:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.8.12

31 Ogos

28.8.12

Stress



STRESS ker..??

Ye saya tengah STRESS sekarang ini sebab keje tengah berlambak-lambak masuk.
Semua tersadai di atas meja.
Dari sebelum puasa, membawa ke puasa, sebelum raya dan selepas raya rasanya kerja ni tak berkurang pun.
Makin bertambah adalah.

Ehhh bukan nak salahkan sesiapa yer..
Tapi salahkan diri sendiri sahaja.
Sebab pembawakan budak ni menyebabkan ada rasa malas nak buat kerja.
Rasa macam nak campak semua masuk tong sampah.
Kalau boleh dah lama buat tapi ni tak boleh.
Dengan apa cara sekalipun kerja kena siap dalam minggu ni juga.
Kena siapkan sehabis baik sebelum cuti MERDEKA.

Kalau tidak tak aman aku nak bercuti....


Bila dah siap semua, barulah aman dunia kannn...

27.8.12

Kepingin



Serius memang kepingin @ craving untuk burger GCB ni...
Tapi bukan aku yang teringin yer.. my hubby yang teringin burger ni.
Hubby cakap burger ni limited edition, jadi mesti kena cuba.
Kalau tak cuba sekarang esok-esok takut dah habis tak dapat makan.
Ok, mungkin petang ni kita layankan dia makan GCB kat mcd giant plentong.
Sian hubby. Kalau tak dapat makan mesti dia teringat-ingat lepas ni..

SCHOOL + OFFICE



Yer adik-adik semua, selamat kembali ke sekolah setelah seminggu lebih tak ber-sekolah.
Silalah menghadap buku-buku sekolah dan cikgu-cikgu kamu.
Untuk yang akan menempuh periksa besar pada hujung tahun ni, sila belajar rajin-rajin.
Dapatkan keputusan yang cemerlang sehabis baik dengan usaha anda..

Pada kawan-kawan sepejabat, selamat kembali bertugas.
Masa naik keje hari Rabu yang lepas, opis lengang jer.
Sunyi opis ni bila korang takde tau.
Sekarang boleh lah kita bersama-sama menceriakan diri masing-masing dengan mood raya yang masih ada.



# Mood blogging dah kembali semula..

23.8.12

Peringatan - Jangan jadi ikutan

Untuk peringatan semua...
---------------------------

Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta.

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan.

Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan.

Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.

Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar.

Renung-renungkan. – MyNewsHub

22.8.12

Selamat Hari Lebaran


Selamat Hari Raya Idulfitri..

Buat semua sanak saudara, rakan dan taulan.


Hari ni dah mula bekerja walau orang lain masih lagi lagi diulit dengan cuti raya.
Kita yang tak bercuti ni kenalah bekerja kan...
Masuk opis tinggalkan suami di rumah sebab dia masih lagi bercuti. Jelesss aii...
Yang tolong-tolong apa yang patut di rumah yer.. =)
Esok-esok orang lain dah naik kerja, kita pulak bercuti..

16.8.12

Gambar raya

Aktiviti semalam adalah bergambar raya dengan kawan-kawan di opis.

Dan inilah hasilnya...


Selamat Hari Raya..

Maaf Zahir Batin..

2012

14.8.12

A raya love story - Petronas

Versi 1



Versi 2



Versi 3



Versi 4

Iklan Raya Bernas




Sedih dan terharu tengok iklan raya Bernas ni..

13.8.12

Berkongsi dari facebook



Berhati-hati ketika mengambil gambar dan bergambar

8.8.12

Wira Negara Olimpik 2012

Tahniah Dato Lee Chong Wei..
Membawa balik pingat perak untuk Malaysia di Sukan Olimpik 2012.



Azizulhasni Awang mendapat tempat ke-6 dalam acara keirin.
Walau tak menang tapi dia antara 6 penunggang terbaik Olimpik..

testing

Mencuba cara terbaru mem-BLOG gn hp..
Orang lain dah berkurun guna hp, tp aku baru nak cuba.
Takpe janji cuba dr tak mencuba langsung kan...

Tahniah kpd azizulhasni awang yang mendapat tempat ke6 dalam acara keirin.
Walau tak menang,dia telah pun mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

7.8.12

LARANGAN

Sepanjang mengandung ni, aku dilarang makan atau minum segala yang pernah menjadi kegemaran aku..

Antaranya...

Air tebu



Air kelapa



Buah nenas



Pulut



Ikan sardin



Tapai ubi / tapai pulut



Tapi kalau teringin sangat, aku akan jamah sikit untuk kurangkan rasa mengidam... hehehe....


# Semua gambar dari google.com

3.8.12

Santapan jiwa

Bila hari kerja, pagi-pagi lepas bersahur aku jarang tidur. Kalau hari tak kerja memang cepat-cepat aku tidur lepas sahur. Jadi untuk isi masa yang tak tidur tu, aku tengok siaran tv3 sebagai santapan jiwa. Yelah, perut dah makan kenyang, jiwa pun nak makan jugak.

Ni antara siaran yang aku selalu tengok..

 Siri jejak Rasul..


Yang ni tengok untuk tambah ilmu pengetahuan tentang rasul-rasul dan nabi-nabi kita.


Kalamullah


Yang ni pulak untuk memantapkan bacaan Al-Quran kita sambil tengok adik-adik cilik menghafaz Al-Quran ketika umur masih muda. Mantap sungguh bacaan mereka.

:: Blogger