 'penyakit-penyakit' ini. Sentiasa beringat sebelum terkena.

25.5.11

Baru ku tahu..

Selalu bila bosan-boring buat kerja, aku akan lepak-lepak sekejap dengan kakak 'tea-lady' untuk mengurangkan tensen. Tapi bukan dia sorang lah, dengan orang lain pun aku berbual jugak. Dengan rakan se-opis, dengan supervisor cleaner, dengan tukang kebun.. Nak kata aku ni peramah, tak lah sangat tapi bila jumpa diorang-diorang ni, melepak ler sekejap.

Semalam pulak aku lepak dengan sorang pakcik ni. Berbual tentang cuaca yang panas, dan aku pun ada tercakap yang 'kadang-kadang bila badan panas sangat, malam-malam pun aku mandi'. Tiba-tiba pakcik tu buat muka terkejut sambil cakap 'kenapa mandi malam-malam, tak elok untuk badan..'

Dia pun bukak cerita.... Selalu sangat mandi malam boleh mengundang stroke/angin ahmar dan paru-paru berair. Tang paru-paru berair - aku memang dah tau. Tang kena stroke/angin ahmar tu, selain kerap mandi malam - kalau kita kerap sangat masuk bila masuk bilik air @ toilet tu salah satu penyebabnya.

Mula-mula tak percaya jugak, tapi bila pakcik tu cerita lebih lagi - kebanyakan orang yang kena stroke/angin ahmar penyebab dia jatuh dalam bilik air. Seeeee......ada kaitan kan dengan terlalu kerap ke bilik air - memang baru ku tahu penyebab 'jatuh_bilik_air - angin_ahmar'

Jadi aku nak nasihatkan kat korang-korang semua termasuk diri aku ni jugak ( yang agak-rajin mandi malam ) supaya :
  1. Kurangkan mandi malam
  2. Kurangkan masuk bilik air/toilet selepas Isyak

Bersamalah kita saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.

15.4.10

Makan sayur dan buah untuk elakkan penyakit


[ Seleri ]
Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin dan vitamin ( A, B kompleks & C ).
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan pusingan haid, mengatasi masalah keputihan dan merawat jerawat serta ruam.


[ Jambu batu ]
Kulit dan isi yang keras mengandungi vitamin C - baik untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan menyembuhkan luka. Kurang vitamin C akan menyebabkan pernyakit skurvi, masalah gusi dan gigi dan luka tidak sembuh dengan sempurna.
Daun dan bunga jambu batu mengandungi vitamin B ( pektin - serabut boleh larut ) - membantu kurangkan  kolestrol dalam darah ( jenis LDL ).


[ Buah delima ]
Meminum jus buah delima boleh merawat demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar.
Buah ini mengandungi tanin, asid citric ( mempunyai anti-oxidant dan kesan anti-tumor ), vitamin C dan asid borik ( mempunyai kesan antiseptik ).


[ Betik ]
Kaya dengan kalium, kalsium, vitamin ( A & C ) dan karpain ( yang berupaya untuk melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil ).
Air rebusan betik muda - boleh merawat darah tinggi.


[ Durian belanda ]
Mengandungi fosforus, kalsium dan vitamin ( B& C ).
Fosforus untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat.
Kalsium penting untuk pembekuan darah dan mengawal degupan jantung dan menghalang osteoporosis bagi wanita yang telah putus haid.


[ Kubis ]
Mengandungi agen anti-kanser, mampu mencegah ulser perut dan mengandungi bahan anti-bakterisa untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Boleh dimakan mentah sebagai ulam khas untuk kesihatan diri.




-----------
@ petikan dari Harian Metro

1.12.09

TUHAN memberi makanan yang terbaik untuk tubuh kita

Lobak
Sehiris lobak seperti sebiji mata. Anak mata dan iris adalah seperti mata manusia. Kajian sains telah membuktikan lobak meningkatkan pengaliran darah dan fungsi mata.

Tomato
Berwarna merah dan mempunyai 4 bahagian. Kajian mendapati bahawa tomato sarat dengan likopin yang merupakan sumber makanan bagi jantung dan darah.

Anggur
Setangkai anggur menyerupai bentk jantung. Setiap biji seperti satu sel darah yang kini didapati sebagai sumber makanan juga bagi jantung dan darah yang lebih berkesan.

Walnut
Rupa bentuknya adalah seperti bentuk otak yang kecil, bahagian kiri dan kanan, serebrum atas dan bawah. Kedutannya pula menyerupai neo-korteks. Kacang walnut membantu peningkatan lebih 3 dozen neutron-transitters untuk otak berfungsi.

Kacang kidney
Ia menyeruapai betuk buah pinggang manusia. Tugasnya merawat dan mengekalkan fungsi buah pinggang.

Bok choy, rhubarb dll...
Bok choydan rhubarb berbentuk seperti tulang. Makanan ini khusus untuk kekuatan tulang. Seleri adalah makanan khusus untuk kekuatan tulang. Tulang terdiri daripada 23% sodium. Jikan kandungan sodium dalam badan berkurangan, ia akan menarik sodium dari dalam tulang dan mengakibatkan tulang menjadi lemah. Makanan inin akan menggantikan kehendak skeletal badan manusia.

Avokado, terung, pear
Avokado, terung dan pear pula menyerupai rahim dan serviks wanita. Ia memberi tumpuan kepada kesihatan dan fungsi organ-organ ini. Berdasarkan kajian, jika seorang wanita makan sebiji avokado seminggu, ia mampu mengimbangi hormon wanita, membuang berat badan setelah bersalin dan mencegah kanser serviks. Terdapat 14,000 khasiat kimia fotolitik di dalam sebiji buah avokado.

Buah tin
Buah ini mempunyai banyak biji dan tumbuh secara berpasangan. Buah tin mampu meningkatkan pergerakan dan bilangan sperma lelaki disamping merawat kemandulan lelaki.

Keledek
Ia menyerupai pankreas dan ia berfungsi mengimbangi indeks glikemiks penghidap kencing manis.

Buah citrus
Oren dan buah citrus lain menyerupai kelenjar susu wanita. Ia membantu kesihatan payudara serta pergerakan limpa payudara.

Bawang
Sayuran ini seperti sel tubuh manusia. Kajian telah membuktikan yang bawang dapat membantu membersihkan sel-sel tubuh manusia. Bawang putih juga dikatakan dapat membuang radikal bebas dari tubuh manusia.

----------

Semoga memberi manfaat kepada semua....


** p/s : info dr keratan sebuah majalah

5.11.09

Macamana nak kira kalori dlm makanan???

Korang sumer tau tak camne nak kira kalori dlm pemakanan seharian kita? Baru2 ni adda ada terjumpa panduan nak kira kalori ni dlm sebuah web fotopages. Adda rasa ianya bagus untuk dikongsi pada kengkawan sumer [ juga utk diri adda & keluarga. kesihatan itu compulsory tau... ]. So adda copy isi kandungannyer & publish kat sini. Moga jd manfaat kpd sumer yer....
[ credit tu
nuriz fotopages ]
PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori : Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori : Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)= 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori : Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Makanan Segera
1. Paha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping =58 kal

Kategori : Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Peringatan : Purata pengambilan pemakanan mestilah <1000>

:: Blogger