:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.10.12

Durian crepe

Sana sini orang dok cerita pasal durian crepe ni.
Macam-macam versi ada.
Kiranya sekarang ni DURIAN CREPE tengah IN sangat...
Tahan air liur je tengok kan,.





Semua gambar dari google/image


Tengok ni gambar-gambar yang aku google.
Sangat menarik kan durian crepe ni.
Kat opis ni ada jugak orang jual cuma lom sempat nak beli lagi.
Tempahan pon masuk melambak-lambar dengarnya.
Semoga bisnes dia terus maju.

Cash out pertama

Alhamdulillah..

Akhirnya aku berjaya juga cash-out kan duit dari nuffnang untuk pertama kalinya.
Kena tunggu 30 hari baru check sampai..
Tak sabar rasanya..




Walau hasil tak banyak tapi sangat bererti untuk aku sebagai junior blogger ni.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Harapnya, mood blogging aku akan meninggi lepas ni sebab nak kumpul extra earning dari blogging.
Sambil menyelam minum air.
Walau blogging untuk suka-suka, hasilnya tetap ada.
Terima kasih Nuffnang.. =)

Google 31/10/12

25.10.12

Salam Aidiladha


crdt to iluvislam



Selamat menyambut Hari Raya Korban kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga segala pengorbanan kita diredhai oleh-Nya.

22.10.12

Blogwalking

Malam ni nak blogwalking dengan update blog sendiri ni hah..

Sebab rasanya dah lama tak update dengan blogwalking sebab terlalu busy dengan kerja-kerja opis.
Balik rumah pulak dah penat.
Siap lebih kurang, mandi segala  terus kebaboooommmm tidur sampai pagi.
Memang takde masa nak blogwalking ker, update blog ker...
So ada kesempatan malam ni, nak cuba blogwalking sebanyak mungkin... =)
Lagi pulak draft entry banyak sangat, tak tau bila nak publishhh.. hehehe...

ATM vs. RED WARRIOR



Haha.. saya baru nak update tentang game ni.
RED WARRIOR ( 3 ) vs. ATM ( 2 )


Masa sabtu  malam tu takdan nak update tentang kemenangan RED WARRIOR ni sebab terlalu syokkkk sangaaaat tengok game ni kat astro.
Terpekik-pekik satu rumah tengok bola.
Memula ingat ATM yang akan menang tapi sebaliknya pulak.
Takpelah, cubalah lagi yer ATM.
Terpaksa tunggu lagi setahun menjadikan penantian selama 47 tahun untuk tahun depan.
Tahniah pada RED WARRIOR sebab kemenangan berganda yang team mereka.
Apa pun syabas buat kedua-dua pasukan sebab menunjukkan persembahan yang memberansangkan dalam permainan.

18.10.12

Menarik


 
Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.
 
Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Google 18/10/12



15.10.12

Google 15/10/12

12.10.12

Separuh Akhir Piala Malaysia-1



Malam tadi tengok bola kat tv1.
Separuh akhir pertama perlawanan antara LIONS XII melawan ATM.

Keputusan perlawanan
LIONS XII (1)  vs.  ATM (1)

Tapi ATM menang dengan agregate 5 - 4.



p/s : Malam ni sambung tengok Selangor lawan Kelantan pulak

10.10.12

PMR 2012

Selamat berjaya kepada semua calon-calon yang menduduki peperiksaan

PMR 2012

5.10.12

Manusia

Sekarang aku tengah sibuk dok baca blog ni  --> We tell sweet stories

Seronok membaca dan rasa motivated untuk diri sendiri. Rasa indah bila dapat baca blog yang indah lagi memuaskan hati. Berbunga-bunga hati ini. =)

Lepas tu terjumpa satu petikan dari dalam blog tu.. dari entry ni http://mamatiamia.blogspot.com/2012/03/i-have-been-interviewed-by-who.html

"Anyway tu lah manusia..kita kecik orang tak sabar bila nak besar,kita besar orang tak sabar bila kita nak kahwin,kita kahwin orang tak sabar bila kita nak ada anak,kita ada anak orang tak sabar bila kita nak ada cucu.."

Soalan-soalan yang sukar nak dipisahkan dengan mulut orang kan. Aku pun dah rasa dulu.
Bila umur mula menginjak ke 30an, ramai yang tanya "bila nak kahwin ni, umur dah makin tua.."
Bila dah kahwin pulak, sibuklah tanya "bila nak beranak? bila lagi tu?"

Hei manusia ni macam-macam kan... Tak boleh tengok manusia lain yang tak macam dia. Ada je yang nak dipersoalkan, nak diperkatakan. Ada je yang tak kena di mata mereka. Semua nak tanya. Semua nak soal. Semua nak tahu. Selagi tak dapat jawaban yang memuaskan hati, selagi tu lah bertanya, bersoal. Tak tau lah bila nak habisnya..

3.10.12

RANDOM

Random... sebab tau tau nak tulis apa...
Kita layan je lah gambar-gambar ni.


Pizza baru dari pizza hut.
Yang macam dalam gambar ni, mak belanja makan sempena hari lahir adik yang no.2.
Special kan, mak yang belanja.
Aku dengan yang no.3 belanja air oren tropicana twister je.
Lagi 2 orang (sebab budak sekolah) tak keluar duit tapi standby perut jer.
Tapi mana boleh beli satu je, kenalah beli 2 pizza yang besar baru cukup untuk semua.
Satu lagi jenis adalah Hawaiian Tuna.



Ni lori mainan kecik khas untuk hubby dari kakak dia yang kat Singapore.
Kakak ipar belikan sempena hadiah hari lahir.
Dah tua-tua pun nak main mainan kannn... =)



Ni bunga cantik kat laman Kempas Medical Centre (KMC).
Datang sini nak melawat orang sakit tapi terjatuh cinta pulak dengan bunga-bunga ni.
Tersusun elok, terjaga rapi kat kawasan parking.
Bahagia je mata memandang.



Mee hoon sup utara makan di Padang Besar Perlis.
Indahnya rasa dapat makan ni.
Dulu-dulu makan masa belajar kat UUM.
Bila balik JB, carik jugak kat sini - jumpa kat pasar malam Kg Melayu.
Bolehlah tapi rasanya kurang sikit dari yang asli utara.



Aku dan hubby makan kat sini masa jalan-jalan ke Penang awal tahun aritu.
Mentang-mentanglah dah masuk JJCM, terkenal dengan pelancong, dah glamer seantero Malaysia, harga makan dia mak datuukkkk mahal giler.
Aku makan nasi kandar + 1 ekor sotong sambal + air  --> rm15+
Hubby makan nasi kandar biasa + ayam + air  --> rm8+
Kawan-kawan yang makan macam-macam, ada yang kena sampai rm26+
Terkejut masing-masing masa nak bayar makan sebab harga makan mahal sangat.
Rasanya kalau datang Penang lagi, mungkin takkan singgah makan kat sini lagi.
Kecuali lah poket penuh, baru boleh singgah..



Keychain penyu, kuda laut dan ikan lumba-lumba hadiah dari adik sebab ikut mak dengan abah pergi hantar pengantin ke Terengganu.
Dia memang suka keychain dan juga pengumpul tegar.
Dah ada dalam 1 kotak keychain yang dia simpan hadiah dari saudara-mara, kawan-kawan atau yang dia beli sendiri.
Tiap kali kalau aku pergi jalan-jalan dengan hubby, mesti kirim keychain.
Siap pesan, "Jangan lupa belikan adik keychain kalau akak pergi jalan-jalan tau."

Bingkai gambar



Bingkai gambar as souvenir dari teman waktu dia bertunang dulu.
Tapi sampai sekarang masih lagi kosong tak berisi.
Gambar banyak tapi tak tau nak pilih yang mana satu, sesuai untuk diisi dalam bingkai gambar ni...

1.10.12

Lagu pengantin




Sejak akhir-akhir ni, aku rasa DJ kat majlis-majlis kahwin dah kurang mainkan lagu Selamat Pengantin Baru.
Kot yer pun nak ajak orang karaoke, pasanglah lah jugak lagu-lagu pengantin baru.
Ni memanjang lagu moden lah, rock kapaklah..
Kalau taknak pasang lagu pengantin, pasanglah lagu-lagu Melayu tradisional kita, era-era pop yeh yeh ker...

Sampai aku dah rasa tak macam pergi majlis kahwin tapi rasa macam pergi 'party' pulak..
Kan Majlis Raja Sehari, pasanglah lagu Selamat Pengantin Baru.
Lagu ni dah banyak versi, kalau taknak yang oldies, pasang yang moden.
Baru terasa majlis nyer..

Offer dari Allah


picture from facebook


Aku nak.
Korang nak tak?

Oktober 2012

Alhamdulillah dah masuk bulan Oktober kita..

Tinggal 2 bulan lagi nak habiskan 2012 ni.
Cepatnyer masa berlalu kan.
Nanti dah masuk 2013 pulak.

Aku pulak dijangka bersalin pertengahan bulan 12.
Kiranya tahun baru nanti dah ada anak sorang..
Suka..

:: Blogger