:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.11.10

Premis HALAL

Dalam suratkhabar hari ni, JAKIM menyatakan bahawa hanya 187 premis dari beribu-ribu premis makanan dan restoran di seluruh Malaysia mempunyai sijil HALAL JAKIM.
Isu semasa yang dah lama dibicarakan

Korang bayangkan, kedai makan dan restoran punyalah banyak kat Malaysia ni, tapi seciput jer yang ada sijil HALAL. Kenapa yer begitu??? Sedangkan tiap-tiap hari kita makan, jadi camner??? Pada aku, senang jer. Agar tiada keraguan, cari premis dan restoran yang terpampang logo HALAL. Oppppsssss..... mesti logo HALAL yang sah dari JAKIM. Yang tipu punya logo tak aci yer....

Jom baca KOSMO tentang isu nih.
Takpun cari senarai restoran dan premis makanan HALAL dalam direktori JAKIM.

29.11.10

I.S.N.I.N



Selamat pagi Isnin..
Tak mau bosan-bosan @ boring-boring tau....
No..no..no.. monday blues yer...
Kerja dengan tekun tau..
Yeahhhh...

28.11.10

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru..
Kepada Wani dan Ikhwan


Moga Kekal Bahgia Selamanya..
Selamat juga menempuhi alam rumahtangga yang penuh cabaran ini..

( Maaf yer, tak dapat nak hadir majlis korang. Ada urusan yang tak boleh nak dielakkan )

Tag - kesukaan

Sedang-sedang baca blog mamafami jumpa tag dalam entry dia..
Menarik........ dan aku nak buat jugak
( takde saper suruh, sendiri yang nak buat )
Nak ekspresikan diri kuuuuu....
Tapi aku ada ubahsuai sikit mengikut citarasa-selera aku yerrr...


3 makanan kesukaan - terangkan
a) Mee bandung ( masakan mak aku )
b) Nasi ayam ( makanan kesukaan masa dating dengan hubby )
c)  Asam pedas ayam @ ikan ( makanan kesukaan abah aku )

2 jenis air yang paling disukai
a) Bandung soda
b) Teh ais

Jenis makanan kesukaan - pilih 3
( Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian )
Malay, Chinese, Western

Apa makanan yang paling expert masak? Dalam kata yang lain, takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa, orang akan kata "wahh, gila sedap".
Ayam / daging / ikan masak kicap
( tak berapa pandai tapi boleh lah membuka selera.. )

Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
RM 100++
( makan malam keluarga sempena dapat gaji pertama )

Beri nama restoran kegemaran. Apa makanan kat situ yang paling sedap?
Kenny Roger Roasters -ayam & side dish nyer sedapppp..

Ayam, kambing, itik, lembu, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu korang suka? Kalau suka yang lain dari senarai ni, nyatakan..
Ayam / kambing / daging lembu / burung puyuh / arnab

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa?
KFC ( makan ayam ) & McD ( makan burger ) - tempat yang selalu dating..

Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
Masak kicap - sebab kesukaan hubby

Kalau pergi rumah orang, selalu berharap orang tu hidang apa?
Hidang kan air untuk membasuh tekak - lain2 tak penting, kalau ada tu rezeki..

Makanan yang korang memang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
Tak berapa nak ada makanan-tak-disukai, kebanyakkannya memang suka..
( kecuali benda-benda tak boleh makan - memang tak boleh nak telan lah.. )

Menu raya paling disukai.
Ketupat, ayam rendang, sup tulang / daging

Jajan/cikedis favourite?
Twisties / Jacker / Mamee

Beri 2 makanan kesukaan yang mak masak
a) Mee bandung - power gilerrr sampai menjilat pinggan
b) Asam pedas - memang paling sedap

Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
Bakso extra cili - makcik aku masak..

Sila tag orang lain..
Siapa-siapa yang sudi buat.. kalau dah buat, link balik ke entry ni yerrr...
Peace.. =)

27.11.10

Kacang hijau

Aktiviti petang dalam opis aku...


Taugeh kan jadinya dari biji kacang hijau..
Kacang hijau tu pulak dari mana?
Dari pokok apa?
Sape tau, tolong bagi jawapan yer..

25.11.10

Cincin cantik..


Cincin pertunangan yang cantik.. mahal lagi..
( 18-carat sapphire and diamond engagement ring )

Dulu Lady Di pakai, sekarang Kate yang pakai.


Simbolik Majlis Pertunangan Pasangan Diraja Britain



Kate & Prince William
Kate Middleton -> Catherine Elizabeth Middleton
Prince William -> Prince William Arthur Philip Louis of Wales



Lady Di




12 facts about Kate Middleton
Kate Middleton to become sixth Queen Catherine



p/s : Semua data-data dan gambar dari Google

Kopi oh kopi


Sejuk-sejuk camni best kan minum kopi..
Last week aku beli kopi baru ngan per'l cafe ( with collagen ) kat giant.
Kopi untuk minum-minum kat rumah, per'l cafe untuk minum kat opis..

Sedappppppppppp tu kopi ni.
Senang jer nak sediakan - 1 peket besar ada 12 uncang.
Amik 1 uncang letak dalam teko, tuang air panas tambah gula - kacau..
Sedia untuk diminum.

Per'l cafe tu pon sedap jugak - leh tambah stamina denga kurangkan ngantuk.
1 paket sekali minum dan aku hadkan 2 hari sekali baru minum.
Means setiap 2 hari minum 1 peket jer.

Korang cubalah....

24.11.10

Selamat Pengantin Baru



Sebelum terlupa, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada opismate aku yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya
Ain dan Mamat

Aku sekeluarga mendoakan agar jodoh mereka kekal hingga ke akhirnya..

Hoki

Skuad hoki Malaysia mara ke final setelah mengalahkan pasukan India 4-3 pada pertandingan separuh akhir hoki semalam di Sukan Asia 2010.

Pertandingan akhir perlawanan hoki ini akan menyaksikan Malaysia bertemu dengan Pakistan.


Go.. Go.. Go.. Malaysia..
Dapatkan EMAS..



p/s : Sumber KOSMO

Cara urus uri mengikut Islam

Soalan :
Saya ingin bertanya mengenai status uri, adakah ianya tergolong sebagai najis? Adakah ia perlu dibawa pulang ke rumah dan ditanam? Bolehkah sekiranya uri itu ditinggalkan di tempat isterinya bersalin dan jika perlu ditanam adakah ia perlu disucikan terlebih dahulu?



Datuk Dr. Mashitah jawab :
Uri adalah 'sarung' yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tempat bayi maka ia adalah bersih dan perlu diperakukan dengan lebih baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata. Ini bagi mengelak daripada ia dimakan anjing atau binatang lain.

Sebaiknya dibersihkan dulu dan ada petua orang tua agar ia dibasuh dengan asam supaya tidak berbau hanyir darah yang mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya..



p/s : petikan akhbar metro ahad 21/11/10

23.11.10

Doing nothing..


Sekarang ni aku dah mula tak-berapa-kerap-nak-update-blog dari rumah. Bukannnya takde idea tapi takde perasaan... TAKDE PERASAAN... Adakah aku malas? ( Nope, tak malassss ). Takde idea? ( Idea ada tapi tak luahkan dalam blog ). Malas menaip? ( Mungkin juga - sibuk buat kerja rumah ). Tak ngadap laptop? ( Ngadap juga tapi main games jer memanjang ). Lain-lain? ( Selalu tido jer kerja nya dengan jenjalan kat luar dengan hubby... hahahahahaaaa.... )

Tapi serius, memang sekarang ni aku dah mula kurang update blog dari rumah. Selalu bila masuk opis barulah sibuk nak update blog, check email lah, baca paper lah.. and what so on...
Bukan tak check blog cuma login.. baca sikit dari blog member.. carik resepi masak-masak.. main games.. tu jer... Kalau nak karang citer dalam blog memang payah.. Kenkadang tu sampai tak keluar perkataan yang nak ditaip tau.... Lagi satu, kalau tetiba aku nak buat entry baru yang ada kaitan dengan apa gambar pun leceh jugak sebbbbbbb aku suka edit gambar-gambar tu dulu sebelum masukkan dalam blog. Ni lah lagi satu yang menyebabkan aku lambat nak update blog. Bila gambar tak edit - no entry to be publish..

Sudahnya, takde apa-apa dalam blog.
Doing nothing..



p/s : Aku tengah cuba-cuba nak rajin-rajinkan tangan ni menaip blog dengan membaca blog-blog kesukaan aku.. =)

SPM & STPM 2010


Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon-calon SPM & STPM 2010..
Semoga berjaya menjawab semua soalan dengan penuh tenang..
Berjuanglah berhabis-habisan, jangan putus harapan di tengah jalan..
Agar kejayaan menjadi milik kalian semua..

22.11.10

AJL ke-25

Senarai penuh finalis untuk AJL ke-25

1) Hanyut - Faizal tahir
2) Kebahgiaan Dalam Perpisahan - Shahir
3) Noktah Cinta - Hafiz
4) Drama King - Meet Uncle Husin
5) Ku Ada Kamu - Adira
6) Cinta Sempurna - Yuna
7) Pelita - A.P.I
8) Berlari - Tomok
9) Sofea Jane - Black
10) Mencari Konklusi - Hujan
11) Selamat Malam - Faizal Tahir
12) Extravaganza - Bunkface
13) Jahat - Stacy
14) Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

21.11.10

Baby girl

glitter graphics


Alhamdulillah dan Tahniah..

Kepada kawan aku si Pipah ( Nurul Zafifah Mohd Sahri ) sebab dah selamat melahirkan anak keduanya - baby girl you...
Nama diberi - Zahratul Sofea

20.11.10

Keluar umah

Nak keluar umah..
Nakgi pasar malam..
Nak beli makanan untuk makan malam..
Kat sini baru lepas hujan..
So perut dah berdangdut-lapar mintak diisi..

19.11.10

Tak cukup masa nak rehat



Oh ari ni aku sangat sibuk di pejabat..
Mana nak pergi mesyuarat, mana nak siapkan dokumen, mana nak buat laporan audit...
Semuanya menyerabutkan kepala hotak aku...
Memang aku tak cukup rehat.
Lepas siap satu kerja, kena siapkan kerja lain pulak.
Ada yang belum siap pun kerja nya, dah der kerja lain yang menunggu..
Beginilah lah gamaknya bila banyak kerja 'ADA" serentak dalam satu-satu masa...
Tak cukup kakitangan aku nak siapkan semua kerja.
Alhamdulillah, separuh dari kerja-kerja yang ada - dah pun siap.
Minggu depan, sambung lagi separuh..

16.11.10

Salam Iduladha


Salam Iduladha

Kepada semua teman dan sahabat, keluarga dan sanak saudara..
Dalami erti pengorbanan yang sebenar..
Tingkatkan muhasabah diri..
Berkorban ke jalan yang suci dan diredhai Allas swt..
Bukannya berkorban di jalan yang salah..

Perbaiki diri kita..
Tingkatkan ilmu di dada..
Jaga maruah diri..
Jangan sampai kita ditindas..

Raihan - Haji Menuju Allah



Pergi haji
Artinya menuju Allah yang Esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang Esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Movie - MEGAMINDS


Kitorang tengok citer ni minggu lepas kat TGV tebrau city. Kat sini de yang 3D je, yang biasa tu takde. Giler kooooo tiket 3D dah mahal skang - RM21 sorang, memang mahal nak mamm***. Tapi disebabkan nak tengok sangat citer ni, kitorang tetap juga beli tiketnyerrr.... Masuk panggung kul 9.45 malam, kuar dari panggung lebih kurang kul 12 tengah malam.

Sinopsis
Filem animasi yang mengisahkan tentang seorang penjenayah bernama Megamind yang terkenal tetapi sering kegagalan. Bertahun-tahun dia cuba menawan kota Metro City dengan menggunakan ilusi imaginasinya. Apabila musuhnya Metro Man terbunuh, dia merasakan gelaran dan kejahatannya tidak bermakna lagi. ( Dari majalah InTrend.. )


sessi ngurat masa pompuan ni kena tangkap..


Untuk filem ni, kitorang bagi
Sebabnya tak berapa nak seronok sangat macam Despicable Me tau...

15.11.10

PS2 vs PSP



Tadi lawan main games PS2 dengan opismate. Terrer giler dia main, aku tak berapa pandai - sikit-sikit jer reti. Sudahnya, kalah 0-5 lawan dengan dia... Main pun bila ada pertandingan, tu pasal yang tak berapa nak pandai main ni... Tapi boleh lah untuk hari ni, kiranya aku pandai jugaklah main game PS2 ni... hehehehheeeeee........... Tak le poyo rasa bila memang betol-betol tak tau atau tak pernah tau tentang PS2.


Tengok ni, banyak giler CD untuk main PS2. Anyway, aku takde set PS2 kat umah sebab aku rasa memang kitorang takkan beli pon sebab ( lagi sekali....??? ) set PS2 ni bukan mudah-alih. Jadi, kitoang bertukar kepasa PSP... Yang ni pon aku takde, selalu pinjam yang adik aku punya jer... Best gilerrrrr main game dalam ni, boleh bawak jenjalan. Kalau keluar jenjalan aku masukkan je dalam beg atau dalam poket. Susah-susah sangat, aku letak tali panjang gantung kat leher jer..


Dalam perundingan nak dapatkan gajet ni. Aku tak berapa kesah baru ke lama ke, 2nd hand ker - yang penting condition masih elok dan memuaskan hati.. Kalau used item, hopefully harga bersesuaian sebelum aku boleh beli... Kalau yang set baru pon harga kena jugak yang masuk dalam bajet. Terlalu mahal aku tak mampu beli, terlalu murah kemungkinan keadaan dah tak elok. Yang sedang-sedang aja lah..

My friends..


I'm miss my dear frenz...
Really miss u all..

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Perkahwinan Raja Farah & Megat


Selamat Pengantin Baru...

Tahniah diucapkan kepada Raja Farah kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria.
Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahgia selamanya..



p/s : Credit pic to mStar online

Hujung minggu --------> R.E.H.A.T

Sabtu dengan ahad aku rehat-rehatkan di rumah..
Tak lah 100% rehat sebab dah de kerja-kerja yang menanti untuk dilaksanakan..
Almaklumlah, orang bekerja cam aku nih, masa hujung minggu lah baru sibuk nak ngemas rumah, masak-masak, buat itu, buat ini...
Selalu tu buat kerja rumah gak tapi taklah beria-ia sangat..
Buat mana yang sempat jer..

Ni dah pagi isnin, kenapa aku tak tidor lagi????
Sebab nyer aku tengah tunggu muffin aku masak.
Ntah tebiat apa aku nih, pagi-pagi buta rasa nak buat muffin..
Nak bagi hubby rasa ( walau dia kurang suka makan kek segala nih.. ) dan untuk kawan aku sebab hari ni, hari isnin adalah hari lahir dia.. Selamat ulangtahun..
Sebab yang lain, aku dah rancang nak buat muffin sebagai ole-ole untuk keluarga aku dan hubby sempena Hari Raya Haji nanti..

Kiranya ni pertama kali aku buat muffin tau... Ntah apa rasanya.. Sedap ke tidak, aku tak tau. Esok baru tau apa keputusan setelah muffin tu dimamah-dengan-rakus oleh bebudak opis aku... Wei mestilah aku buat lebih muffin ni, 1 bekas untuk aku dan opismate dan 1 bekas lagi untuk hubby dan opismate..
Siang-siang karang aku post gambor yer... Ni muffin dah nak abis kukus, dan aku pon dah mula ngantukkkk....

Sekiannnnnn.....

13.11.10

Orang baru

Sekarang aku dah de orang baru... Semuanya gara-gara nak permudahkan keroje aku kat umah ni hah.. Bukannya apa, dengan adanya depa ni, buleh ler ringankan tugas-tugas khas aku di rumah - senang dan mudah. Tak perlu secara manual dan menyental....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ni hah, aku beli air-freshner baru dengan febreeze...

Kan mende alah ni memang untuk memudahkan kerja....

Dulu-dulu, aku dah ada housing untuk air-freshner tu tapi sebab dah terlalu lama, keadaan dia dah tak berapa elok. Jadik aku dah terjunkan ke tong sampah. Yang botol febreze tu, patut nya beli refill pack jer tapi mencari botol lama tak jumpa jadik beli jugak yang baru.

Dua-duanya berfungsi untuk menyahkan bau-yang-tak-menyenangkan. Ini lah pembantu aku yang baru. Kalau takde mende ni ----- leceeeeehhhhhh.... Nak kena sembur guna tangan picit-picit botol tu dan nak kena sental bila tak guna febreze.. Dah ada ni, kurang sikit keje aku kat umahhhhhh..... hahahahaha....

12.11.10

121110

121110


Tarikh hari ni..
Angka yang sangat menarik...
10... 11... 12..

11.11.10

KEGAGAHAN wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sana sini kerja

Hari ni aku melawat production line kat kilang aku sebab ari ni aku kena jadik internal auditor untuk HACCP.

Pertama kali nyer menjadik internal auditor.

Tambah lagi satu kerja tambahan.

Sekarang ni pulak tengah berlangsungnyer QCC Mini Presentation - part 2.

Kiranya hari ni sibuk memanjang lah. Kerja-kerja pun banyak yang tertangguh sebab kena buat kerja lain.

S.E.N.Y.U.M



Senyum itu sedekah..
Senyumlah dengan seikhlas hati..
Dalam apa jua keadaan, jangan lupa untuk senyum..
Senyum pengubat duka..
Senyum pengindah suasana..

10.11.10

Sign up with ChurpChurp


Juzz nak bagitau yang aku dah sign up dengan Churp Churp - Nuffnang sister company..

Id Churper aku : pearly_81


Kiranya ni aku tambah lagi satu laman untuk aku bersosial selain :
facebook
blogspot
nuffnang

Mari ramai-ramai pakat join nuffnang dengan churp churp.
Yayyyy...

Proton INSPIRA launch today


SHAH ALAM: Kumpulan Proton melancarkan model terbaru, Proton Inspira dengan harga paling rendah dalam pasaran bagi kenderaan kelas itu iaitu RM91,999 bagi model 2.0L CVT MIVEC.

Harga baru baru itu diumumkan oleh Pengarah Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pada masjlis pelancaran model itu, Rabu di sini.

Harga bagi model 1.8L Manual Standard ialah RM79,888 manakala 1.8L CVT Eksekutif pula RM84,000.



p/s : sumber MStar online

Tagged diri sendiri

Tadi baca blog Hanis Haizi, ada tagged post.
Then aku pon buat lah tagged macam kat bawah ni..


THREE names I go by :
1) Siti ( nama panggilan masa sekolah )
2) Aidah / idah ( panggilan kat tempat kerja, kat umah, teman-teman rapat )
3) Sayang ( hubby yang panggil )

THREE jobs I have had in my life :
1) Operator kat kilang elektronik ( lepas SPM )
2) Jadi Crew kat mcdonalds ( masa cuti semester )
3) Juruteknik kat kilang elektronik dan kilang makanan

THREE places I have lived :
1) Johor Bahru ( memang anak jati johor )
2) Masjid Tanah, Melaka ( masa matrik KPM )
3) Sintok, Kedah ( masa buat degree )

THREE tv shows that I can't miss :
1) Buletin Utama  - TV3
2) Criminal Minds - Channel 5 Sg
3)

THREE places I have been : ( semua dalam negara jerrr )
1) Pulau Tioman, Pahang
2) Pulau Langkawi, Kedah
3) Tanjung Piai, Pontian, Johor - Titik paling hujung kat benua Asia

THREE places I want to go :
1) Mekah + Madinah
2) Korea @ Jepun
3) Negara Eropah

THREE of my favorite foods :
1) Beehoon tomyam
2) Mee bandung
3) Soto

THREE things i'm looking forward to :
1) Nak beli RUMAH
2) Nak beli KERETA
3) Nak beli kamera canggih

THREE pets that you have owned :
1) Burung tekukur ( dolu-dolu mak de bela beberapa ekor burung ni.. )
2) Arnab ( mulanya abah nak bela - tak jadi bela, sembelih makan buat lauk jer.. )
3) Ikan ( sebab adik suka mancing )

** hahaha... bukan aku yang bela sumer binatang ni yerrr...

THREE favorite bands/singer :
1) Search
2) Raihan
3) Roxette

THREE favorite teams sports to watch :
1) Bowling
2) Badminton
3) Bola sepak

THREE favorite drinks :
1) Jus oren
2) Teh ais
3) Tembikai laici



~~> Kawan-kawan sumer, jom buat tagged ni ramai-ramai...

9.11.10

PMS kerrrrrr


Aku geram betol dengan ofismate aku hari nih.. Menyirap darah aku tengok perangai dia. Kan ko yang 'datang bulan'... kenapa nak libatkan orang lain sekali.. Orang lain tu tak bersalah, dorang sumer cuba adapt dengan ko nyer moody mood tapi ko pulak takleh nak terima keadaan. Kan ni kat ofis, be profesional. Jangan ingat ko sorang PMS orang lain pon kena PMS gakkkkkk... Dan kalau ko taknak campur ngan kitorang ari nih, ko pegi balik umah rehat kat umah...

RED luv



I luv ISLAM..
I luv myself..
I luv my family..
I luv my frenzzz...

4.11.10

Premium Beautiful ---> Untuk badan cantik dan menarik


Assalamualaikum...
Korang, 2-3 ari nih aku terbaca-baca tentang produk Premium Beautiful ni... Ala pakaian dalam yang 3-in-1 tu... Banyak sangat nampak orang buat promo sana sini sinun tau.. Sempatlah jugak baca sket-sket. Yang aku lebih berkenan tu tang testimonial nyer. Kebanyakkann nyer orang biasa-biasa ajer cam aku ( aku kan keje kilang jer.. ). Surirumah pon ada jugak join.

Program PB ( premium beautiful ) ni pada aku lebih kepada pemakaian baju-dalam untuk kecantikan badan - luaran dan dalaman. Syarikat yang  jual produk ni ada jugak jual produk-produk lain, bukan PB jekk... Tapi nyer aku lebih berminat dengan PB nih jek..

Dulu-dulu masa kerja kat kilang lama, ada dah orang approach aku suh wat bisnes ( bukan guna PB yerrr.. ) jual PB. Tapi masa tu, aku kan baru-baru kerja so takde backup money so takleh lah nak join bisnes ni. SEKARANG ni pulak, aku yang lebih-lebih berminat dengan PB. Berminat ke arah yang nak pakai untuk kurangkan berat badan. Disamping itu, aku tau jugak yang dengan guna PB ni, kita boleh jugak menjana pendapatan, tambah duit poket sendiri. So interesting.. Tu yang buat aku tertarik...

Aku banyak baca tentang PB ni dalam blog ni ( blog je lah, senang nak carik info PB ).

Kat blog mereka ni aku dapat banyak info tentang PB dan bagaimana mereka menjana pendapatan serta mendapat kejayaan dengan menggunakan PB. Memang buat aku teruja-dan-rasa-nak-guna-PB. TAPIIIIIII harga PB ni mahal around 2K, maknanya aku kena carik duit dulu untuk beli PB. Ada installment plan tapi aku cam rasa nak beli cash jer. Mudah urusan...

Ya Allah, Kau permudahkan urusan hambamu ini... Amin....



p/s : Aku masih dalam perancangan nak beli-guna PB. Hubby dah bagi green-light tau... yeyyyyy

3.11.10

Cool day

Oh memang sangat cool arini sebab 'big boss' masuk opis lambat..
Hahah.... tapi takleh ngulor lama-lama sebab boss kechik ada..

Kalau berpacaran

Sekarang aku suka dengar lagu nih...
Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet

Korang...???
-----------------------------

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat
Kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

:: Blogger