:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.8.10

Bahang merdeka - terasa tu..

Beberapa hari lagi kita nak sambut hari kemerdekaan yang ke-53 kan...
Semoga kemerdekaan kali ni, lebih bermakna untuk semua blogger..
Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ni, diharap kemerdekaan yang dicapai akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi-generasi yang mendatang..
Jangan lupa kibarkan bendera Malaysia dihalaman rumah masing-masing, dikenderaan, di blog dan di mana sahaja tempat-tempat yang bersesuaian yer....

emilayusof

Ni aku de free banner dari EmilaYusof nyer website.
Thanks sis sebab bagi free banner..
Ada banyak lagi dalam tu, korang tengok sendiri yer..

28.8.10

Alhamdulillah, selamat berbuka puasa untuk hari ni..


Ari ni aku dan hubby selamat berbuka puasa kat mcD giant plentong. Memula ingat gi giant nak beli lauk mentah nak bawak balik masak. Tapi sebab pegi sana pon dah petang, so hubby ajak buka puasa kat sana terus. Pas buka puasa dengan solat baru masuk giant beli lauk mentah.

So iftar hari ni kitorang buka puasa dengan makan mcD. Aku makan bubur ayam, ayam goreng dengan air kopi. Hubby makan quarter pounder, ayam goreng dengan coke.


Ada satu lagi, aku beli kek chocolate indulgence kat secret recipe. Dah lama mengidam nak makan ni, baru hari ni dapat. Lagi pulak aku dah janji dengan diri sendir, nak makan kek ni sekali je dalam masa sebulan, takleh lebih-lebih....

27.8.10

Cinta kau dan aku

Aku baru baca satu cerita kat blog Zack Zukhairi.

Memula baca, rasa sayu tau...
Bila dah baca - seronokkk....
Baik korang baca cerita ni..
Seronok dan terharu...
Kesudahan dan pengakhiran yang indah untuk dikenang selamanya..



p/s : Thanx to myFrenz sebab share blog ni kat blog dia

INSYAALLAH - Maher Zain



Insyaallah by Maher Zain...


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

26.8.10

Daging mcD halal yer..

Yehaaa...... Dah boleh makan mcD lagi.
Dalam beberapa hari ni tekak aku terbantut nak makan kat mcD sebab terbaca artikel yang kata daging mcD tak halal sebab beli dari Hungary.
Ni sumer sebab JAKIM tarik balik sijil halal untuk daging import dari Hungary.
Tapi lepas baca artikel ni, yang kawan aku kongsikan kat facebook, terus rasa esok nak berbuka puasa kat mcD tau....

~> Ni baca kat SINI yer...




p/s : credit tu fb frenz & harian metro...

25.8.10

Gilerrrr punya orang..


Ha ni de satu akaun fb yang boleh dikategorikan sebgai menghina bulan Ramadhan...

Ni tak tau kategori mana - kategori cacat mental ke, kurang didikan agama ke, kurang siuman ke, atau yang lain-lain lagi...
Apa nak jadik dengan remaja zaman sekarang ni...
MasyaAllahhhhh....

Fadilat Ramadan

Abu Sa'id Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :

" Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah swt membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima. "



→ Sisipan akhbar harian metro

23.8.10

One more day to go..

Alhamdulillah... Dapat puasa satu hari lagi...
Walaupun aku kurang sehat sebab sakit tekak dan batuk yang agak teruk, aku tetap gagahkan diri untuk berpuasa dan bekerja. Rasa cam nak rehat jer kat rumah sebab batuk lama-lama boleh menyebabkan penat tau.... Dan sebab tu lah jugak blog aku ni tak ber'update' dari ari khamis minggu lepas. Ari khamis tu aku demam - so cuti. Jumaatnyer masuk keje dengan demam, pening, batuk, sakit tekak dan selesema.... Tak larat nak bercerita panjang dalam bloggg.....

Sakit punyer pasal, blog pun 'tak sehat' jugakkk...

18.8.10

Selamat pagi.. Ramadhan ke-8 ari ni..

Assalamualaikum... Selamat pagi..

Hari ni dah masuk puasa ke-8. Tadi bangun untuk sahur terus aku tak tidur. Selalu pon memang camni, bangun untuk sahur terus jaga sampai nak pegi keje. Bukannya apa, takut-takut kalau aku terus tidur pas sahur kang terlajak tido, bangun lambat plak nak pegi keje. Tu yang tak tido... Kecuali hujung minggu, pas sahur dan solat, aku bantai tido..

Bila dah tak tido, aku ngemas dapur lah. Basuh pinggan mangkuk yang digunakan masa sahur tadi. Sambil-sambil tu, arini aku stay sambil-basuh-baju-layan-internet. Hahahhaaaa.... tu lah keje aku kalau tak tido. Layan internet memanjang - blogging dengan facebooking yang paling aku gemor ler...

Key ler, nak basuh baju jap yer..

17.8.10

Novel - Andai Itu Takdirnya


Tajuk novel - Andai Itu Takdirnya
Novelis - Siti Rosmizah

Sinopsis novel ni..
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?
-----------------
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


Apa kaitan buku ni dengan aku???

Ha nilah buku yang aku baca untuk ari sabtu dengan ahad yang lepas. Menghilangkan rasa boring di rumah, aku baca novel yer... Sebabnya, member aku cakap novel ni citer sedeyy... Memang nangis giler-giler punya lah. Jadi ianya telah membuatkan aku teruja untuk membacanya... ( ala gediksss.. ). Lagipon weekend kan takde apa nak buat sangat, tu yang layan novel ni. 2 ari je baca dah abis satu buku. Disebabkan member aku yang suruh baca buku ni, aku pon pinjam lah dari dia jek.... Ada duit lebih nanti aku nak beli buat koleksi.

Layan jer novel, mula dengan bahagian yang menjengkelkan pembacaan. Masa ni dah rasa tipu ker apa kawan aku ni - cam tak menarik jerrr....... Takpe, baca lagi. Masuk plak bab bahagia - seonok. Terus lagi - bermulalah bab sedeh nyer...... Aku dah nangis dah masa nih. Walaupun tak tersedu, tapi air mata dah keluar mencurah-curah. Memang sedeh yang tak tertahan-tahannnn.....  =(... Hubby siap hairan, naper le aku nangis-nangis ni. Bila dia tanya, aku jawab aku tengah baca novel citer sedihhhhhhhh.........
Hua..hua..hua... =)

Masa baca citer ni tak pandang kiri kanan, mata memang tertancap kat setiap patah perkataan. Sedih - pilu - menyanyat hati... Kisah bagaimana seorang perempuan menjalani liku-liku kehidupan setelah ditangkap khalwat orang orang yang dengki dengannya.. Walau pun suami nya adalah lelaki yang disukai, namun kebahagiaan yang dicari belom juga muncul. Malah dirinya pula disisihkan oleh keluarga sendiri atas aib yang terpalit.. Susah senang, suka dan duka kehidupan hanyalah bertemankan seorang sahabat yang setia. Dan...... ( baca sendiri yer untuk tau kesudahannya... )

Sampai abis aku baca novel ni, memang 3/4 citer adalah citer sedeh dan bakinya 1/4 keadaan biasa. Novelis citer ni memang bagus sebab mengarang citer yang membuatkan pembacanya seperti berada sekali dalam citer ni. Ala-ala kita ni salah sorang watak dalam citer ni jugaklah.. Pada saper-saper yang nak carik novel untuk dibaca, aku syorkan korang baca citer ni. Pada aku, citer ni memang bagus. InsyaAllah tak rugi membaca. Kalau ada duit lebih, beli buat koleksi.

16.8.10

Sahur.. Sahur..


Alhamdulillah, sepanjang 6 hari kita berpuasa - selama 5 hari aku dengan hubby dapat bersahur ( sunat tu.. dapat pahala.. ). Cuma sekali ni baru terlajak tido dan tak bersahur.. Nasib baik ari cuti, taklah terasa sangat laparnyer... Memang aku dah niat tahun ni, nak pastikan yang tiap-tiap hari kitorang mesti bersahur - walau bangun untuk minum air masak segelas.. Walaupun jugak time aku 'cuti puasa', aku akan cuba untuk bangun sahur agar hubby dapat sahur. Sian dia, yang takleh puasa kan aku, dia boleh puasa so kenalah bersahur. Kalau tidak, tak larat nak wat kerja nanti..


Bersahur adalah sunat..

K.U.R.M.A


Ari Jumaat pagi minggu lepas dapat kurma percuma dari ajk kebajikan kilang..
Alhamdulillah, murah rezki...
Takyah nak beli kurma lagi. Sekotak ni cukup untuk sebulan..
Petangnyer plak dapat makanan percuma jugak - nasi ambang..
Alhamdulillah, murah rezki jugak..
Kiranya rezki dalam bulan puasa ni melimpah ruah lah..
Terima kaseh pada ajk kebajikan yang sudi menyediakan juadah berbuka puasa untuk semua staff kilang yer..
Segala jasa baik korang, akan dibalas oleh Allah swt..



p/s : Orang dah bagi rezki, jangan lah pulak ada yang tak reti nak bersyukurrr....

Blog aku ada dalam blog en.Ben lah....


Salam Ramadhan yang ke-6..


Hahahah.... =), dengan jayanya blog aku dah tersenarai dalam blog list en.Ben.
Terharu sehhh....
Alhamdulillah, blog yang biasa-biasa ajer ni tersenarai dalam katerogi " Tulis Diari "...

15.8.10

Bloglist Ben Ashaari


Mari.. mari.. join ini bloglist...
Sekarang ni en.Ben telah pon me'uar'-'uar'kan tentang senarai bloglist yang baru.
Saper-saper nak join, boleh tengok sini ya...

Blog saya ni ada macam-macam isi, tetapi semuanya lebih kepada citer sendiri @ peribadi...
Almaklumlah, blog ni tempat saya mencurahkan perasaan..
Suka, duka, marah, geram, semua ada...
Jadi memang lah dikategorikan sebagai blog peribadi kan...

Kepada kamu, kamu, kamu dan kamu yang lain, cepat-cepat sertai bloglist ni..
Kerana apa??
Tempat adalah terhad, saper yang terlambat tak dapat yer....

14.8.10

Ramadhan ke-4

Iftar ke-4 hari kami berbuka puasa di pasar borong pandan, kat kedai makan yang ada kat sana lah... Sebab apa ke sana? Sebabnya nak mencari barang keperluan rumah... Adapun dengan demikian kitorang taklah azan Maghrib jer terus makan, tak dapat beb tempat penuh. Jadinya kami berbuka puasa dengan makan yang ringan macam kuih tu dengan minum air untuk membasahkan tekak. Pastu gi solat Maghrib. Dah sudah solat terus carik barang yang nak dibeli. Sudah tu, apalagi kitorang pun gi tempat makan sebab line clear. Semua orang yang dok makan tadi dah bergerak untuk solat... Naseb baik dah solat awal, kalau idak mesti berchenta dengan surau tu nak bersolat sebab ramai sangat pengunjung hari ni.... Hari cuti, memang ramai giler kat pasar borong ni. Santapan kitorang arini adalah nasi putih dengan ikan siakap masak 3 rasa, telur dadar, kailan ikan masin dan sup kosong.. Bersama air teh O laici dan nescafe ais...

Dulu masa zaman aku skolah, orang pegi pasar borong kol 2-3 pagi sebab nak gi beli ikan. Beli banyak dengan harga yang agak murah. Sekarang pegi sana sebab nak makan dan carik barang-barang keperluan. Boleh kata apa jer nak, pasti ada dijual. Macam barangan kelengkapan diri, barangan dapur - barang kering & barang basah, barangan perhiasan rumah, bahan masakan memang sumer adalah... Kira senang ler kat situ, banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Pilih lah mana yang berkenan di hati, yang penting 'ongkos' nya ada..

Bila bulan puasa camni pulak, banyak lah khemah-khemah jualan @ bazaar ada kat pasar borong ni... Macam cendawan tumbuh lepas hujan, penuh kat keliling bangunan.. Memang dah jadi trademark kat pasar borong ni.. Cuma yang tak sedapnyer, bilamana khemah-khemah ni banyak didirikan, maka tempat untuk parkir kenderaan akan berkurangan dan juga akan menyebabkan kesesakan lalulintas. Sampai ada RELA tukang jaga trafik pulak. Memang penuh giler orang... Jangan lah pegi masa-masa nak dekat raya, konfem kalau dah parkir kenderaan susah nak keluar balik. Kitorang yang  naik motor ni pon kenkadang sangkut jugak...

Aku takde lah shopping, cuma jenjalan jer dengan hubby melawat kawasan sekeliling, ala lebih kurang cam survey gak lah. Tinjau-tinjau keadaan. Manalah tau kot-kot nanti de yang berkenan, boleh lah singgah len kali. Setakat ni aku dah target nak beli baju kurung moden dengan tudung jer. Memandang baju aku memang kurang yang berfesyen-fesyen ni, aku ingat taon ni nak beli yang berfesyen sket. Sebenarnya dah de 2-3 helai yang aku hantar kat tukang jahit kesukaan aku untuk buat baju, cuma sajer gatal nak beli beberapa helai kagi untuk bekalan. Aku jarang membeli pakaian ni, kalau baju kurung setahun sekali. Kalau blaus untuk jenjalan, adalah 2-3 bulan sekali baru beli, tu pon sehelai jer. Aku ni susah nak beli baju, jadi bila ada jer niat nak beli baju, terus lah aku beli - itupon setelah dipikir beberapa kali. Prinsip aku, kalau nak beli apa-apa barang, kene pikir dulu apa rrisiko nyer. Berfikirlah walau sekali agar kita tidak rugi ketika membeli. Sebab duit yang sekarang ni tak boleh dibazirkan dengan sesuka hati....


p/s : Ni tahun ketiga berpuasa dengan suami... seronoknyer...

11.8.10

Pertama Ramadhan 2010

Selamat menaiki RAMADHAN Air,
Bernombor 1431H,
Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 HARI di atas permukaan HAUS & LAPAR,
Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kursi SOLAT,
Penerbangan ini bebas dari asap PERSELISIHAN & PERTELINGKAHAN,
Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..


Banyak kan dapat mesej-mesej yang berkaitan dengan puasa dari malam tadi hingga sekarang ni... Antaranya seperti yang kat atas ni. Salah satu mesej yang di'sms' oleh sahabatku yang berada di Selangor.. Terlalu banyak mesej yang masuk, sampai inbox henfon pon penuh.

Alhamdulillah, aku dengan hubby selamat bersahur hari ni dengan hidangan yang ringkas sahaja.. Cukup sekadar untuk mengalas perut agar tidak terlalu lapar. Cuaca plak, dari pagi bawak ke tengahari redup dan terang. Tapi sekarang dah hujan, hujan rahmat sempena bulan yang mulia ini. InsyaAllah, puasa kali ni aku dan hubby akan sempurnakan dengan bersungguh-sungguh..

10.8.10

Tengok anak bulan


Yo... arini tengok anak bulan selepas masuk waktu Maghrib...
Arini adalah 29 Syaaban..
InsyaAllah esok kita semua akan berpuasa..

Kepada semua kenalan-kenalan ku, saudara mara, sahabat handai, kaum keluarga..
Aku mintak ampun dan maaf atas salah dan silap..
Maafkan kesalahan dan kesilapan ku ini..

Moga-moga dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, akan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan, ikatan silaturrahim sesama kita semua..
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan dan memuliakan bulan yang mulia ini..

Hajat ku di bulan puasa ini, ingin menunaikan solat tarawikh bersama-sama ahli keluarga ku yang lain..
Hajat ku ingin khatam al-Quran di bulan yang mulia ini..
Hajat ku memperelokkan dan memperindahkan lagi akhlak ku ini..
Dan beberapa lagi hajat ku yang lain, yang tak perlu ditulis disini..
Ku harap, segala usaha ku ini berhasil...
Aminnnn....



p/s : Selamat Berpuasa yer semua...

Maizawati dah nikah baru


Maizawati yang femes ni telah pon selamat bernikah dengan pemuda pilihan hatinya semalam, hari Isnin ya...

Pengantin perempuan : Maizawati binti Zainal ( 35 tahun )
Pengantin lelaki : Mohd. Yassin Ben @ Abd Rahim ( 23 tahun )

Walaupun jarak usia mereka 12 tahun, namun jodoh dan ketentuan Illahi telah tersurat.
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya..
Aku doakan mereka berdua bahgia selamanya..



Singapore National Day Parade 2010

Semalam kan sibuk training, so aku lupa lah nak ucap selamat hari kemerdekaan kat hubby terchenta...
Selamat Hari Kemerdekaan Singapura yer..


Dia tu sebonarnya orang temasik. Dulu dia lahir kat Singapura, surat beranak pon sana punya. Pastu family dia pindah Johor, terus pak mertua aku tukar kerakyatan dia dengan adik dia kepada warganegara Malaysia. Dalam IC hubby pon, 2 angka yang tengah tu bernombo '71' menandakan yang dia lahir di luar negara...



p/s : Chantek kan gambo atas ni..

Training & Dinner

Semalam siang dari pagi sampai petang ( kol 9.00 pg - 5.00 ptg ) aku kena masuk training untuk Internal Auditing ( QMS & HACCP ). Malam pulak gi dinner jabatan. Penat dan mengasyikkan yer..

Penat sebab kena masuk training..
Asyik sebab dapat makan percuma..

Pakai kanta lekap, tak batal puasa

Soalan :
Apakah hukumnya memakai kanta lekap ketika menunaikan ibadah puasa? Adakah membatalkan puasa?


Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri jawab :
Memakai kanta lekap dibolehkan ketika berpuasa dan tidak membatalkan puasa. Ini kerana mata tidak termasuk dalam lubang atau rongga yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga, lubung dubur atau qubul.

Begitu juga titisan ubat melalui mata, tidak membatalkan puasa. Hal ini berdasarkan riwayat al-Baihaqi bahawa Rasulullah saw bercelak batu sewaktu baginda sedang berpuasa.

Walau rasa celak dapat juga dirasakan di halkum, puasa tidak batal kerana ia sampai bukan melalui lubang terbuka tetapi melalui saraf atau lubang halus sahaja.
( al-Zuhaili, 1999 : 741 )

9.8.10

Syaaban dah sampai kepenghujung, Ramadan pula bakal menjelma



Bulan Ramadan dah nak sampai kan.. Beberapa hari jek lagi, kita dah mula puasa. Maka akan berakhirlah bulan Syaaban pada tahun ni... Sedih nak tinggalkan bulan yang mulia ni.. Dan syukur alhamdulillah sebab dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan al-Mubarak... Semoga dengan kedatangan Ramadan pada tahun ini, akan menambahkan lagi sinar kebahagiaan dalam hidup kami...
Aminnn..

8.8.10

Amah @ pembantu rumah gaji rm800???

Gila ker apa? Amah @ pembantu rumah bergaji minimum rm800 sebulan... Memang sah-sah gilerrrr..... Kalau lah diluluskan usul ni, memang ramai ler yang nak jadik pembantu rumah. Kalau gitu aku pun nak, ya lah - makan tanggung, berak cangkung... Semua disediakan oleh tuan rumah @ majikan. Tempat tinggal, makan minum, tempat tidur - semua lengkap. Lagilah kalau dapat majikan yang elok-elok tu, siap bawak amah tu gi jenjalan, bercuti, shopping, belikan itu ini, pakaian baru dan banyak lagi lahh.. Kalau sakit pon majikan yang kuar duit bawak gi klinik. Takde plak tolak gaji sedia ada yang rm300-400 tu... Ni semue lengkap ada hati lagi  nak naik gaji... Banyak cantheekkkkkk ko...

Takde makna nya nak naik gaji kalau buat keje pon malas. Cakap Melayu pon tak berapa pandai lagi.. Pegi training amah pon macam tak pegi training. Memang tak relevan dan praktikal tol nak naikkan gaji amah ke rm800 sebulan... Nak baca lagi, dalam berita harian de cerita tentang isu ni...

4.8.10

Aku boring ker????


Aku boring ker???
Yer memang lah sangat boring.. Keje aku melambak-lambak kat opis. Dah tak larat nak layan. Disebabkan boring-keje-opis, aku layan blog dengan jenjalan baca entry kat blog orang lain. Semalam pon aku boring gak, tapi tak sempat nak bagitau satu-dunia yang aku tengah bosan tahap gaban...

Aku rasakan macam jarum jam ni gerak lambat sangat...
Tak sabar nak tunggu abis waktu keje..
@ adakah ianya ada kaitan dengan badan aku yang lemah ini, maka keadaan di opis menjadi tak happening?????
Adakah???
Mungkin yer dan mungkin tidak..
Bila badan dah letih, otak pon tak betul..
Kalau badan sehat, sumer akan jadik ok..
Sekarang ni aku banyak keje yang ada-kait-mengait dengan kertas..
Banyak sangat nak kena peksa dokumen...
Sampai naik juling bijik mata aku tengok huruf-huruf kat atas kertas tu..
Sampai terbawak-bawak dalam mimpi - huruf-huruf ni joget-joget kat mata aku tau..
Tak tahan aku. Bila citer dengan kawan-kawan opis, depa sumer pakat gelakkan aku.
Teruk betul, takde perasaan langsung.. Sian aku.... =(

Kan best kalau takyah pikir pasal keje..
Dok kat umah lepak jer... Berangan banyak-banyak..
Chatting selalu.. Main internet sentiasa....
Boleh kerrr?????
Dah tentu............tidak.......aku ulang TTTTIIIIIIDDDDAAAAKKKKK..
Aku tak sanggup tak kerja.
Sebab bila tak keje, aku takde duit sendiri..
Takleh nak shopping, takleh nak sedekah, takleh nak bagu duit kat family dan adik-adik, takleh nak bayar bil, takleh nak bayo hutang PTPTipu..
OOOOhhhhhhhhhh tidaaaaaaaaakkkkk.......
Aku tak sanggup.
Biarlah aku boring dengan keje yang ada, daripada takde keje langsung...
Melainkan kalau aku de bisnes sendiri, barulah aku akan pikir balik samada nak benti keje atau tak...



p/s : sumer gambar dr google yek..

2.8.10

Semalam sampai dari kampung-----Minggu depan nak puasa dah..

[ Ari sabtu lepas aku balik kampung sebab atok aku buat kenduri nak sambut bulan puasa... ]
Semalam pas sampai umah dari kampung, ingat nak update blog tapi disebabkan badan yang terlalu letih, aku tak larat nak update blog. Tak larat nak menaip nak menceritakan betapa gembiranya aku berada dikampung bersama makcik pakcik, sepupu sepapat dan anak-anak sedara aku ( anak pada sepupu aku ). Memang lepak arr lagiplak hubby tak sehat ( dia sakit gigi chekgu... =) ), jadi layankan dia jer. Jadi arini baru nak citer suasana kat kampung.

Atok aku memang suka buat kenduri bila dekat-dekat nak puasa. Senang katanya nak kumpul anak-anak dia suh balik kampung. Keluarga aku memang selalu jugak balik, cuma kali ni de sorang adik aku yang tak balik kampung sebab dia keje malam. Aku sampai kat Pontian ( kampung aku ) masa dah nak dekat Isya'. Malam-malam gini dah takde teksi nak masuk kampung, terpaksa kitorang naik teksi sampai kat pekan Part Makrumi jer.. Dari situ adik aku amik naik kete. Adik aku yang keje kat Putrajaya tu balik bercuti sebab masa puasa minggu depan dia tak balik JB ( so sadddd... ). Ni dia balik JB ikut sekali mak bapak aku balik kampung. Sampai jer umah atok aku, ingatkan dah nak mula kenduri nyer, rupa-rupanya belum lagi ( nasib baik... ) sebab kenduri tu mula kol 9.45 malam. sekali dengan umah atok aku, ade 3 rumah wat kenduri pada malam yang sama. Jadi sempatlah nak tunggu orang kenduri datang. Dah mula kenduri - makan - kemas-kemas, aku dengan hubby lepak-lepak kat umah pakcik aku, borak dengan sepupu-sepupu yang lain. Sampai kol 1 lebih kitorang borak-borak. Masa ni pakcik makcik sumer dah lena tido. Memang seronok giler ballik kampung kali ni. Meriah sangat..

Ari ahadnya barulah dapat sembang dengan atok aku. Itu pon tak lama. Mak bapak aku dengan adik-adik, pagi-pagi lagi dah balik JB sebab adik aku nak betulkan kete sebelum balik KL. Tinggal aku dengan hubby dengan sedara mara yang lain. Dah sudah sarapan, kemas umah pulak. Dah tu sedia untuk masak makan tengahari. Aku sajikan depa sumer dengan nasi putih dan udang goreng beserta dengan lebihan lauk kenduri malam tadi.... Husband sepupu aku nelayan, so dia yang sponsor udang. Besar-besar udang tu dalam dua jari dewasa yang kalau kat JB harga dalam rm40++. Puas makan udang segar. Pakcik aku sorang tu masak sambil ketuk petai cili padi yang-pedas-tak-hingat-dunia. Aku tak berani nak cuba sebab takut sakit perut. Tengok jer dah mengerikan, cili padi 70% petai 30%. Nisbah yang keterlaluan. Memang aku tak sanggup nak cuba. Dah sudah makan, kitorang kemas-kemas nak balik JB. Pakcik aku anto sampai pekan, then kitorang naik teksi sampai bandar Pontian.

Dari pekan ke bandar Pontian dalam 20 minit jer. Then naik bas ekspress ke JB, amik masa dalam 1jam 30 minit plak. Dah sampai larkin, naik teksi balik umah lagi amik masa dalam 45 minit. Dari larkin ke umah dalam keadaan hujna gerimis.... Sejuk jerrrr.... Tu yang dah sampai umah, badan jadik lemah. Badan aku ni lemah sket kalau kena hujan gerimis, boleh terus jadik longlai yer.... Hubby memang menahan sakit gusi dari kampung sampai ler ke umah...

Malam-malam plak, adik aku yang baru dapat gaji sebab baru-baru keje tu ajak datang umah family plak, katanya nak belanja makan pizza... Gegas plak ke sana. Tapi tak lama lah, dah sudah makan borak-borak sket kitorang pon balik. Nak merehatkan badan kat umah.. Berehat dengan sepuas-puasnya....

Itulah kisah perjalanan aku dengan hubby dari JB ke kampung ke JB balik ke umah family dan ke umah kitorang balik. Seronok yang memenatkan dan menyakitkan...

Aku suka

 pic : from kiutmiutcollection


Cantik tak pin comel ni?????
Aku suka betol...
Comel-comel belaka, kiut-miut seyyy....
Aku ingat nak wat bisnes dengan pin-pin comel ni.
Pembeli dah memang sedia ada..
Penjual pulak adik aku tu..
( ni sumer gara-gara dia peminat pin-pin comel ni lah.. )
Lain-lain, pembeli sedia ada kat opis ni..
Harapnya bisnes ni berjalan lancar..

:: Blogger