Mudah-mudahan selamat sampai ke akhirnya.
Sepanjang mengandung,
- Tekanan darah kejap naik kejap turun
- 2 kali kena cirit-birit, muntah-muntah
- Beberapa kali demam, pening kepala, sakit badan
- 1 kali masuk 1 bag air dalam badan
- 1 kali scan untuk pantau kesihatan baby
- 2 kali kena minum air gula untuk tentukan kandungan gula dalam darah
- 1 tabung uji kecil untuk analisa darah
- 1 suntikan kancing gigi
- Berat semakin bertambah yer
- Pergi Penang hantar adik ipar daftar uitm (masa tu usia kandungan adalah 24 minggu)
Yang belum lagi,
- Periksa gigi - yang ni nak pergi hujung bulan nanti
- Scan jantina dan pemantauan kesihatan baby
Persiapan untuk baby dah mula buat sikit-sikit.
Jangan risau, perancangan dah ada tinggal dilaksanakan sahaja.
Cuma kesian dekat mak, aku yang mengandung dia yang dapat alahan.
Masa pergi Penang haritu, mak demam-pening kepala-sakit perut.
Yang aku pula biasa-biasa jer.
Hubby pun dapat tempias juga.
Dia kena sakit-sakit badan.
Kesian tengok mereka berdua... =(
Sabtu yang lepas mak dengan abah buatkan kenduri selamat dan marhaban untuk aku, adik ipar (mengandung 2 bulan) dengan adik yang nak amik SPM hujung tahun ni.
Seronok diorang sebab nak dapat 2 orang cucu. Insyaallah selamat semuanya..
No comments:
Post a Comment