:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

9.11.12

Terkini tentang JOHOR dari FB

Kesultanan Johor Fb 

"Setiap kali saya datang ke Muar, masalah yang dilihat adalah tahap kebersihan. Bandar Muar adalah bandar utama di Johor. Pembangunannya tidak pesat sehingga ada yang menggelar bandar ini sebagai bandar pencen.

"Muar sesuai untuk golongan yang mahu kedamaian dan ketenteraman. Oleh itu, saya mahu Muar menjadi bandar contoh sebagai bandar bersih dan damai. Dengan ini, sukacita saya isytiharkan bandar Muar sebagai Bandar Diraja,"

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
5 Feb 2012

20.9.12

Kad diskaun siswa



Tengok budak-budak sekarang, nak beli keperluan belajar pun dapat diskaun.
Siap ada kad diskaun lagi - KAD DISKAUN SISWA.
Untungnyer...

Dulu-dulu takde pun.
Kalau nak beli buku-buku belajar (yang mahal tu) siap berkira-kira cukup tak duit nak beli.
Takut-takut bila beli buku, duit makan tak sampai ke hujung bulan.
Cara selamat berkongsi buku dengan kawan @ beli yang 2nd hand @ beli masa jualan murah/promotion.
Itu cara paling baik yang ada.

Sekarang ni, jadi pelajar dah untung.
Nak itu senang, nak ini mudah.
Dengan kad diskaun ni, lagilah dapat jimatkan duit.
Dapat jimatkan duit belanja dan boleh beli keperluan-keperluan penting yang lain.
Jangan banyak shopping sudahlah...(sebab ada duit lebih kan).

Siapa kata sekarang susah nak berjaya???
Dah banyak sangat dapat bantuan untuk pelajaran sepatutnya menjadikan pelajar-pelajar kita semua ni lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Yang penting nawaitu kena betul - Nak belajar bersungguh-sungguh.
Baru terhasil kejayaan.

12.9.12

Tambang murah

Syarikat tambang murah yang aku tau ada dalam Malaysia hanyalah AirAsia dengan Firefly.









Terkini adalah MALINDO AIRWAYS yang akan mula beroperasi pada tahun 2013.
Satu lagi saingan untuk syarikat tambang murah sedia ada.

Kerjasama antara Nadi Sdn. Bhd. (Malaysia) dan PT Lion Grup (Indonesia).





Lepas-lepas ni semakin mencanak-canak lah promosi-promosi diorang dengan harga murah nak tarik pelanggan.
Sana sini berlumba nak tarik minat pembeli.

Dr Muhammad Afifi al-Akiti



Seorang rakyat kebanggaan negara kita Malaysia..

Dari wikipedia..

Menjadi contoh kebanggaan kepada semua.

11.9.12

Menjana minda

Tak susah untuk kita menjana minda.
Kalau malas nak keluar duit, boleh baca secara maya / online.
La ni semua kemudahan ada di hujung jari kita.
Klik klik pada yang mana berkenan, terpapar lah di skrin komputer.

Cara mudah, boleh klik sini --> Ruang Kloumnis di Sinar Harian

Ramai tokoh-tokoh yang berbakat meluahkan pandangan mereka di ruangan ini.
Boleh pilih nak baca rencana siapa dan tentang apa.
Semuanya ada.
Dan semuanya terpulang pada kita samada hendak baca atau tidak..

23.8.12

Peringatan - Jangan jadi ikutan

Untuk peringatan semua...
---------------------------

Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta.

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan.

Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan.

Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.

Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar.

Renung-renungkan. – MyNewsHub

13.8.12

Berkongsi dari facebook



Berhati-hati ketika mengambil gambar dan bergambar

:: Blogger