:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.9.12

Bajet 2013

Apa yang best tentang bajet 2013?



  1. Pemberian BONUS 1 bulan setengah gaji kepada 1.3 juta penjawat awam.
  2. PENCEN minimum pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dinaikkan kepada rm820.
  3. INSENTIF khas sebanyak rm200 sebulan kepada 125,708 pegawai/anggota tentera bermula 1 Jan 2013.
  4. 224,000 bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmmat kurang daripada 21 tahun dan tidak berpencen akan menerima SUMBANGAN rm1000 sekali bayar.
  5. Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak rm500 kepada 4.3 juta isirumah diteruskan dan diperluas kepada individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan
  6. 1.5 juta belia berpendapatan rm3000 sebulan layak mendapat REBAT rm200 bagi pembelian telefon pintar.
  7. 1.4 juta ahli Perkeso berusia antara 40 - 50 tahun boleh menjalani PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA.
  8. Cukai pendapatan individu DITURUNKAN 1 mata peratusan begi kumpulan bercukai tahunan rm2500 - rm50,000.
  9. 80,000 unit rumah di bawah projek perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di lokasi utama - KL, Shah ALAM, JB, Seremban, Kuantan, dengan harga jualan antara rm100,000 - rm400,000.
  10. Had pendapatan peminjam skim rumah pertamaku DITINGKATKAN daripada rm3000 kepada rm5000 sebulan atau rm10,000 sebulan untuk pinjaman bersama suami isteri.
  11. DISKAUN 20% atas jumlah pinjaman ptptn kepada yang melangsaikan hutang sekaligus dan diskaun 10% setahun kepada pembayar pinjaman secara konsisten.
  12. 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan meneriam BANTUAN PERSEKOLAHAN rm100 yang akan dibayar mulai jan 2013.

27.9.12

Google's birthday



Happy birthday Google...

26.9.12

Dari @BENASHAARI on Twitter

Nak kongsi sikit dari @BENASHAARI on Twitter,

Dlm blog ,jgn cerita lengkap sangat hal peribadi dan keluarga. Keselamatan perlu diutamakan. Kita tak tau sapa yg baca blog kita ..


# Sebagai langkah berjaga-jaga untuk diri kita dan keluarga
# Keselamatan harus diutamakan

Sila faham


photo from http://www.facebook.com/medsantai?ref=stream


Sila paham yer.
Jangan salah sangka pulak.

25.9.12

JOM SENAM


Sumber : http://www.facebook.com/medsantai?ref=stream

Jom kita senam...

Siapa-siapa yang badan dah layu mata dah kuyu tu, aku sarankan korang bersenam.

Tengok kucing ni bersenam, cute jer kan..

Jom tengok bola




Perlawanan suku akhir antara

JOHOR FC  vs  SELANGOR

24.9.12

Masalah

Setiap dari kita pasti ada masalah.
Bila dilanda masalah, itu tandanya Allah sedang menguji kita.
Sebagai seorang Muslim kita kena redha.
Fikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah yang mendatang.
Jangan lari dari masalah kerana ianya takkan menyelesaikan masalah.
Tapi tempuhinya agar masalah dapat diselesaikan.

Berfikir dengan positif.
Berfikir dengan akal.
Berfikir dengan sewajarnya.
Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya..

21.9.12

Burger Mcd



Tengok ni promo terbaru
SAMURAI BURGER + SAKURA McFIZZ + KATSU CURRY McSHAKER

Asyik makan jer kerja nya..
Kang nanti masa check-up mengandung berat aku naik lagi.
Dahlah ni limited edition, takleh tunggu-tunggu.
Memang menggugat nafsu makan..

20.9.12

Kad diskaun siswa



Tengok budak-budak sekarang, nak beli keperluan belajar pun dapat diskaun.
Siap ada kad diskaun lagi - KAD DISKAUN SISWA.
Untungnyer...

Dulu-dulu takde pun.
Kalau nak beli buku-buku belajar (yang mahal tu) siap berkira-kira cukup tak duit nak beli.
Takut-takut bila beli buku, duit makan tak sampai ke hujung bulan.
Cara selamat berkongsi buku dengan kawan @ beli yang 2nd hand @ beli masa jualan murah/promotion.
Itu cara paling baik yang ada.

Sekarang ni, jadi pelajar dah untung.
Nak itu senang, nak ini mudah.
Dengan kad diskaun ni, lagilah dapat jimatkan duit.
Dapat jimatkan duit belanja dan boleh beli keperluan-keperluan penting yang lain.
Jangan banyak shopping sudahlah...(sebab ada duit lebih kan).

Siapa kata sekarang susah nak berjaya???
Dah banyak sangat dapat bantuan untuk pelajaran sepatutnya menjadikan pelajar-pelajar kita semua ni lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Yang penting nawaitu kena betul - Nak belajar bersungguh-sungguh.
Baru terhasil kejayaan.

Dalam melakukan kerja, tiada apa yang mustahil.
Yang penting kena usaha barulah mendapat kejayaan.
Kalau malas usaha, kejayaan pun tiada.

19.9.12

LEGOLAND MALAYSIA

Pembukaan rasmi pada 15 September hari tu.






pic crdt to eyriqazz.blogspot.com



Bilalah aku nak sampai tempat ni kan...
Taklah jauh sangat dari umah Johor Jaya.
Tapi kan pregnant, so tak mungkin lah pergi LEGOland ni dalam waktu yang terdekat.

Masa yang paling best nak pergi adalah tahun depan.
Dan untuk menjelajahi kesemua tempat yang ada LEGOland ni, ada baikknya kita beli Annual Pass.
Boleh pergi banyak kali dan menjimatkan duit.
Tak mungkin kan 1 hari boleh menjelajah ke semua tempat, jadi dengan adanya Annual Pass adalah cara terbaik untuk menjelajah ke semua tempat.

18.9.12

Celcom

Terbaru dari celcom


Celcom First WiFi instant access, anytime, anywhere.

Menarik ni, ada plan Harian, Mingguan, Bulanan.
Coverage pun luas jugak.
Nak tau lagi klik sini --> Celcom

27 minggu

Sekarang usia kandungan sudah masuk 27 minggu.
Mudah-mudahan selamat sampai ke akhirnya.

Sepanjang mengandung,
  • Tekanan darah kejap naik kejap turun
  • 2 kali kena cirit-birit, muntah-muntah
  • Beberapa kali demam, pening kepala, sakit badan
  • 1 kali masuk 1 bag air dalam badan
  • 1 kali scan untuk pantau kesihatan baby
  • 2 kali kena minum air gula untuk tentukan kandungan gula dalam darah
  • 1 tabung uji kecil untuk analisa darah
  • 1 suntikan kancing gigi
  • Berat semakin bertambah yer
  • Pergi Penang hantar adik ipar daftar uitm (masa tu usia kandungan adalah 24 minggu)

Yang belum lagi,
  • Periksa gigi - yang ni nak pergi hujung bulan nanti
  • Scan jantina dan pemantauan kesihatan baby

Persiapan untuk baby dah mula buat sikit-sikit.
Jangan risau, perancangan dah ada tinggal dilaksanakan sahaja.

Cuma kesian dekat mak, aku yang mengandung dia yang dapat alahan.
Masa pergi Penang haritu, mak demam-pening kepala-sakit perut.
Yang aku pula biasa-biasa jer.
Hubby pun dapat tempias juga.
Dia kena sakit-sakit badan.
Kesian tengok mereka berdua... =(

Sabtu yang lepas mak dengan abah buatkan kenduri selamat dan marhaban untuk aku, adik ipar (mengandung 2 bulan) dengan adik yang nak amik SPM hujung tahun ni.
Seronok diorang sebab nak dapat 2 orang cucu. Insyaallah selamat semuanya..

14.9.12

Ugut

Tak baik ugut-ugut aku.
Karang aku langsung tak buat kerja yang kau bagi, baru padan muka.
Baru aku lambat sikit nak bagi dokumen untuk kau semak dah ugut-ugut gertak-gertak aku.
Ingat aku takut ker??
Aku tak heran lah,....

Aku tau lah kerja aku.
Semua aku dah aturkan.
Lambat atau cepat semua tu terpulang pada keadaan.
Yang pasti siap + maklumat betul + ada attachment.
Tak payah nak pening-ening sibuk tanya kerja aku dah siap ker belum.
Kerja kau tu dah siap ker?

13.9.12

Istimewanya W.A.N.I.T.A

Nak kongsi sesuatu dari blog ini http://miera301.blogspot.com/2012/09/istimewanya-wanita.html

-----------

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia .................................................................. seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!


Dari ilham seorang lelaki..
“ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

12.9.12

Tambang murah

Syarikat tambang murah yang aku tau ada dalam Malaysia hanyalah AirAsia dengan Firefly.









Terkini adalah MALINDO AIRWAYS yang akan mula beroperasi pada tahun 2013.
Satu lagi saingan untuk syarikat tambang murah sedia ada.

Kerjasama antara Nadi Sdn. Bhd. (Malaysia) dan PT Lion Grup (Indonesia).





Lepas-lepas ni semakin mencanak-canak lah promosi-promosi diorang dengan harga murah nak tarik pelanggan.
Sana sini berlumba nak tarik minat pembeli.

Dr Muhammad Afifi al-Akiti



Seorang rakyat kebanggaan negara kita Malaysia..

Dari wikipedia..

Menjadi contoh kebanggaan kepada semua.

11.9.12

Menjana minda

Tak susah untuk kita menjana minda.
Kalau malas nak keluar duit, boleh baca secara maya / online.
La ni semua kemudahan ada di hujung jari kita.
Klik klik pada yang mana berkenan, terpapar lah di skrin komputer.

Cara mudah, boleh klik sini --> Ruang Kloumnis di Sinar Harian

Ramai tokoh-tokoh yang berbakat meluahkan pandangan mereka di ruangan ini.
Boleh pilih nak baca rencana siapa dan tentang apa.
Semuanya ada.
Dan semuanya terpulang pada kita samada hendak baca atau tidak..

6.9.12

KEBULUR atau LAPAR

KEBULUR atau LAPAR..

Dua perkataan yang membawa maksud seerti.

Dari kamus dewan
KEBULUR - ertinya sangat lapar
-> diluahkan secara kasar / sinis

LAPAR - ertinya berasa hendak makan kerana perut kosong
-> diluahkan secara berhemah / lemah lembut

Contoh ayat
A - Kenapa kau KEBULUR sangat ni?
B - Kau LAPAR sangat yer?


Dan dek kerana tersalah menggunakan perkataan ketika bercakap dengan orang sekeliling, ada yang terasa hati. Walau yang-bercakap tak terasa apa-apa, tapi jagalah hati rakan-rakan kita ni. Yang-dicakap tersentuh hati sebab yang-bercakap tak tau menilai perasaan orang lain.

Mungkin pada yang-bercakap, itu adalah perkara biasa. Tapi pada yang-dicakap itu, sangatlah tidak sopan. Tak perlu menggunakan perkataan yang 'kasar' untuk berbual dengan rakan-rakan. Berbual secara biasa adalah lebih baik. Kalau tidak pun, tak perlu berbual (atau senyap lebih baik..) kalau apa yang diperkatakan itu akan menyinggung perasaan orang lain.

4.9.12

Raya 2012

RAYA 2012

Raya dah masuk hari ke-17, kiranya dah setengah bulan berlalu..

Dan aku tak letak lagi gambar raya dalam blog ni. Sian blog aku...

Gambar pun tak banyak sebab tak rajin nak tangkap gambar masa raya hari tu.

Kan tengah mengandung, so apa-pun-tak-boleh. Itu pun sepupu yang tolong snap gambar.

Tapi tak banyak mana. Yang mana ada pun belom di-edit lagi.

Nanti-nanti lah. Dah de 'selera' nanti aku tepek gambar raya yer...

Adam & Hawa


ADAM DAN HAWA

Novel yang indah untuk ditatap.
Sekali baca memang tak puas.
Ada dalam simpanan untuk dijadikan koleksi bacaan masa lapang.


Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Novel ini telah di-drama-kan kat Saluran Astro Mustika HD.


Para pelakon
Aaron Aziz - Sebagai ADAM
Nadiya Nisaa - Sebagai HAWA

Mulai 27 Ogos 2012
Saluran Mustika HD

Isnin - Khamis
Masa : 10 malam

:: Blogger