Isnin - Selasa - Rabu - Khamis - Jumaat |
Mulanya tahun baru datang penyakit-kerja yang baru.
Kali aku rasa tak berapa nak suka bekerja di awal pagi.
Aku lebih fokus kerja bila dah lepas waktu tengahari.
Tak tau kenapa..
Sampai opis pagi-pagi terus periksa email lihat senarai kerja yang menunggu.
Dah sudah, teruskan dengan menyambung kerja tertunggak yang semalam-semalam pula.
Itu pun kalau ada.
Kalau tiada, buat kerja remeh-temeh yang lain.
Kiranya 'warm up' pagi-pagi dengan baki kerja semalam.
Dah selesa, baru mulakan kerja baru yang bos kechik bagi.
Agak-agak senang, cepat-cepat siapkan.
Kalau susah, cari dulu rujukan untuk siapkan kerja tu.
Aku dah mula rasa keadaan tu masa penghujung tahun 2011.
Pagi-pagi memang malas nak buat kerja.
Tapi bila dah masuk tengahari, dah lepas makan baru 'sedap' nak buat kerja.
Tu yang balik kerja lambat.
Dan aku juga rasakan yang aku tak termasuk dalam golongan 'morning person'.
Sebab tu bila petang dah senyap tak bising sangat aku suka buat kerja-kerja aku.
Lebih selesa dengan 'less noise' dari rakan sekerja.
Kerja aku pun cepat siap. =)
No comments:
Post a Comment