:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Aku sakit. Show all posts
Showing posts with label Aku sakit. Show all posts

18.7.11

Sakit lengan



Assalamualaikum

Selamat pagi Isnin

Hari ni mood tak berapa nak elok sebab aku tengah sakit lengan.
Dari semalam pagi lagi lengan ni dah sakit.
Korang pernah rasa tak?

Rasa sungguh tak selesa tau sebab macam-macam rasa ada kat lengan ni - lenguh, sengal, berat, macam-macam lagi lah..
Rasa sakit sangat selagi keadaan ni tak kembali kepada asal tau..
Nak buat kerja kat opis pun tak de mood..

2.6.11

Telinga dah bebas jangkitan

Alhamdulillah...

Semalam aku pergi periksa telinga dan setelah diperiksa oleh doktor - telah disahkan yang jangkitan kat telinga aku ni dah takde dan lubang yang ada pun telah tertutup semula.

Seronok rasanya, syukur padaMu Tuhan.. =)

18.1.11

Sakit

Badan penat
Letih sangat
Tak larat nak berjalan sana sini
Baru pergi production area
Dah longlai satu badan

Jari letih
Tak larat nak menaip banyak-banyak
Acuh tak acuh jer buat kerja
Yang penting siap

Mata sakit
Pengcahayaan terlalu kuat
Penglihatan kabur
Cermin mata ni berat ker???

Kawasan hidung sakit
Kepala pening
Dah naik pusing
Rasanya urat mata stress
Kena tekanan yang kuat dari nose pad

Orang sekeliling berbual pun aku tak heran
Walau keadaan riuh rendah macam pasar ikan
Apakan daya
Bila kepala pening
Takde selera nak layan mereka-mereka ni semua
Lantaklah apa nak jadi
Asalkan mereka bahagia..

18.10.10

Ada apa dengan 75..???



Ni ler berat badan terkini aku selepas seminggu sakit... Terkejut aku pagi tadi bila aku timbang, berat aku turun 5 kg. Memang aku tak sangka. Dalam aku bersemangat nak turunkan berat badan -- then aku sakit, memang ler berat badan aku aku turung mendadak. Alhamdulillah, harap-harap kekal lama sikit berat badan ni... Jangan lah naik lagi.

---------------------------

Minggu lepas kan aku sakit demam panas. Sepanjang aku sakit ni, aku memang tak lalu makan. @ ari pertama memang aku tak makan langsung, aku cuma minum air jer.. Hari kendian nya, aku makan sikit sangat sampai lah hari ni. Nafsu makan aku memang dah berkurang. Kalau makan pun, sikit je aku jamah. Sebelum makan, aku dah siap-sedia bahagikan makanan aku pada 2 bahagian. Satu bahagian aku makan, satu bahagian lagi aku ketepikan. Biasanya hubby yang akan makan separuh tuh lagi..

Walaupon demam aku dah baik, tapi aku masih rasa sakit perut lagi..

15.10.10

Aku yang sakit


Hi alll...
Assalamualaikum...

Dah lama aku tak update blog ni kan... Lately ni aku tak sehat - kena demam panas, sakit perut, muntah2 semua.. Badan memang letih-lesu. Disebabkan sakit yang teruk, 2 hari berturu-turut aku tak makan cuma minum air kosong jer... Untuk ganti yang tak makan tu, kenalah minum air banyak-banyak.

Rehat kat rumah, aku cuma baring jer... Semua keje-keje rumah hubby yang buat ( sayang hubby.. ) Dari cuci pinggan mangkuk membawa ke basuh baju dan sidai kat ampai. Semua dia buat. Dia cuma nak aku rehat cukup-cukup biar cepat sembuh.

Sekarang ni aku dah semakin sehat, tapi selera makan masih kurang. Kalau makan pon, aku makan sket jer. Rasa hati nak makan macam-macam tapi tekak masih takde selera. Ni pon masih rasa sakit perut sikit-sikit. Aku nyer interest dengan blog dan laman sosial kat internet pun kurang. Ikut mood juga. Macam sekarang ni, sebab ada mood tu yang update blog. Kalau tak, aku cuma review jer blog orang lain.

Ok lah, sampai sini dulu. Otak dah penat perah idea.... Da....

23.8.10

One more day to go..

Alhamdulillah... Dapat puasa satu hari lagi...
Walaupun aku kurang sehat sebab sakit tekak dan batuk yang agak teruk, aku tetap gagahkan diri untuk berpuasa dan bekerja. Rasa cam nak rehat jer kat rumah sebab batuk lama-lama boleh menyebabkan penat tau.... Dan sebab tu lah jugak blog aku ni tak ber'update' dari ari khamis minggu lepas. Ari khamis tu aku demam - so cuti. Jumaatnyer masuk keje dengan demam, pening, batuk, sakit tekak dan selesema.... Tak larat nak bercerita panjang dalam bloggg.....

Sakit punyer pasal, blog pun 'tak sehat' jugakkk...

27.7.10

Pergi hospital - check-up & visit

Hohoho... Semalam aku telah berjaya meng'half-day'kan diri dengan jayanya... heheheh.. Pagi-pagi kan aku dah kebasahan, masuk tengahari, telinga aku ni tak benti berair plak. Sebenonya dari jumaat lagi dah berair - on-off-on-off jer.... Ingatkan ari ahad semalam dah kering, rupa-rupanya tidak. Makin berair lagi ada.. So semalam tengahari terus pegi spital check telinga, nak tengok apa masalah dengan telinga ni.

Pastu check-up, doktor cuma cakap telinga ni ada minor infection, tu yang berair... Lagi pun ada lubang kechik kat saluran telinga ni kesan 'gigitan' kulat aritu. Dah siap sumer, pegi farmasi pulak amik ubat....

Sebelom balik, singgah jap kat wad melawat jiran sebelah umah keluargaku. Ni dah kira cam sedara mara jugak, sebab kitorang berjiran dah lama sangat.... Masa kechik-kechik main pondok-pondok dengan anak dia, gaduh sama-sama, bergumbira sama-sama, eh banyak lagilah. Kenangan masa dolu... La ni jiran aku ni sakit. Dia memang de sakit darah tinggi dengan kencing manis, tapi semalam dia bagitau aku yang doktor dah syak dia kena penyakit buah pinggang pulak. Terkejut aku. Harap-harap taklah teruk sangat.

Penyakit sedia ada memang dah lama kena, ubat pon dah makan lama. Tapi baru-baru ni, ubat yang dia makan tu tak berkesan. Tekanan darah tak turun-turun. Bila pegi check-up, doktor bilang ada masalah. Dirujuk ke hospital pakar - Hospital Sultan Ismail. Kat HSI doktor situ cakap berkemungkinan buah pinggang ada masalah. Biasanya kalau buah pinggang bermasalah, kitaran darah yang sempurna akan terjejas... Correct me if i'm wrong.. Sekarang, jiran aku ni kena tinggal dalam wad sampai keputusan yang sebenar diperolehi. Dia dah duduk wad dalam seminggu. Hari-hari mesti amik darah - buat ujian. Badan dah cengkung, berat pon dah kurang, selera makan dah kurang... Memang kesian aku tengok dia. Aku harap dia cepat sembuh. Kalau pon dia betul-betul kena penyakit tu, aku harap dia tabah.



p/s : Setiap penyakit ada penawarnya. Sentiasa berusaha untuk melawan penyakit. Semangat mesti kuat...

27.5.10

Teruk tak???

Dari semalam petang, tido sampai pagi ni. Kol 4.30pg tadi baru bangun dari tido. Maser2 tido tu pon, bangun kejap2 jer. Masa hubby balik keje kol 6ptg, kol 12mlm dan beberapa kali lagi lah... ntah tak ingat kol baper... Oopppsss bendera merah, takleh solat - tu yg bantai tido lelama.. Lagi pulak semalam pi check-up telinga. Kena cuci lagi... Bila sampai umah, kepala dah berat semacam - pening... Dalam telinga ni ada reben ubat, esok baru leh tanggalkan. Reben ni kena ada 2 ari dalam telinga. Infection dlm sangat, masa kena cuci tu tekanan jadik terlalu kuat dalam telinga. Tak tertahan rasanyer....so doktor decide untuk letak reben ubat dalam telinga. Reben tu untuk keringkan condition dalam telinga disamping untuk matikan germs & fungus dalam tu. Hopefully my telinga cepatlah baik hendaknyer.. Berusaha selagi terdaya...

Nampak tak benda putih kat telinga tu? Tu lah kapas, dalam telinga plak de reben. Tapi tak nampak lagi. Kena tunggu sampai esok baru lah buleh nampak bentuk reben tu.

12.5.10

Check up lagi... Bloggin' lagi...

Hari ni me pergi HSI untuk check-up telinga ni. Pergi pagi hubby yang anto. Cam biasa, gi daftar, sarapan, tunggu panggilan appointment, cuci telinga, amik MC, amik ubat. Arini rasa len macam sket, rasa makin sakit plak bila kena cuci telinga. Padahal dah masuk kali ke-4 dah 'mencuci' telingan ni. Tapi memang hari ni rasa paling sakit. Pas abis cuci telinga, terus kepala pusing, takleh nak bangun terus dari pembaringan. cuci telinga sambil baring.. kalau duduk susah nak cuci lah... Tak penah2 tau cenggini, arini memang power kena cuci telinga ni. Tadah jer lah, doktor memang cakap, kali ni nyer cuci dekat dgn gegendang telinga, tu yang cepat pening. Tekanan dalam telinga kuat sangat tu....

Dah settle cuci-cuci sumer, amik surat MC then gi farmasi amik ubat. Sampai sana, ruangan menunggu penuh. Ramai lah plak orang tunggu nak amik ubat. Takper, tunggu jer. Suddently, 10 minit pastu, staff farmasi bagitau yang sistem down, so susah lah nak trace ubat yang doktor perskripsikannn..... Bengang betol, dah ler orang ramai, sistem plak down, memang cam lalat orang2 hurung kat kaunter ubat - tanya itu ini.. Nak senang, gi jumpa doktor balik, tanya perskripsi ubat yang di bagi, then datang balik kat farmasi amik ubat. Leceh betol.... Dah ler me nyer kepala masih pening2, turun-naik-turun-naik tangga kat situ, rasa cam nak pitam plakkkkkkk............ Tapi kaki ni tetap melangkah ikut arahan. Takde maser der nak datang petang karang ker, esok ker semata-mata nak amik ubat jer. Baik sudah kan ari ni jer.... Senang, takde maser nak ulang-alik datang spital ni.... Dah dapat ubat, trus amik cab balik umah. Dari pagi keluar umah ( dlm kol 7.15pg ), sampai kat umah semula masa azan Zuhur tengah berkumandang.... Memang asyikkkkkkkkk....

Oh, lagi 2 minggu kena datang lagi wat check-up. Taon ni memanjang ler me amik MC. Tiap kali check-up, dapat MC.  Begitulah selama 4x ni.... Menurun prestasi kerja tahun ni....

Ni dah kat umah dr tadi facebooking dgn blog walking jer.... Sambil tu basuh baju-angkat kain jemuran and masak air. Air minum dah tinggal sket, kenalah masak. Kang time nak minum air takder, lagi haru..... Takkan time tu nak minum, time tu nak masak air??? Dapat air panas ler jawabnyer.... ahahhhahahahahaha.... Keylah nak sambung facebooking dgn blog walking yer..... Kalau tak pon, solat pastu tido. Malam tadi tengok project alpha s2 video (episode 12 ~ 22) secara maraton. Kol 3 pg baru tido. Ni saki-baki mengantuk der lagi.... Tak tahan dah, nak tido kejap lah.... da....

zzzZZZZzzzzZZZZzzzz............

4.5.10

i'm sick


Selamat siang sumerrr....
Hari ni me rasa taksedap badan. Dari malam tadi dah mula sejuk-panas-sejuk...
Ingatkan pagi ni dah kurang, rupanya bila sampai opis makin teruk plak - yelah, dalam badan rasa panas tapi bahagina luar kat kulit ni rasa sejuk. Ni nak menaip pon balut tangan dengan sweater. Memang sejuk sangat.... Sebenornya banyak citer nak update tapi sebab tak sehat plus tak larat ni, kenalah ditangguhkan. Dah stabil jiwa dan raga nanti me updatelah citer2 tu yer....
cau... cin... cau
:
:
:
:
:
:
:
:
V

26.4.10

T.O.D.A.Y

Hari ni gi check-up telinga kat HSI. Pepagi lagi dah pegi sbb menjangkakan yang arini pasti ramai orang kat saner... Hubby sempat anto pegi je, balik kenalah naik taxi. Sesampai jer kat sana, trus gi kaunter pendaftaran. Ooooo makkkk aiiii.. ramai nye orang. Ramalanku benar belaka. Belom kol 8pg, orang dah sesak kat sana. Nasib baek me nyer no. tak sampai seratus ( org yg ke-76 aka 0076 ). Baru je duduk kejap, no dah mencanak naik ke dua ratus. Ni tadi kalau sampai lambat mau nyer sampai ke ptg kat HSI. Dalam setengah jam no naik, trus ler gi daftar dan wat pembayaran. Kalau nak tau, pendaftaran kat klinik pakar HSI ni bayarannyer rm5 shj. Pas daftar pegi plak sarap. Perut dah bunyi2 mintak diisi sbb dari pagi lom sarapan. Sebelom tu singgah HSI shoppe beli paper KOSMO ( nak tau hal semasa lah kununnyer.... ).

Dah siap sarap & baca paer, trus ke kaunter klinik pakar TNT ( telinga-hidung-tekak ) dalam kol 9pg. Kat sini pon orang dah ramai. Dah daftar, me dok elok2 kat tepi sambil sambung baca paper & tengok TV citer kartunnnn... Dekat2 kol 10pg barulah nurse panggil masuk untuk check telinga. Dah sudah check, tunggu plak kat bilik prosedur sebab doktor nak cuci plak dalam telinga ni. Dia kater de fungus sket lagi dalam ni. Dah standby, apelagi mulalah kisah pencuciannn.... Sakitnyer, mak aiiiii tak boleh tahan. Me sabor je lah. Kalau tak tahan maunyer tangan kaki bergawangan menahan sakit. Tapi me tahan perasaan tu, kita ni kan dah besor, tak elok berperangai cam budak2 kannn... kan... kannn... Dah settle sumer, doktor cakap lagi 2 minggu datang chek up balik. Pastu trus amek MC ngan pi farmasi amik ubat. Kat sini tunggu tak lama, dalam 10minit jer. Dah dapat ubat, trus cari taxi balik umah... Call my superior bagtau yang arini MC. Sampai umah, rehat2 ngan tengok TV....

Begitulah kejadian hari ini.. Keluar umah kol 7.25 pg sampai umah semula kol 12 tgh.. 
Nanti lagi 2 minggu pon citer yang sama gak... hehehe..
da....

Online ker...???

APA YANG ME SEDANG BUAT NI....???



Apalagi, ngah onliner lerrr......
Sejak akhir-akhir ni, me memang rajin online, sekejap pon jadilah.... tapi banyak kali. Arini me mula kol 10 lebih tadi. Pas jer hubby dah sudah online, me plak sambung. La ni dia dah seronok tido...... zzzzzzz..... Me memang giler internet. Tiap hari tak sah kalau tak online. Bloggin' plak, kalau takde entry baru pon takper yang penting me login masuk tengok blog yang me follooowww... Berbaloi juga kannnnn.... Ni masih lagi berjaga sebab penangan dari tido petang. Petang tadi dah membantai tido yang lama, so malam ni takleh nak tido awal. Mata pon masih segar tapi dah mula kuyu-kuyu.. ( alamak, petanda nak kena tido dah... ).

Tadi me blogwalking jer... sambil tu tengok video2 project alpha s2 kat RUUMZ dan citer destinasi bajet dalam MASTraveller. Memang happening kedua nya. Untuk project alpha s2 ruumz ni, boleh tengok daily vidoe dan join contest yang ada. Menarik dan hadiah yang ditawarkan juga berbaloi. Based on daily contest and carry to grand prize. So boleh cuba nasib untuk dapat hadiah yang best tu.... Dalam destinasi-bajet-de-series, boleh tengok host program menjelajah dalam Malaysia dan ke luar negara dengan modal rm300. Program yang membawa kita melancong ke tempat2 yang menarik. Sebelum ini, siri tersebut disiarkan di kaca TV tapi telah ditukarsiaran ke MASTraveller. Bagi yang suka melancong, mesti tengok siri penjelajahan ni. Boleh bagi inspirasi camner nak melancong dengan bajet yang murah ( hanya rm300 ).

Eh, dah teruk dah kuyu mata ni. Sok sambung lagi lah..... Lagi plak sok de appointment dengan doktor telinga kol 9pg. Ni kali ke-3 jumpa doktor pakar telinga kat HSI.  Takut lambat bangun je. Hubby dah janji nak tolong anto g spital. Kang lambat bangun, marah plak dia...
Keylah, adios amigosss.....

19.4.10

Tak selesa nya...

Hari ni sakit perut dari pagi lagi... Nak wat keje pon tak selesa. Perut ni sakit sangat. Tak tahulah sebab apa, salah makan ker, atau ader banyak angin dalam ni.... =(


31.3.10

Kesedihan melanda

Aku masih lagi sakit telinga. Dah boleh dengar tp still perlahan. Itu pon dah alhamdulillah. Sakit kat dalam tu pon dah kurang ( kenkadang je dalam telinga aku tu sakit ). Next appointment bulan depan. Ni kena makan ubat jer. Aritu nyer check-up, doktor check dan cuci + masukkan ubat dalam telinga. Sakitnya Tuhan jer yang tau... ( tapi aku tahan sakit tu, sbb nak cepat baik ). Telinga aku dah kena infection, so kena wat regular check-up kat HSI.

Then semalam dapat perkhabaran yang pakcik aku sakit. Kena tahan kat spital Mersing. Sebelum tu dah de sorang pakcik aku sakit ( adik-ipar mak ). Dari Pontian ke HSA JB, skang de kat wad neurology. Benjol kat kepala dia dah pecah and doktor suspek itu adalah ketumbuhan. Skang ni kena tunggu result dari ujian2 yang telah dijalankan ke atasnya... ( kronik kan sakit dia... )

Berbalik pada sorang lagi pakcik aku ( ni abang mak ), dia ni skang dah dpt transfer dari spital Mersing ke HSA JB. Cuma nyer tak kena tahan kat wad, just check-up then boleh balik umah. Transfer tu sbb dekat dengan umah anak dia kat JB nih, so mudah lah nak ulang-alik. Kalau kat Mersing tu jauh sangat nak ulang-alik nye dari umah ke spital. Dulu dah kena tahan wad gak, ni pon kena lagi. Semalam tok aku datang dari kampung ke JB sbb nak tengok anak dia. Susah hati betol aku tengok tok aku ni... ( tok aku ni pompuan tau... ). Yelah anak sakit, mustilah risau kannnnn..... 

Aku doakan dua-dua orang pakcik aku ni cepat sembuh dari sakit begitu juga dengan aku ni...
Aminnnn......

23.3.10

~ Hari yg mendung-cerah-mendung ~

Wah cuaca hari ni, tak berapa panas. Kejap mendung, nanti cerah balik, jap lagi mendung semula. Nasib baik panas semula, kalau tidak mesti hujan sampai ke malam. Begitulah ramalan kaji cuaca pada hari..... hehehehh... itu ramalan aku sahaja. Semua tu kerja Allah swt, kita sebagai manusia kenalah reda dengan segala ketentuan Nya...



Begitu juga dengan sakit telinga ku ini. Hari ni de bunyi berdengung-dengung dalam telinga. Cam de construction site kat dalam tu. Kejap sakit, kejap kang OK, kejap lagi sakit balik. Adakalanya orang kat sebelah cakap pon tak dengar. Bukannya apa, getaran yg masuk kat dlm telinga ni sikit-perlahan ( bukan pekak yer... ), tu pasal tak berapa nak dengarrrrrr........ Tak tau ler bila nak betol2 baik. Kengkadang nak tido pon susahhhhh sbb sakit sangat... Hopefully, lepas 2nd appointment ni nanti dah baik ler telinga ku ini. Sian kan pada aku dan telinga ku... hhhhhmmmmm.....

17.3.10

Alhamdulillah lega....

Alhamdulillah... lega sket raser kat dlm telinga ni....Sakit pun kurang sket. Siang td pi hospital, jumpa doktor pakar telinga-hidung-tekak ( T-H-T @ E-N-T ) kat Hospital Sultan Ismail, Pandan. Kat situ doktor check keadaan telinga dan cuci ( kasi bersih tp ada sket fungus yg taknak kuar... geramnyer...). Sakitnyer kena cuci, Tuhan je yg tahu. Terjerit2 gak ler dlm bilik rawatan tu sbb tak tahan sakit ( apa la, dh tua2 pon penakut... tp serius mmg sakit giler maser kn cuci telinga tu....btol, tak tipu.... =( .... ). Ni lah pertama kali dlm hidup kn cuci telinga sbb de fungus dlm tu. Ntah camner ader pun tak tahu. Siap kena marah lg dgn doktor sbb biarkan telinga de fungus.... Apa la nasib... dah telinga sakit, kene marah lg tambah sakit. Bukan telinga jer, hati-perasaan pon sakit jugak... hehehhehehhehee...Banyak juga ler fungus yg dpt "dimusnahkan" masa cuci td, CUMA de sket lagi yg taknak kuar sbb dok blh dlm sket & melekat dgn kuat kat dinding telinga. Cuci punya cuci punya cuci tp fungus still taknak kuar gak. Dah puas teriak dlm tu, doktor pon ckp " Oklah, awak balik dulu mkn ubat, then seminggu lg dtg check & cuci. Memang yg ni susah nak kuar sbb tgh "aktif' dlm telinga awak ni... ". Sudahnya, aku pon baliklah. Opps sblm tu amik MC ( arini dgn esok ) then pegi farmasi amik ubat.

Arininye citer...

07:50 Pagi masuk opis. Mintak permission dgn boss nak pegi spital.
              Pegi HR opis, bw refer letter.
08:10 Pakcik driver tolong anto gi HSA.
08:30 Register kat Klinik Pesakit Luar, HSA. Amik nombor giliran.
08:40 Nombor naik, masuk bilik rawatan-doktor check.
              Then kn transfer plak pegi Poliklinik HSA.
09:10 Sampai kat poliklinik, trus panjat ke tingkat 3.
              Register.... tp xleh nak wat rawatan. Kn transfer ke HSI Pandan
            plak ( leceh lah, pegi sana, pegi sini ).
09:20 Call hubby bgtau keadaan semasa. Call juga supervisor bgtau menda yg sama..
09:40 Tunggu pakcik driver dtg dr kilang sbb nak pegi ke HSI Pandan.
10:20 Pakcik driver sampai & trus gerak.
11:00 Tiba kat HSI, trus gi kat Klinik Pakar Telinga-Hidung-Tekak
              ( THT @ ENT ) & register.
11:10 Staf kat kaunter bgtau dpt jmp doktor kol 2ptg.
11:25 Gerak gi kafeteria HSI, nk makan ( perut dah berdangdut mintak diisi... ).
12:00 Selesai mkn, beli metro. Dok kat lobby spital sampai waktu
              appointment ( malas nak balik umah ). Baca paper-santai-rehat-tertido....
13:50 Gegas ke kaunter pendaftaran sesi ptg ( cam dak skolah ).
              Dah siap trus ke kaunter klinik plak.
14:20 Masuk bilik rawatan, doktor check-telinga-cuci-telinga.
15:00 Pegi kaunter, dpt update info ttg telinga. Next appointment, next week.
15:20 Amik MC, pegi farmasi amik ubat.
15:30 Amik taxi balik umah.
15:50 Sampai umah, rehat-solat-tidur..... zzzz.... ( penatnyer badan ).

Begitulah ceritera sepanjang hari ini...


Ubat dr farmasi HSI


Registration card
Next appointment - 26 mar 2010 / 9 am



p/s : Doktor kat HSA dgn HSI baik2 lah. Staf lain pon OK. Rezki hari ni... =)

15.3.10

Oh telinga ku...


Hhhmmmm.... masuk ni 3 ari dah sakit telinga. Ada bengkak dlm telinga + ada nanah sket. Mak kata mungkin de bisul dlm telinga tu ( yer kerrr..... ntah ler.... ) tp memang perasan yg telinga sblh kiri ni besar sket dr telinga sblh kanan. Dah g jumpa doktor, doktor pun kata memang de bengkak kat telinga. So dia bg lah macam2 ubat untuk dimakan. Ari ni plak dapat MC 1 ari. Oh.... disebabkan bengkak ni, me pon jadik kurang pendengaran ( ala-ala pekak sekejap.... ). Wahai telinga ku yg sakit, bilalah ko nak sembuh???? Sakitnye tak leh nak diluahkan. Tido pon tak selesa... Baring tak selessa.... pendek kata, memang tak selesalah memanjang. Disebabkan laluan angin kat telinga ni tersumbat, maka bertambah lah tekanan dlm telinga ni...Ishhh cepatlah sembuh. Ya Allah, ko sembuhkanlah penyakit ku ini... Aminnnn...


p/s : nak pegi makan ubat ni. moga2 cepat sembuh... =)

15.12.09

:: D.E.M.A.M ::

Hari ni rasa tak sehat (sebenarnya dr smlm lagi dah mula tak sihat...)
alhamdulillah suamiku sayang dah bawa diriku ke klinik utk pemeriksaan.
Then doktor kata, tiada yang serius cuna jangkitan kuman dan kurang minum air.. So doktor nasihatkan berehat di rumah, makan ubat and minum air banyak2...


p/s : hari ni nak berehat puas-puas kat umah...

:: Blogger