Sabtu dengan ahad aku rehat-rehatkan di rumah..
Tak lah 100% rehat sebab dah de kerja-kerja yang menanti untuk dilaksanakan..
Almaklumlah, orang bekerja cam aku nih, masa hujung minggu lah baru sibuk nak ngemas rumah, masak-masak, buat itu, buat ini...
Selalu tu buat kerja rumah gak tapi taklah beria-ia sangat..
Buat mana yang sempat jer..
Ni dah pagi isnin, kenapa aku tak tidor lagi????
Sebab nyer aku tengah tunggu muffin aku masak.
Ntah tebiat apa aku nih, pagi-pagi buta rasa nak buat muffin..
Nak bagi hubby rasa ( walau dia kurang suka makan kek segala nih.. ) dan untuk kawan aku sebab hari ni, hari isnin adalah hari lahir dia.. Selamat ulangtahun..
Sebab yang lain, aku dah rancang nak buat muffin sebagai ole-ole untuk keluarga aku dan hubby sempena Hari Raya Haji nanti..
Kiranya ni pertama kali aku buat muffin tau... Ntah apa rasanya.. Sedap ke tidak, aku tak tau. Esok baru tau apa keputusan setelah muffin tu dimamah-dengan-rakus oleh bebudak opis aku... Wei mestilah aku buat lebih muffin ni, 1 bekas untuk aku dan opismate dan 1 bekas lagi untuk hubby dan opismate..
Siang-siang karang aku post gambor yer... Ni muffin dah nak abis kukus, dan aku pon dah mula ngantukkkk....
Sekiannnnnn.....
No comments:
Post a Comment