Random... sebab tau tau nak tulis apa...
Kita layan je lah gambar-gambar ni.
Pizza baru dari pizza hut.
Yang macam dalam gambar ni, mak belanja makan sempena hari lahir adik yang no.2.
Special kan, mak yang belanja.
Aku dengan yang no.3 belanja air oren tropicana twister je.
Lagi 2 orang (sebab budak sekolah) tak keluar duit tapi standby perut jer.
Tapi mana boleh beli satu je, kenalah beli 2 pizza yang besar baru cukup untuk semua.
Satu lagi jenis adalah Hawaiian Tuna.
Ni lori mainan kecik khas untuk hubby dari kakak dia yang kat Singapore.
Kakak ipar belikan sempena hadiah hari lahir.
Dah tua-tua pun nak main mainan kannn... =)
Ni bunga cantik kat laman Kempas Medical Centre (KMC).
Datang sini nak melawat orang sakit tapi terjatuh cinta pulak dengan bunga-bunga ni.
Tersusun elok, terjaga rapi kat kawasan parking.
Bahagia je mata memandang.
Mee hoon sup utara makan di Padang Besar Perlis.
Indahnya rasa dapat makan ni.
Dulu-dulu makan masa belajar kat UUM.
Bila balik JB, carik jugak kat sini - jumpa kat pasar malam Kg Melayu.
Bolehlah tapi rasanya kurang sikit dari yang asli utara.
Aku dan hubby makan kat sini masa jalan-jalan ke Penang awal tahun aritu.
Mentang-mentanglah dah masuk JJCM, terkenal dengan pelancong, dah glamer seantero Malaysia, harga makan dia mak datuukkkk mahal giler.
Aku makan nasi kandar + 1 ekor sotong sambal + air --> rm15+
Hubby makan nasi kandar biasa + ayam + air --> rm8+
Kawan-kawan yang makan macam-macam, ada yang kena sampai rm26+
Terkejut masing-masing masa nak bayar makan sebab harga makan mahal sangat.
Rasanya kalau datang Penang lagi, mungkin takkan singgah makan kat sini lagi.
Kecuali lah poket penuh, baru boleh singgah..
Keychain penyu, kuda laut dan ikan lumba-lumba hadiah dari adik sebab ikut mak dengan abah pergi hantar pengantin ke Terengganu.
Dia memang suka keychain dan juga pengumpul tegar.
Dah ada dalam 1 kotak keychain yang dia simpan hadiah dari saudara-mara, kawan-kawan atau yang dia beli sendiri.
Tiap kali kalau aku pergi jalan-jalan dengan hubby, mesti kirim keychain.
Siap pesan, "Jangan lupa belikan adik keychain kalau akak pergi jalan-jalan tau."
No comments:
Post a Comment