:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

14.8.10

Ramadhan ke-4

Iftar ke-4 hari kami berbuka puasa di pasar borong pandan, kat kedai makan yang ada kat sana lah... Sebab apa ke sana? Sebabnya nak mencari barang keperluan rumah... Adapun dengan demikian kitorang taklah azan Maghrib jer terus makan, tak dapat beb tempat penuh. Jadinya kami berbuka puasa dengan makan yang ringan macam kuih tu dengan minum air untuk membasahkan tekak. Pastu gi solat Maghrib. Dah sudah solat terus carik barang yang nak dibeli. Sudah tu, apalagi kitorang pun gi tempat makan sebab line clear. Semua orang yang dok makan tadi dah bergerak untuk solat... Naseb baik dah solat awal, kalau idak mesti berchenta dengan surau tu nak bersolat sebab ramai sangat pengunjung hari ni.... Hari cuti, memang ramai giler kat pasar borong ni. Santapan kitorang arini adalah nasi putih dengan ikan siakap masak 3 rasa, telur dadar, kailan ikan masin dan sup kosong.. Bersama air teh O laici dan nescafe ais...

Dulu masa zaman aku skolah, orang pegi pasar borong kol 2-3 pagi sebab nak gi beli ikan. Beli banyak dengan harga yang agak murah. Sekarang pegi sana sebab nak makan dan carik barang-barang keperluan. Boleh kata apa jer nak, pasti ada dijual. Macam barangan kelengkapan diri, barangan dapur - barang kering & barang basah, barangan perhiasan rumah, bahan masakan memang sumer adalah... Kira senang ler kat situ, banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Pilih lah mana yang berkenan di hati, yang penting 'ongkos' nya ada..

Bila bulan puasa camni pulak, banyak lah khemah-khemah jualan @ bazaar ada kat pasar borong ni... Macam cendawan tumbuh lepas hujan, penuh kat keliling bangunan.. Memang dah jadi trademark kat pasar borong ni.. Cuma yang tak sedapnyer, bilamana khemah-khemah ni banyak didirikan, maka tempat untuk parkir kenderaan akan berkurangan dan juga akan menyebabkan kesesakan lalulintas. Sampai ada RELA tukang jaga trafik pulak. Memang penuh giler orang... Jangan lah pegi masa-masa nak dekat raya, konfem kalau dah parkir kenderaan susah nak keluar balik. Kitorang yang  naik motor ni pon kenkadang sangkut jugak...

Aku takde lah shopping, cuma jenjalan jer dengan hubby melawat kawasan sekeliling, ala lebih kurang cam survey gak lah. Tinjau-tinjau keadaan. Manalah tau kot-kot nanti de yang berkenan, boleh lah singgah len kali. Setakat ni aku dah target nak beli baju kurung moden dengan tudung jer. Memandang baju aku memang kurang yang berfesyen-fesyen ni, aku ingat taon ni nak beli yang berfesyen sket. Sebenarnya dah de 2-3 helai yang aku hantar kat tukang jahit kesukaan aku untuk buat baju, cuma sajer gatal nak beli beberapa helai kagi untuk bekalan. Aku jarang membeli pakaian ni, kalau baju kurung setahun sekali. Kalau blaus untuk jenjalan, adalah 2-3 bulan sekali baru beli, tu pon sehelai jer. Aku ni susah nak beli baju, jadi bila ada jer niat nak beli baju, terus lah aku beli - itupon setelah dipikir beberapa kali. Prinsip aku, kalau nak beli apa-apa barang, kene pikir dulu apa rrisiko nyer. Berfikirlah walau sekali agar kita tidak rugi ketika membeli. Sebab duit yang sekarang ni tak boleh dibazirkan dengan sesuka hati....


p/s : Ni tahun ketiga berpuasa dengan suami... seronoknyer...

No comments:

:: Blogger