:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.1.12

@ Mcd Parit Raja

Assalamualaikum... Selamat pagi..

Bersiaran dari Mcd Parit Raja Batu Pahat.
Bersarapan kat sini sebab temankan mr.Hubby berurusan dengan UTHM.
Dia yang ada urusan, aku yang ngekor..
Sekali-sekala ikut husband outstation..
 hehehe...

30.1.12

Blogging tip

Useful blogging tip from brader GTO...
  1. Be yourself - not anyone else
  2. Be genuine - write from the heart
  3. Connect with readers - make friends
  4. Be the authority - teach something
  5. Be opinionated, unique and creative
  6. Write something useful
  7. Write about you love


Panduan mudah untuk blogging..

Tido



Sebab terlajak tido, hari ni masuk keje lambat.
Dah kena amik cuti sia-sia..
Badan penat sangat...

26.1.12

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru

Ally Iskandar & Farah Lee

Three vs Tree

THREE   - dgn-   TREE

2 benda yang kalau disebut dalam english akan menghasilkan bunyi yang sama.
Boleh jadi bahan gelak dalam opis sebagai sembang petang.. =)

20 Things You Should Never Buy Used

We all love scoring great deals on Craigslist and Ebay, but many second-hand purchases are actually terrible deals. Stay clear of these 20 used items that will end up costing you money -- or even endanger your health.


1. Cribs and children’s furniture: If there’s any chance that you’ll put your children at risk by buying used, just buy new. Used children’s furniture, especially cribs, can be a safety hazard because you can’t be certain of a potential recall or if the crib was installed correctly.


2. Car seats: Even if a used car seat looks OK, damaged car seats aren’t uncommon. Considering that safety technology improves every year -- and the fact that car seats can go for as little as $50 -- buying new is usually the better option.


3. Bicycle helmets: Usually, a crash would only crush the foam inside the helmet casing, so the damage to the helmet may not be visible. However, since helmets are meant to protect against one accident only, buying new would be a safer bet.


4. Tires: Sometimes it’s hard to tell if used tires were once part of a totaled wreck. If they have been in an accident, they’re bound to be unstable and unreliable. Putting your safety at risk for the sake of saving a few bucks just doesn’t add up.


5. Laptops: Because of their portability, laptops are prone to all sorts of abuse and problems. When you buy a used laptop, unless it’s refurbished, you have no idea what it’s been through or when important parts will die on you. You also don’t get the warranties and tech support that come with buying new.


6. Software: Most software comes with a serial number that you register with the company when you activate the software on your computer. If the serial number on your use software has already been registered, you can’t use it again.


7. Plasma and HDTVs: The cost for fixing or replacing the parts on plasma or HDTVs is high. Sometimes, it costs as much as buying a new TV. Considering the repair costs, you’d want to get an extended warranty, but that isn’t an option if you buy your TV used.


8. DVD players: While it’s smart to buy used DVDs, this doesn’t apply to DVD players. DVD players have lasers that will eventually wear out. The cost to repair or replace may cost more than the player is worth.


9. Digital and video cameras: Like laptops, used digital and video cameras are likely to have been dropped and banged around. It may not be obvious, but once the damage kicks in, it’ll be expensive to repair. If you know what to look for in a digital camera, you can get a great new camera without breaking the bank.


10. Speakers and microphones: Speakers and microphones are sensitive audio equipment that don’t stand up well to blasting and mishandling. Like laptops and cameras, the damage may not be obvious, but their performance would be severely compromised.


11. Camera lenses: An SLR camera lens is the most expensive part of a camera. It also directly affects the quality of your images. Any damage to the lens, however slight, will show up in your photos.


12. Photo light bulbs: Not the ordinary light bulbs you use at home. We’re talking about the light bulbs used with photography equipment. They’re relatively expensive, but their life span is short enough that you likely won’t get much use out of them if you buy second-hand.


13. Mattresses and bedding: Just think: You may be sleeping with other people’s mold, mites, bacteria, and bodily fluids. Besides, even the really good mattresses are only supposed to last eight to 10 years, and it’s hard know for sure how old a used mattress may be.


14. Swimsuits and undergarments: This is probably a no-brainer, but it needs to be said: Do not, do not, do not buy used swimsuits or undergarments. They’re worn too close to the body -- someone else’s body -- to consider buying used.


15. Wet suits: Wet suits lose the ability to keep you warm over time. If you’re a scuba diver, or the last owner was one, the constant change in water pressure will eventually wear out the wet suit and make it more likely to tear.


16. Shoes: If you get used footwear, it’s likely they’re already molded to the last owner’s feet. Poor-fitting shoes are not only uncomfortable but can cause all sorts of health problems, as well.


17. Hats: Hats are likely not cleaned before they’re resold or donated. If you buy a used hat, you don’t know if you’re also getting skin infections, old sweat stains, hair products, and other cringe-worthy remnants. Now that’s a deal you don’t want.


18. Makeup: A good thing to remember about used makeup is that it’s a breeding ground for bacteria and a number of contagious diseases. The great deal you found may come with pink eye and cold sores. Instead of buying used, consider making your own beauty products (it's easier than you think) or skip makeup altogether.


19. Pet supplies: Old stains and odors continue to ferment even if used pet supplies are sitting around in storage. If cleanliness is ever an issue, just say no.


20. Vacuum cleaners: Vacuums are among the heavy-duty household appliances that tend to get a lot of use and abuse. They can also cost more to fix than if you bought them new right from the start.


# Dapat dari email

25.1.12

Gelap



Baru terang dari gelap.
Dalam 4 jam jugak bergelap kat opis ni.
Dah nasib badan, walau takde elektrik still kena stay kat opis.

Lama cuti

Dah 4 hari cuti dari sabtu sampai selasa sebab CNY.
Highway pasir gudang lengang giler.
Naik motor pun santai je sampai tempat kerja.
Ramai lagi yang masih bercuti kan.
Sekolah pun masih cuti.
Tak banyak kenderaan atas jalan.

19.1.12

10 filem tempatan terbaik 2011

10 filem terbaik sepanjang 2011

 
1) KL GANGSTER
Pada saat ini, filem arahan Syamsul Yusof merupakan filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi. "KL Gangster" yang diterajui oleh Aaron Aziz, Adyputra dan juga Syamsul sendiri ini berkisarkan permusuhan dunia samseng di ibu kota. Filem ini telah berjaya mendapat kutipan RM11.74 juta dan kejayaan "KL Gangster" tidak berhenti di situ sahaja apabila Syamsul diangkat sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa penggemar filem dahagakan filem aksi selepas industri filem dikuasai oleh genre seram satu ketika dulu.

2) OMBAK RINDU
Berjaya mendapat kutipan sebanyak RM10.9 juta secara keseluruhan, filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini berjaya mencipta satu fenomena apabila ia ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. Menggandingkan pelakon hebat dan popular seperti Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae, "Ombak Rindu" menyaksikan perjalanan kisah hidup Izaah yang penuh dengan onak dan duri.

3) HANTU BONCENG
Filem yang menggandingkan aktor kelakar Zizan Raja Lawak dan aktres Juliana Evans ini dikatakan berjaya mencipta 'hubungan cinta' antara dua peneraju utamanya apabila dilihat mesra bersama. Filem arahan Ahmad Idham ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.53 juta, mempertaruhkan genre yang menjadi kegilaan penonton tempatan iaitu komedi seram. "Hantu Bonceng" mengisahkan seorang mat rempit yang diganggu oleh hantu wanita yang mati dalam satu kemalangan ketika bersamanya.

4) KONGSI
Filem arahan Farid Kamil ini merupakan saingan hebat buat filem "KL Gangster" arahan Syamsul Yusof ketika Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Malah apabila Syamsul dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, muncul khabar angin kononnya Farid tidak berpuas hati. Walaubagaimanapun "Kongsi" telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM8.09 juta. Tidak dinafikan jalan cerita yang menarik, elemen komedi yang diselitkan dan semestinya peneraju utama Shaheizy Sam adalah tarikan filem "Kongsi" mendapat perhatian ramai. Ia mengisahkan seorang pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia.

5) KHURAFAT
Ini merupakan filem kedua arahan Syamsul Yusof yang berjaya mencatat kutipan tinggi untuk tahun 2011. Ditayangkan pada awal Januari, ia berjaya mencatat kutipan lebih RM8 juta. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama aktres muda Liyana Jasmay, memang tidak dinafikan keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi tarikan utama penggemar filem ke panggung, walaupun pasti ada yang mempertikaikan kesesuaian dan keserasian antara pasangan ini.

6) HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
"Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) pernah dikatakan 'tidak layak' diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu. Walaupun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM6.5 juta di Malaysia dan kurang daripada apa yang disasarkan, filem ini dilaporkan tidak begitu mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada KRU Studios kerana mengambil langkah berani untuk menghasilkan filem yang sarat dengan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) ini dan ia merupakan sesuatu baru kepada industri filem tempatan.

7) NUR KASIH THE MOVIE
Kisah percintaan Adam dan Nur Amina ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.93 juta. Diadaptasi daripada drama bersiri "Nur Kasih", filem arahan Khabir Bhatia ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pengikut "Nur Kasih" yang ingin mengetahui kesudahan kisah Adam dan Nur. Begitu hebat penangan kisah ini sehinggakan peneraju utama, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah kini menjadi pasangan kekasih di sebalik tabir.

8) BINI-BINIKU GANGSTER
Sebelum ini mereka pernah digandingkan bersama dalam filem "Adnan Sempit". Kini Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana digandingkan sekali lagi filem arahan Ismail Bob Hashim berjudul "Bini-Biniku Gangster". Hasilnya, filem ini berjaya mendapat kutipan RM4.71 juta. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang beristeri dua tidak mengetahui bahawa kedua-dua isterinya adalah ketua gangster untuk dua kumpulan yang bermusuh. Skrip filem "Bini-Biniku Gangster" adalah hasil garapan Yana Samsudin sendiri.

9) KARAK
Filem bergenre seram terbitan KRU Studios ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM4.28 juta. Filem arahan Yusry Abdul Halim ini menyaksikan kemunculan pertama juara "Akademi Fantasia" musim kelapan, Shahir. "Karak" mengisahkan sekumpulan pelajar yang mengikut Lebuhraya Karak untuk memintas kesesakan lalu lintas kerana perlu menghadiri kelas keesokannya.

10) SUATU MALAM KUBUR BERASAP
Filem bercorak komedi seram arahan Ernie Chen ini telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.99 juta walaupun ia bukanlah jumlah kutipan akhir kerana filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam. Walaupun dikritik hebat kerana dikatakan tiada kelainan jika dibandingkan dengan filem komedi seram lain, "Suatu Malam Kubur Berasap" yang menampilkan Angah Raja Lawak dan Along Cham ini masih mendapat tumpuan di pawagam.



18.1.12

Kerja dan makan | Memang tak boleh dipisahkan















Disebabkan hari ini aku masuk kerja tengahari, maka nya makan tengahari di mcd sahaja.
( Kenapa masuk lambat?? Huiiiiii rahsiaaaa......... )
Kerana mendapat permintaan dari mr.hubby nak makan prosperity ayam mcd.
Bersiap-siap dan terus pergi mcd tebrau, order prosperity 2 set.
Sambil makan sambil amik order dari kawan-kawan.
Makan penuh nikmat. Puas dan kenyang sampai petang harapnya..

17.1.12

Kerja kerja kerja




@ Kerja banyak tapi dah boring nak buat

@ Semua nak cepat jer, lelama muak aku tengok kerja yang tak tahu bila nak surut ni. Asyik pasang jer, surut nye idak

@ Bila dah lama buat kerja yang sama, memang cepat bosan, cepat boring kan

@ Ingat dulu ni simtom-simtom masa aku kerja kilang sahaja, rupa-rupanya bila kerja opis pun terkena jugak simtom ni - tak boleh buat kerja yang sama dalam jangka masa yang lama nanti aku cepat bosan

@ Bos kechik aka Mr. Perfectionist akan bercuti panjang sempena cuti tahun baru cina akan datang, boleh berjimba sekejapan minggu depan

@ Rasa macam nak cuti-cuti Malaysia pulak =)

16.1.12

Chong Wei menang lagi | Juara Terbuka Malaysia Kali K-8

PETALING JAYA: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada perlawanan final kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.

Chong Wei hanya mengambil masa selama 36 minit untuk menundukkan Tago yang menempah laluan ke final selepas pemain China, Chen Jin menarik diri pada pusingan separuh akhir, Sabtu.

Ia merupakan kemenangan kelapan pemain No.1 dunia itu di gelanggang sendiri.

Beliau yang menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan akhir Terbuka Malaysia paling mudah buatnya, berharap dapat mengekalkan semangat dan prestasinya kali ini sehingga Sukan Olimpik London pada Julai ini.

Katanya, beliau juga gembira dapat menumpaskan dua musuh utama dari China iaitu Lin Dan (pada akhir Terbuka Korea minggu lalu) dan Chen Long (ketika peringkat separuh akhir kejohanan) pada awal tahun ini.

"Bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan China akan bersedia dengan strategi yang lebih kuat pada Olimpik nanti.

"Buat masa ini saya gembira dapat kalahkan mereka, namun saya juga akan buat persediaan yang lebih bagus," katanya kepada media selepas upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Chong Wei menerima piala dan wang tunai bernilai US$30,000 (RM93,990).

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selepas ini, Chong Wei berkata beliau akan menumpukan pada dua kejohanan iaitu pusingan kelayakan Piala Thomas dan All-England sebelum menghadapi temasya Sukan Olimpik.

"Saya akan kurangkan kejohanan tahun ini supaya boleh memberi tumpuan pada persediaan Olimpik," katanya.

Sementara itu, Wang Yihan dari China menjuarai perseorangan wanita setelah mengalahkan rakan senegara Wang Xin 21-19, 21-11. Pemain China turut mendominasi kategori beregu campuran apabila Zhang Nan/Zhao Yunlei dari republik itu muncul johan setelah menumpaskan rakan sepasukan Xu Chen/Ma Jin 21-12, 21-9.

Dalam perlawanan sengit beregu lelaki pula, kemenangan akhirnya berpihak kepada beregu Taiwan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu, yang mengatasi Cho Gun Woo/Shin Baek Choel dari Korea Selatan 16-21, 21-16, 21-16.

Selain itu, beregu wanita Denmark Christina Pedersen/Kamilla Rytter Juhl melakukan kejutan apabila menundukkan pilihan kedua Ha Jung Eun/Kim Min Jung dari Korea Selatan 21-19, 21-18 untuk menjuarai kategori itu.




# Sumber : mStar

12.1.12

Bonus | Langsaikan hutang
















@ Bonus sudah masuk, hati sungguh girang walau duit itu hanya singgah sementara

@ Duit yang ada bukan untuk bermewah dan bermegah

@ Tapi untuk melunaskan hutang-hutang yang ada

@ Terpaksa ketepikan kehendak hati yang meluap-luap untuk ber-shopping

@ Belanja sedikit untuk menggembirakan hati orang-orang yang kita sayang

@ Tak dilupa simpan sedikit duit yang ada untuk kegunaan masa hadapan

@ Rancang perbelanjaan agar tak menyesal di kemudian hari

@ Sesungguhnya rezeki yang ada untuk dikongsi bersama dan digunakan ke jalan yang sebaik-baiknya

Malu

Tak baik tau malukan aku..

Aku tengah syok-syok makan, ko suruh 'orang' tu jumpa aku..

Gelabah aku..

Dahlah tengah suap makanan kat mulut, terus aku brek-mengejut..

Nasib baik tak tersedak..

Dan nasib baik lagi 'apa-yang-diminta' tu boleh di-email selepas tahun baru cina..

Fuhhh lega... sambung balik makan biskut kering..


# Tip penting : Jangan selalu makan kat meja, ada 'orang' jeles.. =P

Durian oh durian



Durian oh durian...

Apa masakan yang sedap dibuat dengan isi durian??

Kesukaan aku bubur kacang durian.
Boleh juga buat ais-krim durian.
Ahli keluarga yang lain suka serawa durian.
Ada yang buat bingka / talam durian.

Kalau malas, makan gitu je pun sedap.

10.1.12

Kerja dan kerja dan kerja..

Isnin - Selasa - Rabu - Khamis - Jumaat



Mulanya tahun baru datang penyakit-kerja yang baru.
Kali aku rasa tak berapa nak suka bekerja di awal pagi.
Aku lebih fokus kerja bila dah lepas waktu tengahari.
Tak tau kenapa..
Sampai opis pagi-pagi terus periksa email lihat senarai kerja yang menunggu.
Dah sudah, teruskan dengan menyambung kerja tertunggak yang semalam-semalam pula.
Itu pun kalau ada.
Kalau tiada, buat kerja remeh-temeh yang lain.
Kiranya 'warm up' pagi-pagi dengan baki kerja semalam.
Dah selesa, baru mulakan kerja baru yang bos kechik bagi.
Agak-agak senang, cepat-cepat siapkan.
Kalau susah, cari dulu rujukan untuk siapkan kerja tu.

Aku dah mula rasa keadaan tu masa penghujung tahun 2011.
Pagi-pagi memang malas nak buat kerja.
Tapi bila dah masuk tengahari, dah lepas makan baru 'sedap' nak buat kerja.
Tu yang balik kerja lambat.
Dan aku juga rasakan yang aku tak termasuk dalam golongan 'morning person'.
Sebab tu bila petang dah senyap tak bising sangat aku suka buat kerja-kerja aku.
Lebih selesa dengan 'less noise' dari rakan sekerja.
Kerja aku pun cepat siap.  =)

Birthday | 8 Jan



@ Happy birthday to me.. ( today a belated birthday.. )

@ 8 Januari 1981 - aku dilahirkan. Dan pada 8 Januari 2012, genaplah usiaku 31 tahun.

@ Terima kasih pada semua yang bagi ucapan 'Selamat hari lahir' kerana ingat tarikh keramat itu.

9.1.12

Bola

Malam tadi punya lah penuh mamak sampai takde tempat aku nak online ( padahal boleh jer online dari rumah kan.. ).
Ni semua gara-gara nak ngeteh punya pasal lah.
Aku dengan hubby pergi lah mamak sambil-sambil nak online.
Sekali full book.
Ingatkan kenapa, rupanya ada bola dan mereka-mereka itu tengah tengok game MU lawan MC.
Kitorang minum jugak tapi tak online sebab tempat tak strategik untuk online.

Dan keputusan nya adalah :
Manchester United ( 3 ) vs. Manchester City ( 2 )

Ni kiranya MU kalahkan juara bertahan lah yer...

Satu lagi game Chelsea kalahkan Portsmouth 4 - 0.


6.1.12

Banyak kerja

Mulanya tahun baru, kerja-kerja opis makin bertambah.
Hari-hari aku rasa kerja aku makin banyak ( dan balik keje pun lambat juga )
Tu yang tak sempat nak update blog.
Apa yang sempat cuma jalan-jalan kat blog korang.
Draft entry aku pun dah banyak ( tak tau bila nak publish ).
Dan aku baru perasan yang aku lom cerita tentang majlis kahwen adik aku.
Dah lepas sebulan dah pun ( majlis bulan 11 kot.. ).
Hehehe.... cukup malas tau nak edit gambar letak watermark.
Tu yang lambat update sambil tunggu gambar dari pakcik jurugambar tu.
Dah dapat nanti, aku upload lah.

Layan lah dulu gambar kahwen ni.


Majlis Persandingan Firdaus & Radhiah
20 November 2011
Bandar Baru Permas Jaya, JB




Ni adik aku yang no.2.
Isteri dia adalah menantu perempuan yang pertama aka menantu ke-2 dalam keluarga aku.
Menantu lelaki yang pertama adalah my hubby.

3.1.12

2012 | Hari pertama kerja

Selasa - 3 Januari 2012

Hari pertama kita bekerja.
Masih terasa kehangatan tahun baru.
Tetapkan matlamat, tingkatkan iltizam.
Moga tahun ini membawa kebaikan kepada semua..






















@ Sedia untuk di marah, berlapik dengan senyuman.. =)

1.1.12

2012 menjelma


Ye 2012 dah menjelma..
Selamat datang 2012...
2011 tinggal kenangan..

Kat JB area umah aku ( Johor Jaya ) meriah dengan bunga api.
Seronok depa dok lawan sana lawan sini, sape lagi terer main bunga api kan..
Untung lah aku jadi penonton..
Sambut kat umah jer.. =)


@ Live form Habib Bakawali

:: Blogger