:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

27.7.10

Pergi hospital - check-up & visit

Hohoho... Semalam aku telah berjaya meng'half-day'kan diri dengan jayanya... heheheh.. Pagi-pagi kan aku dah kebasahan, masuk tengahari, telinga aku ni tak benti berair plak. Sebenonya dari jumaat lagi dah berair - on-off-on-off jer.... Ingatkan ari ahad semalam dah kering, rupa-rupanya tidak. Makin berair lagi ada.. So semalam tengahari terus pegi spital check telinga, nak tengok apa masalah dengan telinga ni.

Pastu check-up, doktor cuma cakap telinga ni ada minor infection, tu yang berair... Lagi pun ada lubang kechik kat saluran telinga ni kesan 'gigitan' kulat aritu. Dah siap sumer, pegi farmasi pulak amik ubat....

Sebelom balik, singgah jap kat wad melawat jiran sebelah umah keluargaku. Ni dah kira cam sedara mara jugak, sebab kitorang berjiran dah lama sangat.... Masa kechik-kechik main pondok-pondok dengan anak dia, gaduh sama-sama, bergumbira sama-sama, eh banyak lagilah. Kenangan masa dolu... La ni jiran aku ni sakit. Dia memang de sakit darah tinggi dengan kencing manis, tapi semalam dia bagitau aku yang doktor dah syak dia kena penyakit buah pinggang pulak. Terkejut aku. Harap-harap taklah teruk sangat.

Penyakit sedia ada memang dah lama kena, ubat pon dah makan lama. Tapi baru-baru ni, ubat yang dia makan tu tak berkesan. Tekanan darah tak turun-turun. Bila pegi check-up, doktor bilang ada masalah. Dirujuk ke hospital pakar - Hospital Sultan Ismail. Kat HSI doktor situ cakap berkemungkinan buah pinggang ada masalah. Biasanya kalau buah pinggang bermasalah, kitaran darah yang sempurna akan terjejas... Correct me if i'm wrong.. Sekarang, jiran aku ni kena tinggal dalam wad sampai keputusan yang sebenar diperolehi. Dia dah duduk wad dalam seminggu. Hari-hari mesti amik darah - buat ujian. Badan dah cengkung, berat pon dah kurang, selera makan dah kurang... Memang kesian aku tengok dia. Aku harap dia cepat sembuh. Kalau pon dia betul-betul kena penyakit tu, aku harap dia tabah.



p/s : Setiap penyakit ada penawarnya. Sentiasa berusaha untuk melawan penyakit. Semangat mesti kuat...

No comments:

:: Blogger